Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴛᴜᴊᴜʜ ʙᴇʟᴀs

Tiba sahaja di rumah , aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Tanpa menegur langsung Jimin dan Jinyoung yang tengah buat tiktok kat ruang tamu , aku terus berlari menuju ke arah tangga.

Langkah aku dilajukan untuk naik atas di saat kaki aku jejak sahaja anak tangga. Destinasi utama aku ialah bilik Jungkook.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Jungkook , aku terus hentikan langkah. Aku mengambil nafas beberapa kali. Aku perlukan kekuatan.

Yelah , aku dah buat salah kot dan aku memang patut datang berhadapan dengan Jungkook untuk mintak maaf. Aku kena buang ego aku jauh jauh.

Teragak agak tangan aku nak ketuk pintu bilik Jungkook.

Yoonmin , kau boleh.

Aku menghembus nafas sekali lagi. Selepas itu tangan aku terus mengetuk pintu bilik Jungkook. Tapi tiada siapa yang membukanya.

Pelik. Dia takde kat bilik ke ?

Aku mengetuk pintu biliknya sekali lagi. Hampa , sekali lagi juga sebarang respon tidak dapat aku lihat.

Aku terus memusingkan tombol pintu bilik Jungkook. Pintunya perlahan lahan terbuka. Aku menjengukkan kepala memandang ke dalam bilik.

Dan mata aku jatuh pada seorang insan yang sedang duduk bermain telefon pintarnya di atas katil. Aku mengeluh.

Jungkook tak buka pintu.

Aku rasa kecewa sikit.

Aku berjalan masuk ke dalam biliknya dan menghampiri Jungkook yang khusyuk sahaja dengan telefon pintarnya. Entah apa yang dia buat aku malas nak ambil tahu.

"Jungkook"

Jari jemari Jungkook yang lincah menari nari di atas skrin telefonnya terhinta tatkala mendengar suara aku memanggilnya.

"Jungkook , aku nak mintak maaf"

"Tak payah. Bukan salah kau pun. Aku yang bodoh tunggu kau hampir sejam lebih sedangkan aku tau kau takkan datang"

Suara Jungkook kedengaran dingin sekali. Jujur aku cakap yang aku terasa dengan sikap dia yang tiba tiba sahaja jadi macam ni.

Jungkook tak pernah layan aku macam ni.

"Jungkook janganlah macam ni. Aku janji malam ni aku tebus salah aku. Kalau kau nak ajak aku date malam ni ke apa ke aku okay , aku free. A-aku... hangout dengan Taehyung tadi sampai aku terlupa janji kita"

Aku takkan berputusa asa untuk mintak maaf kepadanya. Jungkook akan tetap maafkan aku bukan ?

Jungkook mengeluh berat. Jelas , aku dapat lihat riak wajah Jungkook yang dia sangat kecewa dengan aku.

"Takpelah , Yoonmin. Aku faham. Taehyung lebih penting daripada aku kan ?"

"Jungkook tak Jungkook ka-kau..." aku cuba untuk menghampiri Jungkook yang dah bangun dari katil dia.

"Yoonmin , kan aku dah kata yang aku faham tadi. Waktu bersama dengan Taehyung lagi bermakna daripada waktu bersama aku kan ?"

"Jungkook..." mata aku dah mula berair.

"Yelah aku ni siapa jelah kan. Bukan suami kau dan bukannya teman lelaki kau pun. Hubungan kita terikat hanya disebabkan sumpahan aku je. Maaf lah sebab menyusahkan kau , Yoonmin"

Aku menundukkan wajah aku dan memandang lantai. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat Jungkook sekarang ni.

"Dah lah Yoonmin , pergilah dekat Taehyung kau tu tak payah buang masa kau layan lelaki binatang macam aku ni"

Jungkook memberikan aku pandangan redup sebelum dia mula membuka langkah untuk pergi meninggalkan aku.

Aku terus menarik bahagian belakang baju Jungkook membuatkan langkahnya terhenti buat seketika. 

"Jungkook , tolong.... jangan macam ni"

Aku tak tahu kenapa aku rasa sebak sangat sekarang ni. Perasaan bersalah amat menyelubungi diri aku sekarang.

"Park Yoonmin , aku kata pergi dekat Taehyung. Bila kau dah bosan dengan Taehyung , kau cari lah aku balik. Bila kau dah bosan , kau buang aku balik macam yang kau buat ni"

Tanpa memandang aku langsung , Jungkook terus menepis tangan aku perlahan dan berlalu pergi meninggalkan aku.

Air mata yang aku tahan selama ini dari tadi , akhirnya mengalir deras membasahi pipi.

Aku dah buat Jungkook kecewa dengan aku.

skip

Disebabkan aku rasa bersalah dengan Jungkook pasal apa yang aku buat dekat dia harini , aku decide nak masak untuk makan malam ni.

Well , memang la aku kena masak untuk 3 ekor tu lagi tapi biarlah. Aku nak masak untuk Jungkook and aku nak slowtalk dengan dia elok elok.

Aku membuka peti ais yang terletak elok sahaja di dalam dapur ini. Sekeliling ruang peti ais aku perhatikan.

"Tapi Jungkook suka makan apa eh ?"

Alah bodohnya aku.

"Kau buat apa ?"

"Eh mak kau ijo !" aku termelatah.

Jimin yang berada di belakang aku terus aku jeling tajam. Eh dia ni kan. Tak buat aku terkejut tak sah.

Jimin pandang aku dari atas hingga bawah berkali kali dengan sebelah kening dia terangkat. Pandangan judgemental dilemparkan kepada aku.

"Kau ada buat apa apa kesalahan ke ?"

Aku mengerutkan dahi. "Apahal pulak ?"

"Selalunya orang yang terkejut dan melatah tetiba ni diorang sebenarnya tengah sembunyikan sesuatu atau diorang dah buat satu kesalahan yang dia tak nak orang tau. Something fishy"

Aku menggulingkan mata ke atas dan pandangan menyampah aku berikan kepada Jimin.

"Kau ni apahal ? Merepek tak sudah"

Jimin yang berada di belakang aku abaikan. Ruang peti ais yang lengkap dengan makanan makanan mentah aku perhatikan semula.

Jap , Jimin bukan incharge untuk memasak ke ?

Ha mesti dia tahu kan budak budak dekat rumah ni suka makan apa and makanan kegemaran diorang apa semua kan ?

Alang alang tu dia boleh ajar aku masak sekali. Well , aku tak nafikan yang masakan Jimin ni ada rasa dan lazat.

"Jimin"

Jimin yang sedang minum segelas air sejuk itu menoleh memandang aku. Sebelah keningnya diangkat menandakan wajah apa.

"Apa makanan kegemaran kau , jungkook , taehyung dengan jinyoung ?"

"Aku ?" jimin menunding jari telunjuknya ke arah dadanya menunjukkan adakah aku memaksudkan dia.

Aku mengangguk laju.

"Aku suka makan daging manusia"

Keadaan menjadi senyap seketika. Terkebil kebil aku melihat wajah Jimin yang menunjukkan tiada langsung rasa sebersalah mengatakan apa yang dia katakan itu.

"Tae-taehyung ?"

"Darah manusia"

"Ji-jinyoung ?"

"Roh manusia"

"Ju-jungkook ?"

"Manusia"

Aku speechless.

Aku kena bunuh diri sendiri ke do nak bagi diorang semua makan malam hari ni ?

"Tapi kan Yoonmin , apahal kau tanya ?"

"Aku nak masak untuk korang semua malam ni"

Sekali lagi Jimin memberi aku pandangan judgemental nya. Atas bawah dia pandang aku berulang kali tanpa henti.

"Tapi kau pandai masak ke ?"

Aku tersengih. "Mestilah tak"

skip

Gaes , Jimin tak tipu bila dia cakap dia nak tolong aku masak untuk makan malam ni.

Tapi masalahnya sekarang ni setiap kali dia masak , dia akan rasa makanan dia sedap ke tak.

TAPI MASALAHNYA DIA BUKAN RASA TAPI DIA MAKAN SAMPAI HABIS TAU.


"Jimin bila sia kau nak siap masak ni ?"

Aku pandang Jimin dengan wajah yang malas dan menyampah. Manakan tidak , dah sejam siot aku tunggu tapi dia tak siap siap masak lagi.

Macam mana nak siap masak kalau dia masak lepastu makan , masak lepastu makan. WEH TAK SIAP SIAP LA GITU.

Dasar Jimin pelahap !

"Sikit je lagi. Kau sabar lah dulu Yoon" Jimin tersengih riang.

"Ni dah 32 kali kau ulang benda yang sama tau masalahnya , Park Jimin"

"Eleh kau. Aku yang masak bukan kau. Banyak songeh betul"

Aku menggulingkan mata ke atas. Fine fine aku tak dapat nak lawan cakap Jimin macam ni.

"Uwahh korang berdua masak ke ni ?" Taehyung tiba tiba memunculkan dirinya di dapur yang aku dan Jimin berada.

Serentak aku dan Jimin menoleh ke arah Taehyung yang pandang kami dan makanan di atas meja dengan senyuman lebar.

"Bukan korang berdua tapi aku sorang je" Jimin memperbetulkan ayat Taehyung sambil menjeling aku halus.

Aku berdecit geram. Nak perli aku pun agak agak lah.

Memang lah aku suruh dia masak tu masak ni tapi masalahnya dia pun satu masak makan masak makan je kerja sampai bila nak siap do.

"Jinyoung dengan Jungkook mana ?" Jimin menyoal Taehyung yang duduk di sebelah aku.

"Jinyoung dekat dalam bilik dia tengah main dengan Barbie"

"Jungkook ?"

"Dia keluar"

Mata aku membulat di saat Taehyung berkata begitu. Jap , Jungkook keluar ? Apesal aku tak tahu pun. Aku tak perasan pun do.

"Taehyung , Jungkook keluar ?"

Taehyung memusingkan kepalanya memandang aku. Dia mengangguk kepalanya dua kali.

"Ha tengok ni" Taehyung menunjukkan aku skrin telefonnya.

Aku mengerutkan dahi. Mulanya aku tak faham kenapa dia suruh aku tengok telefon dia , tapi bila aku nampak Taehyung tunjukkan aku satu gambar yang ada Jungkook , terus aku rampas telefon dia.

Skrin telefon Taehyung aku tengok lama. Ianya aplikasi Instagram. Dan ianya account Jungkook.

Aku agak terkejut kerana makhluk makhluk seperti diorang ni ada media sosial. Well , diorang bukannya kuno sangat sampai takde Instagram.

Tapi tu bukan point aku.

Point aku sekarang ni adalah gambar yang Jungkook baru saje post. Dengan perempuan lain.

Liked by taehyunggg , soojin_ , prkjmn and 12,369 others

jeon.jk date went well

Tapi aku tak boleh tengok comment Jungkook. Mungkin agaknya Jungkook turn off comment dia.

Tapi jujur aku cakap , aku tengok gambar dia dengan perempuan tu buatkan aku rasa sakit hati. Aku tak jeles. Cuma aku sakit hati.

"Taehyung , siapa perempuan ni ?"

"Lisa. Budak yang crush kat Jungkook"

"Dia suka Lisa ke ?"

"Entah. Mana aku tahu"

Hati aku berkecai weh. Dia nak sakitkan hati aku macam mana aku sakitkan hati dia ke pagi tadi ?

Masalahnya aku tak sengaja.

—To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro