Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 | badass heroine

CHAPTER FIFTEEN :
badass heroine

- - -

Y E O N

Aku memerhati kosong ke arah dua ekor tenuk yang tengah berbual sambil gelak gelak macam ada sesuatu yang kelakar sangat. Lagi kelakar agaknya kalau aku sula perempuan gedik tu dan bagi budak budak rumah anak yatim ni tengok hasil karya aku.

Jungkook tu pula satu , datang je perempuan gedik tu mula la abaikan aku. Buat buat macam aku tak wujud kat sini. Memang aku datang sini ambil peranan sebagai orang ketiga pun huh.

Aku melepaskan keluhan berat. Sling bag berwarna putih yang aku bawa bersama itu aku tarik dekat. Perlahan tangan aku masuk ke dalam beg dan mengeluarkan vape ukiran canggih aku.

Well , aku tak buat kerja. Lagipula , aku datang sini sebab nak stalk Jungkook je. Buat apa pulak aku penatkan diri buat benda benda yang memenatkan , tak ke begitu ?

Memang pada awalnya , datang sini nak mencuci mata. Padah tak bagi amaran dulu , sekarang aku kena hadap drama pukul 7 yang dua ekor tenuk tu tengah buat depan mata aku. Menyakitkan hati betul.

Baru je aku nak lepak lepak dekat bangku sini sambil hisap vape , tiba tiba mata aku menangkap kelibat seorang budak lelaki yang sedang memerhati aku dari jauh. Memandang aku dengan pandangan takut takut.

"Dah kenapa pulak dia tenung aku macam nak makan aku pulak tu." aku mengerutkan dahi , tayang wajah menjengkelkan kepadanya.

Tatkala menyedari dia bukannya sedang merenung aku namun sedari tadi sedang merenung apa yang dipegang aku dari jauh. Aku memandang sekilas vape aku sebelum memandang semula ke arahnya.

"Yah , sini sini !" panggil aku kuat sambil melambaikan tangan ke arahnya , meminta dia untuk datang menghampiri aku.

Tidak membantah , budak lelaki itu perlahan mengatur langkahnya menuju ke arah aku. Menghentikan langkahnya tatkala tiba betul betul di hadapan aku. Memberikan pandangan polos kepada aku sejak dari tadi.

Aku tersenyum sinis. "Nak cuba ?" soalku lembut sambil menunjukkan vape di tangan.

Budak itu tidak memberi balasan. Dia hanya memandang vape itu dengan perasaan ingin tahu. Dari ketinggian dia , aku yakin dia ni baru baya baya budak tadika. Mungkin 5 tahun ?

Orang cakap , meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

"Nah." aku menghulurkan vape itu kepadanya , memintanya untuk mengambil.

Faham akan arahanku , tangannya perlahan lahan mengambil vape itu. Memandang ukiran canggih di vape itu dengan pandangan teruja. Aku yakin , ini merupakan pertama kalinya dia melihat vape. Well , manusia gila mana sahaja yang akan merokok mahupun hisap vape di depan budak budak lagi lagi anak yatim.

"Kalau kau hisap , nanti kau boleh keluarkan asap dari mulut tau. Macam magik." ujarku penuh teruja , sengaja ingin membuatkan budak itu mencubanya.

Matanya sedikit membulat , tidak percaya dengan apa yang aku katakan. Aku mengangguk laju sebagai tanda apa yang aku katakan bukannya penipuan.

Tangan kecilnya perlahan mengangkat vape itu dan muncung vape didekatkan ke mulutnya. Dengan mulut kecilnya , dia menyedut muncung vape itu. Mungkin ini merupakan pertama kalinya , dia terbatuk batuk membuatkan aku ketawa.

"Takpe takpe , ni first try. Cuba lagi cuba lagi." ujarku riang , memberi semangat kepadanya untuk mencuba sesuatu yang baru.

Dia menjauhkan sebentar vape itu dari mulut. Cuba untuk membetulkan pernafasannya sebelum memandang aku semula. Aku tersenyum manis lalu menghadiahkan pandangan lembut kepadanya dengan sepasang mata kelabuku.

Melihatkan sahaja aku mengangguk kepadanya , dia sekali lagi mencuba.

Kali ini prestasinya agak memuaskan berbanding tadi. Dia berjaya menyedutnya dan tatkala dia menjauhkan mulutnya dari muncung vape , asap kecil keluar dari mulutnya membuatkan matanya membulat terkejut.

Yang membuatkan aku semakin seronok tatkala dia teruja dengan permainan baru di hadapan mata. Lalu dia mencuba banyak kali walaupun terbatuk batuk banyak kali. Aku ketawa kecil.

"Moga besar nanti kau akan gunakan rokok sebagai permainan kau pula." aku senyum sinis seraya mengusap lembut rambutnya.

"Kang-ah !" tetamu tak diundang entah datang dari mana , tiba tiba sahaja menghampiri budak itu lalu merampas permainan barunya itu dari tangan.

Kedua belah bahu budak lelaki yang bernama Kang itu ditarik perlahan menghadap gadis berambut hitam paras bahu itu. Pandangan penuh risau mula jelas terpapar di wajah berupa dewi gadis itu.

Tengok muka dia sahaja aku rasa nak muntah.

"Kang-ah , kenapa hisap benda ni ? Benda ni tak baik tau tak !" ujarnya tegas dengan dahi berkerut.

Melihatkan riak wajah budak lelaki itu mula berubah. Kedua belah matanya sudah berair dan menunggu masa untuk mengalir deras , aku tertawa sinis. Pantas gadis itu menoleh ke arah aku , merenung aku tajam.

"Pffftt... kalau dia tau benda tu tak baik , dia takkan ambil punya dari tangan aku. Kau ada otak , tapi takkan benda ni pun tak boleh fikir. Sudah semestinya dia tak tau , bodoh." ujarku sinis kepadanya.

Dahinya berkerut. Memandang aku seolah olah aku merupakan insan yang paling jahat di dalam dunia ini. Aku ? Jahat ? Pfftt... terima kasih dengan pujian ikhlas kau.

"Yeon , ikut aku."

Belum sempat aku ingin kata apa apa , pantas lengan aku ditariknya laju lalu dia membawa aku masuk ke dalam rumah anak yatim itu. Entah ke mana dia ingin membawa aku , aku sendiri tidak tahu.

Aku juga malas ingin menggunakan tenaga untuk menolaknya , jadi hanya membiarkan sahaja dia mengheret aku ke mana dia mahu bawa. Dan akhirnya , kami berdua berhenti tatkala masuk ke dalam satu ruang bilik.

Sempat aku perhatikan sekeliling , nampaknya macam pantry ?

Tangannya merentap lengan aku kasar membuatkan pegangan tangan terlepas. Aku memandangnya dengan sebelah kening terangkat ke atas. Memberi pandangan hairan. Tidak mengetahui apa salahku.

"Kenapa kau ajar budak budak buat benda bukan bukan , ha ?!" dia menjerit kuat di hadapanku. Nampak begitu marah.

Aku tertawa kecil. "Benda bukan bukan apa yang aku buat , hm ?"

"Apa ? Apa kau cakap ?" dia mengerutkan dahinya. Memandang aku dengan pandangan sukar dipercayai.

"Kenapa ? Perempuan jahat macam aku ni tak layak untuk bermain dengan budak kecik ke ? Hanya malaikat seperti kau je yang layak ? Macam tu ?"

Dia mengecilkan mata. Masih memberi pandangan sama kepada aku dengan dahinya yang berkerut. Aku tertawa kecil. Perlahan kedua belah tangan aku disilangkan lalu dirapatkan ke dada. Memberi pandangan sinis kepadanya.

"Untuk pengetahuan kau , aku cintakan Jeon Jungkook. Aku cintakan dia bagai nak gila."

Dia mengerutkan dahi. "A-apa ?"

"Dan aku akan buatkan kau jelas dengan satu perkara. Sesiapa sahaja yang cuba untuk halang aku , aku akan pastikan mereka terima padahnya."

Dia tertawa kecil. Kening aku terangkat sebentar , tidak menyangkakan bahawa perempuan gedik di hadapan aku akan menunjukkan belangnya dengan begitu pantas. Well , lagipun di sini tiada orang. Buat apa dia nak berlakon lagi , kan ?

"Kau yakin dia juga akan suka kau balik , hm ?" dia mengerutkan dahi. "Jeon Jungkook... dia sukakan aku."

Aku tersenyum. "Nampaknya kau tahu tentang tu."

"Jadi , kau yakin dia akan sukakan kau ? Dengan perangai hodoh kau ni , kau yakin dia akan terima perasaan kau ? Sudah lah berbau rokok , perempuan jenis apa kau ni ?"

"Kenapa ? Bau kau macam bau syurga ke ?" aku tertawa kuat. "Memandangkan kau malaikat , sudah pasti kau paling sempurna dalam dunia ni , bukan ?"

Dia terdiam.

"Kau tahu... sampai aku mati pun , aku takkan pernah sukakan perempuan seperti kau. Kenapa perempuan cantik selalunya dianggap baik dan perempuan hodoh selalunya dianggap jahat , hm ?" ujarku dengan nada hairan , mengerutkan dahi memandangnya.

Dia tidak membalas apa apa. Hanya merenung wajah aku dalam. Mungkin terkelu lidah tatkala aku membakar matanya hanya dengan renungan panas dari sepasang mata kelabu aku.

Aku tersenyum sinis.

"Mungkin aku tak seperti kau. Bidadari yang sempurna. Pijak semut pun tak mati. Tapi sekurang kurangnya aku tak fake macam kau. Aku jadi diri sendiri walaupun ramai tak suka."

Dia terkelu lidah.

"Kenapa perempuan miskin , baik dan lemah sentiasa menjadi heroine utama dalam setiap drama ? Kenapa bukan perempuan kejam , sombong dan keji macam aku ?"

Aku tertawa sinis.

"Kenapa semua orang perlu menjadi sempurna untuk puaskan hati orang lain ? Fuck the judgemental society , kau tak perlu berpura pura jadi orang lain hanya untuk survive dalam persekitaran jijik macam ni. Biar apa yang orang cakap , kau adalah kau. Dan kenapa kau perlu meminta maaf untuk jadi diri sendiri , hm ?"

Perlahan aku melangkah menghampirinya. Bahunya aku pegang lembut. "Kau pernah tonton drama Itaewon Class ? Hotel Del Luna ? It's Okay Not To Be Okay ? Kau tahu personaliti heroine mereka macam mana ? Yes , diorang badass heroine. Mempunyai ciri ciri saling tak tumpah perempuan jahat macam aku. Tapi apa boleh buat , mereka hanya jadi diri sendiri."

Hanju menggigit bibir bawahnya. Tidak langsung mengangkat wajah untuk bertentang mata dengan sepasang mata kelabu aku. Melihatkannya dalam keadaan begini , membuatkan aku rasa senang hati. Dia tampak terlalu lemah berbanding tadi.

"Tapi kau nak tahu apa yang lebih menjijikkan ?" aku mendekatkan mulut di telinganya. "Penonton yang kononnya sukakan personaliti mereka."

Aku menjauhkan wajah dari kepalanya. Memberi senyuman manis sehingga membentuk eyesmile comel milikku. "Cuba kau bayangkan jikalau Ko Munyeong , Jo Yiseo dan Jang Manwool hidup di sekeliling kita ? Kau yakin mereka akan terima personaliti mereka ? Kau yakin mereka akan suka dengan mereka ?"

Aku menggeleng kepala perlahan , seraya membuat mimik wajah sedih. "Tepat sekali tidak. Perempuan miang , berlagak , sombong dan psycho. Mereka semua akan dikutuk seperti itu. Funny how people said they're iconic but can't handle them in real life. Manusia... semuanya toxic. They pretend to love their character but being the most toxic people around real life character."

Perlahan Hanju mengangkat wajahnya. Anak matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata kelabu milik aku. Rahangnya mengeras tatkala dia mengetap rapat giginya. Memberi pandangan tajam kepadaku.

"Perempuan gila. Kau hilang adab selepas kehilangan omma sendiri , bukan ?"

Senyuman aku serta merta mati.

"Tapi lagipun , aku tak boleh salahkan kau. Omma dan appa kau bercerai. Sudah pasti appa kau juga takde masa nak ajar anak perempuan dia untuk menjaga adab. Sebab tu anak perempuannya membesar sebagai perempuan sial."

Perlahan aku mengangkat wajah. Memberi pandangan tidak beremosi kepada Hanju di hadapan. Dia sedikit tersentak tatkala melihat riak wajah aku.

"Everything for you , malaikat."

Sebaik sahaja berkata begitu , aku terus mencapai cawan diisi air di atas meja lalu menuangkan air itu di atas tubuh aku sendiri sehingga lencun. Mengotorkan diri sendiri membuatkan mata Hanju membulat besar , terkejut melihat tindakan aku.

Aku pantas mencapai tangannya pantas lalu meletakkan cawan itu di tangannya. Masih dengan pandangan kosong memandangnya. Hanju pula masih terkejut. Fikirnya tadi aku bakal menuangkan air di tubuhnya , namun sangkaannya meleset.

"Have a nice day , Cheon Hanju." ujarku lalu senyum sinis.

Dahinya berkerut. "Nae ?"

"HUWAAAARRRGGGHHHH !"

Matanya membulat besar , terlampau terkejut tatkala aku tiba tiba sahaja menjerit kuat di hadapannya. Cuba sedaya upaya membuat mimik wajah sedih namun masih segar dengan senyuman sinis.

"Lee Yeon ? K-kenapa kau basah macam ni ?" seperti apa yang aku sangkakan , Jeon Jungkook masuk ke dalam pantry itu dan pantas melangkah menghampiriku.

Wajahnya memandang aku penuh risau. Lagi terkejut tatkala melihat tubuh aku yang sudah lencun dengan air manis. Apatah lagi terkejut menyedari... cawan di tangan Cheon Hanju , cinta hatinya.

Menyedari situasi itu , mata Hanju membulat besar. Dia menggeleng laju. Cuba untuk membaiki salah faham itu dan memberitahu Jungkook perkara sebenar namun entah mengapa suaranya tidak mampu keluar ketika itu.

Jungkook gigit bibir bawahnya. Perlahan memandang ke arah aku semula. Cuba sedaya upaya untuk berfikiran positif tentang Hanju walaupun situasi sudah jelas menunjukkan dia salah ketika itu.

"J-jom ikut aku. B-bersihkan diri kau." ujarnya mendatar lalu menarik tangan aku , membawa aku keluar dari bilik pantry itu.

Sebelum sempat aku menghilangkan diri dari pandangan perempuan gedik itu , sempat aku menoleh untuk memberi pandangan ke arahnya yang masih terpinga pinga dan terkejut dengan apa yang baru sahaja terjadi.

Aku menjelir lidah ke arahnya sambil tangan kanan dihalakan kepadanya , memberinya jari tengah keramat milik aku. Membuat gaya cukup bangga dengan kemenangan sendiri ke arahnya. Memprovok malaikat sempurna itu.

Fuck a princess , I'm a king.

- t o b e c o n t i n u e d -

well ive been thinking about these things for a while so lee yeon gonna be my platform for spread my own opinion- 👁👄👁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro