Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

four

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Hey , kau tak habis menangis lagi ke ?" suara Jimin di sebelah menegur aku.

Namun aku langsung tidak hiraukan dia. Masih menangis teresak esak sambil menekup muka dengan kedua dua belah tanganku.

Sedih. Aku sedih sangat sangat.

Perempuan mana sahaja yang akan ketawa dan tersenyum gembira setelah diperlakukan sebegitu oleh seorang lelaki.

Bukan sahaja dia menyakitkan hati aku , malahan dia juga telah pun malukan aku depan ramai budak budak sekolah.

Lepas je Jungkook beredar meninggalkan aku , budak budak yang ada di sekeliling mula mentertawakan aku dan mempersendakan aku.

Aku betul betu malu.

"Hey perempuan , kalau cikgu tahu kita naik rooftop ni mati kita berdua kau tahu tak ?" balas Jimin geram.

Namun aku langsung tidak memberikan sebarang respon kepada kata katanya , masih menangis tak ingat dunia.

Aku dan Jimin sedang duduk bertenggek di rooftop. Tempat ni memang tempat terlarang untuk pelajar pelajar , tapi hanya tempat ni je yang sesuai.

Untuk aku lepaskan semua kesedihan aku.

Jimin memusingkan sedikit kepalanya memandang ke arah aku yang masih tidak henti henti menangis teruk itu.

Bahu aku sudah pun terhinjut beberapa kali kerana menangis dengan teruk. Wajah aku juga sudah pun lencun dengan air mata sendiri.

Jimin melepaskan keluhan beratnya. Kepalanya yang tak gatal dia garu perlahan sambil memandang wajah aku dari tepi.

"Nak aku peluk kau ?" soal Jimin ragu ragu.

Mendengarkan sahaja kata katanya , aku terus berhenti menangis dan menolehkan kepala memandangnya di sebelah.

Keningnya terjungkit ke atas tatkala mata aku dan matanya sudah pun bertembung. Aku ketap bibir aku rapat lalu menggeleng.

"Tak nak. Kau busuk"

Jimin terus menggulingkan matanya ke atas dan mengeluh berat. Zzaappp. Terasa sekejap budak ketot seorang tu.

Aku mengesat pipi aku perlahan dengan telapak tangan sendiri. Cuba menghilangkan air mata yang melencunkan pipi aku ini.

Aku tarik nafas dalam dalam dan menghembuskannya perlahan. Sedaya upaya aku cuba untuk tenangkan diri ini.

"Hey Yiseo , boleh aku tanya kau sesuatu ?" soalan yang ditujukan Jimin di sebelah membuatkan aku memandangnya pelik.

"Apa dia ?" soalku perlahan.

Suara aku kedengaran serak basah kerana banyak menangis sebentar tadi. Aku berdehem perlahan cuba untuk memperbetulkan suara.

Jimin hanya tersenyum nipis memandang aku sebelum dia memandang ke hadapan semula dan memandang pemandangan di hadapan.

"Kau tak pernah terfikir ke yang kau nak move on dengan Jungkook tu ?"

"A-apa... ?" aku memandang Jimin dengan dahi yang berkerut.

"Dalam dunia ni , tak semua apa yang kita inginkan akan berjalan dengan lancar. Orang yang dah berkahwin 9 tahun pun boleh putus ini kan pulak kau yang bercinta dengan Jungkook 3 tahun lepastu putus"

Aku hanya mendiamkan diri. Pandangan aku ditundukkan ke bawah. Jari jemari aku dilagakan dengan satu sama lain.

"Yiseo , kau kena ingat satu benda. Tak semua orang yang kita suka dan cinta , akan ditakdirkan bersama dengan kita"

Kata kata Jimin membuatkan aku rasa sedih semula. Aku ketap bibir rapat menahan diri ini daripada menangis semula di hadapan Jimin.

Tak Yiseo , kau tak boleh menangis lagi sekarang.

"Jang Yiseo , dalam dunia ni , kau kena belajar banyak benda dan kau tak boleh jadi lemah macam ni. Kalau kau sendiri tak ajar diri kau untuk jadi lebih kuat , siapa lagi yang nak ajar kau , hm ?"

Tak semena mena , tiba tiba air mata aku mengalir deras membasahi pipi. Walaupun aku dah tahan , tapi masih mengalir juga.

Kenapa kau ni lemah sangat , Jang Yiseo ?

"Hey hey hey Yiseo , kau okay tak ?" Jimin mula freak out tatkala melihat aku tiba tiba sahaja menangis.

Manakan tidak , bukan main dia tengah jadi penceramah doktor cinta tak berbayar , tiba tiba pulak client dia menangis tak tentu pasal.

Kecut perut jugak budak ketot sorang tu.

"Hey Yiseo , jangan lah menangis. A-aku mintak maaf !" Jimin mula gelabah tatkala aku mula makin menjadi jadi menangis.

Dalam sekelip mata sahaja , dia terus menarik bahu aku laju dan membawa aku masuk ke dalam dakapannya.

Mata aku membulat tatkala menyedari yang dia sedang memeluk tubuh kecilku dengan sangat erat ketika ini.

Aku yang dari tadinya menangis mula terhenti kerana terkejut dengan kelakuannya yang secara tiba tiba itu.

"Aku tak nak kau menangis tentang lelaki yang tak berguna macam dia tu , Yiseo"

Kepala aku diusapnya lembut dan perlahan membuatkan aku sedikit demi sedikit tenang daripada perasaan sedih yang aku alami.

"Jimin-ah..." aku memanggil namanya perlahan.

"Hurm ?"

Dia menundukkan wajahnya ke bawah bagi memandang aku manakala aku mengangkat wajah aku ke atas bagi memandangnya.

"Kau busuk lah"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Disebabkan terlalu banyak menangis sehingga mata aku pun dah bengkak ni , aku terus tak jadi rasanya nak pergi kelas lepas rehat.

Menangis banyak tadi buat kepala aku rasa sakit dan pedih. Pening jugak bila dah menangis macam janda meroyan hilang suami.

Aku perlahan lahan mengatur langkah masuk ke dalam bilik sakit yang disediakan di sekolah ini. Bilik rehat untuk pelajar yang sakit.

Disebabkan dekat dalam bilik rehat ni tiada langsung cikgu , jadi senang lah aku nak baring dan rehatkan diri dekat sini.

Kalau tak , memang kena soal siasat dengan cikgu pastu kena tuduh ponteng kelas. Bahaya tu kalau macam tu.

Aku melangkah masuk ke dalam dan mula menghampiri salah satu katil yang tersedia di dalam bilik rehat tersebut.

Katil katil dekat sini semua disediakan dengan langsir berwarna putih , jadi kalau ada pelajar yang sakit dan perlukan rehat takdelah terganggu.

Aku selak langsir berwarna putih itu perlahan dan memandang ke arah katil yang tersedia di hadapan aku itu.

Buat seketika , aku terkaku. Mata aku membulat tatkala melihat Jungkook yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil tersebut.

Jeon Jungkook.

Lelaki yang baru sahaja menyakiti hati aku dan memalukan aku di hadapan ramai orang sebentar tadi tanpa langsung sebarang rasa kasihan kepada aku.

Aku ketap bibir rapat. Jauh di dalam sudut hati , merayu meminta aku untuk memerhatikan wajahnya dengan lebih lama.

Tapi otak aku menghalang dan merintih untuk meminta aku beredar meninggalkannya secepat yang mungkin.

"Tak Yiseo , apa yang kau fikirkan ni ? K-kau kena move on" aku gigit bibir bawah.

Cuba sedaya upaya untuk aku berikan semangat kepada diri sendiri. Yelah , sampai bila aku nak jadi bodoh macam ni lagi kan ?

Kau kena sedar Yiseo , orang dah tak nak dekat kau jadi buat apa kau terhegeh hegeh nakkan dia balik.

"Ta-tapi... aku nak tengok muka dia tidur buat kali terakhir. Kalini je..."

Aku tewas dengan hati aku sendiri.

Perlahan lahan aku mengorak langkah menghampiri dia yang sedang berbaring di atas katil bilik rehat itu.

Aku mula menarik kerusi roda yang berada berhampiran dengan katilnya dan mula melabuhkan punggung di atasnya.

Wajah Jungkook yang sedang lena dibuai mimpi itu aku tatap lama. Perlahan lahan senyuman manis aku terukir melihat wajahnya.

Jujur aku cakap , aku rindukan dia.

Aku rindukan Jeon Jungkook yang sentiasa ada di sisi aku dan berikan aku kasih sayang sepenuhnya.

"Jungkook-ah.." aku memanggil lembut namanya.

Walaupun aku tahu dia takkan dapat dengar apa yang aku bakal katakan kepada dia , namun biarlah aku tak kisah.

Ini sahaja waktu yang aku ada untuk luahkan semuanya yang aku rasa kepadanya. Hanya ini sahaja pilihan yang aku ada.

"Kau tahu , aku betul betul rindukan kita berdua yang dulu"

Baru sahaja satu ayat aku ungkapkan kepadanya , bibir aku sudah mula bergetar. Tatkala teringatkan kembali memori manis bersama lelaki itu.

"A-aku tak kuat , aku tak kuat sangat sangat , Jungkook. Aku rindukan kau. A-aku... hiks aku tak boleh tipu diri sendiri. A-aku sayangkan kau sangat sangat , Jeon Jungkook"

Air mata aku mula mengalir deras tatkala aku ungkapkan luahan itu kepadanya. Kepala aku ditundukkan ke bawah dan aku menangis teresak esak.

Kenapa diri aku ni tak boleh nak move on dengan lelaki ni ? Kenapa aku tak boleh nak terima hakikat bahawa dia bukan untuk aku ?

Jang Yiseo , Jeon Jungkook bukan untuk kau.

Kau memang langsung tak layak untuk memiliki lelaki sempurna seperti dia. Kau langsung tak layak untuk bersama dengan dia.

Tiba tiba aku merasakan seperti ada satu tangan menarik perlahan tangan kanan aku membuatkan tangisan aku serta merta terhenti.

Pantas aku mengangkat wajah aku dan memandang ke arah Jungkook yang masih lagi tertidur itu.

Tangannya menggenggam erat tangan aku dan langsung tidak mahu lepaskan. Tangan hangatnya memegang tangan aku , aku betul betul rindukannya.

Mata aku kembali berair semula.

"Aku rindukan kau..." aku menangis teresak esak.

Kerana mata aku yang sudah pun dikaburi dengan air mata , aku terus tekupkan sebelah tangan aku di kedua dua belah mata aku.

Bahu aku terhinjut laju kerana aku sudah pun menangis dengan teruk sekali. Aku sendiri tidak tahu mahu ungkapkan bagaimana apa yang aku rasa.

Dan di saat itu , aku tidak sedar.

Air mata perlahan mengalir dari kelopak mata milik Jeon Jungkook.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro