Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

five

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Jungkook's

"Hey Jeon , kau pergi ke group date tu ?" soalan Tomyam , rakan sekelasku menarik perhatian.

Aku yang tengah fokus main PUBG terus terhenti dan tolehkan kepala memandang ke arah gadis itu yang sedang duduk di atas meja belajar aku.

Sebelah kening aku diangkat ke atas. "Ha ?"

"Aku dengar , kau memang suka join group date ni. Dan as usual , kau jugak yang tarik perhatian budak budak perempuan yang pergi tu"

Tomyam berkata selamba sambil perlahan turun daripada meja aku dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Jadi ? Dah aku hensem sangat , nak buat macam mana" balasku selamba.

Mendengarkan sahaja kata kata aku , gadis itu terus menggulingkan matanya ke atas. Menyampah barangkali.

"Aku dengar group date kalini dengan budak kelas sebelah. Tak tahu lah siapa yang join"

"Astu ? Kau nak aku cakap apa ?" aku kerutkan dahi malas kepadanya.

Jari jemari masih lincah di atas keyboard telefon. Main game lagi penting dari hadap member kot.

"So kau join la ni group date malam ni ?" soal Tomyam lagi ingin tahu.

Aku angguk tiga kali sebagai jawapan namun langsung tidak menoleh bagi memandang ke arahnya. Lagipun aku nak levep up dah ni !

"Hey Jeon , jangan lah palau aku fucek !"

Tak pasal pasal kepala aku kena hempuk dengan buku teks oleh Tomyam. Alahai minah sorang ni , nasib kau perempuan je kalau tak dah lama aku tibai.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Hai , saya Lisa" gadis berambut blonde itu mula memperkenalkan diri.

"Hi , saya pulak Lia !" tersengih sengih gadis di sebelahnya itu.

Aku hanya memandang mereka berdua tanpa langsung rasa minat. Dah biasa dah jumpa dengan budak budak perempuan group date , tapi semua tak menarik perhatian.

Harini group date ada tiga pasangan. Di barisan lelaki ada aku , Yeonjun dan Mark. Kami mengambil lokasi di sebuah kedai makan.

"Hey , kenalkan lah diri kau" Lia mencuit bahu seorang gadis yang duduk di hadapan aku ini.

Aku hanya mengerutkan dahi dan memandang gadis itu dengan pandangan penuh judgemental.

Gadis itu memandang wajah Lia takut takut sebelum dia memandang wajah kami yang lain silih berganti. Bibirnya diketap rapat.

"Ja-Jang Yiseo." akhirnya dia mengenalkan dirinya juga.

Aku hanya memandang wajahnya tanpa langsung rasa minat. Rupa dia pun takde lah lawa mana. Sama jugak dengan Lia dan Lisa.

Dorang bertiga nampak biasa je. Aku hanya melepaskan keluhan pendek sebelum meneguk air di hadapan aku.

"Hey Yiseo , jangan lah nervous nervous. Harini kita semua santai santai je , okay ?" Mark di sebelah aku mula bersuara.

Mereka yang semua terus membalas senyuman kepada Mark manakala aku di sini hanya memberikan pandangan bosan sahaja.

"Okay , sebelum apa apa , nak tak kita start sesi Q&A ? Nak tak nak tak ?" sekali lagi Mark bersuara.

Lelaki sorang ni memang macam ni , dia ni kepoh sikit. Mulut tak reti duk diam. Dah macam perempuan dah bising dia tu.

"Okay soalan pertama. Girls , kenapa korang join group date harini ?" soalan pertama ditujukan kepada para gadis di hadapan.

Mereka memandang antara satu sama lain sebelum memandang wajah Mark semula. Hanya Lisa dan Lia sahaja yang tersenyum manakala Yiseo hanya berdiam diri sahaja.

Aku agak si Yiseo ni memang jenis penakut dan pemalu. Well , bukan sesuatu benda yang baru buat aku. Selalu je aku jumpa perempuan macam ni.

"Saya nak jawab dulu !" Lia mengangkat tangannya dan bersuara riang.

Kini tumpuan kami hanya kepada Lia seorang memandangkan dia ingin memberikan jawapan kepada soalan Mark sebentar tadi.

"Saya nak... cari teman baru" sebaik sahaja dia berkata begitu , dia memandang ke arah aku malu malu sekilas.

Aku kerutkan dahi dan memberikan pandangan wtf kepadanya. Budak budak lelaki yang lain dah buat suara sumbang.

"Kalau saya pulak... saya nak cari pasangan ehe" Lisa tersenyum malu. Sempat gadis itu mengenyitkan sebelah matanya kepada aku.

Aku kerutkan dahi. Sedaya upaya wajah penuh kegelian itu aku sembunyikan daripadanya. Karang kalau tunjuk , kecik hati pulak.

"Yiseo pulak ? Apa sebab Yiseo join group date ni ?" Yeonjun bertanya lembut kepada gadis di hadapan aku ini.

Aku terus pusingkan kepala dan memandang gadis di hadapa aku ini. Dia memandang wajah Yeonjun buat seketika sebelum menggigit bibir bawahnya.

Masih takut dan malu mungkin untuk bersuara.

Sebab malas nak hadap sangat muka perempuan tu , aku tundukkan pandangan dan mula mencapai garfu yang tersedia di atas pinggan.

Nugget itu aku cucuk dengan garfu dan mula menariknya untuk membawa Nugget tersebut ke dalam mulutku.

"Sebab saya nak belajar"

Pergerakan aku terhenti.

"Saya nak belajar bersosial. Da-dapatkan ramai kawan , te-teman lelaki dan juga seseorang yang saya percaya. Saya nak belajar semua tu"

Perlahan lahan aku mengangkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu. Dan Yiseo seorang sahaja yang tidak memandang aku.

Hanya dia sahaja yang datang sini bukan untuk menggoda aku.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Sesi group date tu dah tamat dan sebahagian daripada kami semua sudah pun pulang ke rumah masing masing memandangkan sudah pun lewat malam.

Lagipun sekarang ni tengah hujan lebat.

Tapi aku tak mengambil keputusan untuk pulang dahulu kerana Jang Yiseo masih tidak berganjak daripada posisinya.

Dia hanya berdiri tegak di hadapan pintu restoran ini dan memandang ke arah titisan titisan air hujan yang membasahi bumi.

Aku yang berdiri berhampiran dengannya hanya memandangnya kosong. Kedua dua belah tangan aku dimasukkan ke dalam poketku.

"Kenapa kau tak balik lagi ?" tanpa aku sedar , satu soalan terpacul keluar dari bibirku.

Mendengarkan sahaja soalan itu , perlahan lahan Yiseo menolehkan kepalanya dan memandang wajah aku.

"Nae ?" keningnya terangkat ke atas.

Aku jilat bibir bawah aku yang terasa kering itu buat seketika. "Dah hujan lebat , tapi kenapa kau tak balik lagi ?"

Dia tundukkan pandangannya ke bawah dan tersenyum nipis. "Saya nak tunggu hujan berhenti"

"Tapi sekarang dah lewat. Kalau omma dengan appa kau risaukan kau macam mana ? Kau tu perempuan , tak elok keluar rumah lama lama"

Dia tersenyum nipis. "Badan saya sensitif. Kalau saya terkena air hujan walau sedikitpun , nanti saya akan demam teruk"

Aku terkedu.

"Lagipun kalau saya balik , takkan ada omma dan appa yang akan sambut saya balik" dia tersenyum tawar.

Aku terus terdiam tatkala dia berkata begitu. Aku hanya memandang sahaja wajahnya dengan pandangan redup. Jadi , dia kekurangan kasih sayang ?

"Omma dah lama pergi tinggalkan saya. Appa pulak kahwin dengan perempuan lain. Dan sekarang perempuan tu jadi omma tiri saya" dia tersenyum lagi.

"Yiseo kau—"

"Sejak kecil lagi , omma dengan appa tak pernah ajar saya erti kehidupan. Sejak kecil lagi , saya hanya didedahkan dengan keganasan , konflik dan juga pelbagai perkara negatif"

Gadis itu melepaskan keluhan beratnya buat seketika sebelum perlahan lahan mengukirkan senyuman manis semula.

"Kalau saya tak pandai , saya akan dipukul. Tapi mereka langsung tak ajar saya macam mana nak buat sesuatu. Saya kena belajar sendiri. Omma dengan appa , bergaduh depan saya. Appa tampar omma dan sakitkan hati omma. Dan omma pulak lepaskan geram semua dekat saya" dia ketawa kecil.

"Jadi saya rasa saya kena belajar sendiri erti kehidupan untuk saya hidup dengan aman"

Dia memusingkan kepalanya ke tepi dan memandang ke arah aku. Senyuman manis dia ukirkan di wajahnya sehingga matanya tidak lagi kelihatan.

Eye-smile.

Aku tergamam. Buat seketika , jantung aku berdegup laju tak henti. Rasa macam ada suatu perasaan yang aku tak tahu apa menyebulungi diri ini.

Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi.

Jang Yiseo. Gadis di hadapan aku ini betul betul cantik.

Dia memusingkan kembali kepalanya ke hadapan dan memandang hujan yang tak henti henti membasahi bumi ini.

"Haih , bila lah hujan nak berhenti ni ?" keluhnya perlahan.

Aku gigit bibir bawah aku perlahan sebelum membuka semula mulut aku sendiri.

"Jang Yiseo"

Aku memanggil namanya lembut membuatkan dia terus memusingkan kepalanya ke arah aku dan memandang aku pelik.

Aku berdiri tegak menghadapnya dan perlahan lahan sebelah tangan kananku diangkat ke arahnya.

Dia memandang aku pelik lalu memandang wajah aku dan tangan yang aku hulurkan kepadanya silih berganti keliru.

"Aku , Jeon Jungkook. Selamat berkenalan"

Dia ketawa kecil. "Mestilah saya tahu awak Jeon Jungkook. Tadi kan dah introduce diri masing masing"

"Boleh kau izinkan aku untuk ajar kau erti kehidupan ?"

Dia tergamam.

Dan buat pertama kalinya aku ingin katakan , lelaki bernama Jeon Jungkook telah pun jatuh cinta.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro