Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 | desperate apologize

CHAPTER ONE :
desperate apologize

- - -

J U N G K O O K

Aku termenung , memerhatikan pemandangan di luar tingkap. Memandangkan tempat duduk aku terletak di penjuru belakang sebelah tingkap , sukar bagi aku untuk beri perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran sendiri.

Lagipula , sekarang waktu subjek bahasa. Mr. Jung pun mengajar macam tengah cakap dengan diri sendiri , memang aku rasa bosan lah dengar.

Tapi kalau aku tidur waktu dia mengajar , nampak macam biadap sangat pula. Jadi , aku akan buat apa apa sahaja waktu kelas dia untuk hilangkan rasa ngantuk.

At least aku tak tidur walaupun tak fokus , kan ?

Tangan aku perlahan dimasukkan ke bawah meja , terkapai kapai mencari buku istimewa aku. Buat seketika , gerakan tangan aku terhenti.

"Ah , aku hampir terlupa."

Diary aku.

Mungkin nampak pelik bila lelaki macam aku ni gemar menulis diary. Selalunya yang tulis diary ni perempuan je , jarang lah nak jumpa lelaki kan ?

Tapi nak buat macama mana , disebabkan aku takde kawan jadi aku luahkan semua perasaan dan rahsia aku dekat dalam buku.

Aku melepaskan keluhan perlahan.

Dan aku hampir terlupa diary kesayangan aku dah hilang hampir seminggu. Aku tak tahu macam mana dan bila diary aku tu hilang , tapi tau tau je dah takde dah.

Sudah lah buku tu buku kegemaran aku , bila dah hilang ni mood nak menulis aku terus berdesup hilang sekali. Rosak mood betul.

Aku perlahan mengangkat wajah , tatkala aku mengangkat wajah mata aku tiba tiba sahaja bertembung dengan sepasang mata kelabu milik seorang gadis.

Aku tersentak.

Sepasang mata kelabu.

Hanya gadis itu sahaja mempunyai keganjilan seperti itu , tak lain tak bukan jika ianya merupakan Lee Yeon. Salah seorang rakan kelas aku yang mempunyai personaliti yang pelik.

Disebabkan keganjilannya , dia juga tidak punyai kawan seperti aku. Dan budak budak sekolah panggil dia psychopath. Kerana perwatakan dia... terlalu diluar jangkaan.

Terkebil kebil aku memandangnya.

Lee Yeon sahaja satu satunya pelajar yang ramai takuti. Dia mempunyai sepasang mata kelabu asli. Bukannya pakai contact lense mahupun membuat pembedahan mata.

Warna kelabu matanya asli.

Dan hanya dia sahaja pelajar yang dibenarkan untuk mewarnakan rambut di sekolah ini. Memandangkan para guru semuanya bagaikan hamba bagi Lee Yeon.

Lee Yeon , pelajar genius sekolah.

Hakikatnya bahawa keluarganya juga cukup kaya. Appanya merupakan menteri kewangan negara Korea manakala dua orang abangnya merupakan pendakwa raya dan doktor yang terkenal.

Disebabkan itu juga lah , tiada seorang pun di sekolah ini yang berani menyentuhnya mahupun berkawan dengannya.

Aku pantas mengalihkan pandangan.

Entah kenapa , buat seketika dadaku berombak naik dan turun dengan lajunya. Aku rasa bagaikan sukar untuk bernafas.

"Ke-kenapa..." perlahan aku memegang dada aku. Jantung aku berdegup pantas.

Perlahan aku menoleh memandang ke arahnya , Lee Yeon sudah pun mengalihkan pandangannya dan kini memberi perhatian sepenuhnya terhadap Mr. Jung.

Aku dah gila ke ? Kenapa... renungan mata yang dia beri dekat aku terasa panas ?

- - -

Waktu rehat akhirnya tiba.

Seperti biasa , aku akan menikmati waktu rehat di rooftop. Mungkin sebab aku tak suka bercampur dengan pelajar lain di cafeteria , jadi aku buat sendiri makanan untuk lunch aku.

Singkat kata , aku hanya bawa bekal.

Sedang aku berjalan menaiki tangga untuk ke rooftop , minda aku tak henti henti memikirkan di mana aku letak diary aku sebenarnya. Tak silap aku , aku tak letak jauh pun.

Dekat rumah aku dah check , tapi takde. Dekat meja dengan locker sekolah pun takde , kalau dah hilang takkan aku nak kena beli baru pulak ? Menyusahkan je. Nak kena keluar duit lagi.

"Kenapa tak merokok dekat dalam tandas je , wonu ?"

Langkah aku terhenti.

"Eish , malas aku. Lagipun time rehat ni mesti tandas ramai orang. Kang kalau ada kaki report mula la bagitau cikgu serbu tandas."

"Belakang sekolah ada , yang kau nak datang sini kenapa ? Penat budu kaki aku daki tangga tadi."

"Ah diam kau. Berterima kasih dekat aku bodoh , kalau aku tak bawak sini lama dah kau kantoi dengan cikgu merokok kat bawah sana."

Kedengaran beberapa suara pelajar lelaki sedang tertawa seiring dengan bau asap rokok dari arah rooftop. Aku mengerutkan dahi buat seketika , menekup hidung dan mulut tatkala terbau asap rokok.

Aku kini berada di hadapan pintu yang menjadi penghalang untuk ke kawasan rooftop. Kalau tiada pintu ni , sudah pasti kehadiran aku akan diketahui oleh mereka bertiga.

Ianya Mingyu , Vernon dan Wonwoo.

Pembuli terkenal di kelas sebelah. Dan aku tak rasa harini merupakan hari terbaik untuk aku lepak dengan kucing kat atas rooftop. Mungkin lain kali sahaja.

Baru sahaja aku ingin memusingkan tubuh ke belakang semula , kaki aku tersepak setin air yang sudah pun kosong. Menghasilkan bunyi yang kuat sehingga mereka yang berada di rooftop juga turut menoleh.

Aku tergamam.

Seluruh anggota tubuh aku kaku buat seketika. Mata aku membulat besar. Tak menyangkakan bahawa hari ini merupakan hari malang buat aku.

"Tch , nampaknya ada si lembap yang cuba nak report kita merokok dekat sini..."

- - -

"A-argh..."

Aku mengerutkan dahi seraya memejam mata rapat tatkala jari aku tersentuh bahagian luka di tepi bibir. Disebabkan kejadian malang aku tadi , aku akhirnya kena pukul. Dan telefon aku pun diorang ambil bawak balik.

Perlahan aku menolak ke atas peti kata laluan apartment lalu memasukkan kata laluan. Sebaik sahaja dimasukkan , pintu rumah aku serta merta terbuka.

Sticky note berwarna kuning yang tertampal di hadapan pintu rumah itu aku cabut sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg aku perlahan diletakkan di atas meja makan.

Aku melepaskan keluhan berat.

Mood aku terus barai. Tubuh aku dibaringkan di atas sofa ruang tamu. Aku tinggal seorang diri di dalam rumah ini , disebabkan itu lah sunyi sepi sahaja.

"Argh mampus apa nak jadi , esok okay lah tu. Aku kena beli phone baru je..." ujarku lemah.

Lengan kanan didaratkan di dahi sendiri , menyembunyikan sepasang mata aku yang sudah mula berair tatkala mengingati semula apa yang sudah terjadi kepadaku.

"Semuanya akan okay... aku yakin..."

' Everything will be okay soon , I will take care of it , Jungkook-ah '

Ianya merupakan bait perkataan yang tertulis di sticky note kuning tersebut.

- - -

Hari baru dah tiba.

Ikutkan aku tak nak ke sekolah , tapi bila difikirkan yang cikgu akan ambil kira kedatangan ke sekolah untuk ujian terbesar tahun ni , aku kena datang juga ke sekolah.

Luka luka yang ada dekat wajah dan badan aku semuanya sudah pun aku sapu ubat. Nanti tak lama lagi okay lah tu.

"JEON JUNGKOOK !"

Bahu aku terhinjut laju tatkala mendengar suara garau memanggil nama aku kuat. Refleks aku menoleh ke arah suara tersebut. Mata aku membulat tatkala melihat tiga orang lelaki yang cukup tak asing di pandangan.

Ha sudah... diorang nak pukul aku lagi ke ?

Bukan sahaja aku yang memandang mereka , malah kesemua budak kelas aku juga turut memandang ke arah mereka dengan pandangan pelik yang tiba tiba sahaja melangkah masuk ke dalam kelas aku.

Budak lain dah mula berbisik antara satu sama lain dan memandang aku dengan pandangan ingin tahu. Ada sesetengah daripada mereka juga turut tertanya siapakah Jeon Jungkook.

Mereka bertiga melangkah menghampiri aku membuatkan aku menelan liur gugup. Cukup lah pukul aku semalam , jangan la pukul aku lagi harini !

Aku memejam mata rapat , bibir bawah digigit erat. Bila bila masa sahaja mereka akan melepaskan tumbukan pada wajah aku !

Ppap !

Bunyi suara orang terkejut mula bergema di segenap ruang kelas aku membuatkan aku semakin ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Perlahan lahan aku membuka kelopak mata. Berhati hati menoleh ke arah mereka yang berada di hadapan aku namun kini dalam keadaan melutut. T-tunggu , apa ?!

Mata aku membulat.

Mereka bertiga melutut di hadapan aku sambil kepala ditundukkan ke bawah. Telefon pintar aku yang diambil mereka semalam juga sudah pun diletakkan di hadapan mereka.

A-apa yang...

"Maafkan kami , Jeon Jungkook !" jerit mereka kuat membuatkan aku semakin hairan.

"K-kalau kau nak pukul kitorang dan balas balik apa yang kitorang buat dekat kau semalam , buat lah ! Bahkan kitorang juga akan bagi kau telefon kitorang ! Kau cakap lah apa yang kau nak kitorang buat , kitorang akan buat semuanya !" Wonwoo bersuara sebak.

Dahi aku berkerut. Hairan.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya sekarang ni ? Macam mana pula pembuli terkenal seperti mereka boleh datang melutut sambil meminta maaf dekat aku ?

Apa yang...

Dan pada ketika itu juga lah , mata aku dengan tak sengaja bertembung dengan sepasang mata berwarna kelabu milik seorang gadis yang berdiri tak jauh dari tempat aku berada.

Hanya seorang gadis yang rambutnya diwarnakan dengan warna merah jambu di dalam kelas ini. Berdiri sambil kedua dua belah tangannya disilang lalu dirapatkan ke dada.

Memberikan aku satu senyuman penuh makna serta renungan mata panasnya yang membakar mata.

Dia perlahan membuka mulut dan mengatakan sesuatu. Aku mengerutkan dahi , tak dengar apa apa langsung. Seolah olah mulutnya terkumat kamit mengatakan sesuatu kepada aku.

Aku cuba membaca gerakan bibirnya.

Mata aku membulat. Terkaku buat seketika tatkala memahami apa yang baru sahaja dia cuba katakan kepada aku sebentar tadi. Dia mengarahkan aku untuk memberitahu mereka bertiga untuk melakukan itu...

" bunuh satu sama lain "

Itu apa yang Lee Yeon mengarahkan aku untuk meminta kepada mereka bertiga.

- t o b e c o n t i n u e d -

so how dengan chpater pertama ? okay tak ? well , ni baru permulaan and banyak lagi journey about this whole chaotic storyline ngehee ~ sudi kah neul menerima vomment dari anda semua ? 🤭💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro