twenty three
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Okay class , ni je untuk harini. Disebabkan mood cikgu baik , cikgu malas nak bagi kerja sekolah dekat kamu" Miss Kim ketawa kecil.
Bukan sahaja dia , malahan satu kelas turut ketawa. Siapa sahaja yang tidak seronok jikalau tiada kerja sekolah yang diberikan cikgu kepada pelajarnya. Lagipula , bukan satu subjek sahaja yang mereka harus tumpukan perhatian.
Waktu rehat sudah pun tiba.
Yiseo terus bangun daripada tempat duduknya dan bersedia untuk keluar dari kelas. Sebelum gadis itu melangkah keluar , sempat dia memandang sekilas ke arah sebuah tempat duduk yang kosong sejak dari awal pagi tadi.
Tempat duduk Park Jimin.
Entah apa yang terjadi kepada lelaki itu sehingga dia tidak muncul muncul harini di sekolah. Sudah lah peperiksaan semester makin menghampiri. Buat hal pulak tak mahu hadir ke sekolah.
"Ke dia bangun lewat sebab teman aku pagi buta tadi ?" bisik Yiseo perlahan kepada dirinya sendiri.
Pantas dia menggeleng kepala. Bukan masa yang sesuai untuk dia fikirkan tentang perkara itu ketika ini. Malas nak ambil tahu , langkahnya pantas sahaja diaturkan menuju ke cafeteria.
Walaupun Yiseo sering kali rehat makan bersama sama dengan Jimin dan menjadi agak janggal jika gadis itu makan seorang diri tanpa sahabat baiknya , namun dirinya sudah terbiasa. Makan seorang diri.
Baru sahaja gadis itu tiba di cafeteria sekolah , tiba tiba pengumuman yang dimaklumkan dari speaker sekolah berbunyi menarik perhatian semua pelajar yang sedang sibuk membeli makanan dan makan.
"Ehem ehem" deheman garau seorang lelaki kedengaran jelas.
"Jang Yiseo dari kelas 5 Magenta sila hadirkan diri anda di bilik pengetua dengan segera"
Berkerut terus dahi Yiseo tatkala mendengar pengumuman tersebut. Lagi pelik mendengar namanya yang disebut dengan jelas oleh pengetua. Semua pelajar mula memandang ke arahnya sambil berbisik bisik sesama sendiri.
Gadis itu sendiri tidak tahu apa yang telah dilakukannya sehingga dipanggil untuk menghadiri diri ke bilik pengetua. Sama ada perkara yang dilakukannya itu adalah sesuatu perkara yang baik ataupun buruk , dia sendiri tidak tahu.
Tanpa berlengah , Yiseo terus melangkah pergi meninggalkan kawasan cafeteria. Walaupun dia berasa gentar dan berdebar menanti nasibnya , namun digagahkan juga dirinya untuk ke sana.
Bilik pengetua terletak di dalam pejabat. Jadi , Yiseo perlu menggunakan laluan pejabat untuk ke bilik pengetua.
Seakan akan faham mengapa Yiseo ke tempat itu , kerani yang melihatnya tersenyum seraya mengangguk membenarkannya untuk masuk ke dalam bilik pengetua tersebut.
Langkahnya terhenti.
Perlahan Yiseo angkat wajahnya ke atas dan memandang tepat ke arah pintu kayu yang memisahkan dirinya dengan ruang bilik pengetua. Kepalanya ditundukkan semula ke bawah.
Buat seketika , dia menarik nafas perlahan lahan lalu menghembuskannya.
"Semuanya akan okay. Takde apa yang perlu dirisaukan. Kau tak buat apa apa benda jahat pun" selepas sahaja memberikan kata kata positif kepada diri sendiri , Yiseo mengetuk pintu bilik tersebut.
"Jang Yiseo imnida" ujarnya perlahan.
"Masuk" suara garau kedengaran mendatar. Gadis itu terus membuka pintu dan masuk ke dalam bilik pengetua tersebut.
Kepalanya masih setia tertunduk ke bawah memandang lantai. Tidak sekalipun terniat untuk mengangkat wajah dan memandang pengetua tersebut. Takut barangkali. Entah entah dia ada melanggar peraturan sekolah tanpa disedarinya.
Tak pernah lagi gadis itu dipanggil ke bilik pengetua. Malahan dipanggil ke pejabat pun tidak pernah. Jarang lah cikgu cikgu di sekolah ini berminat ingin mengambil tahu tentang Yiseo yang semestinya bukan seorang pelajar yang menyerlah.
"Pe-pengetua ada urusan apa panggil saya ke sini ?" soalnya perlahan dengan berhati hati. Takut juga jikalau tersalah cakap , mahunya kena tindakan hukuman nanti.
Tiada sebarang jawapan.
Namun Yiseo dapat dengar dengan jelas bunyi derepan tapak kaki pengetua tersebut yang mula berjalan menghampirinya dan kini lelaki itu berdiri betul betul di hadapannya. Kasut FILA berwarna hitam putih itu menarik perhatian Yiseo.
'Jiwa muda betul pengetua sekolah aku ni sampai pakai kasut FILA pergi kerja' bisik Yiseo di dalam hatinya.
Tiba tiba kedua dua belah pipi Yiseo dicubit manja dan ditarik ke atas membuatkan wajahnya terdongak ke atas. Matanya membulat besar tatkala bertemu dengan kedua dua belah mata lelaki tersebut.
Jeon Jungkook.
Dengan hoodie berwarna hitam dan cap berwarna hitam yang tersarung di kepalanya. Jeon Jungkook tersenyum manis melihat reaksi terkejut yang terpapar di wajah Jang Yiseo ketika itu.
"Kenapa ? Pelik pengetua ni nampak handsome ke , hm ?" Jungkook tersengih nakal.
Terkebil kebil gadis itu menatap wajah Jungkook. Memang terkejut gila lah. Tidak sangka pulak gadis itu bakal bertemu dengan Jeon Jungkook di dalam bilik pengetua itu. Dah kenapa pulak sebenarnya ni ?
Tangan Jungkook ditepis Yiseo kasar sebelum dia menolehkan kepala ke belakang. Cuba untuk melihat ke arah luar bilik pengetua.
Belum sempat Yiseo ingin melarikan pandangannya , tangan Jungkook pantas melingkari pinggangnya dan menarik tubuhnya ke depan membuatkan jaraknya dan Jungkook menjadi semakin dekat.
Terbeliak luas mata Yiseo. Terkejut. Apa dia tengah mimpi ke sekarang ni ?
Jungkook tersengih nakal. Hidung kecil Yiseo dicuitnya lembut. "Kau tak bermimpi lah , pendek"
"Tu-tunggu , a-apa yang jadi dan ma-macam mana ?" pandangan keliru terpapar jelas di wajahnya ketika itu. Berkerut kerut dahi Yiseo.
Jungkook tertawa. "Kenapa ? Baru kau tahu kuasa bekas teman lelaki kau ni kuat gila kan sebenarnya ?"
Berkerut dahi Yiseo. "Jungkook apa yang—"
"Jom keluar hangout dengan aku" ujar Jungkook lembut membuatkan kata kata Yiseo serta merta tergantung.
Terdiam gadis itu buat seketika.
Setelah apa yang terjadi di antara gadis itu dan lelaki itu pada malam semalam. Di mana lelaki itu tiba tiba sahaja menelefonnya dan menjelaskan semuanya kepada dirinya , seakan akan tidak memberikan sebarang kesan kepada diri Jungkook.
Jungkook langsung tidak kelihatan bersalah mahupun berasa janggal selepas apa yang terjadi semalam. Atau lelaki itu mabuk semalam sebenarnya dan harini dia telah pun melupakan semuanya ?
"Jungkook apa yang—" Yiseo cuba untuk menolak tubuh Jungkook namun lelaki itu tetap berkeras.
"Please ?" Jungkook pout. Meminta simpati daripada gadis di hadapannya itu.
Tangannya masih setia melekap di pinggang Yiseo dan tubuh mereka masih setia kukuh dengan posisi yang sangat hampir itu. Sekali pandang , tak nampak langsung seperti pasangan kekasih yang sudah pun putus.
Pandangan keliru Yiseo berikan kepada Jungkook. "Apabende pulak yang kau cuba rancangkan ni sebenarnya , Jeon Jungkook ?"
"Oh tak , cite dia aku memang tak datang sekolah. Ni pun aku rasuah pengetua nak ajak kau ponteng sekolah" balas Jungkook selamba. Tiada langsung riak wajah serba salah.
"Tunggu , apa ?!" terbuntang luas mata Yiseo memandang Jungkook membuatkan lelaki itu ketawa kecil.
"So , boleh tak kau teman aku sekejap ? Pleaseeee ?" sengaja lelaki itu memuncungkan mulutnya ke hadapan.
Yiseo masih keliru dengan apa yang terjadi.
"Jeon Jungkook..."
"Hurm ?" Jungkook mengangkat sebelah keningnya ke atas.
"Kenapa kau terdesak sangat nak bawak aku keluar dengan kau ?"
Mendengarkan sahaja soalan itu terbit di bibir gadis itu , serta merta riak wajah Jungkook berubah. Perlahan lahan tangannya yang memegang erat pinggang gadis itu menjadi lemah sebelum dia mula melepaskan tubuh Yiseo.
Jungkook tidak menjawab. Malahan hanya diam.
Kepalanya yang ditutup dengan topi bagi menyembunyikan tampalan balutan luka di kepalanya itu dibetulkan buat seketika. Jungkook melarikan pandangannya. Buat seketika , bibirnya yang terasa kering dijilat. Cuba mencari sebarang jawapan untuk diberikan.
"Berhenti cari alasan lain dan jujur dengan aku , Jeon Jungkook" ujar Yiseo tegas. Pandangan tegang menghiasi wajah Jang Yiseo.
Mendengarkan sahaja kata kata itu , perlahan Jungkook memusingkan kepalanya ke tepi dan menatap lembut wajah Yiseo. Perlahan senyuman manis dipaksa untuk terkuntum di wajahnya.
"Sebab harini hari terakhir yang aku boleh luangkan masa dengan kau..."
Berkerut dahi Yiseo. "Apa yang kau cuba maksudkan sekarang , Jeon Jungkook ?"
Jungkook menghela nafasnya perlahan sebelum tersenyum tawar.
"Sebab lepasni , aku mungkin betul betul takkan jumpa dengan kau lagi , Jang Yiseo"
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗
50 votes 50 comments baru neul update next chapter. bukan batak , tapi malas nak update senanya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro