Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 | revenge for the death

CHAPTER TWENTY FOUR :
revenge for the death

- - -

Taehyung menyandarkan belakang badannya di dinding , bersebelahan dengan bilik persalinan pelajar perempuan. Memandangkan pada ketika itu , pelajar perempuan kelasnya sedang menyalin pakaian mereka di dalam bilik tersebut.

Tatkala beberapa pelajar perempuan kelasnya keluar , mereka agak terkejut melihat kewujudan Taehyung dengan gaya penuh karismanya sedang termenung jauh seorang diri sambil kedua belah tangannya dimasukkan elok di dalam poket seluar.

Mungkin kerana terlalu tergesa gesa menyalin pakaian ke seragam sekolah semula , butang kemejanya juga tidak dibutang sepenuhnya menampakkan kulit dada putihnya yang begitu menawan di sebalik baju tersebut.

"Yah,"

Gadis berambut merah jambu yang baru sahaja melangkah keluar seusai menyalin pakaian seragam sekolahnya itu serta merta menghentikan langkahnya tatkala bahunya ditahan lembut oleh seseorang.

Gadis itu mengangkat wajah , memberi pandangan kosong kepada Taehyung. Menyedari kini lelaki itu tidak menyentuh lengannya , mungkin takut tangannya bakal hilang selepas menyentuh tangan gadis itu.

Memandangkan amaran yang diberikan Lee Yeon tidak pernah menjadi sebarang jenaka.

"Aku rasa... kau mesti nak slow talk dengan aku , kan ?" senyuman segaris Taehyung ukirkan lembut namun gadis itu masih memberikan pandangan tidak beremosi kepada lelaki itu.

Mungkin senyuman lelaki itu mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Namun sayang sekali , senyuman Taehyung tidak menjadi untuk mencairkan hati Lee Yeon. Mungkin kerana nama Jungkook seorang sahaja sudah bertakhta di dalam hatinya.

"Slow talk ? For what ?" sebelah kening terjungkit ke atas , suaranya menekankan perkataan 'what' dengan begitu sinis menggunakan British accent yang dimilikinya.

Pandangan Taehyung berubah redup.

"Aku tahu kau ekori aku dan Jungkook semalam di kedai tu. Jadi , aku nak tahu apa pendapat kau tentang apa yang aku bagitahu budak mentah tu." suara Taehyung berubah tegas.

Lee Yeon tersenyum sinis.

"Tentang apa ? Perasaan tahyul cinta kau terhadap aku tu ke ?" pandangan sinis gadis itu berikan , memprovok Taehyung dengan begitu jayanya.

"Anni. Aku maksudkan tentang masalah emosi yang kau sedang hadapi sekarang , Lee." ujarnya dengan nada suara mendatar.

Senyuman sinis Lee Yeon serta merta memudar. Tangan Taehyung yang masih memegang bahunya itu ditepis perlahan lalu seraya dia memusingkan tubuhnya menghadap lelaki yang masih berdiri tegak di hadapannya.

"Kenapa ? Kau nak berlagak arif dalam bidang psychology dengan hanya memakan masa setahun sahaja , ke ?" sebelah kening dijungkitkan ke atas.

"That's not the point , young girl. I just want to make sure one things from you." dengan American accent Taehyung berbicara.

"And what was that ?"

"Tell me honestly , who the hell is Jeon Jungkook to you..." suaranya berubah mendatar. Anak matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata gadis bermata kelabu di hadapannya.

Bukannya melontarkan pertanyaan , malahan hanya meminta kepastian. Kepastian yang cukup mendebarkan situasi buat Kim Taehyung. Lelaki itu amat pasti , cinta bukannya punca utama gadis itu berkelakuan seperti itu.

Selama dia mengenali Lee Yeon , tak pernah sekalipun gadis itu mengambil tahu tentang apa yang terjadi di sekelilingnya. Malahan jikalau ada si bengap yang sedang membuli si bengap yang lain juga , Lee Yeon don't give a fuck about that.

Tapi , kalini cukup berbeza. Lee Yeon... mengambil tahu tentang seorang manusia. Yang cukup bagaikan langit dan bumi hendak dibandingkan dengannya.

Lee Yeon ukirkan senyuman sinis. Tangannya mengelus lembut bahagian pipi Taehyung. Setiap sentuhan yang diberikan cukup membuatkan setiap lelaki berdebar. Perlahan gadis itu membalas pandangan mata Taehyung.

Memberi renungan panas yang sentiasa diberikan kepada sesiapa sahaja yang melihat.

"He's mean the world to me."

- - -

"Cheon Hanju-sshi ? Boleh kami mulakan sesi soal siasat dengan cik ?" suara Detective Choi dituturkan lembut tatkala cuba berbual bersama gadis malang di hadapannya itu.

Gadis malang yang kini kepalanya sudah pun berbalut. Duduk sambil kedua belah kaki dijulurkan ke hadapan di atas katil. Kedua matanya pula hanya merenung kosong suatu sudut yang tiada istimewanya.

Bibirnya pucat. Kedua belah matanya juga sembap , masih merah. Seakan sepanjang hari hanya menghabiskan mata terluangnya dengan menangis dan meraung. Seluruh anggota tubuhnya pula terasa lemah longlai.

Semuanya terjadi dengan begitu pantas , sehingga Hanju tidak dapat mengira dengan jelas detik detik terakhir dia melihat manusia yang amat disayangi dibunuh betul betul di hadapan matanya tanpa sebarang perasaan belas kasihan.

Dan jujur gadis itu katakan , dia bencikan diri sendiri.

Hanju terasa bagaikan ingin membunuh diri , ingin mengikut jejak langkah adik perempuannya yang entah kini sudah ditempatkan ke dalam syurga ataupun neraka , Hanju sendiri tidak pasti apakah nasib yang bakal Hyena hadapi.

Hanju... tidak dapat melupakan detik detik dia membenci dirinya di ketika dia langsung tidak mampu berbuat apa apa tatkala melihat adik perempuannya dibunuh di hadapan mata. Kewujudannya di situ terasa bagaikan satu malapetaka.

Detective Choi menoleh sekilas ke sebelah , memandang rakan sekerjanya Detective Heuning. Mereka saling membalas pandangan sebelum rakan sekerjanya itu melepaskan keluhan berat seraya mengganguk kepalanya perlahan.

"Kau teruskan je soal siasat. Kalau postpone lama lama , alamatnya boss marah kita teruk nanti , Yeonjun." ujar Heuningkai separa berbisik kepada Detective Choi di sebelah.

Memberi greenlight padu kepada rakannya itu untuk teruskan sahaja sesi soal siasat yang mengambil agak lama untuk dimulakan. Sepatutnya keterangan keluarga mangsa sudah diambil awal awal kejadian.

Namun mungkin kerana ingin menghormati si mati yang baru sahaja meninggalkan dunia , mereka yang bersimpati cuba untuk lengahkan masa. Memberi ruang kepada Hanju untuk menenangkan diri tentang apa yang menimpanya.

Detective Choi perlahan memusingkan wajahnya menghadap gadis malang di hadapannya itu semula. Pandangan simpati masih jelas terpapar di wajahnya , namun sedaya upaya dia cuba ketepikan perasaan kecewanya.

Di ketika itu , dia bukan berperanan penting sebagai seorang manusia yang bersimpati atas kejadian yang menimpa Hanju. Di kala itu , dia berperanan penting sebagai seorang anggota polis yang akan merungkaikan kebenaran tentang apa yang berlaku.

Misteri kematian Cheon Hyena.

"Cheon Hanju-sshi... saya akan tanya beberapa soalan dekat cik , cik boleh ambil masa untuk beritahu semuanya. Kalau cik tak berupaya pun , katakan ya atau tidak sahaja." ujar lelaki itu masih dengan bicara bahasa lembutnya.

Hanju tidak memberi sebarang respon. Masih termenung di suatu sudut yang entah di mana. Terasa bagaikan rohnya ketika itu sudah pun terbang ditiup angin mencari roh adik perempuannya. Hanya jasadnya sahaja yang tertinggal di situ.

Detective Choi melepaskan keluhan perlahan. "Cik nampak muka pembunuh tu ?" bibir bawah diketap perlahan , mencarut kepada diri sendiri kerana melemparkan soalan yang begitu direct.

Pada hari kejadian , pihak polis menjumpai rumah Hanju yang sudah pun dimasuki oleh pembunuh. Mendapati sekujur tubuh tak bernyawa Choi Hyena dalam keadaan cukup mengerikan manakala Hanju yang masih meraung dan menangis sambil tubuhnya diikat ketat dengan tali.

Namun Hanju tidak memberi sebarang respon.

Bukannya dia tidak mahu jelaskan semuanya kepada anggota polis itu , namun dia cuma... tak mampu. Dia tak mampu mengungkapkan apa apa pada ketika itu. Tubuhnya terasa begitu lemah sehingga berbicara juga dia tidak mampu.

Menyedari sudah kali ke sepuluh Hanju masih tetap tidak memberikan sebarang respon , Detective Choi menoleh sekilas memandang Detective Heuning dengan pandangan penuh kecewa. Agaknya sudah tiada masa hadapan cerah untuk mereka selesaikan kes ini.

Saksi sudah ada di hadapan mata , tapi persoalan yang bermain di dalam minda mereka , kenapa Cheon Hanju masih berkeras tidak mahu mendedahkan identiti si pembunuh ? Siapa sebenarnya si pembunuh itu ?

"Cheon Hanju-sshi , kalau awak masih berkelakuan macam ni saya tak boleh nak tolong apa apa melainkan buat dakwaan awak sedang bersubahat menolong pembunuh." tegas suara Detective Heuning.

Hendak dibandingkan dengan Detective Choi , suara lelaki itu lebih tegas dan mendatar. Langsung tidak berlembut dengan gadis liat di hadapannya itu. Persetankan sahaja hakikat salah seorang ahli keluarga gadis itu sudah pun menemui ajal.

Jikalau dia tidak memberi sebarang kerjasama terhadap siasatan , mereka sebagai anggota polis tidak dapat membantu lebih melainkan membuat tindakan melulu yang akhirnya bakal memburukkan lagi keadaan.

"Kai..." tangan Yeonjun menahan lembut lengan Heuningkai di sebelah , cuba mengawal keadaan.

Dia juga tahu , jikalau rakan sekerjanya itu tidak dapat teruskan kes baharu ini , sudah pasti mereka akan menerima padah yang teruk daripada ketua. Silap hari bulan nanti mahu kena transfer ke department lain dah.

"Kau..." suara gadis berambut hitam paras bahu itu lemah membuatkan 2 pasang mata itu membulat besar.

Serentak mereka berdua memandang ke arah Hanju dengan perasaan ingin tahu. Detective Choi pula sudah siap sedia dengan sebatang pen dan buku nota , bersedia ingin mencatat apa apa sahaja informasi penting yang bakal Hanju berikan.

Manakala Detective Heuning masih memberikan pandangan redup terhadap Hanju. Sepasang matanya mencerlung tajam ke arah figura gadis itu. Memasang telinga dengan cukup teliti. Tidak mahu satu pun perkataan yang terlepas pandang dari gadis itu.

Perlahan kepala Hanju dipusingkan lemah ke sebelah , menghadap ke arah kedua dua anggota polis yang masih tidak berputus asa mendapatkan penerangan saksi daripadanya sejak pagi tadi selepas upacara kematian Hyena tamat.

Sepasang mata coklat gadis itu memerhati lemah dua wajah tampan di hadapannya. Bibir pucatnya perlahan dibuka , ingin mengatakan sesuatu yang cukup penuh informasi terhadap siasatan kes itu.

"Kau yakin... kau dapat tangkap dia ?"

Itu bukan persoalan , itu satu kepastian.

Detective Choi dan Detective Heuning saling berpandangan satu sama lain. Agak tersinggung mendengar soalan yang baru sahaja dilontarkan. Makin banyak perkara yang terbit di dalam minda mereka pada ketika itu.

Siapa sebenarnya si pembunuh ? Lelaki yang membunuh tu kuat sangat ke ? Adakah si pembunuh ada kaitan dengan kes pembunuhan bersiri ?

Mata Hanju memandang mereka lemah. "Dia... bukan lah seseorang yang patut korang cari masalah. Mungkin selepas ini insan yang kau sayang bakal mati di tangannya pula."

Mereka berdua tersentak.

Masing masing mula terbayangkan wajah ahli keluarga yang cukup mereka sayangi. Entah kenapa... kata kata yang terbit di bibir gadis malang itu membuatkan seluruh bulu roma mereka berdiri tegak serentak.

Adakah ini yang telah Cheon Hanju lalui sebenarnya ? Fikir mereka.

Hanju kembali termenung jauh di suatu sudut lain semula. "Bahkan aku rasa... jikalau aku dedahkan identitinya , pihak polis juga tak mampu buat apa apa."

"Nae ? Apa maksud..." Detective Choi yang ingin bertanyakan lebih tergantung ayatnya tatkala Detective Heuning menahan lengannya.

Memberi signal untuk mendengar dengan teliti apa yang cuba dimaklumkan Hanju kepada mereka.

"Dia... takkan biarkan sesiapa halang dia dari jadikan lelaki itu milik dia."

Perlahan Hanju memusingkan semula wajahnya ke arah mereka berdua yang sedang mendengar dengan begitu tekun. Pandangan redup gadis itu berikan kepada kedua duanya.

Tiada secalit senyuman gembira mahupun setitis air mata kecewa. Hanya kosong. Pandangan kosong tidak beremosi.

"Jadi disebabkan itu juga lah , aku nak hancurkan dia sendiri. Aku nak balas dendam sendiri."

Mereka tersentak.

Tidak pernah sekalipun , Cheon Hanju memikirkan untuk memaafkan perbuatan Lee Yeon terhadap insan yang dia sayang. Walau gadis itu memberi ancaman cukup membunuh kepadanya , dia tetap tidak dapat melupakan semuanya.

Dan perasaan benci terhadap gadis itu semakin membuak di dalam hati Hanju.

Namun gadis itu tahu , jikalau dia melaporkan perbuatan Lee Yeon kepada pihak polis , tiada sebarang tindakan yang bakal diambil. Memandangkan keluarga Lee cukup berpengaruh besar , tak mustahil jikalau anggota polis pun merupakan hamba permainan Lee Yeon.

Bahkan gadis bermata kelabu asli itu juga merupakan individu yang menelefon polis untuk tiba ke kediaman rumah Hanju pada pagi itu. Selepas meninggalkan karya seni yang dilakukannya , dia minta untuk pihak polis memujinya.

Perempuan itu... terlalu menakutkan.

Namun walau sebanyak mana Hanju takut , perasaan dendamnya makin bertambah. Dia berjanji atas nama mendiang adik perempuannya sendiri untuk menghapuskan identiti dan hidup gadis yang baru sahaja membunuh insan tersayangnya.

Ini mungkin merupakan pengakhiran bagi kau , Lee Yeon. Tapi sayangnya , ianya bakal menjadi permulaan bagi aku menggila pula.

Cheon Hanju pasti... akan hancurkan kepercayaan Jeon Jungkook terhadap Lee Yeon supaya gadis itu menderita.

- t o b e c o n t i n u e d -

character development of hanju ? i pray untuk dia tak mati dicaci maki stan lee yeon je 💅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro