Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

epilogue

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Perlahan lahan matanya terbuka. Pandangannya yang kabur itu membuatkan kepalanya terasa pedih dan sakit entah kenapa. Dia memejam semula matanya dan membuka balik matanya.

Kini , pandangannya mula stabil.

Dan perkara pertama yang dia dapat lihat ketika itu hanyalah siling putih.

Dengan penutup mulut oksigen diletakkan pada mulut dan hidungnya. Dia memejam matanya rapat semula sebelum membukanya kembali. Seluruh tubuhnya terasa agak kebas dan sakit.

"Kau dah bangun ?"

Suatu suara yang amat dikenalinya membuatkan dia perlahan menoleh dan melihat ke arah gerangan suara tersebut. Wajah seorang lelaki tampan menghiasi pandangannya.

Jimin tersenyum lebar.

"Syukur , kau baik baik sahaja"

Dengan pantas , penutup oksigen itu ditanggalkan membuatkan Jimin agak terkejut. Pantas sahaja dia mengangkat wajah dan memandang ke arah Jimin.

"Apa yang terjadi ? Di mana aku sekarang ?"

"K-kau baru je menjalani pembedahan tadi..." ujar Jimin perlahan.

"Pe-pembedahan ?"

Soalan dia membuatkan Jimin terdiam. Perlahan lelaki itu menundukkan wajahnya ke bawah. Entah kenapa dia merasakan seperti tidak patut untuk dia katakan perkara ini.

"Ma-macam mana ? Pi-pihak hospital dah jumpa penderma ke ?"

"Ya... tapi..."

"Tapi , apa ?" pantas sahaja gadis itu bertanya.

"Jeon Jungkook..." mata Yiseo membulat. "Dia , pendermanya"

Yiseo tersentak.

Terdiam buat seketika gadis itu jadinya. Dia sendiri tidak menyangkakan apa yang baru sahaja terbit di bibir milik sahabat baik di hadapannya ini.

Pantas Yiseo mengubah posisi baringnya kepada duduk di atas katil pesakit itu. Walaupun tubuhnya terasa agak sakit dan pedih namun digagahkannya jugak.

"Park Jimin , jujur dengan aku" keras suara Yiseo.

Jimin masih menundukkan pandangannya ke bawah. Bibir bawahnya digigit erat. Tidak mahu langsung bertentang mata dengan Yiseo yang berada di hadapannya.

"Jeon Jungkook..."

Yiseo menunggu jawapan daripada Jimin.

"Dia dah takde..."

Perlahan lahan Jimin mengangkat wajahnya dan menatap wajah Yiseo. Yiseo terkedu sebentar. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika sebelum Yiseo membuka mulutnya perlahan.

"U-ulang semula..." bergetar suara Yiseo.

Namun Jimin hanya mendiamkan diri. Dia langsung tidak mengungkapkan apa apa kepada Yiseo. Malahan dia sendiri terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.

"Aku kata ulang semula !" jerit Yiseo marah.

"Yi-Yiseo..."

Baru sahaja Jimin ingin mendapatkan Yiseo , pantas sahaja Yiseo menolak tubuhnya kuat membuatkan lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang.

Pantas sahaja Yiseo bangkit daripada katil dan berlari berkaki ayam mencari mana mana sahaja yang mungkin ada Jungkook. Dia sendiri tidak tahu di mana lelaki itu berada.

Walaupun tubuhnya masih terasa agak kebas dan sakit namun dibiarkan sahaja. Jeon Jungkook lebih utama baginya ketika itu.

Bahagian dadanya yang terasa sakit mencucuk cucuk itu membuatkan dia mengerang kesakitan dan mengerutkan dahinya bagi menahan rasa sakit.

Sudah lah bahagian itu baru sahaja dijahit , takut jahitan itu terbuka balik sahaja.

"Do-doktor , mana Jungkook ?! Mana ?!" Yiseo terus mendapatkan Doktor Kim yang berada di kaunter.

Membulat mata Doktor Kim melihat Yiseo yang sudah pun bergiat aktif selepas sahaja berjaya menjalani pembedahannya sebentar tadi.

"Yiseo-ah ! Ma-mana boleh kamu terus bangun dan—"

"MANA JEON JUNGKOOK ?!!!"

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Keadaan di dalam bilik mayat itu menjadi sunyi sepi. Hanya ada Jimin , Yiseo dan seorang pegawai hospital sahaja yang berada di dalam bilik mayat tersebut.

Sekujur tubuh berkulit pucat yang terbaring di atas katil besi dengan tubuhnya yang ditutup dengan kain putih itu diamati Yiseo lama dengan pandangan sukar untuk dipercayainya.

Perlahan Yiseo melangkah menuju ke arah tubuh tersebut. Walaupun tubuhnya masih lemah untuk bergiat aktif , namun Yiseo tetap berdegil dan berkeras juga.

Kain putih itu dipegangnya erat dengan kedua dua belah tangannya. Dia menarik nafas dan menghembuskannya perlahan , bersedia ingin membuka kain putih tersebut.

Dan tatkala kain putih itu diselak perlahan oleh Yiseo , maka terpampanglah wajah seorang lelaki berkulit putih pucat yang berada di hadapannya.

Serta merta membuatkan matanya berair pantas dan hidungnya terasa pedih. Hidungnya mula memerah dan terasa bagaikan dicucuk cucuk.

"Ju-Jungkook..." suara Yiseo sebak.

Air matanya mengalir deras.

Bibirnya yang bergetar dahsyat. Terlalu terkejut melihat wajah Jungkook di hadapannya. Dengan kedua dua belah matanya yang terpejam rapat. Dan kulitnya yang putih pucat bagai tiada darah mengalir di badannya.

"Ju-Jungkook..."

Tangan Yiseo yang terketar ketar itu menyentuh perlahan pipi Jungkook. Dingin dan sejuk terasa kulit wajah Jungkook membuatkan Yiseo mula menangis.

"A-anni... a-anniya..." Yiseo menggeleng perlahan sambil menangis teresak esak.

Tubuh lelaki yang dicintainya di hadapannya ini.

Lelaki ini langsung tidak bernyawa. Walaupun dikejutkan dan digoyangkan badannya buat beberapa kali , namun tetap tidak mahu bangun daripada tidurnya yang nyenyak.

"Jungkook-ah !"

Tubuh Jungkook dipeluknya erat. Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Walaupun wajahnya sudah basah lencun dek kerana air matanya tak henti mengalir , namun dibiarkan sahaja.

"Jeon Jungkook..."

Bibirnya mengucup perlahan dahi sejuk milik Jungkook. Lama kucupan Yiseo singgah di dahi Jungkook , memberikan kasih sayangnya yang tak terhingga kepada lelaki itu.

"Saranghae , Jeon Jungkook..." suaranya lemah.

Akhirnya , kata kata terakhir yang gadis itu tidak dapat ungkapkan kepada Jungkook , diungkapkan juga tepat pada hari itu.

Walaupun lelaki itu tidak dapat mendengar apa yang diluahkan gadis itu kepadanya , namun Yiseo yakin , luahannya akan disampaikan kepada Jungkook di syurga nanti.

Jasadnya juga sudah memadai.

Yiseo melekapkan perlahan dahinya dengan dahi milik Jungkook. Pegangan eratnya pada tubuh lelaki itu langsung tidak mahu dilepaskan.

Air matanya mengalir deras sehingga menitis di atas pipi milik Jungkook.

Jikalau lah ini merupakan kisah dongeng , sudah pasti Jungkook akan bangun dan memeluk tubuh kecilnya itu. Mengatakan bahawa dia juga turut mencintai gadis itu.

Namun , ini semua realiti.

Dan semuanya , bakal berakhir begitu sahaja buat Jeon Jungkook dan Jang Yiseo.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

Beberapa tahun kemudian.

Gereja yang sudah mula penuh dengan ramai tetamu yang datang untuk menghadiri majlis perkahwinan bagi pasangan yang sangat bertuah pada hari itu.

Dalam masa singkat sahaja , gereja tersebut sudah pun penuh.

Piano mula dimainkan dan suasana di dalam dewan gereja itu kelihatan begitu mendebarkan bagi Park Jimin yang sedang berdiri dengan tegak di hujung dewan tersebut bagi menantikan pengantin perempuannya.

Pintu gerbang mula dibuka dan seorang gadis dalam pakaian pengantin dengan wajahnya yang ditutup dengan kain putih jarang itu mula berjalan beriringan dengan seorang lelaki.

Jimin tersenyum lebar.

Jantungnya berdebar debar melihat gadis itu mula berjalan menghampirinya.

Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan kini gadis itu sudah pun berada di hadapan Jimin. Jimin tersenyum lebar. Dia menarik nafasnya perlahan sebelum menghembuskannya.

Kain putih jarang yang menutupi wajahnya itu diangkat dan ditolak ke belakang perlahan bagi menampakkan wajah pengantin perempuan yang bakal dikahwini nya itu.

Gadis itu tersenyum lebar. Begitu juga Jimin.

"Park Jimin , would you like to be Ji Dakyung's husband ?"

Jimin tersengih. "Yes I do"

"Ji Dakyung , would you like to be Park Jimin's wife ?"

Dakyung tersenyum lebar malu. "Yes I do"

Selepas mengungkapkan beberapa kata , mereka mula mendekatkan diri masing masing dalam mula bercium. Mereka yang hadir pada hari itu terus bangkit dengan serentak lalu bertepuk tangan.

Yiseo tersenyum lebar melihat sahabat baiknya.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Hey Jang Yiseo !"

Yiseo yang baru sahaja ingin beredar meninggalkan gereja tersebut menghentikan langkahnya. Pantas dia memusingkan tubuh ke belakang.

Melihatkan sahaja wajah Jimin menghiasi pandangannya , senyumannya pantas terukir. Seronok melihat Jimin dalam pakaian tuxedonya. Lagi lagi bila lelaki itu sudah pun bergelar suami orang.

"Kau dah nak pergi dah ? Tak nak join kitorang ambil gambar sekali ke ?" soalan pertama Jimin tujukan.

Yiseo tersenyum. "Eleh , ni hari kahwin kau dengan Dakyung kan. Kalau takde aku pun takpe"

"Tapi kau kan kawan aku , Yiseo" Jimin mencebik membuatkan Yiseo ketawa kecil.

"Aku nak date dengan Jungkook lah" ujar Yiseo lalu menjelir lidah.

"Elelelele kau. Ha yelah yelah. Pergi lah pergi. Have a nice date , babe"

Yiseo ukirkan senyuman lebarnya sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang dan memulakan langkah. Sempat dia melambai tangan kepada kawan baiknya itu.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

"Anneyong jagi-ah" Yiseo tersenyum malu.

Wajah Jungkook yang kelihatan begitu tampan di hadapannya entah kenapa membuatkan jantungnya berdebar sakan padahal dia memang sudah biasa bertemu dengan Jungkook dalam keadaan begitu.

Cincin kahwin mereka yang masih ada dengan Jungkook dipandang buat seketika sebelum senyuman Yiseo makin melebar. Harini pun bertemu dengan Jungkook dia dah awal awal makeup.

Excited semacam.

"Awak nak tau tak , Jimin dengan Dakyung dah kahwin tau. Comel je saya tengok diorang berdua tu" Yiseo senyum.

Teringat semula Jimin dan Dakyung yang jalan bersebelahan tu. Secocok benar. Dengan Dakyung yang mempunyai rupa yang comel lagi.

Tak sabar nak tengok mereka berdua bahagia.

"Jagi-ah , Seo rindu awak sangat sangat tau. Sorry tak boleh nak jumpa awak setiap hari hm" Yiseo mencebik.

Takut takut pula jikalau Jungkook bersedih kerana dia tidak dapat bertemu dengan lelaki itu buat setiap hari. Manakan tidak , sibuk dengan kerjanya lagi.

Sejak Yiseo dinaikkan pangkat , ramai pulak pekerja pekerja lelaki yang gatal nak tackle gadis itu. Biasalah , dah besad kasi glow up sikit muka ehek.

Tapi bila ada je pekerja lelaki yang nak datang dekat dengannya , Yiseo pun sengaja menggunakan kepakaran yang dia ada dengan menshow off cincin kahwin di jarinya itu.

Lenyap terus lelaki semua.

"Kalau saya bagitau dekat awak pasal lelaki lelaki tu , mesti awak panas punggung rasa nak belasah diorang kan ? Haha so saya tak nak bagitau" Yiseo ketawa kecil.

Tiba tiba dia ternampakkan jam tangannya yang sudah pun menunjukkan waktu hampir pukul 2 petang. Menandakan sudah tiba waktunya untuk dia melawat keluarga Jeon di pusat pemulihan.

"Okay lah , saya nak kena melawat omma appa awak dulu. Nanti ada masa free , kita date lagi ye ?" Yiseo tersenyum lebar.

Wajah Jungkook yang tersenyum lebar di hadapannya dipandang dengan penuh perasaan sayang. Perlahan Yiseo ukirkan senyuman lebar.

"Saranghae , Jungkook-ah"

Yiseo tersenyum memandang gambar lelaki itu. Sejambak bunga yang dibawanya turut diletakkan di hadapan batu yang menggantungkan gambar gambar mereka yang sudah tiada di dunia ini lagi.

Sempat sebentuk cincin berwarna silver yang diikat kemas pada gambar itu dipandangnya semula.

Walaupun mereka tidak ditakdirkan untuk bersama , namun Yiseo tetap merasakan seperti Jungkook masih berada dekat dengan sisinya sehingga sekarang.

Kerana hati yang dimilikinya sehingga harini , merupakan hati milik Jungkook.

Dan gadis itu , tetap mencintainya Jeon Jungkook.

No matter what happens , my love for you will never change , Jeon Jungkook.

𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘

- the end -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro