17 | serial killer
CHAPTER SEVENTEEN :
serial killer
- - -
"Selamat malam. Sweet dreams." ujar Jungkook malu malu di hadapan gadis berambut merah jambu itu.
Mereka berdua berdiri saling berhadapan di hadapan pagar masuk utama rumah agam milik gadis itu. Sudah pasti sebagai teman lelaki Lee Yeon , Jeon Jungkook ingin menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat.
Yeon tersenyum. Perlahan dia menghampiri tubuh lelaki itu. Kedua belah tangannya diangkat lalu lengannya direhatkan di atas bahu milik Jungkook. Mengunci pergelangan tangannya di belakang leher lelaki itu.
Jungkook tersenyum. Kedua belah tangannya yang masih terketar ketar itu memberanikan diri memeluk perlahan belakang pinggang milik gadis itu. Membuatkan tubuh mereka berdua menjadi semakin dekat dalam posisi itu.
"Are you sure tak nak singgah rumah your teman wanita ?" senyuman sinis gadis itu berikan , segala fikiran nakal mula meliar di dalam kepalanya.
Jungkook tertawa. Kepalanya digeleng perlahan. "Jangan nak mengada." jarinya menunjal dahi gadis itu membuatkan kepalanya tertolak ke belakang.
"Yah !" mata gadis itu dijengilkan ke arah Jungkook yang sudah ketawa melihat telatahnya. "Mentang mentang kita dah something sekarang. Kau dah tak takut dengan aku ehh ?"
Jungkook tertawa. "Buat apa pulak aku nak takut dengan kau ha ?"
Gadis itu mencebik. "Tapi aku tak nak lepaskan kau lagi." sengaja memuncungkan mulutnya , meraih simpati teman lelakinya.
Jungkook tersenyum. Hidung kecil Lee Yeon dicuit lembut. "Pergi masuk tidur. Aku tahu kau penat walaupun kau tak tolong apa apa dekat sana." gelak tawa kedengaran di hujung ayatnya.
Sekali lagi gadis itu mencebik. Sejak dah official mereka bersama dengan ciuman disaksikan langit dan bintang indah itu , terus sahaja sikap Jeon Jungkook berubah. Bukan main berani dengan gadis yang kini bergelar teman wanitanya.
"Okay dah , pergi masuk. Tidur tidur." ujar Jungkook lembut , perlahan kedua belah tangannya dilepaskan dari memeluk belakang pinggang gadis itu.
Belum sempat lelaki itu ingin meleraikan kedua belah tangan Lee Yeon yang berada di sekeliling lehernya , gadis itu lebih pantas menarik tubuhnya dekat lalu menghadiahkan kucupan lembut di bibir.
Mata Jungkook sedikit membulat , terkejut dengan tindakan secara tiba tiba dari gadis itu. Namun perlahan senyumannya terukir. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Kedua belah pipinya juga sudah mula memerah.
"Kau buat aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding sebab malu sangat..." bisik Jungkook perlahan , mengetap bibir menahan malu.
"Hurm ? Apa ?" kening Lee Yeon terangkat ke atas , meminta Jungkook mengulang semula apa yang dikatakannya.
Jungkook tertawa seraya menggeleng laju. Kedua belah tangan gadis itu diturunkan dari atas bahunya. "Takde apa apa. Dah , pergi masuk."
Gadis itu tersenyum sebelum Jungkook perlahan mengatur langkah menjauhi tubuhnya. Baru beberapa langkah bergerak jauh dari gadis itu , Jungkook memusingkan semula tubuhnya ke belakang , melihat wajah gadis itu buat kali terakhir.
"Bye !" ujar lelaki itu lembut sambil melambai tangannya ke arah gadis berambut merah jambu itu.
Yeon tersenyum manis lalu melambai semula ke arah lelaki itu. Belum sempat dia ingin membalas 'bye' daripada Jungkook , lelaki itu sudah pun memusingkan tubuhnya ke hadapan semula.
Kedua belah tangannya pantas menekup wajahnya yang sudah mula panas bak oven. Lelaki itu pantas melarikan diri jauh daripada rumah itu , mencari tempat persembunyian untuk menghantuk kepala ke dinding dan meroyan akibat ciuman yang diterimanya itu. Terlalu malu !
Gadis itu tertawa. "Comel."
Baru sahaja dia ingin memusingkan tubuh ke belakang dan melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya , deringan iphone yang berada di dalam sling bag putihnya kedengaran , bermakna seseorang menghantar satu pesanan kepadanya.
Tanpa berlengah , gadis itu terus mengambil iphonenya yang disimpan di dalam beg. Membuka iphonenya dan mula memeriksa pesanan yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi.
Senyumannya serta merta mati.
orang tua : misi pertama kau
- - -
Jam menunjukkan pukul 3 pagi.
Gadis berambut merah jambu yang rambut panjangnya diikat dengan getah rambut berwarna hitam itu memeluk tubuhnya sendiri. Memandang kosong ke arah sekujur tubuh seorang wanita yang diikat di sebuah kerusi.
Wanita itu memejam matanya rapat , seraya air matanya mengalir deras membasahi pipi sendiri. Cuba untuk membuka mulutnya untuk menjerit dan meminta tolong sesiapa , namun bibir atas dan bawahnya kedua dua disapukan gam kuat.
Pedih yang tidak dapat wanita itu huraikan tatkala bibirnya tergerak sedikit hampir terbuka. Setiap kali dia cuba membuka mulut , darah bercucuran membasahi bibirnya. Kulit bibirnya pecah. Bibirnya bakal rosak jikalau dia membuka mulut.
Manakala Lee Yeon di seberang sana. Masih duduk di atas kerusi yang diletakkan berhadapan dengan wanita itu. Masih memberikan pandangan tidak beremosi kepada mangsanya. Seakan akan sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.
"Kau buat apa tenung dia macam tu ? Tak nak bunuh ?" soal Hyuk sinis dalam posisi memeluk tubuh. Memerhatikan setiap cara adik perempuannya membunuh mangsanya.
Lagipula , harabeoji sudah mengarahkannya untuk pantau gadis itu. Jikalau gadis itu tidak menunaikan janjinya , lelaki itu harus melaporkan semuanya kepada harabeoji. Supaya lelaki tua itu akan mengambil tindakan.
Lee Yeon merehatkan dagunya di atas telapak tangan. Memberi pandangan penuh bosan terhadap wanita yang perlu dibunuhnya di hadapan. Tubuh wanita itu juga calar balar. Pakaian yang tersarung pada tubuhnya juga koyak rabak. Selekeh betul keadaanya.
"Oppa , kenapa muka perempuan ni macam Cinderella ?" sebelah kening gadis itu terangkat ke atas , memberi pandangan hairan kepada wanita di hadapan.
Hyuk tertawa sinis. "Kenapa ? Dia lawa sangat ke ?"
"Bukan tu. Dia nampak macam heroine dalam setiap kisah dongeng. Menyedihkan. Tak ubah macam Cinderella."
Hyuk tertawa lagi. Dia menggeleng kepala perlahan. Membiarkan sahaja adik perempuanya merapu seorang diri. Lagipula , perkara itu normal bagi pemangsa seperti mereka.
"Aku nak call Soo kejap. Kau uruskan apa yang patut." arah Hyuk lalu telefonnya yang mendail nombor abang kembarnya ditekup ke sebelah telinga.
Sambil kepalanya dipusingkan ke tepi , memandang ke arah adik perempuanya buat seketika dengan seputung rokok yang setia dikemam dengan bibirnya sendiri. Dia tersenyum sinis sebelum mengatur langkah keluar dari gudang tersebut.
Meninggalkan gadis itu melepaskan nafsu membunuhnya.
Lee Yeon menundukkan sedikit wajahnya tatkala wanita di hadapannya semakin tundukkan wajahnya. Cuba sedaya upaya untuk melihat wajah penuh ketakutan yang dipaparkan gadis itu dengan lebih jelas.
"Kenapa ? Kau takut ke ?" soalnya polos , nada penuh tak bersalah. Sepertinya dia merupakan karakter paling baik dalam dunia.
"Kenapa kau nak takut ? I'm not gonna hurt you." Lee Yeon tertawa sinis di hujung ayat tatkala dia mula mengeluarkan pistol ukiran canggihnya di hadapan mata wanita itu.
Mata wanita itu terbeliak luas. Terkejut tatkala pistol itu digoyangkan di hadapan matanya. Seluruh tubuhnya mula menggigil dahsyat. Bibirnya yang bergetar itu membuatkan Lee Yeon tertawa kecil. Dengan bibirnya yang bergetar , sudah pasti rasa pedih ketika itu.
"Kau tahu , prinsip aku yang aku takkan hapuskan riwayat orang begitu sahaja. Aku akan hapuskan sumber kebahagiaan kau , supaya kau akan hidup menderita." Lee Yeon tertawa kecil.
Kepalanya digeleng perlahan lalu muncung pistol digaru perlahan di kepalanya yang terasa gatal. "Tapi sebab ni semuanya arahan orang tua tu , aku tak boleh ingkar. Ni sebahagian daripada perjanjian yang telah ditetapkan."
Wanita itu memejam matanya rapat , bercucuran air matanya mengalir keluar deras. Peluh peluh dingin menitik dahsyat di seluruh wajahnya. Dia menggeleng kepalanya laju tatkala Lee Yeon menghalakan muncung pistol di hadapan wajahnya.
Lee Yeon tertawa , makin seronok melihat mangsa di hadapan yang sudah mula hilang kewarasan. Terlampau takut dengan segala kemungkinan yang akan terjadi kepada dirinya sebentar sahaja nanti.
Ruangan bilik gudang itu pula gelap , hanya dibekalkan dengan cahaya malap dari beberapa buah lampu yang berfungsi sahaja. Dan sudah pasti di persekitaran gudang itu , tidak punyai seorang pun manusia yang akan dapat membantunya.
Jalan mati.
Tiada lagi peluang untuk wanita itu melepaskan dirinya daripada segala mimpi ngeri yang berlaku di hadapan mata. Walaupun dia berdoa dan memejam matanya rapat , berharap supaya semuanya akan berakhir , namun ternyata semuanya tak menjadi.
Tuhannya juga tidak membantunya dalam keadaan genting sebegitu. Apatah lagi jikalau dia cuba berharap supaya perkara ini semua hanyalah mimpi ngeri ? Sudah pasti ini merupakan realiti. Realiti yang cukup mengerikan.
"Kenapa ? Kau terlampau takut dengan aku ke ?" soal Yeon sekali lagi dengan nada polos , memberikan mimik wajah sedih kepada wanita itu.
"Kau tahu , heroine seperti kau tak sepatutnya rasa takut. Well , yes mungkin kau perlu rasa takut. Tapi jangan risau , tak lama lagi putera kau akan datang untuk selamatkan kau dari sengara ni. You're the Cinderella anyway." senyuman sinis gadis bermata kelabu itu ukirkan.
Belum sempat Lee Yeon ingin berkata lebih , tumpuannya terganggu tatkala mendengar seperti titisan air menitik di lantai. Bukan itu sahaja , bau busuk yang juga turut menusuk rongga hidungnya membuatkan gadis itu tertawa sinis.
Perlahan dia tundukkan wajah ke bawah , memandang ke arah cecair di bawah kerusi wanita itu. "Kau terlampau takut sampai terkencing , hm ?"
Dia menangis lagi seperti manusia lemah.
Lee Yeon memberi pandangan kosong kepada wanita itu yang mula menangis teresak esak. Namun tiada sebarang bunyi. Memandangkan dia tidak mampu membuka mulut sendiri yang sudah digam kukuh.
Perlahan Lee Yeon mengusap rambut wanita itu dengan muncung pistol kegemarannya. Memberi pandangan simpati. "Kau takut sangat ke ? Kenapa kau tampak terlalu normal daripada aku , hm ? Kau buat aku nampak macam si putera berbanding Cinderella."
Riak wajah Lee Yeon berubah.
Perlahan senyuman sinisnya terukir. Satu idea menarik muncul secara tiba tiba di dalam kepalanya. Dia juga sudah malas ingin bermanja bersama wanita itu , sudah sampai waktunya untuk mengakhiri segalanya.
"Disebabkan kau Cinderella , aku akan lepaskan kau. Kalau kau berjaya kalahkan aku dalam permainan batu , kertas , gunting. Macam mana ? Deal ?" ujar gadis berambut merah jambu itu sinis.
Sepasang mata kelabunya menatap lembut ke dalam anak mata milik wanita itu. Walaupun tatapan matanya lembut , namun masih tetap dapat membakar mata yang merenung matanya.
Dia mengangguk kepalanya laju seraya memejam mata rapat. Terlalu terdesak ingin melepaskan dirinya tatkala gadis berambut merah jambu memberi pelawaan keemasan seperti itu. Jangan risau , Lee Yeon seorang perempuan yang tepati janjinya.
Jikalau dia kalah , dia akan melepaskan wanita itu. Walaupun wanita itu sudah melihat wajahnya.
Pakai topeng ketika membunuh ? Itu bukan lah konsep dan gaya milik gadis bermata kelabu itu. Hanya penjenayah yang pengecut sahaja yang akan menyorokkan identitinya daripada diketahui mangsanya.
"Baik , kita mula sekarang." ujar gadis itu manis seraya menghadiahkan eyesmile comel miliknya. Memberikan pandangan cukup ceria.
Sekali pandang , rupanya tak ubah seperti heroine baik di dalam setiap kisah dongeng.
"Batu , kertas , gunting !" tatkala melaungkan itu kuat , mereka berdua saling mengeluarkan tangan masing masing.
Disebabkan tubuh wanita itu diikat dengan tali di kerusi , sukar untuk dia mengangkat tangan. Jadi , dia hanya mengubah bentuk tangannya di atas pehanya sahaja. Tidak menjulang tangan seperti yang dilakukan Lee Yeon.
"Woops." Lee Yeon menekup mulutnya dengan sebelah tangan tatkala melihat keputusan kemenangan.
Wanita itu mengeluarkan tangan berbentuk gunting manakala dia mengelurkan tangan berbentuk kertas. Sekali pandang sahaja , sudah dapat tahu siapakah pemenangnya dalam pernainan itu.
Mata wanita itu membulat. Terkejut. Tidak menyangkakan bahawa dirinya bakal menang dalam permainan itu dan bakal dilepaskan daripada mimpi ngerinya hidup hidup.
Lee Yeon tersenyum sinis.
"Omo , aku salah buat tangan pulak." perlahan tangannya digenggam erat berupa bentuk batu.
Dan kini keputusan di hadapan mata , diambil kira oleh gadis gila berambut merah jambu itu.
"Batu dan gunting , agak agak siapa pemenangnya ?" Lee Yeon tertawa kecil. Makin seronok gadis itu melihat perubahan drastik di wajah wanita itu.
Terkejut.
Tidak menyangkakan bahawa Lee Yeon menggunakan otak bijaknya untuk bermain kotor. Walau apa pun yang terjadi , wanita itu tidak dapat melepaskan diri daripada pembunuh di hadapannya itu juga. Itu realitinya.
Lee Yeon tersenyum sinis. "So tell me , how do you like to die , hm ?"
- t o b e c o n t i n u e d -
setelah gue on hold seminggu sebab exam akhirnya dapat jugak update huwaaa anyway neul rindu anda semua 🥺
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro