three
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Seo-ah , tolong omma boleh ?" baru sahaja aku turun ke tingkat bawah selepas mandi tiba tiba omma meluru ke arahku.
Aku mengerutkan dahi dan memberikan pandangan apa kepadanya. Nampak macam dia risau semacam. Dah kenapa ?
"Tolong omma boleh ? Belikan omma barang dekat convenient store boleh ?"
Aku hanya diam sahaja tak membalas apa apa kepada omma. Hanya anggukan tiga kali sebagai jawapan kepada omma.
Senyuman omma terus terukir lebar di wajahnya. Turun sahaja dari tangga ke tingkat bawah , omma terus berikan aku duit.
"Kalau kamu takut ke pergi sorang sorang ke apa , omma boleh call kan Jungkook. Dia mesti boleh teman kamu punya"
Mendengarkan sahaja nama 'Jungkook' disebut pantas aku mengangkat wajah dan memandang omma. Pandangan kosong aku berikan.
Tapi yelah , memang tak lah aku nak bagitahu omma yang aku dah putus dengan Jungkook. Maklumlah , Jeon Jungkook tu bakal menantu kesayangan dia.
Bakal menantu yang tak jadi.
Malas dah nak dengar omma membebel dekat aku , aku terus keluar daripada rumah bersama dengan payung lutsinar milik aku.
Disebabkan dekat luar masih lagi hujan hujan sikit , takkan lah aku nak biarkan diri aku ni demam pulak kan.
Sudah lah kulit aku ni sensitive. Kena hujan sikit dah demam lah apalah. Dasar antibody tak kuat , Jang Yiseo.
Tak mengambil masa yang lama , akhirnya aku tiba juga di hadapan convenient store yang berhampiran dengan kawasan perumahan aku.
Ikutkan aku nak ajak Jimin tadi sebenarnya teman aku ke sini , tapi nak buat macam mana. Aku hanyalah seketul member pakai buang dia.
Lebih utamakan game GTA dia tu daripada aku lmao.
Aku letakkan payung yang telah aku tutup itu di tempat letak payung yang disediakan di store tersebut.
Mata aku terus meliar memandang sekeliling sebelum aku mula melangkah ke ruang rak makanan yang omma suruh aku belikan.
Omma suruh belikan dia biskut oreo. Katanya mengidam. Entah mengandung ke apa aku sendiri pun tak tahu lah dia tu.
Selesai sahaja mengambil biskut oreo , tiba tiba hati aku terdetik nak pergi ke tempat rak peti sejuk yang menempatkan air air.
Tak menunggu masa yang lama , aku sudah pun tiba di hadapan rak peti sejuk tersebut. Peti sejuk tersebut dibuka dan minuman tin kegemaran aku menarik perhatian aku.
Minuman tin yang merupakan minuman kegemaran Jeon Jungkook.
Mata aku membulat tatkala tangan aku yang menyentuh minuman tin tersebut turut juga ada tangan seseorang yang menyentuh dari arah tepiku.
Pantas aku mengalihkan pandangan dan memandang ke arah lelaki yang turut juga memandang ke arah aku.
Aku tergamam.
"Jeon Jungkook..." nama lelaki itu terpacul di bibirku.
Melihatkan sahaja wajah aku , dia mula menggulingkan matanya ke atas. Menyampah melihat wajah bekas teman wanitanya di sini.
"Kau ikut aku ke sini ke , Jang Yiseo ?" soalnya dengan nada penuh menyampah.
Terkebil kebil aku melihat lelaki itu. Tak tahu kenapa , aku tak mampu katakan apa apa kepada lelaki itu sebaik sahaja dia bersuara.
Melihatkan tangan aku dan dia yang hampir bersentuh di atas minuman tin itu , pantas dia menariknya laju dan mengesat tangannya pada hoodie kelabunya.
"Jijik" suaranya perlahan , namun jelas di pendengaran aku.
Aku terkedu.
Perlahan lahan aku menundukkan pandangan ke bawah. Tangan aku yang memegang minuman tin itu terus aku turunkan.
"Aish , pergi sini pergi situ tak habis habis nampak muka kau. Serabut , kau tahu tak ?" kasar sahaja suaranya.
Aku mula mengemam bibirku rapat. Kukuh sahaja mata aku memandang lantai di bawah. Takut ingin bertentang mata dengan Jungkook.
Takut aku bakal menangis lagi.
"Cukup lah , Yiseo. Aku rimas tahu tak ? Boleh tak kau berhenti ekori aku ? Kau fikir kalau kau ikut aku ke mana sahaja , aku akan terima kau balik , macam tu ?"
Dia ketawa sinis. Seolah olah tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia hamburkan sendiri di hadapan aku ketika ini.
Bibir aku diketap lebih erat tatkala air mata mula berkumpul di tubir mataku sendiri. Hujung bajuku digenggam erat.
Tak Yiseo , kau tak boleh menangis.
Jungkook memandang aku dari atas hingga bawah dengan pandangan menjengkelkannya itu sebelum dia menggulingkan matanya ke atas.
Dia merengus kasar sebelum meninggalkan aku di tempat itu dalam posisi yang sama. Posisi yang sama aku buat sewaktu dia mengucapkan kata putus.
Perlahan lahan aku mengangkat wajah aku ke atas dan memandang ke arah kelibat Jungkook yang sudah pun beransur pergi dari kedai ini.
Air mata aku mengalir.
"Alaaa Jungkookkk , bagi lah saya ramen tu. Orang lapar ni" aku mula merengek tak ubah macam budak kecik.
Jungkook di sebelah hanya ketawa kecil memandang aku yang tak habis habis kembungkan pipi.
Kami berdua singgah convenient store sebentar sebab nak makan ramen aku craving. Alang alang nak tunggu hujan kan.
Jadi kami berdua pun mengambil tempat di meja yang disediakan di dinding kaca yang menampakkan suasana di luar kedai.
"Ala tunggu lah kejap"
Jungkook ni pun satu. Tak habis habis kacau ramen yang baru sahaja dia sendiri masak ni secara instant dekat sini. Eleh nak tunjuk boyfriend material la tu.
"Disebabkan ramen ni panas lagi , aku sebagai teman lelaki yang baik kena lah habiskan dulu untuk kau"
"Yahh !" pantas bahu lelaki itu aku tampar kuat membuatkan dia terkekek kekek ketawa.
Aku mula mencebik geram. "Seronok lah tu main main dengan orang ? Sampai hati eh"
Jungkook ketawa kuat tatkala suara aku mula berubah rendah seolah sedang merajuk. Dia menggeleng kepalanya perlahan.
Senyuman nipis terukir di wajahnya sebelum dia perlahan lahan mengusap rambut aku lembut membuatkan aku memandangnya pelik.
"Aku tak nak bibir perempuan yang aku sayang ni melecur makan ramen panas panas ni"
Aku tergamam.
Jungkook tersenyum sebelum dia mula mengacau ramen tersebut dan mengepitnya lalu membawa ke atas sebelum dia meniup kuat.
Perlahan lahan senyuman aku terukir di bibir. Tak dapat nak tahan sebab lelaki ni comel sangat sebenarnya.
"Yiseo ! Yiseo !" Jungkook mula memanggil namaku dengan rentak lagu Johnny Johnny.
Aku tergelak kecil. Tahulah aku dia sengaja nak bermain dengan aku sebelum suap aku makan ramen tu.
"Yes Kookie !" aku turut serta masuk air sekali.
"Eating ramen ?" Jungkook membuat mimik wajah comel.
"No , Jungkook !"
"Telling lies ??"
"No , Jungkook !"
"Open your mouth !" sengaja dia besarkan suaranya macam bapak bapak.
Aku membuka mulut aku dan dia mula menyuap aku ramen. Melihatkan sahaja wajahnya buatkan aku tergelak kecil.
"Aigoo aigoo , makan ramen pun nak kena comel ke sayang ?"
Bahu Jungkook terus aku tampar kuat kerana tak henti henti rasa nak tergelak dengan setiap perkataan yang dia katakan.
Aku melepaskan keluhan berat.
Rasa macam semua benda tu berlalu sekejap sahaja. Memori aku bersama dengan Jungkook , sudah tentu aku takkan dapat lupakan.
Ke mana sahaja aku pergi , mesti aku akan nampak dia.
Hanya dia seorang.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
Awal awal waktu rehat tiba , aku terus keluar daripada kelas. Tergesa gesa cari Jungkook yang mungkin lalu lalang di koridor.
Disebabkan aku dan Jungkook bukanlah dari kelas yang sama , jadi agak sukar untuk aku tahu setiap apa yang dia lakukan dan ke mana dia pergi.
Di tangan aku pula , elok sahaja aku pegang lunch box yang aku buat sendiri. Sudah semestinya aku ingin berikan kepada Jungkook.
Jungkook pernah cakap , dia sanggup tak makan apa apa dekat cafeteria hanya sebab dia nak aku buatkan dia lunch box hari hari.
Hehe , feeling feeling suami isteri macam tu katanya.
Mata aku membulat tatkala aku ternampak Jungkook yang baru keluar dari kelasnya seorang diri dengan kedua dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Jeon Jungkook !" pantas aku menahan lengannya membuatkan langkahnya terhenti.
Perlahan lahan dia memusingkan tubuhnya ke belakang dan memandang aku dengan dahinya yang berkerut.
"Kau pahal ?" dingin suaranya.
Kau kena kuat , Yiseo. Curi hati Jeon Jungkook semula !
"Nah" aku menghulurkan lunch box tersebut dengan kedua dua belah tangan aku.
"Saya buatkan lunch box untuk awak makan rehat ni" senyuman manis aku berikan kepadanya.
Dia memandang wajah aku dan lunch box tersebut silih berganti sebelum perlahan lahan menyambut huluran aku.
Akhirnya !
"Apa kau fikir aku miskin sangat ke takde duit nak beli makanan sendiri kat cafeteria ?" dia menyoal sinis.
Aku ketap bibir rapat. Aku tahan diri aku sebenarnya walaupun hati aku rasa sakit lepas dengar dia cakap macam tu.
Aku perasan , budak budak lalu lalang dekat koridor ni dah pandang kitorang dan bisik antara satu sama lain.
Takpe Yiseo , kau kuat !
"Gumawo" akhirnya perkataan itu terpacul di bibir Jungkook membuatkan aku terkejut.
"Nae ?" mata aku membulat memandangnya.
Dia ukirkan senyuman manis. "Gumawo untuk lunch box ni"
Senyuman aku makin melebar tatkala dia tersenyum kepada aku. Sungguh , aku rasa macam mimpi sekarang ni.
Apa ? Jangan fikir dia ex aku , dia akan tolak mentah mentah lunch box aku tau.
"Se-selamat menjamu selera , Jungkook"
Dia tidak membalas namun hanya mengukirkan senyuman manis kepada aku membuatkan aku turut tersenyum.
Dia mula memusingkan tubuhnya ke hadapan semula dan mula mengorak langkah ke hadapan.
Namun senyuman lebar aku mati.
Tatkala Jungkook menghentikan langkahnya betul betul di hadapan sebuah tong sampah. Lunch box yang aku berikan tadi terus dicampak masuk ke dalam tong sampah.
"Lain kali , jangan bagi aku makan sampah" dia berkata dingin tanpa langsung memandang aku.
Hati aku sakit.
Betul betul sakit.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro