Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20 | you don't know her

CHAPTER TWENTY :
you don't know her

- - -

"ARRRGGGHHH !"

Darah pekat berwarna merah terpancut mengenai kulit wajahnya , namun langsung dihiraukan. Malahan , membuatkan gadis berambut merah jambu itu semakin tertawa kuat. Semakin seronok melihat betapa sengsara mangsanya ketika itu.

Pelajar lelaki yang sudah terbaring lemah di atas tanah itu langsung tidak berupaya bangkit dan melarikan diri daripada gadis yang sudah pun duduk betul betul di atas bahagian perutnya , menahan tubuhnya dari bangkit berdiri.

Budak lelaki itu memejam matanya rapat sambil menggeleng laju kepalanya , air mata mengalir deras membasahi pipinya. Walau dia cuba sedaya untuk jerit dan meminta tolong , tidak mampu lagi ketika itu.

Kerana setiap kali dia menjerit , satu jarinya akan terputus. Dicabut kuat menggunakan playar yang entah dari mana datanganya di kawasan lorong yang agak tersembunyi itu.

"Itu lah... kau sepatutnya biarkan anak kucing tu hidup dengan aman. Yang kau gatal nak kacau dia kenapa ? Tengok sekarang , Tuhan dah balas perbuatan kau." kata katanya diakhiri dengan gelak tawa halus.

Makin puas gadis itu melihat mangsanya yang lemah di hadapan. Bahagian mulutnya sudah berlumuran darah tatkala gadis itu cuba mengoyakkan bahagian mulutnya sehingga ke telinga.

Kenapa gadis itu bertindak begitu ? Ianya hanya kerana seekor anak kucing. Kerana Jeon Jungkook merupakan pencinta kucing.

"Y-Yeon , sudah ! Kau nak orang datang sini lepastu nampak kau dan laporkan dekat pihak polis ke ?!" tegas suara Taehyung memarahi gadis itu.

Riak wajahnya sudah pucat , cuak. Takut takut jikalau ada yang melihat mereka di situ dan melaporkan apa yang disaksinya kepada pihak polis. Dia tidak mahu namanya bakal buruk kerana melakukan perkara seperti ini secara terbuka !

"Kau tahu tak , budak lagi dua orang tu dah nampak muka kau ?!" marah Taehyung lagi , riak wajahnya masih takut.

Lee Yeon tertawa kecil. Tangannya pantas menarik tali leher milik lelaki itu kuat membuatkan Taehyung yang tadinya berdiri tertarik ke bawah sehingga dia terjatuh di atas tanah.

Tali leher yang ditarik membuatkan wajahnya tertarik dekat menghampiri wajah gadis bermata kelabu itu. Terkebil kebil Taehyung melihat wajah gadis itu , menelan liurnya gugup yang terasa agak pahit dan kasar di bahagian kerongkong.

"Kenapa ? Kau takut ke , Tae ?" soal gadis itu sinis. Tangannya yang sudah berlumuran darah menyentuh perlahan pipi lelaki itu lembut.

"Y-Yeon..." suara Taehyung mula bergetar.

Ini bukan kali pertama dia menyaksikan gadis di hadapannya itu membunuh seseorang , sejak 2 tahun yang lalu , dia sudah menyaksikan lebih dari satu pembunuhan yang dilakukan gadis itu. Ada yang lebih mengerikan berbanding yang di hadapannya ketika itu.

Namun hakikat yang membuatkan lelaki itu takut hanyalah gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu tertangkap dan dimasukkan ke dalam penjara hanya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu ingin membunuhnya ketika itu !

"Kenapa... kau risaukan aku , hm ?" kulit pipi Taehyung dielusnya lembut , memberi pandangan polos kepada lelaki itu.

"Yeon... tolong. Tolong berhenti." riak wajah gadis itu berubah. "A-aku tak mahu kau masuk penjara kalau orang nampak kau macam ni."

Dia tertawa kecil. "Kenapa kau rasa aku bakal masuk penjara ? Kau lupa aku siapa ? Jenayah aku sentiasa berjalan lancar." sebelah mata dikenyitkan ke arah Taehyung.

"Ta-tapi ni... lorong ni agak terbuka , Yeon. Kau tak rasa ke yang--" kata kata Taehyung terhenti tatkala gadis itu mendaratkan jari budak lelaki yang dipotongnya tadi di atas bibir Taehyung , menyuruh lelaki itu diam.

"Jangan risau , aku tahu apa yang aku buat." gadis itu tersenyum manis menampakkan eyesmile comelnya.

Perlahan wajahnya ditolehkan semula ke arah budak lelaki yang sudah menangis teresak esak namun langsung tidak kedengaran sebarang suara di hadapannya itu. Sedaya upaya dia tidak mahu membuat bunyi kalau tidak , jari kelimanya bakal putus.

"Hey budak..." ujarnya perlahan , menghadiahkan senyuman manis kepada mangsanya.

"Nak have fun sama sama tak ? Macam kau have fun dengan anak kucing tadi ehe." Lee Yeon tersenyum ceria seraya pisau yang berlumuran darah itu dijilat perlahan.

Merasai detik detik ketakutan mangsanya dengan penuh nikmat.

- - -

"Jungkook."

Lelaki bertopi bersama pakaian seragam cafe yang menjadi tempat kerja sambilannya itu , perlahan mengangkat wajahnya ke atas. Sedikit terkejut tatkala melihat figura seorang gadis yang cukup tidak asing di hadapannya ketika itu.

Cheon Hanju , gadis yang pernah bertakhta sebagai perempuan yang disukainya dahulu.

"Ha-Hanju..." Jungkook tersenyum kelat. "N-nak order apa ?" soal lelaki itu lembut , meminta pesanan daripada gadis itu memandangkan ketika itu dia bekerja mengambil bahagian penjaga kaunter.

Hanju tidak langsung melemparkan senyuman kepada lelaki di hadapannya. Hanya memberikan pandangan kosong. Seolah olah kehadirannya di tempat kerja lelaki itu bukannya untuk menikmati minuman dan makanan di situ.

"Ha-Hanju ?" kening Jungkook terjungkit ke atas , memandang gadis itu dengan pandangan hairan.

"Boleh saya nak jumpa awak sebentar lepas awak habis kerja ? Ada sesuatu yang perlu saya bagitahu."

Melihatkan riak wajah tegang yang terpapar jelas di wajah gadis berambut hitam paras bahu itu , senyuman kelat Jungkook perlahan lahan memudar. Semakin hairan gadis itu di ketika itu.

Apa sebenarnya yang terjadi ?

- - -

3 pagi.

Seperti biasa , itu merupakan waktu untuk Jeon Jungkook pulang ke rumah sebaik sahaja selesai menghabiskan shift kerja sambilannya. Namun kali ini , lelaki itu lebih tergesa gesa ingin pulang awal memandangkan seorang gadis yang masih berpakaian seragam sekolah sedang menunggunya lama.

"Ha-Hanju !" jerit Jungkook kuat ke arah gadis yang sedang berdiri tercegat di hadapan pintu masuk cafe itu.

Mendengarkan namanya dipanggil , Hanju menoleh perlahan. Menghadiahkan senyuman manisnya sebaik sahaja Jungkook kini tiba betul betul di hadapannya. Jungkook yang termengah mengah kerana berlari laju tadi hanya mampu tersenyum kelat.

"Ke-kenapa awak tunggu saya lama ? A-awak boleh je pulang ke rumah dahulu dan hantar pesanan dekat saya." ujar lelaki itu sesekali belakang tengkuknya yang tak gatal digaru perlahan. Masih kekok.

Hanju melepaskan keluhan berat seraya wajahnya ditunduk buat seketika ke bawah. Memandang ke arah kasut yang masih tersarung elok di bahagian kakinya ketika itu.

Hakikatnya , dia sendiri tidak tahu mahu mula bagaimana untuk terangkan berkenaan hal itu kepada lelaki di hadapannya. Memandangkan Jeon Jungkook kini sudah menjadi rapat dengan Lee Yeon , gadis itu pasti dia perlu membuat sesuatu.

Cheon Hanju tidak mahu Lee Yeon apa apakan Jeon Jungkook.

Kerana gadis itu yakin , apa yang dia dengar berkenaan Lee Yeon daripada Wonwoo dan Vernon sebentar tadi , semuanya benar. Bukannya rekaan semata mata mahupun perkara yang tidak puas hati dengan gadis itu.

Hanju yakin , Lee Yeon merupakan seorang gadis bahaya.

"Saya datang sini nak bagitahu awak sesuatu berkaitan Lee Yeon." ujarnya pantas , tidak tergagap.

Sebelah kening Jungkook terjungkit ke atas , memberi pandangan hairan. "Lee Yeon ?" dahinya dikerutkan. "Kenapa dengan dia ?"

Hanju menundukkan semula wajahnya ke bawah. Kedua dua jarinya bermain dengan satu sama lain. Di dalam kepala , masih cuba sedaya upaya untuk menyusun ayat untuk diluahkan sebaik mungkin kepada Jeon Jungkook sebentar nanti.

"Lee Yeon... bukan lah seperti yang awak fikirkan , Jungkook !" akhirnya gadis itu mengangkat wajahnya , memberi pandangan cukup serious kepada lelaki itu.

Dahi Jungkook berkerut. "Apa yang..." dia tertawa kecil. "Apa yang Hanju cuba cakap ni , hm ?"

Hanju mengerutkan dahinya. Tidak menyangkakan senyuman bakal tertampal di wajah polos lelaki itu tatkala dia menyebut nama yang cukup bahaya itu.

"Jeon Jungkook , awak kena percaya dengan apa yang saya cakap. Awak kena jauhkan diri daripada dia , dia bukan lah seorang perempuan yang baik !" pandangan serious gadis itu berikan. Cuba sedaya yang boleh untuk menyakinkan lelaki di hadapannya.

Riak wajah Jungkook berubah.

"Cheon Hanju." menadatar nada suaranya memanggil gadis di hadapannya. Pandangan redup diberi , tiada lagi secalit senyuman yang terukir.

Hanju hanya merenung ke dalam anak mata hazel milik lelaki itu , masih setia dengan pandangan serious di wajahnya. Tidak sesekali pun berniat untuk menggoyahkan kepercayaan lelaki itu kepadanya di kala itu.

"Saya tahu awak tak sukakan Yeon. Anni , mungkin bukan awak seorang. Tapi hampir satu sekolah tidak sukakan dia." ujarnya penuh tenang.

Hanju hanya berdiam diri. Memasang telinga.

"Tapi hanya disebabkan perasaan tidak suka dan iri hati awak , awak tak boleh menghukumnya sesuka hati. Itu bukan lah tiket percuma untuk awak tentukan sama ada dia baik ataupun tidak jika awak tidak mengenali dirinya yang sebenar."

Hanju tersentak.

Serentak insiden terakhir yang berlaku di antaranya dan Lee Yeon terngiang kembali. Di mana buruknya kelihatan jelas daripadanya. Tatkala di tangannya memegang cawan dan tubuh Lee Yeon basah kuyup seakan dia baru sahaja menuangkan air itu pada tubuh gadis berambut merah jambu itu.

Di kala itu , Hanju pasti. Jeon Jungkook pasti berfikir bahawa dia mempunyai perasaan benci terhadap Lee Yeon.

"Jungkook , awak kena--"

"Jangan cakap pasal benda ni lagi ? Boleh ?" senyuman kelat Jungkook ukirkan. "Saya tak nak awak bercakap buruk tentang dia lagi dekat saya kalau awak sendiri tak kenal dia bagaimana."

Hanju terkedu.

"Dan... saya mintak baik baik untuk jangan datang ke sini , serbu tempat kerja saya hanya disebabkan hal kecik seperti ini. Saya... tak mahu salah faham dengan niat awak. Awak , perempuan yang baik , Hanju."

Gadis itu terdiam. Terkelu lidah. Tidak tahu apa yang perlu dibalas kepada lelaki itu.

Kata kata yang baru sahaja terbit di bibir Jungkook betul betul menampar kuat kedua belah pipinya. Seakan akan memberi amaran kepadanya , bahawa lelaki itu menganggap Hanju sebagai gadis sempurna , jadi jangan buat sesuatu di luar jangkaan.

Yang bakal memusnahkan bayangan indah Jeon Jungkook terhadap gadis itu.

Jungkook melepaskan keluhan berat. Perlahan dia memusingkan tubuhnya , ingin melangkah pergi meninggalkan kawasan tempat kerja sambilannya. Lagipula , sudah lewat. Lelaki itu perlu pulang ke rumah untuk berehat.

Jikalau dia memakan masa yang lama , berkemungkinan dia bakal tidak fokus di sekolah pada esok harinya. Dan itu bukan lah sesuatu yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar senior yang mempunyai ujian terbesar pada tahun itu.

"Jungkook !"

Hanju yang baru sahaja ingin menarik lengan Jungkook , menghentikan lelaki itu daripada melangkah pergi meninggalkannya , terhenti. Langkahnya serta merta terhenti.

Matanya membulat besar. Begitu juga riak wajahnya yang mula bertukar pucat tatkala sepasang matanya ternampak sesuatu yang tak sepatutnya dia nampak pada ketika itu.

Jauh di seberang sana , satu figura gadis berambut merah jambu sedang memerhatikannya dengan renungan redup. Bersama pakaian dan wajahnya yang sudah tercalit dengan darah , namun langsung dihiraukan.

Sebelah tangan gadis itu memegang elok sebilah pisau yang sudah berlumuran darah. Menggayakan pisau saktinya dengan penuh mengerikan di pandangan mata Hanju pada ketika itu membuatkannya terlampau terkejut.

Paling mengerikan , tatkala Cheon Hanju sedar , dia baru sahaja membuat eye-contact dengan psychopath witch di seberang sana.

Lee Yeon tersenyum sinis.

Perlahan bibirnya terkumat kamit. Walaupun jauh , namun Hanju sendiri tidak tahu mengapa dan bagaimana dia boleh membaca gerakan mulut gadis itu. Yang seperti sedang menghantar pesanan maut kepada dia yang masih terkaku di posisi sendiri.

Bibirnya mula bergerak.

" jangan risau "

" kau bakal menjadi mangsa seterusnya "

Dan di ketika itu lah , Cheon Hanju sedar. Dia telah membuat kesilapan paling besar di dalam sejarah hidupnya. Dan gadis itu pasti tidak akan dapat melarikan diri daripada pemangsa yang cukup berbahaya ,

Si gila , Lee Yeon

- t o b e c o n t i n u e d -

okay someone please pray for hanju walaupun aku tau readers semua memang nak dia mati AHAHAHAHHA YA ALLAH TAK BAIK TAK BAIK JSJSJSJ ,,, anyway weekend neul enggak update sebab gue mau rehat grr and nanti next week neul update hari isnin muehehheeheh ✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro