Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

thirteen

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jungkook berjalan keluar daripada bar tersebut seorang diri. Dengan cara jalannya yang terhuyung hayang dia berjalan sahaja. Menuju ke arah pondok perhentian bas untuk menahan teksi dan balik ke rumahnya.

Walaupun pada awalnya , Dakyung sudah menawarkan dirinya untuk membawa Jungkook balik ke rumah , namun lelaki itu tetap berdegil dan berkeras tidak mahu menerima tawaran Dakyung.

Diberi amaran sekeras kerasnya kepada tunangnya itu untuk tidak mengkutinya ataupun cuba untuk membantunya berjalan dengan betul memandangkan dia sedang mabuk.

Kerana Jeon Jungkook ingin berseorangan.

Akhirnya langkah Jungkook tiba di kawasan pondok perhentian bas yang kosong tanpa seorang manusia pun. Tangannya menahan tiang besi tersebut.

Menahan dirinya daripada terjatuh di atas lantai dan terlelap di tengah jalan. Walaupun kepalanya terasa berat dan sakit , namun digagahkan juga dirinya untuk berdiri.

Peluh peluh dingin sudah pun meleleh di dahi dan leher Jungkook membuatkan rambutnya kelihatan agak basah sedikit kerana peluh.

Dadanya pula berombak naik dan turun dengan lajunya membuatkan pernafasannya menjadi seakan tidak teratur. Seolah olah dia sudah pun berlari dengan laju sebentar tadi.

Kepalanya yang terasa agak pedih itu dipegang erat. Jungkook mengerutkan dahinya bagi menahan rasa sakit di kepalanya yang bagaikan mencucuk cucuk itu.

Entah kenapa , segala memori manis bersama gadis yang dicintainya itu kembali bermain di dalam kepalanya.

Senyuman manis dan gelak tawa gadis itu.

Rambut gadis itu.

Mata cantik gadis itu.

Dan bila gadis itu menangis...

Semuanya bermain di dalam kepala Jungkook. Bagaikan diulang tayang semua memori manisnya bersama gadis yang pernah mengajarnya erti cinta yang sebenar benarnya.

"Argh !" Jungkook meraup wajahnya kasar.

Kepalanya dihantukkan kepada tiang besi itu berulang kali , berharap supaya imbasan memori itu hilang serta merta. Kerana Jungkook tidak mahu lagi mengingati gadis itu.

"Lupakan dia , Jungkook. Lupakan..."

Walaupun matanya sudah berair dan air mata bakal menitis , imbasan memorinya masih kekal bermain di dalam kepalanya. Langsung tidak mahu Jungkook melupakan saat saat terindah di dalam hidupnya.

Di detik detik terakhir dia bersama Jungkook.

Imbasan wajah gadis itu yang menangis dan terluka disebabkan Taehyung bermain di dalam kepalanya membuatkan Taehyung menggeleng kepalanya laju.

Air matanya mengalir.

"Yi-Yiseo..."

Disebabkan masih geram dengan dirinya yang kelihatan begitu lemah itu , Jungkook menghantukkan kepalanya lebih kuat berulang kali di tiang besi tersebut.

Membuatkan darah mula meleleh.

Walaupun kepalanya terasa pedih dan sakit , namun dibiarkan sahaja semuanya. Bagi Jungkook , dia memang layak untuk menerima semua ini sebagai balasan apa yang dia telah lakukan kepada Yiseo.

Dia telah pun menyakitkan gadis itu.

Dan ini semua balasannya.

"Hey kamu ni kenapa ?" seorang lelaki tak dikenali menarik bahu Jungkook laju membuatkan tubuhnya berpaling ke belakang.

Jungkook memandang wajah lelaki yang tak dikenalinya itu dengan wajah yang penat. Cecair merah mula mengalir di dahinya membuatkan pemuda itu terkejut melihat Jungkook.

Dengan mata kuyunya , Jungkook perlahan melihat sekelilingnya. Ternyata ramai orang sedang menyaksikannya dengan pandangan terkejut mereka.

Fikir mereka , Jungkook gila.

"Dik , kepala kau berdarah. Tu-tunggu , aku call ambulance."

Dengan pantas , lelaki itu menolehkan sedikit tubuhnya membelakangi Jungkook. Tangannya mula ligat menarik begnya dan membukanya bagi mengeluarkan telefon pintarnya.

Jungkook melepaskan keluhan berat.

Kepalanya terasa pedih dan sakit membuatkan pandangannya menjadi agak kabur tatkala melihat semua orang yang sedang menyaksikannya itu.

Tapi entah kenapa , senyumannya terukir.

Perlahan lahan dia menggerakkan kakinya ke hadapan. Bagaikan dirasuk , dia melangkah ke hadapan walaupun kedua dua belah kakinya terasa lemah longlai.

"Dik , kau—" kata kata lelaki itu terhenti tatkala menyedari Jungkook tiada di belakangnya.

Pantas dia menoleh dan memandang ke arah Jungkook yang mengorak langkahnya menuju ke tengah jalan raya. Membulat mata lelaki itu melihat Jungkook.

"YAH !"

Jungkook menghentikan langkahnya dan perlahan mengangkat wajahnya ke atas. Memerhatikan langit gelap yang kelihatan indah terhias dengan bintang bintang yang bersinar.

Senyumannya melebar.

"Mianhae-yo , Yiseo-ah..."

PINNNN !!!

Perlahan Jungkook memusingkan wajahnya ke arah kirinya. Melihat dengan tenang sahaja kereta yang sedang meluncur laju di atas jalan raya.

Cahaya lampu kereta tersebut membuatkan Jungkook memejam matanya perlahan sebelum semuanya berlaku dengan sangat pantas sekali tanpa sempat Jungkook mengira satu dua atau tiga.

Dan pandangannya mula gelap.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Tit ! Tit ! Tit !

"Doktorrrr ! Doktorrrr ! Kecemasaannnn !" laung jururawat perempuan itu kuat.

Tubuh Yiseo yang berada elok di atas katil itu mula dikerumuni dengan jururawat dan doktor. Tubuh Yiseo langsung tidak bergerak bagaikan gadis itu sudah pun mati.

Jimin yang melihat kejadian itu menekup mulutnya dengan sebelah tangannya. Matanya sudah berair. Takut takut jikalau akan ada benda yang tak baik bakal berlaku kepada sahabat baiknya.

Baru sahaja sebentar tadi , Jimin ingin membawa Yiseo pulang ke biliknya namun entah kenapa tiba tiba sahaja Yiseo pengsan dan langsung tidak menyedarkan dirinya.

Keadaan bilik sakit Yiseo yang agak kecoh dengan doktor doktor dan jururawat itu mendebarkan Jimin.

"Kita kena bawak dia ke bilik kecemasan sekarang." arah Doktor Kim.

"Ta-tapi , doktor..."

"Sekarang !"

Tanpa berlengah , katil Yiseo tersebut mula ditolak dan mereka mula membawa Yiseo yang berada di atas katil tersebut menuju ke bilik kecemasan.

Jimin yang tak tahu apa yang sedang terjadi , pantas sahaja mengikut mereka semua.

Sedang menolak katil Yiseo , di satu simpang , mereka bertembung dengan satu lagi katil yang juga turut menuju ke bilik kecemasan yang tidak begitu jauh di hadapan.

Tubuh seorang lelaki yang sudah berdarah di atas katil itu kelihatan.

Kedua dua katil itu bergerak dalam waktu yang sama membuatkan kedua dua katil itu dalam posisi sebelah sebelah. Dan tatkala itu lah wajah Yiseo dan Jungkook bersebelahan kelihatan.

Kedua dua mereka , digesakan pihak hospital untuk menuju ke bilik kecemasan masing masing.

Bagi menjalani pembedahan dan menyelamatkan nyawa mereka berdua. Mungkin ini merupakan takdir bagi mereka berdua yang agak menyedihkan.

Who will stay and who will leave ?

Tatkala tiba di bilik kecemasan , kedua dua katil itu berpecah menuju ke bilik kecemasan masing masing bagi bersiap sedia untuk menjalani pembedahan masing masing.

Dan semuanya berlaku dengan sangat pantas.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Jungkook-ah..."

Tangan Yiseo memegang erat lengan baju aku itu membuatkan langkah aku terus terhenti. Aku langsung tidak memusingkan tubuh ke belakang bagi menghadapnya , perlahan aku mengeluh.

Kerana aku masih tidak dapat menerima hakikatnya.

Bahawa gadis yang telah aku cinta selama 3 tahun ini perlu aku tinggalkan pada hari ini walaupun hati dan perasaan aku begitu tidak rela.

Genggaman Yiseo pada lengan bajuku semakin lama semakin erat tatkala air mata sudah pun berkumpul di tubir matanya. Sedaya upaya dia menahan diri daripada tidak menangis.

Aku kemam bibir rapat.

Aku tak kuat.

Sumpah aku cakap , aku tak kuat.

"Ju.. Jungkook-ah..." Dia memanggil nama aku semula.

Di saat mendengar suaranya itu , hati aku rasa sebak. Hati aku betul betul rasa sakit. Jujur , aku langsung tak boleh nak tinggalkan gadis itu. A-aku betul betul tak berdaya...

"Ke-kenapa... ? Kenapa awak cakap macam tu ?"

Suara Yiseo yang kedengaran sebak itu membuatkan hati aku luluh. Aku gigit bibir bawah aku erat. Sedaya upaya aku sembunyikan perasaan sedih aku walaupun mata aku sudah mula berair.

"Kenapa... awak nak tinggalkan saya ?"

Tak , aku tak sanggup.

"A-awak sendiri tahu... sa-saya sayangkan awak..."

Aku betul betul sayangkan kau , Yiseo...

"Sa-saya sayangkan awak sangat sangat , Jungkook. Saya sayangkan awak..."

Hati aku sakit.

Kepalanya sekali lagi ditundukkan ke bawah. Genggaman pada lengan baju aku semakin kuat. Perlahan lahan aku memusingkan tubuh ke belakang bagi menghadapnya. Tangannya pantas sahaja ditepis perlahan.

Tindakan aku membuatkan dia serta merta mengangkat wajah dan memandang aku dengan matanya yang berair. Aku ketap gigi erat sehingga rahangku mengeras. Sayu melihat gadis itu yang menangis.

Sedaya upaya aku ketepikan perasaan itu dan merenung wajahnya tajam. Aku tidak mahu bertentang mata dengannya , kerana aku bakal rasa sakit.

"Kau ni lembap ke , Yiseo ?"

Ungkapan yang aku tak sangka sangkakan akhirnya terbit di bibir aku.

"N-nae ?"

"Lelaki mana je yang dapat bertahan dengan perempuan yang sama selama-lamanya ? Kau tak fikir ke yang lelaki pun dikurniakan dengan perasaan bosan ?"

Yiseo tersentak.

"Aku bosan dengan kau , Jang Yiseo. Do you get it ?"

Tak , Yiseo. Aku tak pernah bosan dengan kau...

"Kau fikir aku betul betul cintakan kau , hm ?"

Aku betul betul cintakan kau setulus hati aku , Jang Yiseo...

"Ju-Jungkook..." baru sahaja dia ingin menyentuh lenganku pantas aku menepis kasarnya membuatkan dia terkejut.

"Untuk pengetahuan kau , pada awalnya memang aku jatuh hati dengan kau. Tapi bila aku bersama dengan kau , lama lama aku sedar akan sesuatu..."

Dia terdiam. Perlahan lahan dia mengangkat wajah dan memandang aku. Mata kami saling bertaut.

"Perasaan aku kepada kau dah berubah , Jang Yiseo."

Dan tatkala itu , aku terus pergi meninggalkannya seorang diri di rooftop tersebut. Membiarkan sahaja dia menangis seorang diri manakala aku terus menuju ke bilik air.

"Bodoh bodoh bodoh !!!"

Kubikel kubikel tandas lelaki itu aku tendang sekuat kuatnya dan pintu kubikel itu aku tumbuk kuat sehingga tangan aku sendiri berdarah.

Mata aku mula berair.

"Kau bodoh , Jeon Jungkook..."

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro