Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2 | your sweet stalker

CHAPTER TWO :
your sweet stalker

- - -

Y E O N

"Arrgghhh !"

Bunyi teriakan garau dari kawasan bumbung kedengaran begitu kuat walaupun pintu sudah ditutup rapat. Siapa yang dengar , pasti dapat menjangkakan sesi pukul memukul sedang berlaku di situ.

"Kau nak report kitorang merokok ke , hm ?" suara Wonwoo jelas kedengaran.

Sesekali lelaki itu menunjal dahi Jungkook kasar. Wajah Jungkook yang sudah penuh dengan luka langsung tidak diambil peduli. Takut ? Lelaki itu langsung tak menyesal lepas pukul budak lembap seperti itu.

Jungkook hanya diam. Tidak membalas apa apa. Tubuhnya yang terbaring di atas lantai sambil kedua belah tangannya memegang erat bahagian perut yang baru sahaja ditendang kasar. Menahan rasa sakit.

"Yah , kau dah ambil phone dia ?" soal Wonwoo lagi kepada kedua orang rakannya.

"Aku dah check phone dia. Takde pulak video kita merokok ke apa." ujar Mingyu kedengaran agak polos.

"Dia sorok lah tu kat mana mana." balas Vernon serkap jarang.

Padahal hakikatnya , lelaki lembap yang menjadi mangsa pukulan mereka langsung tidak mempunyai niat untuk melaporkan perbuatan terlarang mereka kepada cikgu.

"Phone kau... kitorang akan ambil. Kau tengok lah , kalau kitorang baik mungkin kitorang akan pulangkan. Tapi jangan harap akan dipulangkan dalam keadaan baik." kata kata Wonwoo diakhiri dengan gelak tawanya.

Perlahan dia bangkit dari posisi cangkungannya. Memerhatikan semula budak lembap yang terbaring dalam keadaan menyedihkan di hadapannya dengan pandangan sinis.

"Geng , belasah dia sampai korang puas. Ketua korang benarkan."

Sebaik sahaja Wonwoo memberi kata putus , kedua dua rakannya mula mengambil langkah. Tubuh Jungkook terus dibelasah tanpa sebarang rasa bersalah.

Hanya gelak tawa sahaja yang mengisi situasi tegang tersebut.

Tak mereka sedar , seorang gadis berambut merah jambu sedang bersandar di belakang pintu yang memisahkan kawasan tangga dan bumbung. Mendengar segala perbualan dan situasi yang terjadi.

Sesekali vape berukiran canggih yang dikemam ke bibirnya itu ditarik perlahan menjauhi kawasan mulutnya. Dengan renungan redup , perlahan dia membuka mulutnya , mengeluarkan asap vape.

Perlahan gadis itu memusingkan sedikit kepalanya ke belakang , seolah sedang menoleh memandang ke arah mereka yang berada di kawasan bumbung. Bukannya dia tidak mengenali tiga orang lelaki itu.

Tak perlu risau , dia ada rancangan baik untuk menguruskan semuanya.

Gadis itu mungkin akan menggunakan gelaran gadis gilanya dengan sebaiknya pada ketika itu untuk membalas dendam terhadap apa yang mereka sudah lakukan.

- - -

Gula gula getah dikunyah perlahan di dalam mulut sambil tangan aku perlahan menampal sticky note berwarna kuning di atas permukaan pintu rumah apartment milik Jungkook.

Selesai menampal , aku berdiri buat seketika. Memandang semula bait perkataan yang sudah aku tulis dengan tulisan secantik yang mungkin di atas sticky note tersebut.

"Nice."

Sesekali gula gula getah yang dikunyah , ditiup. Membentuk belon berwarna merah jambu besar sebelum berakhir dengan meletup di wajah aku.

Perlahan aku memusingkan tubuh ke belakang , melangkah pergi meninggalkan kawasan rumah apartment milik Jungkook.

Sambil sebelah tangan aku mengeluarkan iPhone 12 dari dalam poket skirt. Menaip sesuatu di atas keyboard laju. Kemudian menghantar satu pesanan maut kepada seseorang.

bitch : wonu-yah
bitch : boleh kau datang rumah aku ?
bitch : ada sesuatu yang aku nak bagitau

Senyuman penuh makna mula terukir di wajah aku.

- - -

"Cik muda , kawan cik dah sampai dekat depan rumah. Nak saya bukakan pagar untuk dia dan jemput dia masuk ke dalam ?"

Kata kata yang ditutur lembut oleh Ahjumma Cha , pembantu rumahku itu membuatkan aku yang sedang sibuk memerhatikan komputer sendiri mula memberi perhatian kepadanya.

Ahjumma Cha pula hanya berdiri tercegat di hadapan pintu bilikku , kedua dua belah tangannya disatukan di bahagian perutnya manakala wajahnya ditundukkan ke bawah , menunjuk rasa hormat.

Memang begitu cara appa ajar pembantu rumah kami.

Perlahan senyuman aku terukir. "Jangan risau , aku akan jemput dia sendiri. Kau boleh pergi buat kerja kau. Dan pastikan tiada siapa yang jejak kaki ke dalam bilik aku , tau ?"

Ahjumma Cha tersentak.

Seperti memahami apa yang aku cuba maksudkan , aku dapat rasakan aura ketakutan daripadanya. Senyuman sinis aku terukir tatkala dia mula menggeletar. Namun pantas dia meminta diri.

Aku pantas bangkit dari tempat duduk dan melangkah keluar dari rumah agam milikku. Melangkah sendiri untuk bertemu dengan tetamu istimewa bagi menjemputnya masuk.

Aku kena lah layan special guest aku baik baik , tak ke begitu ?

"Eo , Yeon-ah !" senyuman penuh teruja terukir jelas di wajah Wonwoo.

Aku memandangnya sekilas dari atas hingga bawah. Masih dengan pakaian seragam sekolahnya bersama beg sekolahnya yang disarungkan sebelah tali di sebelah bahu.

"Awal sampai." senyuman manis aku lemparkan kepadanya.

"Takkan pulak saya nak buat awak tunggu saya pulak kan ?" ujarnya lembut.

Aku tersenyum sinis. Menggelikan.

"Tapi... kenapa awak tiba tiba ajak saya ke rumah awak ni ? Bukan calang calang orang yang dijemput ke rumah tuan puteri macam awak ni , Yeon." usiknya nakal.

Jelas sekali , aku dan dia tak pernah rapat. Bahkan kami berbual bersama pun tak pernah. Dan entah macam mana pula aku tiba tiba sahaja boleh menjemputnya ke rumah aku bagaikan kami merupakan kenalan rapat.

Mungkin bagi manusia biasa ianya tak normal. Tapi bagi aku semua itu normal. Normal bagi aku menjerat mangsa ke dalam perangkap aku sendiri.

"Yeon... nak luangkan masa dengan Wonu , takkan tu pun tak bole ?" soalku lembut sambil tangan kanan aku perlahan mengusap dadanya membuatkan dia sedikit terkejut dengan tindakan aku.

Aku melemparkan senyuman manis. "Nak have fun tak sama sama dengan Yeon malam ni , hm ?"

"H-Have fun macam mana tu ?" kedua belah telinganya sudah mula memerah.

Aku tersenyum sinis.

Perlahan aku mendekatkan wajah dengan telinganya. Membisikkan sesuatu ke telinganya lembut. "As you know , Yeon tak pakai bra sekarang."

Wonwoo menelan liurnya gugup.

- - -

"Uwahhh , besarnya rumah awak , Yeon !" ujar Wonwoo penuh teruja sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Aku langsung tidak mengambil peduli tentang dia. Dia nak teruja ke , nangis ke , mengamuk ke kat situ , kisah apa aku. Aku tak pernah teringin nak ambil tahu.

"Yeon..."

Langkah aku terhenti.

Perlahan aku memusingkan wajah memandang ke arah Wonwoo yang sudah menghadiahkan senyuman nakalnya kepada aku. Perlahan tangannya menanggalkan beg dan blazernya lalu diletakkan di atas sofa bilik ini.

Aku hanya memandangnya tanpa menuturkan sebarang ayat. Hanya memberikannya pandangan kosong dengan sepasang mata berwarna kelabu asliku.

"Are you sure about this...?" sengihan nakalnya terukir.

"Kenapa ? Takut ?" aku tersengih sinis. Memprovoknya dalam dia tak sedar.

Dia tertawa kecil. "Nope , i'm not gonna be afraid. Just as you know , oppa bakal buat Yeon tak mampu berjalan lepasni."

Aku memberi senyuman palsu. Ergh menggelikan buat kali kedua.

Aku menoleh ke hadapan semula. Sebuah pintu rahsia di hadapan aku hampiri lalu mula memasukkan kata laluan dan ujian biometrik yang disediakan untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

"So... kita akan buat dalam bilik rahsia ni ke , sayang ?" aku dapat rasakan sepasang tangannya mula memeluk tubuhku dari belakang.

Ergh rimas.

"Bilik ni soundproof. So Wonu boleh moan kuat kuat tanpa perlu risaukan orang kat luar yang akan dengar." ujarku tenang.

"Baby , you're too naughty." wajahnya digesel perlahan dengan bahagian tengkukku.

Aku buat tak kisah.

Tatkala pintu bilik itu dibuka , aku terus menarik tubuhnya laju ke dalam. Membawanya masuk ke dalam kegelapan yang dia sendiri tidak tahu di mana penghujungnya.

"Yeon ? Lee Yeon ? Mana kau ? B-buka lampu. A-aku tak nampak !"

Jeritan nervous Wonwoo buat aku tersengih sinis. Baru sekejap tadi dia tampak berani dengan idea kotor yang berlegar di dalam fikirannya. Baru gelap sikit takkan dah kecut ?

Lampu serta merta terbuka.

Sekelip mata mula menerangi segenap ruang bilik besar yang menjadi ruangan peribadi istimewa buat gadis gila seperti aku. Kawasan larangan bagi kanak kanak di bawah umur.

"Arrggghh !"

Aku tertawa kecil mendengar teriakan penuh terkejut daripada Wonwoo. Lelaki itu sudah pun jatuh terjelopok kerana terkejut melihat sekelilingnya yang dipenuhi senjata berbahaya.

Manakala aku pula sedang elok duduk di atas sebuah kerusi roda. Di belakang aku , dipenuhi kaca televisyen yang menunjukkan setiap gerak geri seorang lelaki yang cukup aku cinta.

Jeon Jungkook.

Seolah cctv , ianya merakam segala tingkah laku Jungkook dan kawasan yang akan dikunjunginya. Termasuk juga bilik air , kawasan rumahnya , laluan untuk ke sekolahnya dan bermacam lagi.

Mata Wonwoo membulat besar. Terkejut melihat apa yang baru sahaja dia saksikan di hadapan matanya ketika ini. Tidak menyangkakan bahawa aku mempunyai ketaksuban terhadap seseorang seperti ini.

Aku tersengih sinis.

Pistol Beretta 92FS yang diconteng dengan tandatangan milik aku itu mula diangkat perlahan lalu tangan aku mula bermain dengannya. Langsung tidak takut dengan hakikat pistol itu sudah berisi 6 peluru.

"Y-Yeon... s-semua ni... t-tipu je kan ?" tergagap gagap lelaki itu , takut.

Aku tertawa kecil. "Nak aku try tembak kepala kau ? Kita tengok sama ada benda ni palsu ataupun tidak." ujarku sambil menghala muncung pistol ke arahnya.

Matanya terbeliak luas. Seluruh anggota tubuhnya menggigil ketakutan. Pantas dia melutut dan sujud di hadapan aku , terlampau takut dengan perwatakan gilaku.

"L-Lee Yeon , maafkan apa yang aku cakap tadi ! Maafkan aku !"

Aku tertawa sinis. "Kenapa ? Kau ada salah cakap ke , hm ?"

Seluruh tubuhnya sudah menggigil ketakutan sehingga mulutnya juga sukar ingin mengungkapkan sesuatu kepada aku.

"Omma kau kerja dekat restoran bbq tu kan , Wonu-sshi ?"

Dia tersentak.

"Hanya dengan satu panggilan je , aku boleh buat dia mati digilis sebelum sempat dia balik ke rumah untuk masak makan malam buat kau." aku tertawa kuat.

Bayangkan sahaja idea aku , aku sudah tahu perkara itu akan menjad perkara paling kelakar !

"LEE YEON !" dia mengangkat tubuhnya perlahan dan memandang aku dengan pandangan sukar untuk dipercayai. Matanya sudah lencun dengan air mata.

"Kenapa ? Tuan puteri macam aku ni tak boleh ambil nyawa omma kau ke ? Aku fikir kau nak have fun dengan aku malam ni." aku tersengih sinis.

Dia mengerutkan dahi. Memberi pandangan penuh takut kepada aku.

"Kau tahu..." aku menggaru perlahan kepala yang terasa gatal dengan muncung pistol. Memberi wajah polos kepadanya. "...aku tak suka tamatkan riwayat seseorang yang aku tak suka. Jadi , jangan risau aku takkan bunuh kau."

Kata kata aku terhenti buat seketika.

"Tapi... aku akan buat orang yang kau sayang mati depan kau pffftt.." aku ketawa kuat.

Matanya terbelalak luas.

"Y-Yeon... kau cakap apa yang kau mahu , a-aku akan buat !"

Senyuman aku mati.

Perlahan aku memusingkan tubuh ke belakang dengan kerusi roda itu membuatkan tubuh aku kini menghadap kaca televisyen cctv yang merakam gerak geri Jungkook di rumahnya.

"Kau tahu apa maksud semua ni ?" soalku polos.

"A-apa...?"

"Tuan puteri depan kau ni , stalker romantis Jeon Jungkook. Dan kau tahu kau buat kesilapan besar lepas kau sentuh kepunyaan aku bukan , Wonu-sshi ?"

Lalu aku berikan renungan panas membakar mata dengan sepasang mata kelabu asliku kepadanya.

- t o b e c o n t i n u e d -

grrr memandangkan ni baru permulaan , so korang tak nampak lagi kegilaan this female lead hshshshs soon after , i hope yalls akan goosebumps dengan watak dia kehkehkeh btw thank you stay tuned dengan ff ni sampai chapter kedua !! 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro