Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴇᴍᴘᴀᴛ ʙᴇʟᴀs

Jungkook's

Aku melihat Yoonmin yang berada di belakang aku cemas. Keseluruhan badannya sudah pun menggeletar takut. Sesekali puak vampire , aku pandang.

Dan semuanya sedang memandang ke arah kami.

Dan aku tahu mereka nak gigit dan hisap darah Yoonmin. Kerana jarang sekali mereka dapat rasakan darah manusia sesegar begini di depan mata.

"Yoonmin , pegang tangan aku"

Aku menghulurkan tangan kiri aku padanya. Mereka yang berada di hadapan aku pandang tajam.

Yoonmin di belakang dengan tangannya yang terketar ketar perlahan lahan memegang lengan aku erat.

Permainan kelas sukan mula terhenti seketika , cikgu pula entah ke mana dia pergi. Puak vampire memandang aku dengan iris mata mereka yang sudah berubah warna kemerahan.

Dan paling teruknya , aku kena hadap 20 makhluk vampire ni.

Malang sekali kelas aku ada banyak makhluk vampire.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Satu persatu wajah wajah makhluk vampire aku perhatikan sehinggalah mata aku terhenti pada wajah Taehyung.

Taehyung hanya memandang aku diam. Sepertinya dia tidak tergoda dengan bau darah yang dihasilkan Yoonmin.

Aku membuat isyarat mata padanya dan mula membuka mulut dan menggerakkan mulut untuk mengatakan sesuatu.

Lindungi.

Yoonmin.

Untuk.

Aku.

Taehyung mengangguk laju. Dia terus berlari keluar daripada pintu dewan ini.

Aku menoleh sedikit ke belakang bagi melihat wajah Yoonmin. Jelas kelihatan riak wajahnya yang dalam ketakutan dan cemas ketika itu.

"Yoonmin"

Bibir Yoonmin bergetar. Tak mampu dia ingin bercakap apa apa.

"Park Yoonmin !"

"Y-ye ?"

Yoonmin memandang aku laju. Peluh peluh yang meleleh di dahinya jelas kelihatan.

"Ikut Taehyung keluar. Dia akan bawa kau ke tempat yang selamat"

"Ta-tapi Jungkook..."

"Keluar sekarang , Park Yoonmin !"

Disebabkan terkejut dengan jeritan marah aku , Yoonmin terus mengangguk laju. Langkahnya pada mulanya teragak agak ingin meninggalkan aku.

Tapi apabila aku memberinya pandangan tajam baru dia pergi meninggalkan aku seorang diri di dalam dewan ini bersama budak budak kelas yang lain.

Aku memandang kelibat Yoonmin yang sudah menghilang.

Aku menghela nafas sebelum memandang mereka satu persatu dengan pandangan tajam.

"Let's play a bit , friends ?" aku tersenyum sinis.

Aku tak tipu bila aku cakap vampire ni antara makhluk yang terkuat juga.

Mereka ada kekuatan dans kepantasan yang luar biasa daripada makhluk yang lain.

Tapi walau apa pun yang berlaku , aku akan lindungi Yoonmin.

Aku mengeluarkan sebuah botol kecil dan mengeluarkan ubat berwarna kuning yang berada di dalamnya. Ubat itu terus aku masukkan ke dalam mulut dan telan.

Aku takkan berlembut lagi.

Wajah mereka mula berubah. Urat urat berwarna biru keungguan mula timbul di leher leher dan muka mereka. Kuku kuku panjang mula tumbuh di kedua dua belah tangan.

Mereka mula berlari dengan kepantasan yang sangat laju menuju ke arah aku. Aku hanya memandang mereka tajam , bersedia untuk berlawan.

Tiba sahaja satu daripada mereka di hadapan aku , mereka menghalakan tangan mereka yang mempunyai kuku panjang dan tajam itu untuk mencakar aku.

Tapi aku terlebih dahulu mengelak dan menendangnya dengan kaki aku membuatkan dia jatuh terdorong ke belakang.

Datang pula satu lagi vampire dan dia ingin menumbuk aku , aku menahan lengannya dan menumbuknya sehingga terjatuh ke belakang.

Tiba tiba satu daripada mereka menendang tubuh aku menyebabkan aku jatuh terdorong mengenai dinding dewan.

Dinding mula retak , aku tak boleh bawak main dengan kekuatan vampire.

Aku boleh mati kalau kena belasah dengan 20 vampire yang mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding aku.

Mata aku terus berubah warna ke kuning keemasan.

"Time controller diactivate !!"

skip

Yoonmin's

Keluar sahaja daripada dewan itu , Taehyung terus mendapatkan aku dan menarik tangan aku. Dia mula berlari ke hadapan dan aku hanya mengikuti langkahnya sahaja.

Disebabkan terlalu cemas , aku langsung tidak mengeluarkan sebarang bunyi daripada mulut aku.

"Yoonmin , kau ada bawak spare pad tak ?"

Aku menggeleng laju.

Manalah aku tahu yant aku akan datang bulan hari ni. Aku tak jangkakan pun aku akan datang bulan.

Selalunya aku akan datang bulan pada akhir bulan tapi apahal pulak tetiba jadual datang bulan aku jadi lain macam ni ? Period aku tak normal ke apa ?

"Ah sial" aku terkejut apabila Taehyung mencarut perlahan.

"Kau ikut aku"

Taehyung terus menarik tangan aku kasar menuju ke arah tandas dengan lajunya.

Tandas lelaki dan perempuan bersebelahan. Sampai sahaja kami berdua di kawasan tandas , aku dan Taehyung menghentikan langkah kami serentak.

"Park Yoonmin , aku nak kau masuk tandas lelaki sekarang"

Mata aku membulat.

"Ma-mana boleh !!"

"Apahal pulak ?" rambut Taehyung kelihatan basah kerana dia telah bermandi peluh.

"Ta-tandas lelaki busuk lah do ! Hancing tahu tak geli aku nak masuk !"

"Kau nak mati kena gigit dengan vampire ke or ikut cakap aku ?"

Mata Taehyung memandang aku tajam. Seperti bila bila masa sahaja dia boleh bunuh aku sekarang ni.

Aku menelan liur aku kasar sebelum mengangguk perlahan.

Taehyung menjengukkan sebentar kepalanya ke dalam tandas lelaki sebelum memandang wajah aku semula.

"Tandas lelaki kosong. Takde orang. Baik kau masuk sekarang"

Taehyung menarik lengan aku kasar secara paksa masuk ke dalam tandas lelaki. Satu satu kubikel tandas dibukanya sebelum tangannya berhenti di kubikel terakhir.

Dia memandang semula ke arah aku. Tangannya tidak langsung dilepaskan dari memegang lengan aku.

"Aku nak kau masuk dalam ni sekarang"

Aku melihat ke dalam kubikel tandas yang dimaksudkan Taehyung. Weh aku bukan apa tau.

Bukan nak mengade ke nak jadi cerewet ke apa. Tapi ini kali pertama aku masuk tandas lelaki dan aku berani janji dan sumpah tanak masuk dah.

Manusia ke tak manusia ke kalau dah nama lelaki memang tandas dorang lah paling busuk dekat sekolah. Euww geli siot.

Macam berak tak flush.

"Tapi Tae... busuk lah weh" aku mula merungut.

Aku merenung tepat ke anak mata Taehyung bagi meminta simpati daripanya. Aku berharap sangat dia termakan dengan aku.

Tapi tulah , lelaki ni tak nak bagi aku peluang langsung.

"Masuk atau mati"

Aku mengeluh. "Kau ni over lah Taehyung. Cuba kalau kau ada dekat tempat aku kau fikir selera ke do nak masuk dalam tandas busuk ni eee geli tau tak aku dah lah-"

Aku terkejut apabila Taehyung tiba tiba sahaja menarik tubuh aku dan dibawa masuk aku ke dalam kubikel terakhir yang dikatakannya itu.

Tapi yang jadi peliknya bila dia pun masuk sekali dalam kubikel ni bersama dengan aku.

Weh kau nak tengok aku tukar pad ke siot !

Lamunan aku terhenti apabila aku terdengar suara beberapa orang lelaki masuk ke dalam tandas ini.

Terus aku jadi tak keruan.

"Taehyung diorang-" mulut aku ditekup kasar oleh Taehyung.

Mata aku membulat apabila tangan Taehyung menjalar di pinggang aku dan dia menarik tubuh aku mendekat dengan tubuhnya membuatkan aku terjatuh ke dadanya.

Sumpah aku rasa gugup sekarang ni. Jantung aku tak boleh berhenti berdegup bagai nak gila.

Aku dah lah dalam keadaan tak selesa ni. Dengan darah period aku ni lagi.

Tapi ni dah macam dalam situasi darurat lah kan. Aku terus membenamkan muka ke dada Taehyung apabila suara lelaki lelaki itu makin lama makin mendekat.

Dalam hati aku berharap sangat yang diluar sana bukannya makhluk vampire. Kalau tak diorang mesti akan dapat bau darah aku sekarang ni.

Tapi aku...

Entah kenapa aku terkedu di saat telinga aku berada di dada Taehyung. Aku dapat dengar jantung Taehyung yang berdegup laju.

Berada di dalam situasi begini bersama dengan Taehyung dan dekat macam ni bersama dengan Taehyung , buatkan aku jadi tak keruan.

Pantas aku menggeleng laju. Apa kau fikir ni Park Yoonmin ?!

Suara lelaki lelaki tadi sudah beransur hilang. Aku syak yang diorang semua dah blah.

"Taehyung diorang-" aku mendongak memandang Taehyung.

Riak wajah aku mula berubah apabila aku terlihatkan wajah Taehyung yang memandang aku dengan pandangan kosong.

Dan mata dia...

Berubah warna kemerahan.

Aku terus melepaskan diri aku dari pelukannya sehingga belakang badan aku terhentak dengan dinding kubikel di belakang aku.

Jantung aku jadi tak keruan.

Aku takut dan cemas sangat sekarang ni bila tengok keadaan Taehyung sebegini. Aku tak rasa dia ni Kim Taehyung yang aku kenal.

Dia vampire.

Taehyung perlahan lahan memandang aku tepat di anak mata aku sebelum bibirnya tersenyum sinis memandang aku.

"Kenapa baby ?" Taehyung tersenyum nakal.

Aku kena lari dari vampire ni jugak !

Baru sahaja aku ingin menolak daun pintu kubikel bagi melarikan diri daripada Taehyung , Taehyung lebih pantas menahan aku.

Tangannya dihentakkan pada dinding kubikel belakang ini sehingga menghasilkan bunyi hentakan yang kuat.

Aku memejam mata aku rapat apabila bahu aku terhinjut kerana terkejut dengan bunyi hentakkan kuat yang dihasilkan oleh Taehyung.

Taehyung merehatkan tangan kanannya di dinding kubikel belakang aku dan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

Jantung aku berdegup laju. Seluruh badan aku menggeletar.

Taehyung mendekatkan wajahnya dengan wajah aku sehingga aku dapat rasakan hembusan nafas panasnya di wajah aku.

Dia seolah menghidu di hadapan wajah aku dengan penuh perasaan lapar.

"Dah lama aku tak hisap darah manusia yang fresh..."

Bibir aku bergetar. Mata aku juga turut berair melihat Taehyung yang tersenyum sinis. Lagi lagi apabila aku nampak gigi taring Taehyung kelihatan.

Aku takut.

Sesiapa tolong aku !

Taehyung mendekatkan wajahnya dengan leher aku membuatkan aku memejam mata aku rapat. Badan aku kaku dan aku tak boleh nak buat apa sekarang ni.

Dapat aku rasakan bibir lembutnya menyentuh kulit leher aku.

Aku rasa macam nak menjerit di saat bibirnya mula mencium cium leher aku seolah olah sedang bermain dengan perasaan aku ketika ini.

"Tae-taehyung..."

Aku mengetap bibir rapat di saat aku dapat merasakan lidah Taehyung menjilat leher aku.

Jungkook , selamatkan aku !!

-To Be Continued

sorry geng , aku actually buat cite ni senanya takde plot langsung tu yang cite ni jadi tunggang terbalik. so bila aku tak upd laju tu maknanya aku takde idea tau huhuhu

aku patut unpub ke hold sekejap bagi ada idea baru upd ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro