16 | sudden confession
CHAPTER SIXTEEN :
sudden confession
- - -
Tuan Lee merenung kosong ke arah tingkap kaca besar yang memisahkan ruang bilik kerjanya dengan dunia luar. Merenung ke arah pemandangan di luar dengan pandangan tidak beremosi.
Kepalanya masih memikirkan tentang kerisauan terhadap anak gadis sendiri , Lee Yeon.
Lelaki itu melepaskan keluhan pendek. Wajahnya diraup perlahan , cuba sedaya upaya untuk kekal tenang dengan masalah yang baru dihadapinya. Bukannya ini merupakan masalah besar yang dia pernah hadap.
Mereka merupakan organisasi keluarga mafia. Mempunyai tugas masing masing dalam bidang perniagaan haram sendiri. Setiap seorang dari keluarga membuat duit dengan kepakaran dan hobi masing masing.
Kerana itu juga lah salah satu sebab mengapa keluarga mereka terlampau kaya. Bahkan kerajaan juga tidak mengetahui kekayaan yang mereka perolehi lebih daripada yang mereka sangkakan.
Tuan Lee , membuka pusat judi yang sentiasa terkenal. Memperoleh banyak duit daripada berpuluh puluh pusat judi yang dibina di 7 buah negara termasuk tanah air sendiri. Tiada sesiapa yang pernah bermain dengan duit lebih lama berbanding dengannya.
Lee Soo , mengambil alih dalam pemerdagangan manusia. Menjual segala jenis manusia. Bukan sahaja itu , dia juga menjual segala jenis organ dalaman manusia di black market. Terkenal dengan kepakarannya dalam berniaga.
Lee Hyuk , menguruskan perniagaan dadah. Segala dadah yang dihasilkan olehnya semuanya laris dijual sama ada di dalam mahupun di luar tenaga. Hanya entiti penting sahaja yang mengetahui identiti sebenarnya.
Dan anak gadisnya , Lee Yeon. Turut terlibat di dalam organisasi perniagaan mafia ini. Menjual segala senjata api yang berbahaya. Tangan handal dan otak bijak gadis itu mampu mencipta dan membuat alatan berbahaya dalam masa yang singkat.
Dan setiap ahli keluarga , mempunyai pengalaman membunuh. Bau darah di setiap ruang rumah mereka merupakan perkara yang terlalu normal.
Dan entiti terakhir yang pernah menghadirkan diri di dalam keluarga Lee , Puan Lee. Yang pernah menjadi omma kepada Lee Soo , Lee Hyuk dan Lee Yeon. Turut juga pernah menjadi isteri kepada Tuan Lee.
Wanita yang merupakan pelakon terkenal Korea. Bukan sahaja berwajah muda , namun mempunyai personaliti yang cukup indah. Membuatkan sesiapa sahaja yang mengenalinya akan menyukainya terus.
Wanita yang pernah mewujudkan beratus pusat pelacuran dan menjana pendapatan sampingan daripada kerja tersebut. Queen of mafia. Wanita berwajah dewi yang dikurniakan sepasang mata ungu lembut.
Tapi disebabkan satu kesilapan wanita itu lakukan , cuai dalam menjalankan tugasnya. Semuanya hancur dalam sekelip mata. Wanita itu dipaksa untuk bersara daripada menjadi pelakon , meninggalkan keluarga itu dan pusat pelacurannya.
Kedua belah matanya dicungkil. Sebagai tanda wanita itu disingkirkan dari keluarga Lee.
Bercerai dengan Tuan Lee dan perlu meninggalkan anak anaknya , itu sahaja pilihan yang wanita itu ada jikalau tidak mahu mati di tangan president , pencipta keluarga itu yang sah.
Peraturan mereka , jikalau ingin berterusan hidup di dalam keluarga yang dihormati dan disanjungi seperti itu , mereka perlu menjana 1 million won setiap bulan bagi setiap seorang dan serahkannya kepada president.
Kerana itu lah , terciptanya organisasi keluarga mafia di dalam keluarga Lee. Semuanya berpunca dari idea gila president.
Jikalau tidak mahu mati , lebih baik kau ikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Jikalau tidak , hidup kau bakal berakhir seperti Puan Lee , disingkirkan dari keluarga. Tidak langsung diberikan sebarang harta kepadanya.
Hidup miskin. Mimpi ngeri , bukan ?
Tok ! Tok !
Mendengar ketukan dari pintu belakang , perlahan Tuan Lee memusingkan tubuhnya , menghadap setiausaha wanita yang kini melangkah masuk lalu menunduk hormat kepadanya.
"Tuan , president ajak tuan untuk menghadiri appointment pada petang ini." ujarnya lembut. Menjelaskan satu per satu apa yang telah diarahkan oleh lelaki berpangkat tinggi itu.
"Appointment ?" sebelah kening terjungkit ke atas.
"President ajak tuan untuk pergi memburu bersama dengannya." ujar wanita itu lagi jelas. Langsung tidak merasakan apa yang dikatakannya itu perkara pelik.
Memburu.
Bukan lah memburu binatang seperti burung di dalam hutan seperti orang kaya selalu lakukan. Memburu manusia dan menghidangkan daging mangsa kepada anak anak yatim. Itulah konsep memburu yang betul.
Perlahan Tuan Lee tersenyum sinis. "Bagitahu president , saya bersetuju untuk memburu dengannya."
- - -
"Dah ke ?" Jungkook menyoal lembut di hadapan pintu bilik air. Setia menunggu gadis itu yang sedang menukar baju di dalam.
Selepas sahaja menjumpai gadis itu dalam keadaan begitu , Jungkook terus menyuruh gadis itu membersihkan diri dan memberikannya hoodie hitam yang tersarung pada tubuhnya. Nasib sahaja dia memakai tshrit putih di dalam , kalau tidak sudah pasti gadis itu tidak punyai pakaian untuk ditukar.
Tidak mendengar langsung balasan dari dalam , Jungkook melepaskan keluhan perlahan. Belakang badannya disandarkan pada dinding , masih menunggu gadis itu untuk menyiapkan dirinya.
Dalam kepalanya , masih terngiang kejadian terakhir sebentar tadi. Melihat tubuh Lee Yeon yang basah begitu bersama cawan di tangan Hanju. Memang sudah jelas apa yang dilihat dengan kedua belah matanya sebentar tadi. Namun... ianya terlalu sukar untuk percaya.
Langit pun sudah gelap , dan budak budak yang ada di rumah anak yatim semuanya sudah siap siap ingin makan malam. Katanya harini mereka hidangkan sup daging lembu. Dapat sponsor dari orang atasan.
"Jungkook !" bahu lelaki itu terhinjut sedikit tatkala disergah oleh gadis berambut merah jambu itu sebaik sahaja keluar dari bilik air.
"Tengok ni tengok ni , okay tak ?" ujar Yeon teruja sambil memusingkan tubuhnya yang tersarung hoodie berwarna hitam milik Jungkook.
"Besar sikit. Takpe ke ?" soal Jungkook ragu ragu , kepala tak gatal digaru. Gadis itu pantas mengangguk seraya tersenyum lebar. Tidak menjadi masalah dengan oversized hoodie.
Jungkook masih terdiam. Memandang hoodie hitam yang tersarung elok pada tubuh kecil gadis di hadapannya dengan pandangan kekok. Menyedari dirinya diperhatikan begitu , gadis itu mengerutkan dahinya , memandang Jungkook pelik.
"Kenapa ? Kau nak hoodie kau balik ke ?" soal Lee Yeon dengan nada sarkastik. Mana lah tu hoodie laki ni diibaratkan macam maruah sendiri ke tak boleh nak kasi orang lain pakai.
"E-eh... bu-bukan macam tu." Jungkook tersengih kelat.
"Habistu ?"
Bibir bawah diketap , perlahan matanya dilarikan , tidak berani bertemu sepasang mata kelabu asli milik Lee Yeon. "Ianya cuma... a-aku tak boleh percaya seorang perempuan pakai baju aku."
Melihatkan kedua belah pipi Jungkook sudah mula memerah , Lee Yeon tersenyum bangga. Sudah pasti gadis itu bangga menjadi yang pertama.
"Dah , ambil barang barang kau. Kita nak siap siap balik ke Gangnam ni." ujar lelaki itu pantas , cuba menyembunyikan perasaan kekok.
Mendengarkan arahan lelaki itu , Lee Yeon mengangguk pantas. Dia terus berlari mengambil sling bag putihnya dan melangkah keluar dari rumah anak yatim itu bersama lelaki itu.
Sebaik sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada pengurus rumah anak yatim , mereka mula melangkah keluar beriringan dari kawasan rumah tersebut.
"Omo , Jungkook tengok tu !" ujar Lee Yeon teruja sambil matanya tak lepas dari memandang langit di atas. Dihias dengan pelbagai bintang yang indah.
Melihatkan gadis itu , perlahan Jungkook mengangkat wajahnya ke atas , turut menyaksikan jutaan bintang yang menghiasi langit luas di atas. Perlahan senyumannya terukir.
"Nak tengok ke ?"
"Erm !" gadis itu mengangguk laju.
Belum sempat Jungkook memberi sebarang kata putus , Lee Yeon pantas menarik pergelangan tangan lelaki itu dan membawanya ke arah bangku berhampiran dengan kawasan rumah anak yatim itu. Sama sama mengambil tempat untuk menyaksikan keindahan malam itu.
"Woah , tak sangka kat Korea ada pemandangan yang macam ni." ujar gadis itu kagum. Sesungguhnya ini merupakan kali pertama dia melihat sesuatu seperti itu.
"Eo ? Aku fikir kau selalu tengok pemandangan ni memandangkan kawasan rumah kau sentiasa ada bintang kat langit waktu malam."
Lee Yeon tertawa. "Well , aku jarang keluar rumah untuk tengok benda benda macam ni."
Jungkook mengangguk laju. Senyuman kecilnya terukir tatkala mengamati wajah teruja dan kagum milik gadis itu. Entah kenapa melihat gadis itu dari sisi , kelihatan begitu comel sekali.
"Yeon-ah."
"Hurm ?" balas gadis itu namun langsung tidak menoleh untuk memandang ke arah lelaki itu. Pandangannya hanya tertumpu kepada keindahan malam itu.
"Nak aku ikatkan rambut kau ?"
Lee Yeon terkedu. Pantas dia menoleh , memandang Jungkook dengan pandangan terkejut. Berfikir sama ada adakah dia salah dengar apa yang baru sahaja lelaki itu katakan.
Malu dengan pandangan gadis itu , Jungkook pantas menundukkan wajahnya. Belakang tengkuk diusap kekok. "Ka-kalau kau tak nak , takpe. A-aku tiba tiba ada getah rambut kat tangan ni erm..." dia terdiam.
Mengutuk diri sendiri kerana mengatakan sesuatu yang tak masuk akal. Bibir bawah digigit perlahan.
Lee Yeon tersenyum. Pantas dia memusingkan tubuhnya , membelakangi Jungkook. Memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk mengikat rambut merah jambunya yang berterbangan ditiup angin dingin malam itu.
"Ikat lah." ujar gadis itu ceria membuatkan Jungkook tersenyum kekok.
Lelaki itu mula mendekatkan tubuhnya dengan belakang tubuh gadis itu. Perlahan tangannya mula menyentuh lembut rambut gadis itu. Cuba untuk mengikat rambut itu dengan getah rambut berwarna hitam di tangannya yang masih terketar ketar.
"Jungkook , nak tanya something boleh ?"
"Tanyalah." Jungkook fokus mengikat rambut merah jambu milik gadis itu.
"Kenapa Hanju boleh ada dekat sini ? Dia pun anak yatim ke ?"
"Taklah. Dia dengan keluarga dia memang selalu buat kerja amal dekat rumah anak yatim ni. Dari situ lah aku kenal dia." Lee Yeon mengangguk perlahan.
"Kalau kau rasa macam nak buat kerja amal dekat sini pun boleh , kau boleh ajak omma kau sekali ke untuk teman buat kerja kat sini. Aku selalu datang setiap minggu kita boleh jum--" kata kata Jungkook terhenti buat seketika , matanya sedikit membulat , menyedari apa yang baru sahaja dia katakan.
Senyuman Lee Yeon perlahan memudar tatkala mendengar perkataan 'omma'.
Setiap mereka di sekolah , semuanya tahu berkenaan penceraian di antara omma dan appa Lee Yeon. Wanita yang pernah menjadi cinta pertama semua orang , pelakon terkenal tanah air sendiri , merangkap omma Lee Yeon.
"M-mian..." bibir bawah Jungkook gigit , semakin rasa bersalah. Pegangan tangannya pada rambut gadis itu juga semakin longgar.
"It's okay." gadis itu tersenyum. "Memang betul pun aku dah takde omma. Membesar tanpa kasih sayang omma sendiri , sebab tu perangai aku teruk." Lee Yeon tertawa kecil.
Jungkook terkedu. Makin rasa bersalah.
"Kau ingat tak tentang bedtime story yang kau cerita dekat aku semalam ? Cinderella. For some reason , aku terasa macam kau Cinderella dan aku ni si putera." dia tertawa lagi. "Omma selalu ceritakan tentang kisah tu dekat aku sebelum tidur waktu kecik kecik dulu."
Jungkook tersentak.
Senyuman Lee Yeon makin melebar. "Hanya dengan omma je... aku ada banyak memori manis. Di mana hanya dengan dia je , aku boleh rasa yang diri aku ni normal."
Jungkook perlahan menurunkan tangannya tatkala selesai mengikat rambut gadis itu dengan getah rambut yang dibelinya sebentar tadi di kedai runcit. Hanya tujuan ingin mengikat rambut gadis itu.
Jeon Jungkook memang teringin melihat rambut merah jambu milik gadis itu diikat kemas , ternyata gadis itu kelihatan cantik dengan ikatan pada rambutnya. Buat pertama kali dia saksikan kecantikan rambut merah jambu itu diikat.
"Eo ? Dah siap ke ?" Lee Yeon menoleh. Perlahan dia memusingkan semula tubuhnya dan kini menghadap Jungkook di sebelah dengan senyuman lebar. "Gumawo !"
Jungkook memandang redup gadis itu. Kata kata yang diungkapkan oleh gadis itu masih tidak dapat dia hilangkan dari ingatan. Walaupun gadis itu tersenyum , Jungkook tahu hatinya sakit dan merindui wanita yang sentiasa ada bersamanya.
"Yeon-ah."
"Hurm ?" kening gadis itu diangkat ke atas.
"Kenapa... kau suka aku ?" akhirnya , soalan yang selama ini Jungkook pendam ditanya juga.
Yeon tersenyum. "Aku takde sebab suka kau. Perasaan tu tiba tiba je wujud dalam diri aku. Bila tengok kau , bersama dengan kau dan fikirkan pasal kau , aku mula rasa perasaan yang aku tak pernah rasa."
"Perasaan... macam mana ?" sebelah kening Jungkook terangkat , ingin tahu.
"Takut." Jungkook tersentak. "Takut kehilangan kau. Dan aku... nak kau ada dekat dengan aku selalu. Kau tahu , aku tak pernah takut dengan apa apa selama aku hidup. Tapi sejak aku kenal kau , aku jadi takut. Takut jikalau apa apa jadi dekat kau. Takut jikalau ada sesiapa sakiti kau. Takut jikalau kau--" kata kata Lee Yeon terhenti.
Matanya membulat besar tatkala bibirnya dikucup perlahan dengan bibir milik Jungkook seraya lelaki itu memejam matanya rapat. Kucupan itu terlerai , Jungkook menarik semula wajahnya ke belakang.
"Jom date dengan aku."
Lee Yeon tergamam. Terkelu lidah. Sukar untuk gadis itu percaya perkara yang baru sahaja terjadi di hadapan matanya dan apa yang baru sahaja lelaki itu katakan kepadanya. Mengajak gadis itu bercinta dengannya.
"Aku akan belajar untuk cintai kau. Jadi... benarkan aku untuk kenal diri kau dengan lebih dalam , Yeon."
Tanpa gadis itu sedar , air matanya mengalir.
"Y-yeon , k-kau okay tak ni ? K-kenapa kau nangis ?" membulat mata lelaki itu. Terkejut.
"N-nangis ?" terkebil kebil gadis itu menyentuh permukaan pipinya yang basah dengan air mata. Terkejut dengan kebolehan diri sendiri.
Buat pertama kali , Lee Yeon menangis. Tangisan terharu.
Jungkook masih memandang gadis itu dengan pandangan risau. Takut takut jikalau dia telah pun melukakan hati gadis itu tanpa dia sendiri sedar. Bibir bawah digigit takut.
"Yah."
Jungkook mengangkat kening , memberi pandangan apa kepada gadis di hadapannya masih dengan pandangan risau melekat di wajahnya. Perlahan Lee Yeon mengangkat wajah dan merenung ke dalam anak mata hazel milik Jungkook.
"Kau yang start dulu." sebaik sahaja dia berkata begitu , pantas kolar baju lelaki itu ditarik dekat dengannya lalu membenamkan bibirnya ke bibir lelaki itu seraya memejam matanya rapat.
Mata Jungkook sedikit membulat , terkejut. Namun perlahan dia memejam matanya semula dan membalas lembut ciuman bibir gadis itu. Memperdalamkan segala manisan cinta melalui ciuman itu.
Di kala itu , jutaan bintang dan langit terbentang luas menyaksikan permulaan bagi kisah cinta mereka berdua.
- t o b e c o n t i n u e d -
ye ye aku tau first kiss lambat pfftt AT LEAST KISS AND YES AKU FANGIRLING DENGAN KISS CHAPTER NI WOOPS anyway memandangkan next week aku exam so takde update agagaga mereput ah korang jsjsjsjs and shout out to form 5 pro max , goodluck to all of you !! do your best , i know you can do it ! ✨
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro