eight
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
"Ju-Jungkook..."
Aku kemam bibir rapat tatkala tubuh kecil aku ini didakap dengan begitu erat sekali dengan lelaki bertubuh tegap di hadapan aku ini.
Seluruh tubuh aku kaku buat seketika kerana badannya yang lebih besar memeluk tubuh aku. Hangatnya tubuhnya memeluk tubuh aku dapat aku rasakan.
Dan seperti biasa , jantung ini berdegup laju bagai hendak gila.
Aku sebenarnya baru sahaja terbangun daripada tidur dan terjaga tatkala Jungkook sedang memeluk tubuh aku dengan erat sekali.
Dia sedang tidur sambil memeluk tubuh aku.
Wajah aku dibenamkan ke dadanya. Walaupun sedikit lemas namun dakapan aku dan dia tidak lah terlalu erat.
"Rindu..." aku genggang erat tangan aku. "Sa-saya betul betul rindukan pelukan awak , Jeon Jungkook"
Tubuh Jungkook bergerak gerak sedikit sebelum dia menarik tubuh aku lebih dekat dengannya sehingga kini tiada lagi jarak di antara aku dan dia.
Aku tergamam.
Kedua dua belah tangannya memeluk erat tubuh aku bagai aku ini merupakan teddy bear kecilnya yang dia selalu peluk ketika tidur.
Tubuh badan Jungkook yang terdedah dan terasa agak sejuk itu aku peluk erat. Memberikannya hangat yang ada pada tubuh aku sendiri.
Tubuh Jungkook yang sasa memeluk tubuh aku , aku betul betul rindukannya.
Walaupun aku tahu dia sedang tidur dan tidak sedar dengan apa yang dia sedang lakukan kepada aku , tapi aku ingin hargai waktu waktu ini sepuas hati.
Aku tahu , ini sahaja peluang yang aku ada.
Kerana hubungan aku dan Jungkook tidak lagi seperti dahulu. Dia yang sentiasa memeluk aku , mengucup dahi aku lembut dan cuddle semahunya dengan aku...
Kami tidak akan sama seperti dahulu lagi.
Jadi aku perlukan moment moment terakhir ini bersama dengannya supaya aku takkan menyesal di dalam hidup aku lagi.
"Yiseo...." suara garau Jungkook kedengaran perlahan namun dapat aku dengari.
Pantas aku mendongak kepala ke atas dan memandang wajah Jungkook yang masih terlelap itu. Mulutnya terbuka sedikit.
Dapat aku lihat peluh peluh mula meleleh di dahinya seakan akan dia sedang mengalami mimpi yang sangat buruk.
Aku cuba untuk melepaskan tangan Jungkook daripada memeluk tubuh aku dengan erat. Aku mula mengesot ke belakang sebelum mengubah posisi dari baring kepada duduk bersimpuh di atas katil.
Kepala Jungkook aku angkat perlahan sebelum daratkan di atas peha aku sendiri. Peluh peluh yang menitik di dahinya itu aku kesat perlahan dengan selimut.
"Kook , awak mimpi buruk ke..?" soal aku lembut.
Dia tidak menjawab. Namun masih mengerutkan dahi dan menggerakkan sedikit kepalanya seolah bermimpi buruk.
Baru sahaja aku ingin memegang kepalanya tiba tiba dia memegang tangan aku erat membuatkan aku tergamam buat seketika.
Tangan aku digenggamnya erat sebelum dia mula memusingkan tubuhnya. Pinggang aku dipeluknya erat. Seerat yang mungkin seperti tidak mahu melepaskan aku.
Aku tergamam.
"Jangan tinggalkan aku , Yiseo... Jangan..." sebak suaranya kedengaran.
Aku tahu , dia sedang bermimpi.
Tapi jauh di dalam sudut hati aku , aku tahu dia masih menyayangi aku seperti dahulu. Aku ketap bibir rapat tatkala bibir aku sudah mula bergetar.
Kepala aku tundukkan sedikit ke bawah sebelum mengucup ubun ubun rambut Jungkook. Kepalanya aku genggam erat.
"Saya takkan sesekali tinggalkan awak , Jeon Jungkook"
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
Sepatutnya , harini aku tidak patut pergi ke sekolah kerana demam panas aku masih tidak surut lagi. Tapi omma berkeras suruh aku pergi sekolah.
Katanya duduk rumah lagi bertambah bodoh nanti. Sudah lah aku ni bodoh , duduk rumah makin lembap jadinya.
Jadi mahu atau tidak , terpaksa jugak lah aku ke sekolah harini. Walaupun sejujurnya badan aku memang terasa berat dan lemah ketika ini.
"Hey Yiseo , kau okay tak ?" Jimin yang entah datang dari mana tiba tiba menyoal aku sebaik sahaja dia duduk di meja sebelah aku.
Aku hanya ukirkan senyuman nipis. Kepala aku memang sudah aku daratkan di atas meja dari awal lagi. Rasa berat sangat.
Melihatkan sahaja aku seperti itu , Jimin juga turut daratkan kepalanya di atas meja dan memandang tepat ke arah aku.
Aku memejam mata rapat dan melepaskan keluhan berat. Buat seketika aku kerutkan dahi. Peluh peluh sudah pun kelihatan jelas di dahi ini.
"Kau demam panas ?" suara garau kedengaran jelas sekali dengan telapak tangan mendarat di atas dahi aku dirasakan.
Tak payah teka aku dah tahu tu Jimin.
Aku tidak menjawab , hanya mengangguk lemah. Tak berdaya langsung nak bersuara depan Jimin sekarang ni.
"Kau tak nak pergi bilik rehat ke ? Kalau kau tak sihat , kenapa datang sekolah ?"
"Aku okay lah" aku geleng kepala perlahan.
"Hey , bila aku nasihat ni kau dengar sekali sekala tak boleh ke ? Jangan jadi bodoh sombong sangat boleh tak ?"
Aku mengeluh. Pantas aku angkat kepala semula dan duduk tegak membuatkan Jimin pandang aku pelik dan terus membuat perkara yang sama.
Perlahan lahan aku tolehkan kepala ke arahnya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. "Aku nak ke tandas"
Tanpa menunggu balasan daripadanya , terus aku bangun daripada duduk dan berjalan keluar daripada kelas melalui pintu belakang kelas.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
Aku menekan flush di jamban tersebut. Baru sahaja habis membuang hajat kecil. Lagipun kepala aku terasa begitu berat dan pening sekarang ni.
Aku rasa macam nak tidur sekarang.
Baru sahaja aku ingin keluar daripada kubikel tandas ini , langkah aku terhenti tatkala mendengar suara dua orang perempuan di luar.
"Kau tahu kes Jungkook tu ?" Jisoo menyoal rakannya , Dahyun.
"Jungkook ? Kes apa pulak kalini ?" soal Dahyun.
"Ala , takkan kau tak tahu ? Kes yang hangat sekarang ni dekat sekolah. Semua budak tengah bualkan tau"
"Pasal apa ?"
"Jeon Jungkook kan break dengan girlfriend dia tu , Jang Yiseo"
Aku terus tak jadi ingin keluar dari kubikel tersebut. Seluruh tubuh aku serentak kaku tatkala mendengar nama aku dan Jungkook.
"Oh oh aku tau. Eish , perempuan tu dah kenapa terhegeh hegeh sangat dekat lelaki yang tanak dia ? Batak nak boyfriend sangat kenapa ? Tak cukup kasih sayang mak bapak lah tu"
"Tula pasal. Aku geram je tengok dia tu. Tak sedar diri ke apa ? Dia fikir dia tu lawa sangat ke sampai Jungkook nak patah balik tengok dia ? Acah acah girlfriend material lah tu buatkan bekal untuk Jungkook"
"Memang patut pun Jungkook tu break up dengan perempuan tu. Apa kau fikir lelaki kacak macam tu jadi boyfriend kau , sebab dia sayangkan kau ke ? Hello , lelaki handsome macam tu mana tengok perempuan low class macam dia"
"Haih kesian betul aku dekat mak bapak dia ni. Lahirkan anak yang tak cukup attention sampai sanggup malukan diri sendiri semata mata attention lelaki yang dah tanak dia"
"Aku dengar , Jungkook tu memang sengaja nak mainkan dia pun. Dia pun satu , percaya bodoh bodoh kenapa"
Aku ketap bibir rapat tatkala bibir aku sudah mula bergetar. Kedua dua belah tangan aku digenggam erat.
"Tula aku cakap , Jang Yiseo tu bodoh. Murah betul perempuan tu rupanya"
"Tula. Aku tengok pun dia ni menyedihkan betul. Konon nak tunjuk setia sangat lah tu. Entah dahaga dick Jungkook sangat lah tu sampai terhegeh hegeh nak Jungkook"
"Amboi kau HAHHAHAHHAHAHHA"
Gelak tawa merek di luar membuatkan seluruh anggota tubuh aku mula menggigil. Air mata yang berkumpul di tubir mata aku ini aku cuba tahan sedaya yang mungkin.
Tapi aku tewas.
Air mata aku mengalir deras.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
" Aku dengar , Jungkook tu memang sengaja nak mainkan dia pun "
" Tula aku cakap , Jang Yiseo tu bodoh. Murah betul perempuan tu rupanya"
Aku yang sedang berjalan lemah di koridor itu hanya mengetap bibir aku kuat. Menahan diri ini daripada menangis semahunya.
Daripada tadi lagi , aku tundukkan kepala ke bawah dan tidak mahu angkat wajah aku. Aku rasa seperti semua orang di sekeliling aku...
Sedang memerhatikan aku dan berbisik mengutuk aku ketika ini.
Bibir yang sudah bergetar aku ketap erat. Air mata yang mengalir deras itu aku kesat kasar dengan telapak tangan.
"Jang Yiseo , bodoh.... Jang Yiseo , murah...." ujarku perlahan.
Tubuh aku terasa begitu lemah sekali seakan akan aku boleh pengsan pada bila bila masa sahaja ketika ini.
Buat seketika aku menghentikan langkah dan memegang erat tempat pemegang tangga tersebut. Berkerut kerut dahi aku.
Aku memejam mata aku rapat dan cuba sedaya yang mungkin untuk menenangkan diri aku dan fikiran aku ketika ini.
Otak aku rasa macam nak meletop.
Baru sahaja aku ingin melangkah menuruni tangga , kaki aku tersadung dan akhirnya aku jatuh bergolek golek di atas tangga sehingga tubuh aku terjatuh dan terbaring lemah di atas lantai.
Kedua dua belah mata aku terpejam rapat dan aku tak dapat langsung sedarkan diri ketika ini.
"Jang Yiseo !!!" suara garau seseorang kedengaran kuat memanggil aku.
Aku tak boleh nak bukak mata. Kelopak mata aku rasa berat sangat. Tapi aku dapat rasakan cecair mengalir keluar dari kepala aku.
Dapat aku rasakan seseorang menyentuh pipi aku perlahan , cuba untuk mengejutkan aku yang tidak langsung dapat bangun ini.
Disebabkan aku langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi yang positif , tubuh aku diangkat dan digendong di belakang tubuh sasa seseorang.
Aku dapat dengar dengan jelas desahan nafas berat lelaki itu. Suaranya yang bergetar jelas nampak macam dia tengah risau.
Aku ingin membuka mata , namun kelopak mata aku terasa begitu berat sekali.
Namun tatkala wajah aku terbenam di leher lelaki itu. Aku tahu siapakah gerangan tubuh sasa yang menggendong aku ketika ini.
Kerana bau aromanya seperti Jeon Jungkook.
𝗖𝗛𝝠𝗡𝗚𝗘
𝗧𝝝 𝗕𝗘 𝗖𝝝𝗡𝗧𝗜𝗡𝗨𝗘𝗗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro