Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

two

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Kau dengan Jungkook dah break ?" soal Jimin , kawan baik aku merangkap jiran sebelah rumah aku pelik.

Dahinya berkerut kerut memandang wajah aku. Masih lagi terkejut dengan berita buruk yang aku baru sahaja sampaikan kepadanya.

Aku melepaskan keluhan berat. Perlahan aku silangkan kedua dua belah lengan aku di atas meja belajar dan mula mendaratkan dagu di atas lengan.

Muram sahaja muka aku tatkala teringatkan kembali apa yang terjadi di antara aku dan Jungkook di bumbung sekolah waktu rehat tadi.

Bila fikirkan balik , aku rasa macam nak menangis sekali lagi.

Kau bagitahu aku , perempuan mana je yang senang senang boleh move on dengan lelaki yang dia sayang gila gila lepas lelaki tu mintak break ?

"Hey Jang Yiseo , aku tanya kau ni" bahu aku digoyang Jimin perlahan.

Masih lagi tidak puas hati dengan apa yang aku sampaikan kepadanya. Mungkin dia fikir aku tengah bual bual kosong dan menipu dia.

"Apa lagi kau nak ?" soal aku perlahan dan malas kepadanya.

Bahu aku digoyang perlahan supaya tangannya yang memegang bahu aku erat itu dapat diturunkan. Rimas sebenarnya.

Kalau boleh , aku tak nak ada sesiapa langsung yang kacau aku sekarang ni. Aku nak luangkan masa sendirian.

Tapi disebabkan Jimin ni kawan baik aku , dia merupakan orang pertama yang aku bagitahu tentang hal ini. Lagipun aku pasti tak dapat sorokkan daripadanya.

Jimin kenal aku dah lama. Segala gerak badan aku dan apa yang aku fikirkan , dia sendiri dapat baca. Jadi takde guna kalau aku tipu dia.

"Yiseo , kau serious lah yang korang dah break ? Ho-how comes ?" berkerut kerut Jimin memandang aku dengan pandangan tidak percaya.

Siapa sahaja yang akan percaya apabila pasangan yang setia bercinta selama 3 tahun ini tiba tiba sahaja putus begitu sahaja atas sebab sudah bosan dengan pasangan sendiri ?

Jungkook ni budak popular sekolah. Mungkin sebab dia kacak orangnya , jadi apa yang dia lakukan semua diambil tahu pelajar pelajar lain.

Aku dan Jungkook bercinta sejak kami di middle school lagi. Dan kami menyambung hubungan percintaan kami tatkala menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah.

Aku tak tahu apa yang bermain di dalam fikiran Jungkook sampai dia mintak putus dengan aku. Dia kata dia bosan , tapi aku tak percaya.

Aku kenal Jeon Jungkook.

Dan aku pasti dia bukan seseorang yang seperti itu. Dan dia tak akan langsung tinggalkan aku macam tu sahaja.

Sebab aku tahu dan percaya sebanyak mana dia sayangkan dan cintakan aku sebagai teman wanitanya.

"Yiseo , aku tanya kau ni , perempuan. For god sake , stop ignore aku macam orang bodoh dekat sini !"

Jimin mencengkam bahu aku kuat dan menariknya laju membuatkan tubuh aku terus tertarik menghadap dirinya di sebelah aku itu.

Jimin tersentak. Matanya terbuka luas. Terdiam dirinya buat seketika tatkala matanya bertembung dengan mata aku yang sudah berair.

Aku ketap bibir aku yang sudah bergetar itu rapat dan memandang wajahnya tajam. Hati aku rasa sakit dan sakit lagi.

"Yi-Yiseo..."

Aku terus tepis tangan Jimin kasar dan bangkit daripada tempat dudukku. Disebabkan cikgu takde , jadi aku terus keluar dari kelas melalui pintu belakang.

Pantas sahaja aku mengatur langkah menuju ke arah bilik air yang terletak berdekatan dengan kelas aku dan Jimin.

Hati aku rasa sakit. Sakit sangat sangat.

Tatkala teringatkan kembali apa yang aku dan Jungkook sudah pun lalui bersama sama. Betapa sayangnya dia kepada aku.

Dan kini , dia mengucapkan kata putus senang senang seperti itu sahaja kepada aku. Meninggalkan aku tanpa langsung menerangkan apa yang berlaku.

Aku menghentikan kedua dua belah kaki aku yang sedang bergerak untuk menuju ke bilik air perempuan itu. Kaki aku rasa lemah sangat sangat.

Seluruh anggota aku sudah pun menggeletar. Bukan kerana takut , tapi kerana perasaan sedih yang aku sendiri tak dapat tanggung.

Aku memejam mata rapat sehingga air mata aku mengalir membasahi pipi aku sendiri. Esakan tangis aku mula kedengaran.

Tangan kanan aku itu aku genggam erat. Tangan aku diangkat ke atas dan aku memukul dada aku kuat berulang kali.

"Bodoh. Bodoh. Kau tak patut me-menangis macam pe-perempuan bodoh , Yiseo-ah... hiks hiks"

Aku menangis teresak esak seorang diri di koridor tersebut. Bahu aku mula terhinjut hinjut kuat kerana terlalu banyak menangis.

Hidung aku sudah pun pedih dan memerah kerana rasa sakit bagai dicucuk cucuk di bahagian itu. Mata aku juga sudah pun memerah.

Aku tak kuat.

Aku betul betul tak kuat.

Aku terus turunkan badanku dan mula duduk bercangkung di koridor tersebut. Kedua dua belah lutut aku peluk erat.

Muka aku yang sudahpuj basah dengan air mata itu aku benamkan di atas lutut aku sendiri. Menangis teresak esak.

"A-aku sayangkan kau... a-aku sayangkan kau sangat sangat hiks hiks"

Dan aku menangis lagi.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Harini hujan lagi. Bas pulak lambat sampai haih" Jimin di sebelah mula merungut.

Aku hanya kekal berdiam diri sahaja di bawah bumbung bus stop ni. Pandang je Jimin yang tak habis merengek macam budak kecik tu.

Budak budak lain semua dah balik. Aku dengan Jimin ni je regular customer bas yang selalu stop depan sekolah kitorang ni.

Sedang aku berdiri diam sambil mata tak lepas memandang sekeliling tiba tiba mata aku tertancap pada Jimin yang mengeluarkan tangannya.

Sebelah tangannya ditadahkan supaya titisan hujan akan mengalir dan menyejukkan telapak tangannya sendiri.

Riak wajah aku mula berubah.

"Ju-Jungkook , apa yang awak..."

Aku yang baru sahaja ingin bangun daripada posisi baring di atas katil terus ditahan Jungkook. Tubuh aku pantas ditolak baring semula di atas katil.

Mata aku membulat memandang dia. Dia hanya tersengih lebar kepada aku sebelum menjauhkan semula tangannya daripada aku.

"Dekat rumah kau ni takde ubat ataupun cold fever. Jadi aku rasa ni je kot yang boleh bantu redakan panas kau"

Jungkook tersenyum. Sebelah tangannya ditadah semula di luar tingkap supaya titisan hujan akan mengalir membasahi telapak tangannya.

Disebabkan katil aku memang terletak berhampiran dengan tingkap bilik ni , Jungkook gunakan idea bijaknya itu berbuat demikian.

[ korang bayangkan je ni macam scene meow secret boy tu ]

Seusai membasahkan tangannya , dia mula menghampiri aku dan melembapkan wajah dan tengkuk aku dengan tangannya.

Aku hanya tersenyum memandangnya.

Ikutkan harini aku dan Jungkook akan keluar date bersama tapi disebabkan tubuh aku ni sensitive , cepat betul aku demam.

"Perlukan apa apa lagi ke , hm ?" Jungkook menyoal lembut. Matanya memandang aku penuh kerisauan.

Aku geleng kepala perlahan sambil memejam mata rapat. Sebenarnya aku dah ngantuk dah ni. Tapi takkan lah aku nak biarkan je Jungkook dekat sini.

"Kalau awak nak balik , baliklah... boleh guna payung yang ada dekat rumah saya dulu"

Jungkook langsung tidak membalas apa apa. Tiba tiba sahaja dia mengambil tempat di sebelah aku dan baring di atas katil aku.

"Ju-Jungkook..." aku nemanggil namanya lemah.

"Dah tak mau cakap apa apa , you better sleep sayang"

Jungkook terus menarik tubuh aku dengan dengannya sehingga dia memeluk tubuh aku. Disebabkan katil ni sempit untuk dua orang , hanya berpelukan begini sahaja yang dapat memuatkan kami.

Mata aku membulat. Tergamam dengan perbuatannya kepada aku secara tiba tiba ini. Aku menolak perlahan dadanya.

"Jungkook awak..."

"Dah lah tu , ngantuk lah. Kau pun tidur lah sekali , hm ?" Jungkook memejam kedua dua belah matanya.

Pelukannya dieratkan lagi sebelum dia mengucup ubun ubun rambut aku lembut membuatkan pipi aku mula membahang.

"Goodnight , sweetheart" bisiknya lembut kepada aku.

Perlahan lahan senyuman manis terukir di wajah aku. Aku mula membalas pelukannya dan mula memejamkan mata.

Tidur di dalam pelukan hangat Jeon Jungkook , sememangnya aku sukakannya.

"Yiseo , kau kenapa ?" teguran Jimin terus membuatkan aku tersedari dari lamunan sendiri.

Pantas jari aku mengesat air mata yang sudah pun mengalir membasahi pipi sendiri. Sedaya upaya aku sembunyikan perasaan sedih itu.

"T-tak ada apa" aku terus mengalihkan pandangan.

"Aku nampak kau menangis" katanya dengan nada mendatar.

Aku masih mengalihkan pandangan. Tidak mahu langsung bertentang mata dengan Jimin. Kerana aku tahu aku bakal lemah.

Aku takkan boleh menipu Jimin.

"Kau rindukan Jungkook , bukan ?"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro