25 | baseball blayer
CHAPTER TWENTY FIVE :
baseball player
- - -
Bunyi muzik bingit memenuhi ruang kelab malam. Membuatkan para pelanggan yang hadir pada malam itu menari bagai nak gila. Melepaskan tekanan hidup yang mereka hadapi dan meneguk alcohol sehingga muntah bagaikan tiada hari esok.
Memandangkan kelab malam itu merupakan antara salah satu kelab malam yang tersohor di Itaewon , ramai tetamu yang hadir pada malam itu seperti biasa. Berfoya foya tidak kira perempuan mahupun lelaki.
Namun mereka yang dibenarkan hadir ke dalam kelab malam itu punya syaratnya. Hanya mereka yang mempunyai rupa kacak dan jelita sahaja dibenarkan masuk. Tidak sesekali pegawai pintu masuk membenarkan mereka yang tiada rupa hadirkan diri.
Dan itu juga lah sebab utama kelab malam itu cukup terkenal sebagai tempat mencari pasangan bermalam.
Seorang lelaki berbadan tegap yang tubuhnya tersarung elok suit berwarna hitam berjalan penuh karisma menuju ke sebuah koridor yang diasingkan dari banjiran ramai pelanggan menari di bahagian dance floor.
Memandangkan koridor tingkat ketiga itu merupakan kawasan mereka yang bertarafkan VVIP , tidak ada seorang pun yang boleh sesuka hati lalu lalang di ruangan tersebut. Padah akibatnya nanti jikalau sengaja cari pasal.
Langkah lelaki berbadan tegap itu berhenti betul betul di hadapan sebuah pintu. Terdapat dua orang lelaki botak berbadan gempal rupanya tak ubah seperti pegawai di pusat penjara banduan. Perlahan lelaki itu menoleh sekilas memandang kedua pegawai tersebut.
"She's in there ?" soalnya dengan sengihan nakal. Wajah penuh playboy melekat pada rupa tampannya.
Kedua pegawai itu hanya menayang pandangan ketat. Langsung tidak menoleh untuk bertentang mata dengan lelaki bersuit hitam di hadapan mereka. Memang mereka sudah diajar untuk berkelakuan begitu sepanjang bekerja di kelab malam tersebut.
Menyedari dirinya diabaikan , lelaki itu berdecit sinis. Tak menghiraukan mereka berdua , pantas sahaja dia menolak daun pintu utama untuk melangkah masuk ke dalam bilik itu bagi bertemu dengan tetamu istimewanya.
Seorang gadis berpakaian cukup mewah sedang duduk elok bersilangkan kakinya di atas sofa lembut yang disediakan. Dengan dress glitter berwarna emas yang tersarung pada tubuh idealnya bersama rambut merah jambu yang diikat comel.
Gadis bermata kelabu asli.
Melihatkan tetamu kehormatnya , pantas lelaki itu mengukirkan senyuman manis. Bagaikan sedang menyambut seorang puteri bangsa , dia mula menunduk hormat dalam gaya yang cukup mengasyikkan.
Tak ubah seperti seorang rakyat menyambut rajanya sendiri.
Namun gadis itu tidak langsung memberi perhatian. Matanya masih tertumpu kepada telefon pintar yang masih dipegang erat tak terfikir untuk meninggalkannya langsung. Sedang berbual mesra bersama teman lelaki comelnya.
Perlahan lelaki itu mengambil tempat di hadapan Lee Yeon , duduk di atas sofa berwarna ungu yang disediakan elok di hadapan gadis itu. Hanya sebuah meja kaca berkualiti tinggi sahaja menjadi pemisah di antara mereka berdua.
"Jadi... kau Lee Yeon , kan ? Perempuan yang request untuk jumpa aku tu , hm ? Aku tak sangka pula kau kelihatan lebih muda dari apa yang aku sangkakan." bibirnya tersengih sinis. Mata nakalnya memerhatikan sahaja bahagian kulit putih gadis itu yang terdedah.
Perlahan gadis itu mengangkat wajah. Memberi pandangan kosong. Telefon pintarnya ditutup buat sementara walaupun dia tidak mahu. Masih liat ingin berbual bersama Jungkook di dalam telefon , namun dia perlu laksanakan tugasnya di hadapan mata.
Tidak mengeluarkan sepatah perkataan dari bibir mungilnya , Lee Yeon melemparkan beberapa keping kertas berwarna putih yang sudah pun diklip bersama. Terdapat juga sekeping gambar seorang lelaki yang turut disertakan sekali.
Tertarik dengan apa yang dilemparkan , lelaki itu terus menunduk. Tangannya mencapai kertas kertas tersebut. Memerhatikan setiap perkataan yang tertulis kemas di atas kertas putih tersebut. Beserta sekeping gambar seorang pelajar lelaki berambut hitam.
"Jeon... Jungkook ?" sebelah kening terjungkit ke atas , memandang gadis di hadapannya dengan pandangan cukup hairan.
Lee Yeon tersenyum sinis.
"Kerja kau simple je. Aku nak kau recruit dia sebagai pemain utama team baseball negara. Latih dia cukup cukup. Dan pastikan dia menang walau apa cara sekalipun untuk pertandingan bulan hadapan."
Mata lelaki itu membulat. Tidak menyangkakan itu sebenarnya tujuan utama dia dipanggil bertemu dengan gadis misteri ini. Senja tadi , dia menerima satu panggilan mengasyikkan daripada gadis yang menggelar dirinya sebagai Lee Yeon. Meminta lelaki itu untuk menghadirkan diri ke tempat mewah seperti itu.
Pada awalnya , lelaki itu fikir , Lee Yeon merupakan mana mana gadis yang tertarik dengan ketampanannya. Dengan lokasi yang diberi untuk berjumpa lagi , sangkanya gadis yang menyukainya itu ingin menidurinya. Namun tak menjangkakan sangkaannya tersasar.
"A-apa kau cakap ni ? Kau fikir aku boleh recruit pemain baseball sesuka hati je ke ?" dahi berkerut , sepasang matanya mencerlung tajam menikam anak mata gadis bermata kelabu asli di hadapan.
Mustahil untuk lelaki itu tunaikan permintaan Lee Yeon. Memang benar bahawa dia merupakan pihak atasan yang menguruskan team baseball negara. Namun dia tidak dibenarkan sesuka hati untuk recruit pemain , ada terma syaratnya. Bakat dan kemahiran paling utama.
Dan sudah pasti lelaki itu tidak akan bersetuju dengan permintaan gadis muda di hadapannya itu. Datang entah dari mana , kenal pun tidak , tiba tiba sahaja memintanya untuk recruit lelaki asing yang dia sendiri juga tidak tahu sama ada berkemahiran ataupun tidak.
Sia sia sahaja jikalau recruit tapi menghampakan. Habislah reputasi pemain baseball negara terhandal mereka.
Lee Yeon menayang pandangan kosong. Langsung tidak rasa terkesan dengan apa yang baru sahaja lelaki di hadapannya ungkapkan. Perlahan tangan kecilnya mencapai segelas wine anggur dan menyisipnya perlahan.
Membiarkan sahaja renungan tajam lelaki itu menikam tubuhnya.
"But what can I do ?" suara Lee Yeon sinis , perlahan mengangkat wajah , bertemu mata bersama lelaki di hadapan dengan pandangan penuh misteri terpapar di wajah. "...you're gonna do it anyway , Kim Bum-sshi."
Dia mengerutkan dahi. "Apa yang kau merepek ni ?"
Disebabkan terlalu berang dengan permintaan tak masuk akal daripada gadis itu , Kim Bum bangkit daripada duduk. Menghadiahkan jelingan maut menjengkelkan buat seketika sebelum pantas memusingkan tubuhnya ke belakang , ingin melangkah beredar daripada situ.
"Aku akan bayar kau 10 kali ganda gaji kerja kau."
Langkah lelaki itu terhenti.
Lee Yeon tersenyum sinis. Menyisip kembali wine anggurnya perlahan. "You may not know this , but I am a billionaire. Aku boleh bayar kau berapa sahaja yang kau minta untuk kau tunaikan permintaan aku."
Perlahan lelaki itu memusingkan sedikit tubuhnya , menolehk wajahnya bagi memandang tepat ke arah Lee Yeon yang masih menghadiahkan pandangan penuh sinis kepadanya. Seperti dalam mana mana drama , pandangan orang kaya yang ingin merasuah orang bawahannya.
Pandangan menjengkelkan diberi. "Kau fikir aku ni pengemis ? Walau apa pun yang terjadi , aku takkan hancurkan pasukan baseball aku semata mata perempuan tak guna macam kau."
Lee Yeon tertawa kecil. "Nampaknya kau memang tak beri aku masa untuk berehat." ujarnya penuh sinis membuatkan lelaki itu memandangnya hairan.
Perlahan gadis berambut merah jambu itu mengambil telefon pintarnya semula. Mendail nombor seseorang , masih memberikan pandangan cukup sinis kepada Kim Bum yang memandangnya dengan pandangan keliru.
Tatkala talian disambungkan , perlahan dia meletakkan telefon di atas meja. Memasang speaker untuk mendengarkan segala yang terjadi di hujung talian pada ketika itu. Senyuman sinis penuh kemenangan terukir jelas di wajah jelitanya.
"Heechan buat apa tu , hm ?" suara lembut seorang wanita kedengaran jelas di segenap ruang bilik tersebut.
"Omo , pandainya Heechan melukisss ! Nanti omma suruh ahjussi belikan ayam goreng untuk Heechan." gelak tawa dua insan kedengaran. Suara wanita itu dan seorang kanak kanak lelaki.
Mata lelaki itu serta merta terbeliak luas.
Suara yang cukup lelaki itu kenal. Satu satunya suara kakaknya bersama anak buahnya. Kakaknya sudah lama kehilangan suami sendiri sejak melahirkan anak pertamanya. Dan kini mereka hanya tinggal bertiga sahaja di rumah itu.
Satu satunya ahli keluarga yang Kim Bum sangat sayangi. Satu satunya insan yang menjaganya sejak dari kecil hingga besar.
"Apa reaksi kau jikalau pulang ke rumah nanti kau dapati tubuh kakak kesayangan kau dan anak buah kesayangan kau... tidak lagi bernyawa ?" sinis gadis itu menyoal.
"A-apa..." seluruh anggota tubuh Kim Bum mula menggeletar. Fikirannya bercelaru. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Kau boleh beritahu aku secara detail , macam mana kau nak aku bunuh dia , hm ? Kelar leher sehingga kepala terputus ? Siat kulit sehingga tinggal daging ? Patahkan tulang temulang mereka sehingga tidak mampu bergerak ? Atau... kau mahu aku pukau kakak kau untuk bunuh anaknya dan berakhir dengan bunuh diri sendiri ?"
"DIAAAMMMMMM !!!!" dada lelaki itu berombak turun dan naik dengan lajunya. Sepasang matanya sudah berair , terlampau takut mendengar apa yang baru sahaja gadis muda itu ungkapkan.
Kim Bum sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana dirinya akan hadapi malapetaka itu jikalau ianya betul betul akan terjadi. Bagaimana dia akan menangis dan meraung dengan kehilangan dua insan yang paling dia sayang pulang sahaja ke rumah sebentar nanti.
Pandangan tidak beremosi kembali terpapar di wajah Lee Yeon.
Baginya , nyawa semua manusia yang berada sekitarnya bagaikan nyamuk. Sekali tepuk , mati. Dua kali tepuk , dua kali mati. Mudah untuk membunuh , dan mudah juga untuk selesaikannya. Nyawa mereka semuanya tidak mempunyai sebarang nilai terhadap Lee Yeon.
Gadis itu mampu melakukan apa apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Dan pada ketika itu , matlamatnya hanya satu. Tidak pernah berubah. Hanya untuk mendapatkan Jeon Jungkook dan menjadikan lelaki itu sebagai hak miliknya.
Gadis itu akan melakukan apa sahaja yang dia boleh lakukan supaya Jeon Jungkook dapat mencapai impiannya untuk bermain permainan sukan baseball.
Lelaki itu meminta untuk menjadi pemain baseball biasa , gadis itu terus memberinya menjadi pemain baseball negara.
Kim Bum perlahan lahan menurunkan tubuhnya. Duduk melutut betul betul di hadapan Lee Yeon. Kedua belah tangannya yang sudah menggeletar diletakkan di atas kedua pehanya. Seluruh tubuhnya masih menggigil.
Air mata jantan juga sudah mula mengalir.
"To-tolong... tolong jangan apa apakan mereka. A-aku merayu." sebak penuh syahdu , namun tidak terkesan untuk meraih simpati seorang Lee Yeon.
"Ask me to be nice , I will do it extra mean. Aku dah beri amaran , kau yang tak mahu."
"A-aku akan buat ! Aku akan tunaikan segalanya yang kau mahu ! Siapa pun lelaki Jungkook yang kau beritahu aku tadi , a-aku akan buat ! Aku akan jadikan dia pemain baseball negara !" terlalu terdesak , Kim Bum meluahkan segalanya.
Lee Yeon tersenyum sinis.
"Bagus. Pilihan yang bijak."
Kim Bum menghela nafas lega.
"Tapi aku mahu kau pertaruhkan sesuatu sebagai tanda aku percaya dengan kata kata kau." nada suaranya yang mendatar membuatkan lelaki itu kembali tersentak.
Perlahan lahan Kim Bum mengangkat wajahnya ke atas semula , menatap wajah Lee Yeon yang sedang memerhatikannya dengan pandangan sinis. Lencun wajahnya ketika itu dipandang begitu lucu oleh gadis muda di hadapannya.
"Sebagai seorang dewasa , kau pasti tahu sukar untuk aku mempercayai seseorang , kan ?"
Kim Bum terdiam. Tidak mampu mengungkapkan apa apa.
"Aku tak percayakan kata kata kau. Boleh jadi bila kau jejak sahaja keluar dari tempat ini , kau akan melaporkan aku kepada pihak polis dan tidak akan jadikan Jungkook sebagai pemain baseball. Tapi kau nak tahu suatu benda ?"
"A-apa dia...?" soal Kim Bum ragu ragu.
Lee Yeon tersenyum manis menampakkan eyesmile comelnya. "Aku bakal jadikan kau pemangsa terbaik dalam storyline menarik ni !"
Dahi lelaki itu berkerut.
"Bukan sahaja kau tiada bukti untuk menunjukkan apa yang kau ingin beritahu polis itu benar , untuk pengetahuan kau , aku cukup berpengaruh sehingga pihak polis juga mampu sujud di hadapan aku." tertawa gadis itu perlahan.
Kim Bum tersentak. Lelaki itu tahu , walau bagaimana pun dia lakukan , dia pasti menemui jalan mati di dalam kisah itu.
"Dan untuk menjadikan pengakhiran cerita ini lebih menarik dan penuh dramatik , aku mungkin akan bunuh kakak kau dan anaknya lalu meletakkan kesalahan semuanya ke atas kau. Kau mungkin bakal didakwa sebagai pembunuh orang yang kau sayang sendiri pffttt."
"Ta-tapi aku takkan ! A-aku tak akan sesekali buat macam tu ! Kau juga tiada bukti !" lelaki itu kembali panik mendengar nama kakak dan anak buahnya disebut.
Lee Yeon tertawa. "Jikalau tiada bukti , aku boleh buat sendiri bukti tu. Simple."
Kim Bum terdiam.
Dia tahu , dia tidak akan berpeluang memenangi permainan yang gadis itu sendiri aturkan. Bagaimana pula dia ingin mendahului dan menewaskan the game master sendiri ? Sudah pasti dia akan menemui jalan mati.
"Ja-jadi... apa yang kau mahukan untuk kau percayakan aku ?" tersekat sekat suaranya menyoal.
Lee Yeon tersenyum sinis.
"Pertaruhkan ginjal kau. Jikalau kau berfikir untuk buat sesuatu di belakang aku , ginjal kau bakal dipotong dan diberi makan kepada anak buah kau sendiri."
Perempuan gila.
Gelaran itu diberi bersebab.
"Look , I'm gonna make this simple for you. You got two choices... yes or yes ?"
- t o b e c o n t i n u e d -
hi saya rindu psychopath lee yeon muehehe ,,, anyway heyyooww readers COY semua neul rindu awak semua !! 🥺❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro