Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26 | little yeon

CHAPTER TWENTY SIX :
little yeon

- - -

J U N G K O O K

Sekotak susu Dutch Lady yang tersusun rapi di bahagian hujung kedai itu aku tarik perlahan lalu memasukkannya ke dalam bakul yang aku guna untuk letak semua barang yang aku nak beli. Hm , cukup la ni untuk bahan basahan selama sebulan.

Lagipun barang makan nak masak semua dekat rumah aku dah habis. Jadi tak boleh lah postpone lagi , aku memang kena pergi kedai dan beli walaupun sekarang dah agak lewat. Dah nak pukul 12 malam dah pun.

Nasib sahaja kedai yang aku pergi ni buka 24 jam , kalau tak memang esok tak tau la aku nak makan apa. Lagipula , harini boss lepaskan aku awal dari kerja. So alang alang boleh lah aku ambil kesempatan ni untuk beli barang keperluan.

"Seumur hidup dia , dia tak pernah menangis. Walau diseksa sehingga berlaku pertumpahan darah sekalipun , dia tak pernah menangis..."

Tangan aku yang tadinya ralit memasukkan barang keperluan ke dalam bakul terhenti. Entah kenapa aku tiba tiba sahaja teringat tentang apa yang dibualkan aku dengan Taehyung. Berkaitan... Lee Yeon.

Aku termenung buat seketika.

"Dia... kena dera ke ?" pelbagai fikiran negatif mula bermain di dalam kepala aku.

Sejujurnya , aku masih tak dapat nak olah dan faham dengan betul apa yang cuba Taehyung maksudkan dekat aku haritu. Semua perkara yang dia lontarkan dekat aku... semuanya kedengaran begitu complicated.

Aku buntu. Aku tak dapat nak cari kata kunci dia sebenarnya.

Tapi aku hanya ingat satu. Tugas utama aku yang satu. Yang paling aku perlu berjaga jaga di dalam dunia ini , aku tak boleh sakiti hati gadis itu. Aku takkan sesekali sakiti hati teman wanita pertama aku.

Walaupun aku sendiri tak pasti lagi , tapi aku berjanji dengan diri aku. Hanya dengan membayangkan dia menangis di hadapan mata aku sahaja dah boleh buat hati aku rasa sakit sangat sangat.

"Aku... tak mahu senyuman lebar yang dia sentiasa bagi dekat aku tu hilang." perlahan aku tundukkan wajah ke bawah.

Bercelaru.

Perasaan aku betul betul bercelaru.

- - -

Aku melangkah keluar dari kedai tersebut bersama dua plastik beg berwarna putih yang aku pegang mengandungi barang barang yang aku baru saja beli dari kedai. Memandangkan waktu sudah kian lewat , aku kena balik rumah.

Sedang aku melangkah keluar dari kedai tersebut tiba tiba langkah aku terhenti. Seorang wanita sedang duduk bercangkung di hadapan sebuah kotak coklat di hadapannya menarik perhatian aku. Pakaian wanita itu agak kotor dan lusuh.

Terbit perasaan simpati dalam hati aku ketika itu entah kenapa. Aku cuma... aku tak tahan tengok orang sekeliling yang macam tu.

Tanpa berfikir panjang , aku terus melangkah menghampiri wanita itu walaupun dia sendiri tidak menyedari kehadiran aku pada ketika itu. Kedua belah kaki aku berhenti betul betul di sebelahnya. Dia masih bersama kotak coklat di hadapan.

Entah apa isi kandungan di dalamnya , aku sendiri tidak tahu.

"Ahjumma... ahjumma okay ke ni ?" bahunya aku sentuh perlahan , melemparkan senyuman segaris penuh ikhlas.

Tatkala wanita itu memusingkan wajahnya , aku terkedu. Bukan kerana rupanya yang kotor namun kerana kedua belah matanya... terpejam rapat. Melihatkan sebatang tongkat putih di sebelah , aku yakin.

Wanita ini buta.

"Meow ~ meow ~ " bunyi halus yang datang dari kotak itu menarik perhatian aku.

Aku tersentak tatkala melihat seekor anak kucing berbulu kelabu yang berada di dalam kotak itu. Memandang semula wanita itu dengan pandangan keliru. Dia nak tinggalkan kucing peliharaan dia dekat sini ke ?

"Kau... siapa ?" dia berbicara perlahan , suara serak. Seakan sudah berhari tidak membasahkan tekaknya sendiri.

Wanita itu hanya memandang tepat ke arah kaki aku memandangkan dia juga tidak tahu di mana aku berada sekarang. Disebabkan berasa simpati , aku perlahan duduk bercangkung di hadapannya. Kedua belah bahunya disentuh lembut.

Senyuman ikhlas aku berikan. "Ahjumma lapar ?"

Wanita itu tidak menjawab.

Namun tatkala mendengar bunyi keroncong dari perutnya aku tersenyum kecil. Mungkin itu sebagai jawapan kepada persoalan aku sebentar tadi.

- - -

Aku tersenyum.

Melihatkan wanita itu yang sedang melahap paket nasi yang aku beli di kedai bersama lauk dengan penuh gopoh gapah bagaikan ada sesiapa yang ingin mencuri makanannya nanti jikalau dia tidak melahap kesemuanya.

Aku tertawa kecil. Tangannya aku tarik lalu berikan sebotol air mineral. "Makan perlahan lahan , tercekik nanti."

Dia tidak membalas apa apa , pantas meneguk air mineral yang aku berikan tadi penuh rakus. Manakala anak kucing yang bersamanya tadi juga dua kali lima saling tak tumpah seperti tuannya sendiri. Tengah sedap makan makanan kucing yang aku beli tadi.

Dah macam aku tengah bela dua ekor kucing pulak haha. Eh tak baik samakan manusia dengan kucing , Jungkook. Pfftt takpe , kucing comel ngee.

Sedang menunggu kedua tetamu yang aku langsung tak kenal ini menikmati makanan mereka , aku mula mendongakkan wajah ke atas , kedua tangan diletakkan di ruang belakang , menyokong tubuh aku yang kini sedang menikmati keindahan malam.

Banyak bintang malam ni. Cantik.

Keindahan pada malam ini entah kenapa buat aku teringat waktu pertama kali aku buat tindakan gila. Mencium bibir Lee Yeon. Sudah pasti aku menempah maut sendiri membuat sesuatu yang di luar jangkaan.

Tapi entah kenapa... aku tak menyesal.

Aku tersenyum. Bibir bawah disentuh lembut. Teringat detik detik bibir ini menyentuh lembut bibir gebu milik gadis itu. Jadi... macam ni ke rasa bila kiss perempuan ? Ra-rasa excited tapi dalam masa yang sama takut kalau kau terbuat silap.

"Wait , dah kenapa aku teringat bibir dia ni." aku geleng kepala perlahan. "Eish , pervert." kedua mata dipejam erat , cuba sedaya upaya melenyapkan segala fikiran pelik dalam kepala.

"Jeogi..."

Mendengar suara serak seseorang , pantas aku menoleh. Melemparkan sekali lagi senyuman manis kepada wanita yang baru aku temui sebentar tadi walaupun aku tahu hakikatnya dia tidak dapat melihat senyuman aku beri.

"Te-terima kasih. Terima kasih untuk segala galanya." dia menunduk wajah ke bawah , suara dia sebak.

Entah kenapa... aku rasa wajah dia macam familliar. Tapi aku tak ingat di mana aku pernah nampak wanita ini. Mungkin perasaan aku sahaja.

Aku tertawa kecil. "Eh takpe takpe. Tak perlu berterima kasih dekat saya. Saya hanya tolong apa yang mampu je. Mungkin ni rezeki ahjumma dapat makan dengan kucing comel ni." aku tersenyum melihat kucing di bawah itu.

Geram aku tengok kucing ni. Babap karang.

Wanita itu tidak membalas apa apa , hanya menguntum segaris senyuman kepada aku. Aku tak pasti sama ada aku tersakitkan hati dia tanpa sengaja ataupun tidak , aku tak dapat baca fikirannya melalui mata dia...

"Eo ahjumma , tadi saya nampak ahjumma dekat tepi lorong tu dengan kucing tu kenapa ?" sebelah kening terjungkit ke atas , bertanya kerana ingin tahu.

Dia tersenyum segaris. "Aku dah tak mampu nak jaga dia... jadi aku rasa aku patut buang dia."

Aku tersentak.

Terkebil kebil memandang wanita di sebelah yang memberi pandangan kosong di hadapannya. Langsung tidak terganggu dengan kucing peliharaannya yang kini sedang bermain dengan kedua belah kakinya.

"Bu-buang...?" kedua belah kening aku terjungkit ke atas.

"Lagipun aku dah tak larat nak jaga dia. Takde duit nak belikan makanan untuk dia. Kalau mereka tahu aku punyai dia sebagai peneman , sudah pasti dia bakal dibunuh tanpa belas kasihan."

"A-apa yang ahjumma..." kata kata aku tergantung. Entah mengapa aku tersekat.

Perkara perkara pelik yang diutarakan kepada aku pada ketika itu entah kena membuatkan aku teringatkan seseorang. Lee Yeon. Setiap kali gadis itu lontarkan sahaja ayat pelik , pasti mampu membuatkan aku terdiam.

Seolah dia mampu senyapkan aku.

Dan entah kenapa aura ahjumma yang aku langsung tak kenal di hadapan aku ini membuatkan aku tiba tiba sahaja teringatkan dia. Ini bukan masa yang sesuai untuk kau mengelamun dan angau tentang Lee Yeon , aduh Jungkook ni.

Aku geleng perlahan. Cuba menghilangkan sementara bayangan wajah Lee Yeon yang tak sudah bermain di dalam fikiran sendiri. Ya , Lee Yeon penting. Tapi ahjumma kasihan di hadapan aku ini perlukan bantuan aku.

"Ahjumma , jangan lah cakap macam tu. Kalau ahjumma nak , saya boleh tolong ahjumma. Saya boleh belikan makanan kucing untuk ahjumma. Kalau ahjumma lapar ke apa dan mahukan makanan , ahjumma datang je rumah saya nanti saya masakkan untuk ahjumma."

Senyuman selebar mungkin aku berikan kepadanya , dengan harapan kata kata yang aku aturkan penuh lembut kepadanya dapat menenangkan perasaanya pada ketika itu. Aku tahu , wanita ini pasti ada masalah kewangan.

"Bodoh..."

Aku tersentak. "N-nae ?" sebelah kening terangkat ke atas. Memandang wanita itu pelik.

"Kau naif. Macam mana budak mentah macam kau nak survive dalam dunia ni , hm ?" ungkapan berbaur sinis dia berikan.

Aku terdiam.

"Kau kenal aku pun tidak. Senang senang sahaja kau laburkan duit semata mata demi aku dan kucing aku. Kau hilang akal atau bengap ? Jikalau kau hidup dengan personaliti mentah seperti ini , silap hari bulan kau sendiri yang akan benarkan semua orang pijak dan pergunakan kau."

Aku perlahan menundukkan wajah ke bawah. Entah kenapa , aku sentap. Apa yang dia katakan kepada aku , ada betulnya. Aku tak nafikan semuanya. Semuanya betul.

Aku... mungkin terlalu baik. Sehingga aku biarkan sesiapa sahaja pijak aku. Walaupun aku tahu , perbuatan dia hanya untuk mempergunakan aku , tapi aku langsung takde keberanian untuk tegur dan hentikan semuanya.

Aku takut... jikalau aku bertindak , aku bakal ditinggalkan keseorangan.

Aku berpengalaman semua ini sejak sekolah rendah. Mereka semua pergunakan aku hanya untuk keseronokan mereka. Menjadikan aku bahan lawak dan menggunakan ketiadaan kedua orang tua aku sebagai bahan jenaka untuk ketawa.

Aku... biarkan. Aku sakit. Aku sedih. Tapi apa aku boleh buat ? Aku hanya seorang loser yang lemah.

"Aku pernah mempunyai anak." kata kata yang aku tak jangkakan terbit di bibir wanita itu membuatkan sebelah kening aku terjungkit ke atas.

"Pernah ? Ma-mana dia sekarang ?"

Dia terdiam buat seketika. "Dah mati. Anak aku dah mati."

Aku terkedu. Makin rasa bersalah hakikat aku bertanyakan kepadanya dahulu tentang keberadaan anaknya. Jikalau aku tak tanya , sudah pasti dia tidak akan perlu mengingati semula tentang keperitan seorang ibu kehilangan anaknya.

"Jadi aku gunakan anak kucing ini sebagai peganti anak aku." ujarnya mendatar.

"Peganti ?"

"Aku namakan dia dengan nama anak aku. Dan aku jaga dia dengan penuh kasih sayang walaupun kehidupan aku sendiri tidak terurus."

Aku terdiam. Perlahan menundukkan wajah ke bawah. Entah mengapa , tiba tiba sahaja teringat tentang kedua orang tua aku yang kini sudah tiada. Aku... tak sempat untuk berjumpa dengan mereka sebelum mereka mati.

Dan semuanya jadi terlalu sia sia.

"Ahjumma." aku memusingkan wajah ke sebelah , menghadap wanita itu yang masih memandang kosong ke arah suatu tempat yang aku sendiri tidak tahu.

"Apa ?" dia membalas lemah dengan suara serak basahnya.

"Kalau ahjumma tak bekerberatan , saya boleh tolong ahjumma. Ahjumma tak perlu buang dia , biar saya yang jaga dia." senyuman segaris aku lemparkan penuh ikhlas.

Dia perlahan lahan menoleh ke sebelah. Walaupun dia tidak nampak wajah aku. Dia sudah pasti dapat merasakan kehadiran aku di sebelahnya pada ketika itu.

"Kau... jaga dia ?" sebelah kening dijungkitkan ke atas.

Aku mengangguk laju seraya tersenyum. "Ya , saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk jaga dia macam mana ahjumma jaga dia. Ahjumma perlu bagitau je apa apa yang perlu saya buat. Dan kalau keadaan dah bertambah baik dan ahjumma inginkan kucing tu semula , saya benarkan."

"Apa kau fikir kau ni babysitter ke ?" kata katanya kedengaran nada cukup menjengkelkan.

Aku tertawa kecil. "Boleh sahaja ahjumma anggap saya macam tu."

"Jadi... apa nama kamu ?" tangannya menyentuh tangan aku lembut membuatkan aku sedikit terkejut namun perlahan aku kuntumkan senyuman manis.

"Jungkook. Jeon Jungkook."

Senyuman lebar mula terukir di wajah wanita tersebut. Perlahan dia menundukkan tubuhnya sedikit ke bawah. Tangannya membuat isyarat kecil , memanggil anak kucing peliharaannya.

Faham akan isyarat itu , anak kucing itu mula bermain dengan tangannya. Dapat sahaja anak kucing itu , wanita itu terus mengangkat kucing itu dan dihulurkan kepada aku.

"Eo ? Ahjumma..."

"Aku benarkan kau jadi babysitter anak aku."!

Aku tertawa kecil seraya menyambut anak kucing itu. Bulunya aku usap lembut , cuba membuatkan dia selesa dan nikmati sentuhan aku. Tatkala itu baru aku sedar ahjumma tu ada pakaikan rantai kucing pada lehernya.

Namun ada loket yang menunjukkan nama. Aku pantas membeleknya untuk mengetahui nama yang diberikan kepada anak kucing tersebut. Namun sangkaanku meleset. Bukan nama , namun dua huruf. L dan Y.

"Ahjumma... apa maksud LY dekat rantai dia ni ?"

Wanita itu tertawa kecil. "Dua huruf itu boleh jadi apa apa sahaja maksud jika kau mahu. Love Yourself , Love You , boleh jadi apa apa sahaja yang kau mahukan."

Aku tersenyum. "Jadi ahjumma jadikan LY ni sebagai apa untuk anak kucing peliharaan ahjumma ni ?"

Dia terdiam buat sejenak. Tiada lagi senyuman manis yang terukir di wajah. Sedang termenung bagaikan sedang memerhatikan di suatu arah walaupun hakikatnya kedua dua belah matanya sudah tidak mampu berfungsi lagi seperti biasa.

"Yeon..." nada suaranya kedengaran perlahan. Menerbitkan satu satunya nama seorang insan yang paling dirinduinya.

"Hurm ?" kening aku terjungkit ke atas , memandang wanita di sebelah aku dengan pandangan apa. Hakikatnya aku tidak berapa dengar apa yang dia baru ungkapkan sebentar tadi.

"Si kecil Yeon. Dia anak perempuan aku versi yang mampu aku miliki."

Aku tersentak.

Walaupun ianya terlalu awal untuk aku membuat satu spekulasi tentang apa yang baru sahaja terjadi , namun aku tetap tak boleh lupakannya. Hakikat bahawa nama Yeon yang baru sahaja wanita itu sebut , kedengaran sangat familliar bagi aku. Dan entah kenapa , aku yakin ianya Yeon yang aku kenal.

Lee Yeon.

Dan pada ketika itu , aku baru sedar satu perkara. Identiti sebenar wanita dalam pakaian lusuh dan kotor di sebelah aku ini merupakan seorang wanita yang berjaya menawan hati para manusia yang menonton bakat lakonannya di kaca televisyen suatu masa dahulu.

Dia , Han Soohee. Omma Lee Yeon.

- t o b e c o n t i n u e d -

neul hampir terlupa nak update sebab ada class malam jsjsjs maapkan gue 🤡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro