Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

thirteen

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Tak sangka kacak betul ya anak awak ni" ujar Puan Ji lalu ketawa kecil.

Mendengarkan sahaja pujian dari wanita 40-an itu , Jungkook terus mengangkat wajahnya dan memandang ke arah wanita itu. Senyuman manis terpaksa diberikan.

Kalau tidak menunjukkan akhlak yang baik , memang Jungkook bakal dimaki hamun oleh kedua orang tuanya nanti tatkala pulang sahaja ke rumah.

Puan Jeon dan Tuan Jeon hanya ketawa kecil tatkala mendengar pujian melambung yang diberikan Puan Ji tersebut.

Agak pelik jugak sebenarnya. Sepatutnya anak perempuannya yang memuji Jungkook kerana gadis itu bakal ditunangkan bersama dengannya namun kini ommanya pula yang melebih.

"Jadi , bila agaknya mereka akan disatukan ? Dakyung dah tak sabar dah ni" usik Puan Ji kepada anak perempuannya.

"Ish omma , mana ada" bahu Puan Ji ditampar lembut oleh anak perempuannya perlahan.

Jungkook hanya memberikan pandangan kosong sahaja kepada keluarga pelik di hadapannya itu. Langsung tak berminat ingin ambil tahu tentang mereka.

"Rasanya bila anak kita berdua akan dikahwinkan ya ?" soal Tuan Ji tidak sabar.

"Haha kalau yang pasal tu , saya rasa kita boleh tetapkan tarikh selepas Jungkook dan Dakyung sudah pun graduate dari sekolah masing masing. Rasanya lebih baik kalau macam tu" ujar Tuan Jeon sopan.

Puan Jeon di sebelah hanya mengangguk seraya tersenyum sahaja kepada keluarga Ji di hadapan mereka. Mereka juga hanya membalas senyuman mereka sopan.

Siapa sahaja yang tidak mengenali keluarga Ji yang cukup kaya dengan perniagaan mereka di serata dunia itu. Nak dijadikan cerita Tuan Ji berkawan rapat dengan Tuan Jeon.

Persahabatan mereka bermula tatkala Tuan Ji meminta bantuan Tuan Jeon untuk membantunya dalam menyelesaikan kes yang berlaku di dalam keluarganya.

Memandangkan Tuan Jeon merupakan seorang peguam yang handal dan sentiasa menang dalam perbicaraan makhamah , sejak itulah dua keluarga ini mula berkawan.

Bagaikan konsep 'win-win situation'. Selepas sahaja Tuan Jeon membantu Tuan Ji , Tuan Ji juga membantu Tuan Jeon jika keluarga Jeon mempunyai masalah kewangan.

Dan kini , kedua dua orang tua Jungkook bercadang untuk mengahwinkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan tunggal milik keluarga Ji.

Disebabkan Ji Dakyung , anak perempuan tunggal keluarga Ji memang sudah memendam perasaan cinta lama kepada lelaki kacak itu , terpaksa juga lah mereka dikahwinkan atas permintaan gadis itu.

Cliche ? Tapi tulah kehidupan.

"Jungkook..." Puan Jeon memanggil Jungkook lembut membuatkan lelaki itu menolehkan kepalanya.

Sebelah keningnya terangkat tatkala dia memandang ke arah Puan Jeon. Pandangan 'apa' diberikan. Puan Jeon hanya mengukirkan senyuman manis.

"Jungkook kata... nak bawak Dakyung jalan jalan dekat luar sekejap kan ?"

"Nae ?" Jungkook mengerutkan dahinya.

Entah sejak bila dia cakap dia nak bawak gadis itu keluar jalan jalan , dia sendiri tidak tahu. Entah nama dan umur gadis itu sendiri dia tidak berminat ingin tahu.

Namun tatkala menyedari semua mata kini suda pun tertumpu kepadanya , dia mula mengeluh perlahan. Nak atau tak , terpaksa juga dia menjadi boneka bernyawa omma dan appanya.

Dia memusingkan wajahnya ke hadapan dan kini matanya bertemu dengan mata milik gadis bernama Ji Dakyung tersebut. Gadis itu tersenyum malu memandang Jungkook.

"Before I kick your ass , let's go outside right now"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Hey Jang Yiseo , kau dah mabuk teruk ni !" Jimin mengerutkan dahinya memandang Yiseo.

Dia sepatutnya tidak membenarkan gadis itu menghabiskan lima botol soju itu. Ini kan pulak , bodohnya dia sendiri yang bersetuju untuk membelikan soju untuk gadis itu.

Tau lah sayang , tapi jangan jadi bodoh sangat.

Jimin menggigit bibir bawahnya tatkala melihat kedua dua belah pipi Yiseo yang sudah pun berona merah dan gadis itu tidak henti henti tersenyum macam orang gila.

Nasib kat sini tiada orang je tau. kalau tak , memang dah kena angkut bawak hospital mental dah si Yiseo ni. Haih.

"Hey Yiseo , jom aku bawak kau ba--"

Jimin yang baru sahaja ingin menyentuh bahu Yiseo terus ditolak kasar sehingga lelaki itu terjatuh di atas pasir pantai itu. Nasib mulut je tak termasuk pasir.

"Jang Yiseo !" Jimin menjerit marah lalu bangkit daripada jatuhnya.

Lelaki itu terus berdiri tegak semula dan merenung tajam tubuh gadis itu. Pasir pasir yang melekat di seluarnya disapu sapu berulang kali kasar.

Yiseo masih tersenyum seorang diri lebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya. Perlahan lahan telefon pintarnya dikeluarkan dari dalam poket hoodie.

"Yah , kau nak call siapa tu ?" soal Jimin kasar.

"Shuuhhh , rahsia" Yiseo menolehkan kepalanya ke arah Jimin lalu mendaratkan jarinya di bibirnya.

Kedua dua belah matanya masih terpejam rapat , kesan mabuk daripada 5 botol soju yang diminumnya habis sehingga licin itu tadi.

Jimin mengeluh berat lalu menggulingkan matanya ke atas. Rambutnya diserabutkan sedikit sebelum dia meraup wajahnya kasar.

Yiseo terus mendail nombor seseorang di telefonnya. Telefon pintarnya ditekupkan di telinga kanannya sambil senyuman manis tak lepas di wajahnya ketika itu.

Entah siapa yang Yiseo sedang call ketika itu , Jimin sendiri tidak tahu.

"Jungkook-ah..." Yiseo terus bersuara tatkala talian bersambung.

Mata Jimin membulat tatkala mendengar nama bekas teman lelaki gadis itu terbit di bibirnya. Menandakan gadis itu sedang membuat panggilan kepada Jungkook.

"Jungkook , awak dekat mana ?" suaranya lembut.

Jimin tidak mampu membuat apa apa , lelaki itu hanya mampu memerhatikan sahaja Yiseo yang sudah mabuk di hadapannya itu.

"Jungkook , tak boleh ke awak tarik balik apa yang awak cakap dekat saya tu , hm?" bibir Yiseo sudah mula bergetar.

Jungkook yang berada di hujung talian langsung tidak membalas apa apa seperti dia sedang memberikan aku laluan untuk meluahkan sahaja apa yang aku ingin katakan.

"Jungkook-ah... tak boleh ke awak terima saya balik hiks saya janji saya akan jadi perempuan yang awak inginkan. Sa-saya janji yang saya takkan sesekali buatkan awak bosan dengan saya lagi hiks ma-maafkan saya Jungkook..."

Air mata mula mengalir deras membasahi pipi mulus milik Yiseo. Terhinjut hinjut bahunya tatkala menangis sambil membuat panggilan dengan Jungkook itu.

"Ke-kenapa awak berubah ? A-awak dah tak sayangkan saya lagi ke , hm ? Awak dah tak rindukan memori memori manis kita bersama ke hiks." suara Yiseo sebak.

"Apa yang bagus sangat dekat awak tu sebenarnya hiks. A-awak tak baik macam Jimin. A-awak tak comel macam Jimin. Da-dan awak tak sentiasa ada untuk saya seperti Jimin. Ta-tapi kenapa susah untuk saya lupakan awak ? Ta-tapi kenapa sukar untuk saya buang awak dari dalam hidup saya hiks"

Yiseo memejam matanya rapat sehingga air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Wajahnya yang sudah lencun dengan air mata dibiarkan sahaja.

"Jeon Jungkook..." Yiseo memanggil nama lelaki itu lemah.

"Kenapa awak berubah , hm ? Kenapa awak peluk saya kalau awak akan sakiti saya ? Ke-kenapa awak cium saya kalau awak akan lukakan saya ? Dan ke-kenapa awak buatkan saya sayangkan awak kalau awak akan buang saya pada akhirnya nanti ? Ke-kenapa Jungkook , kenapa ?!"

Yiseo mula menjerit marah sambil menangis tak henti henti. Matanya sudah mula memerah manakala hidungnya yang pedih itu membuatkan dia semakin ingin menangis lagi.

"Saya sayangkan awak , Jeon Jungkook... sa-saya betul betul sayangkan awak hiks"

Yiseo menundukkan kepalanya ke bawah. Membiarkan sahaja air matanya mengalir deras di pipinya tak ubah seperti air terjun yang tidak tahu masa untuk berhenti.

"Jang Yiseo" suara garau Jimin memanggil Yiseo dengan nada yang tegang.

Tiada secalit senyuman manis pun terukir di wajah lelaki itu. Dia merenung Yiseo yang tidak henti henti menangis itu dengan renungan tajam bak pedang.

"Jang Yiseo , putuskan panggilan tu" arah Jimin kasar.

Namun Yiseo masih tidak mahu menurut arahan Jimin. Dia masih menangis tersedu sedan bagai orang gila sambil telefon ditekupkan di telinga kanannya itu.

Disebabkan terlalu berang dengan tindakan Yiseo yang hanya mengabaikannya sahaja , Jimin terus merampas telefon Yiseo kasar dan terus mencampak telefon itu ke bawah.

Telefon itu dipijak pijaknya kuat tanpa langsung belas kasihan kepada si pemilik telefon tersebut. Perasaan geram dan amarahnya dilepaskan dengan memijak telefon tersebut.

Mata Yiseo membulat. Pantas gadis itu bangkit daripada duduknya dan menghampiri Jimin. Tubuh kawan baiknya itu dipukulnya kuat berulang kali sambil menangis.

"Jimin bodoh , apa yang kau buat ni ?!" jerit Yiseo marah.

Walaupun tubuhnya dipukul berulang kali dengan Yiseo , namun Jimin tetap tidak berhenti daripada memijak telefon pintar gadis itu dengan kuat.

"PARK JIMINNN !"

Jimin menepis tangan Yiseo kasar daripada terus memukul tubuhnya sehingga gadis itu terjatuh di atas pasir. Mata berair gadis itu ditenung tajam oleh Jimin.

"Kau tak penat ke jadi bodoh , Jang Yiseo ?!" Jimin menjerit marah.

Nafasnya tidak teratur manakala dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya kerana terlalu marah dan berang dengan gadis bertubuh kecil yang jatuh di hadapannya ini.

Jimin terus menapak ke arah Yiseo dan duduk melutut sebelah kaki di hadapan gadis itu. Kedua dua belah bahu gadis itu dicengkamnya kasar membuatkan gadis itu merengek kesakitan.

"Jimin lepas... sa-sakit..." Yiseo menangis.

"Huh , sakit ? Habistu kau tanak fikir pasal sakit hati aku pulak ?" Jimin mengerutkan dahinya.

"Jang Yiseo aku penat tau tak tengok kau macam orang bodoh terhegeh hegehkan Jungkook yang dah buang kau dan tanak kau lagi tu !! Kenapa kau bodoh sangat , Jang Yiseo ?!"

Yiseo menggigit bibir bawahnya dan menatap perlahan wajah Jimin dengan matanya yang berair. Tubuhnya yang sudah menggigil ketakutan dengan Jimin dibiarkan sahaja.

"Ji-Jimin...."

"Kenapa kau buta sangat ? Kau tak nampak aku ke , Yiseo ? Kenapa kau buta sangat untuk nampak usaha aku untuk dapatkan kau ?!" tubuh gadis itu digoyangnya kuat.

"Ji-Jimin... sa-sakit..."

"Jang Yiseo , lindungi apa yang ada sekarang jangan meratapi apa yang kau dah hilang" balas Jimin dengan nada suaranya yang mendatar.

Dia menjeling Yiseo tajam sebelum menolak tubuh gadis itu membuatkan gadis itu terjatuh. Pantas Jimin bangkit daripada duduknya dan mula melangkah menjauhi Yiseo.

Sebelum Jimin beredar meninggalkan gadis itu , sempat dia meninggalkan satu pesanan yang sangat bermakna kepada gadis itu.

"Kalini kau kehilangan teman lelaki. Jangan nanti kau kehilangan teman baik pulak"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro