Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

twenty nine

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Apa termenung jauh ni , hm ?" teguran Yiseo membuatkan Jimin yang sedang termenung jauh itu terus termati lamunannya.

Pantas dia mengangkat wajah dan memandang Yiseo yang berada di hadapannya dengan mata yang dibulatkan sedikit.

"Hm ? Wae ?"

Yiseo ketawa kecil. "Takdelah aku tengok kau daripada tadi termenung jauh. Apa terfikir awek baru kat sekolah ke apa sampai aku kat depan ni kena layan macam tunggul"

Jimin hanya tersenyum nipis mendengar guarauan senda daripada Yiseo. Kedua dua mereka membalas senyuman sebelum makanan di hadapan ditumpukan semula.

"Erm... Yiseo ?"

"Hurm ?"

"Macam mana kat sini ? Dapat kawan baru tak ? Treatment kat sini semua okay ?" mendengarkan sahaja soalan Jimin , Yiseo mengangguk perlahan.

Sejak dua menjak , keadaan Yiseo semakin teruk dan kesan sampingan daripada penyakitnya itu membuatkan Yiseo memerlukan rawatan di hospital.

Walaupun tak banyak yang pihak hospital dapat bantu , cukup sekadar diberikan ubat bagi menahan rasa sakitnya itu sahaja sudah pun memadai.

Lagipula , Yiseo perlu ditahan di dalam hospital ini buat sementara bagi menunggu penderma hati supaya dia dapat menjalankan pembedahan dengan segera.

"Jimin-ah"

"Hurm ?"

Yiseo tersenyum. "Kau tak perlu nak risau pasal aku sangat. Risaukan diri kau tu ha. Aku tengok kau ni macam tak okay je. Ada masalah ke , hm ?"

Jimin tersenyum tawar. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Sudu yang dipegangnya itu mula menguis makanan di hadapannya.

Dia sendiri tidak tahu , sama ada perlu ataupun tidak dia memberitahu Yiseo tentang apa yang telah pun terjadi di sekolah tadi.

Lagipula , kejadian itu melibatkan dirinya dan juga Jeon Jungkook.

"Jang Yiseo..."

"Hurm ?"

"Kau... masih tak dapat nak lupakan Jungkook lagi ke ?"

Kata kata yang terbit di bibir milik Jimin membuatkan riak wajah Yiseo serta merta berubah. Sungguh , hanya dengan nama lelaki itu sahaja boleh mengubah emosinya dalam sekelip mata.

Tambahan pula , sudah hampir tiga minggu dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Bagaikan kewujudannya ini sudah pun lenyap dalam kehidupan lelaki bernama Jeon Jungkook itu.

Yiseo ditahan di hospital dan hanya Jimin dan ibu tirinya sahaja yang tahu tentang hal ini. Pelajar di sekolah mahupun cikgu cikgu juga langsung tidak tahu.

Jimin dah janji nak uruskan semuanya untuk Yiseo. Minggu hadapan , ibu tiri Yiseo akan mengisi borang berhenti sekolah untuk pihak sekolah.

Memandangkan hidupnya juga bakal berakhir , ibunya menyuruh Yiseo untuk berehat dan tenangkan fikiran di hospital itu sahaja. Tak perlu susah susah fikir tentang hal sekolah.

Melihatkan perubahan riak wajah yang dipaparkan Yiseo , Jimin berdehem perlahan. Menyedari mungkin dia sudah pun melampaui batas kerana tiba tiba sahaja membangkitkan tentang hal itu.

"M-mian. Aku tak sepatutnya tanya kau pasal benda tu" kepala yang tak gatal digaru.

Yiseo tersenyum nipis. "Takpe"

"Erm... kau nak aku bawak kau jalan jalan dekat taman ke ?"

Yiseo menggeleng perlahan. "Lepasni aku ada appointment dengan Doktor Kim. Kau balik jelah rumah"

Jimin mengukirkan senyuman manisnya. Tangannya diangkat lalu rambut gadis di hadapannya itu diusap lembut. Senyuman manis tak lekang di wajahnya.

"Get well soon , okay ?"

Yiseo tersenyum.

Walaupun peluangnya untuk kembali sihat agak tipis , namun tetap dia ukirkan sahaja senyuman untuk Park Jimin di hadapannya itu.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jeon Jungkook ada dekat bar dan dia mabuk teruk"

Teringat kembali kata kata rakannya yang membuat panggilan dengannya sebentar tadi , Dakyung terus berlari pantas masuk ke dalam bar mewah tersebut.

Walaupun sejujurnya dia merupakan budak bawah umur dan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bar tersebut , namun selepas dirasuah , terus sahaja dia dibenarkan masuk.

Tiba sahaja di dalam bar mewah tersebut , matanya terus melilau memandang sekeliling bagi mencari kelibat Jungkook yang sedang mabuk di mana mana.

Takut juga jikalau lelaki itu telah mabuk dan melakukan apa apa sahaja yang berada di luar jangkaannya sendiri.

Tambahan pula , Dakyung tahu bahawa keberadaan Jungkook di bar ini adalah tanpa pengetahuan daripada orang tuanya sendiri.

Mustahil lah kalau Puan Jeon dan Tuan Jeon mengetahui anak lelakinya sedang mabuk di bar dan tetap membiarkan sahaja lelaki itu mengunjungi tempat seperti itu.

Lagipun , Jungkook juga masih di bawah umur. Bukan setakat mengunjungi bar , meminum alkohol pun tidak dibenarkan.

Tatkala matanya terlihatkan kelibat susuk tubuh seorang lelaki yang berada di kaunter bar tersebut , Dakyung terus berlari laju menghampiri lelaki tersebut.

Seperti yang diagaknya tadi , ianya Jeon Jungkook.

Jungkook sedang duduk di kaunter bar itu sambil memegang erat kedua sisi kepalanya. Kedua belah sikunya pula ditahan di atas permukaan meja tersebut.

Matanya dipejam rapat dan tak henti dia mengeluh berat. Sekali pandang , tahu lah bahawa lelaki ini sedang tertekan dengan masalah peribadinya sendiri.

"Jungkook oppa..." Dakyung menyentuh perlahan bahu Jungkook. "Kita balik , jom ?"

Walaupun Dakyung sudah pun memujuk dengan lembut , namun Jungkook tetap berkeras. Dia menggeleng kepalanya laju. Rambutnya diserabutkan kasar.

Tanpa menunggu balasan daripada Dakyung , pantas beer itu diteguknya rakus. Bagaikan ini bukan merupakan kali pertama dia meminum alkohol.

Dakyung mengeluh berat.

Sejak 2 minggu yang lepas , dia menyedari akan perubahan sikap Jeon Jungkook. Jungkook nampak seperti begitu tertekan sangat sangat.

Namun Dakyung sendiri tidak tahu apa masalah yang dihadapi Jungkook. Bila ditanya , kata tiada apa apa dan tidak mahu pula berkongsi dengannya.

Dakyung pun dah mengalah. Tak tahu nak pujuk Jungkook macam mana lagi untuk dia luahkan semuanya kepada Dakyung.

Perlahan Dakyung mengambil tempat di sebelah Jungkook. Wajah penuh tertekan lelaki itu diperhatikannya buat seketika. Jujur , lelaki itu kelihatan begitu berbeza sekali.

Bukan lagi seperti Jeon Jungkook yang dia pernah kenal dulu.

"Oppa... kenapa ni ? Oppa tanak cerita dekat Kyung ke ?"

Jungkook mengeluh berat. Botol beer sekali lagi diteguk rakus. Dia memejam mata rapat , merasai beer yang terasa pahit pada malam itu entah kenapa.

Dakyung mengeluh berat. Buat entah ke berapa kali , dia ingin mengalah lagi. Penat melayan Jungkook yang langsung tidak mahu membuka cerita tentang masalah peribadinya itu.

Tiba tiba mata Dakyung tertancap pada iphone milik Jungkook yang berada di hadapannya. Iphonenya terbuka dan memaparkan satu gambar yang membuatkan riak wajah Dakyung berubah.

Gambar Jungkook bersama bekas teman wanitanya...

Dan tatkala itu , Dakyung sedar bahawa apa yang sedang menimpa lelaki itu sehingga membuatkannya tertekan dan kelihatan tak seperti dirinya yang dahulu.

Perlahan Dakyung tolehkan kepalanya di sebelah dan memandang wajah Jungkook yang masih tertekan dengan masalahnya. Rambut depannya diraup ke belakang beberapa kali.

"Oppa..."

"Aku takde masa nak berbual kosong dengan kau" balas Jungkook dingin.

Dakyung mengeluh perlahan. Gambar yang terpapar di skrin iphone milik Jungkook dipandangnya semula. "Oppa rindukan dia , bukan ?"

Mendengarkan sahaja kata kata Dakyung , pantas Jungkook menoleh dan memandang Dakyung dengan sebelah keningnya terangkat ke atas. Pelik.

"A..pa ?"

Dakyung membalas pandangan Jungkook selamba. "Your ex girlfriend. Oppa rindukan dia , kan ?"

Jungkook tundukkan wajah ke bawah. Gambarnya bersama dengan Yiseo yang terpapar di skrin iphonenya dipandang buat seketika sebelum dia mengeluh perlahan.

"Kenapa ? Apa kaitannya dengan kau kalau aku rindu ke tak rindu ke ?" balas Jungkook kasar.

Dakyung mengalihkan pandangannya. Kini , pandangannya tertumpu di hadapan sahaja. Termenung jauh memikirkan sesuatu juga.

"Kyung tau... bukan senang hati kita nak berubah pada seseorang yang kita sayang dan suka sangat sangat..."

Jungkook hanya diam.

"You can hurt her , you can lie to her , but your feelings toward her will never change , am I right ?"

Jungkook mengeluh.

"Oppa..."

"Hurm ?" Jungkook menoleh.

"Boleh oppa bagitahu Kyung ? Bekas teman wanita oppa ni macam mana orangnya ?"

Mendengarkan soalan Dakyung , Jungkook terdiam buat seketika. Gambar Yiseo dipandangnya buat seketika sebelum perlahan lahan senyuman nipis terukir.

"First of all..." Jungkook tersenyum. Di fikirannya ketika itu terngiang semula wajah comel gadis bernama Jang Yiseo itu.

"Yiseo ni , comel. Walaupun semua orang kata dia tak lawa , tak cantik tapi... dia comel sangat di mata aku. Sama ada dia ikat rambut , atau biarkan rambut dia terlepas , dia tetap nampak cantik. Walaupun bila dia langsung tak pakai makeup sekalipun , dia nampak... macam bidadari"

Jungkook ketawa kecil. Geli hatinya bila teringatkan wajah comel Yiseo yang baru bangun tidur. Lepastu bila menyedari wajahnya ada air liur basi , bukan main malu nak hadap Jungkook.

Bagi Jungkook , Yiseo nampak comel.

Dakyung hanya diam dan dengar dengan teliti. Langsung tidak menyampuk apa yang Jungkook sedang luahkan kepadanya ketika itu. Wajah Jungkook diperhatikannya lama.

"Dan dia... ada personaliti yang comel jugak. Bila dia merengek tengok jerawat tumbuh kat muka walaupun satu. Lepastu sanggup pergi sekolah pakai mask sebab taknak aku nampak jerawat dia" Jungkook ketawa kecil.

"Bila dia menangis dan cakap aku deserve someone better. Dia cakap , dia ada banyak kekurangan tapi kenapa aku pilih dia jugak ? Dia selalu insecure dengan perempuan lain tapi tulah , dia tak sedar yang dia sorang je yang paling cantik dekat mata aku..."

"Dan kau nak tau apa yang paling aku suka tentang dia ?" Jungkook menoleh sebentar bagi memandang Dakyung.

"Apa dia ?"

"Hati dan perasaan dia... tak pernah langsung berubah dekat aku walaupun aku dah banyak lukakan hati dia"

Dakyung tergamam.

Their love for each other , never change.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

don't worry , dalam minggu ni ff ni inshaallah habis

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro