six
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Tepilah perempuan !"
Tubuh aku ditolak kasar membuatkan aku yang sedang terlena dibuai mimpi terus sahaja tersedar.
Hampir hampir sahaja aku jatuh ke lantai , namun sempat aku tahan diri aku sendiri daripada jatuh dari kerusi ini.
Aku memusingkan kepala aku ke hadapan dan mata aku membulat tatkala melihat Jungkook yang memberikan aku pandangan penuh benci.
"Ju-Jungkook..."
Dia merengus kasar sebelum bangkit daripada katil bilik rehat ini. Tanpa sebarang balasan kepada aku , terus dia pergi meninggalkan aku.
Tunggu , dia salah faham lagi ke ?
Pantas aku berlari keluar daripada bilik rehat ini dan mengikuti Jungkook yang sudah pun berjalan di koridor itu.
Aku angkat tangan aku ke atas dan pantas sahaja melihat jam yang dililit di pergelangan tangan aku.
Sudah setengah jam waktu sekolah tamat !
Macam mana aku boleh tertidur dekat situ ? Sudah lah aku letakkan kepala sendiri di atas katil Jungkook dan pegang tangan Jungkook pulak tu !
Jungkook mesti dah fikir bukan bukan dan dia mesti fikir aku cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dia !
Aku gigit bibir bawah aku erat dan berlari menghampiri Jungkook. Dia sudah pun masuk ke dalam kelasnya.
Koridor dan kelas bangunan ini semuanya sunyi sepi kerana waktu sekolah sudah pun tamat dan sudah semestinya ramai pelajar sudah pulang ke rumah.
"Hish , kenapa Jimin tak datang bilik rehat dah kejut aku ?" aku mengeluh perlahan.
Baru sahaja aku ingin menghampiri pintu belakang kelas Jungkook dan masuk ke dalam kelasnya , langkah aku terhenti.
Jungkook berada betul betul di hadapan aku tatkala dia ingin menjejak keluar dari kelasnya.
"Ju-Jungkook..." aku tergamam.
Dia merenung wajah aku tajam sebelum merengus kasar. Belum sempat aku nak cakap apa apa , dia sekali lagi pergi meninggalkan aku.
Aku cuba untuk menahan lengannya untuk dia hentikan langkahnya namun dia terlampau kuat dan terus merentap lengan aku kasar.
Aku masih tidak berputus asa , aku masih mengekori dia dari belakang.
Keluar sahaja dari bangunan sekolah itu , kedua dua langkah aku terhenti buat seketika.
Baru aku sedar , sedang hujan lebat di luar.
Aku gigit bibir bawah. Aku tahu , aku tak sepatutnya berkeliaran di dalam hujan lebat kerana aku sendiri tahu padahnya nanti.
Tapi aku tak boleh terlepas Jungkook macam tu sahaja. Dia mesti dah salah faham dengan apa yang berlaku tadi !
Tanpa langsung menghiraukan tentang diri aku , aku terus berlari di dalam hujan lebat itu dan menghampiri Jungkook.
"Jeon Jungkook !" aku menarik lengannya kasar membuatkan tubuhnya berpusing ke belakang.
"APA KAU NAK ?!" dia menjerit marah membuatkan aku terkejut.
"Ju-Jungkook... apa yang awak nampak tadi tak seperti apa yang awa sangkakan !"
Sedaya upaya aku cuba untuk pertahankan diri dan jelaskan apa yang betul kepada lelaki itu walaupun dia sudah pun memberikan pandangan penuh benci kepada aku.
Aku cuma tak mahu dia salah anggap dengan apa yang terjadi dan makin membenci aku. A-aku tak mahu jadi macam tu !
"Kenapa susah sangat kau nak lupakan aku , Jang Yiseo ?" dia menyoal dingin.
Rintik rintik hujan yang membasahi tubuh badan aku dan juga rambut aku membuatkan tubuh aku terasa begitu sejuk sekali.
"Ju-Jungkook..."
"Kau ni bodoh ke ? Perempuan lembap dan takde maruah macam kau ni , aku boleh jumpa kat mana mana je kau faham tak ?!"
Aku tersentak.
Terdiam terus aku jadinya. Mulut aku rasa bagaikan digam kukuh dan aku langsung tak boleh nak cakap apa apa dah sekarang.
Mata Jungkook mencerlung tajam ke arah aku membuatkan aku rasa takut dengan sisi gelap yang ditunjukkan Jungkook kepada aku.
"Jang Yiseo , kau faham tak yang aku dah tak nak kau ? Kenapa kau masih terhegeh hegeh nak dekat aku ? Apa kau dah taksub sangat ke dengan aku ni , hm ?"
Bibir aku sudah mula bergetar. Kedua dua belah tangan aku genggam erat. Cuba menahan diri daripada menangis.
"Kau sedar tak yang kau ni buruk ? Kau sedar tak yang kau ni miskin ? Kau sedar tak yang kau ni bodoh ? Dan lepastu kau masih ada keberanian nak dekat aku balik ?" Jungkook tergelak sinis.
Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh aku membuatkan aku yang terkebil kebil ini terundur ke belakang beberapa langkah.
"Kau tak tahu malu ke , Jang Yiseo ? Dah takde harga diri ke , hm ?"
Kata kata yang meniti di bibir Jungkook ketika ini betul betul mengguriskan hati aku. Aku rasa sakit sangat sangat.
Aku ketap bibir rapat dan tundukkan pandangan ke bawah. Tak mampu lagi untuk membalas apa apa mahupun membalas pandangan Jungkook di hadapan aku.
"Perempuan murah..." ujarnya perlahan sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang.
"Jeon Jungkook !"
Belum sempat dia ingin melangkah ke hadapan dan pergi meninggalkan aku , langkahnya terhenti tatkala aku memanggilnya.
"A-awak cakap dulu , hanya saya yang awak cinta dan sayang. A-awak cakap awak nak bahagiakan saya ! A-awak cakap..." suara aku mula tersekat sekat.
Bibir aku yang sudah bergetar dahsyat itu aku ketap erat. Walaupun aku dah tahan sekuat mana pun , akhirnya aku tewas juga.
Air mata aku mengalir deras. Sederas deras hujan lebat membasahi bumi ketika ini.
"Awak cakap awak nak ajar saya erti kehidupan , Jeon Jungkook..." suara aku sebak.
Tangisan kecil aku mula kedengaran. Bahu aku sudah mula terhinjut hinjut laju kerana menangis teruk.
Seluruh tubuh aku sudah mula menggigil. Bukan sahaja kerana hujan yang sejuk membasahi diri ini , namun juga kerana lelaki itu.
Jeon Jungkook.
"Dan kau dengan bodohnya percayakan semua tu ?" dia tergelak sinis.
"Ju-Jungkook..." aku terus memegang lengannya perlahan.
"Saya tahu ni bukan diri awak yang sebenar... A-awak masih sayangkan saya lagi , bukan ?"
Jungkook merenung wajah aku tajam sebelum dia menepis tangan aku kasar membuatkan aku terjatuh di atas tanah.
Aku mengerang kesakitan kecil tatkala lutut aku sudah pun cedera. Perlahan lahan aku angkat wajah dan memandang ke arahnya.
Disebabkan air hujan tak henti henti menitik sehingga termasuk ke dalam mata aku membuatkan aku sukar untuk melihat wajahnya.
Dia menundukkan sedikit tubuhnya ke bawah supaya aku dapat lihat wajahnya dengan jelas.
"Kau dengar sini baik baik , perempuan. Buka telinga kau luas luas , jangan nak berlagak pekak pulak lepas ni"
Aku terkebil kebil memandang wajah Jungkook yang kelihatan bengis itu. Pandanan tegang dan ketat diberikan kepada aku.
"Kau tu , hanya persinggahan aku je. Kau tu , permainan aku je. Lepas aku dah puas bermain dengan kau , memang patut pun aku tinggalkan"
"Ju-Jungkook..."
"Kau fikir dengan keadaan kau yang macam ni , kau layak ke untuk aku , hm ?"
Bibir aku kembali bergetar. Aku genggam kain skirt aku erat dan menundukkan pandangan ke bawah.
"Jadi salah ke ? Salah ke kalau saya tak sempurna untuk awak ? Salah ke kalau saya buruk ? Salah ke kalau saya miskin ? Salah ke kalau saya ni bodoh ?"
Aku mula menangis teresak esak.
Kenapa aku selalu dilayan teruk seperti ini ? Kenapa aku sentiasa berakhir dalam kehidupan yang menyedihkan seperti ini ?
Apa dosa aku ? Apa salah aku ? Kenapa aku , kenapa ?
"Jangan salahkan aku. Salahkan mak kau sebab lahirkan perempuan bodoh macam kau"
Dia mula berdiri tegak semula lalu merengus kasar. Pandangan kosong dia berikan kepada aku sebelum dia memusingkan tubuhnya ke belakang.
"Jeon Jungkook..."
Langkahnya terhenti.
"Saya masih sayangkan awak..."
Dia berdecit sinis tanpa langsung memandang ke arah aku di belakangnya.
"Malangnya , aku tak pernah sayangkan kau..."
Sebaik sahaja berkata begitu , dia mula melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam hujan lebat itu.
Pandangan aku menjadi semakin kabur kerana air mata sudah pun berkumpul di tubir mata aku ketika ini.
Aku menangis teresak esak.
Kau , memang perempuan malang , Jang Yiseo.
Kau , memang tak sepatutnya lahir dekat dalam dunia ni.
Kau , memang bodoh.
"Aku rasa macam nak mati..." aku menangis teresak esak.
Belum sempat aku berbuat apa apa , pandangan aku menjadi kabur lalu aku rebah ke atas tanah.
Dan perlahan lahan semuanya menjadi gelap.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro