Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴅᴜᴀ ᴘᴜʟᴜʜ ᴇᴍᴘᴀᴛ

Yoonmin's

Aku berjalan menghampiri rumah yang berada di hadapan aku ini. Berbanding daripada rumah tadi , rumah ini kelihatan lebih besar dan lebih bersih daripada luar.

Tiba tiba mata aku menangkap satu papan yang ada di pagar rumah itu. Sebuah papan yang tertulis sesuatu di atasnya dengan tulis berwarna merah.

Papan itu kelihatan lama dan rapuh. Seperti bila bila masa sahaja boleh hancur.

Aku melihat papan itu dan membaca bait perkataan yang ditulis di atas papan tersebut.

the clown

Aku menelan liurku.

Adakah maksudnya aku kena berhadapan dengan badut badut menyeramkan yang selalu muncul di kaca televisyen itu ?

Sekali lagi aku rasa tak sedap hati. Aku tak dapat nafikan yang aku sangat sangat takut sekarang ni.

Seolah olah macam aku sedang bermain satu permainan video yang menyeramkan. Tetapi bukan bermain seperti biasa , permainan itu aku yang kena alaminya sendiri.

Macam mana kalau aku masuk dan aku akan mati ? Adakah aku akan diberikan nyawa yang banyak ? Kalau satu nyawa hilang , aku ada satu lagi nyawa ?

Aku sendiri tak pasti.

Sama ada lelaki itu membekalkan aku nyawa yang banyak atau aku hanya ada satu nyawa sahaja di dalam dunia dia ni.

Tapi kalau aku tak berbuat apa apa , aku yakin sesiapa sahaja kawan aku yang ada dekat dalam rumah tu , pasti akan merana.

Aku tak boleh biarkan sahaja dia berseorangan di dalam rumah tu. Aku kena selamatkan dia juga walaupun aku takut.

Aku kena atasi rasa takut aku.

Aku menarik nafas sedalam dalamnya dan menghembusnya perlahan.

Kau boleh , Yoonmin.

Hanya bayangkan ini hanyalah permainan video seperti aplikasi permainan Slendrina dan Granny yang kau selalu main.

Aku mula menarik pagar yang menjadi penghalang untuk aku masuk ke dalam rumah tersebut.

Pagar itu ditarik dan akhirnya aku dapat masuk ke dalam rumah tersebut. Sekeliling rumah aku perhatikan. Takut takut kalau ada keluar sesuatu secara mengejut ke.

Aku kena peka dengan keadaan sekeliling. Seperti di bandar tadi , kawasan rumah ini juga sunyi sepi. Sepertinya tiada apa apa langsung di dalam rumah ini.

Tapi aku tak boleh nak lega sangat. Sebab aku yakin makhluk yang menakutkan dan mengerikan sedang menunggu ketibaan aku.

Siapa sahaja yang ada di dalam rumah yang aku perlu selamatkannya , aku harap sangat yang aku dapat selamatkan mereka.

Aku berdiri betul betul di hadapan pintu rumah yang diperbuat daripada kayu itu.

Jikalau tengok keadaan rumahnya daripada luar , kau takkan rasa rumah ini dihuni oleh makhluk makhluk yang menyeramkan.

Kerana keadaan rumahnya dari luar elok sahaja. Bukan seperti rumah tadi yang terlalu lama dan usang tu.

Tangan aku mencapai tombol pintu rumah tersebut. Sekali lagi aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan.

Aku yakin kau boleh , Yoonmin.

Aku memusingkan tombol pintu itu dan menarik pintu rumah tersebut. Ruang rumah yang gelap menyambut pandangan aku.

Seperti yang aku sangkakan , rumah ini gelap seperti rumah tadi.

Masuk sahaja aku ke dalam rumah , perlahan lahan aku menutup kembali pintu rumah tersebut.

Aku kena buat dengan perlahan lahan supaya tidak akan menghasilkan sebarang bunyi kuat yang dapat menarik perhatian clown yang berada di dalam rumah ini.

Aku berjalan dengan penuh berhati hati. Sesekali ruang rumah aku perhatikan. Rumah ini gelap tetapi aku masih dapat lihat keadaan sekeliling dengan bantuan cahaya yang dihasilkan daripada bulan.

Rumah ini seperti rumah orang kaya. Mempunyai lampu lampu yang antik dan canggih di dalamnya. Dan dekorasi rumahnya juga cantik.

Seperti rumah ini merupakan rumah orang orang kaya yang ditinggalkan.

Tetapi yang peliknya , rumah ini langsung tidak berbau busuk ataupun kotor. Seperti rumah tadi , masuk masuk sahaja aku dan bau busuk.

Rumah ini bersih sahaja.

Seperti dikemas dan dijaga elok. Wah takkan lah clown tu bersihkan rumah sebab tahu aku nak datang pulak kan.

Baik betul dia layan tetamu.

Rumah ini terbahagi kepada tiga aras. Aras pertama di mana aku berada sekarang. Dan aras kedua iaitu di tingkat atas. Dan yang terakhir , basement.

Aku rasa aku perlu periksa dahulu aras satu yang aku sedang berada ini.

Dengan langkah yang perlahan lahan dan berhati hati aku melangkah menuju ke hadapan bagi melihat sekeliling.

Aku berjalan melepasi ruang tamu rumah ini. Ruang tamunya juga kelihatan bersih seperti baru sahaja dikemas.

Tunggu , aku baru teringat akan sesuatu.

" Di setiap rumah yang kau akan masuk , aku akan sediakan barang barang keperluan kau. Senjata untuk berlawan dan beberapa kelemahan makhluk tersebut "

Ya !

Aku dah ingat.

Lelaki tu cakap yang dia ada sediakan barang barang untuk aku berlawan dengan makhluk makhluk mengerikan tu.

Mungkin maksud dia yang aku sendiri kena cari kan ?

Aku mula berjalan masuk ke ruang tamu. Setiap sudut ruang tamu aku perhatikan. Cuba untuk mencari barang barang yang mungkin berguna.

Aku cuba mencari di atas meja , di bawah sofa tapi tiada apa. Tiba tiba mata aku menangkap sebuah meja yang berlaci di ruang tamu itu.

Laci.

Aku tak perasan pulak yang ada laci dekat meja ni tadi.

Aku menghampiri meja tersebut dan tangan aku mula menarik laci tersebut. Aku tersenyum lega apabila aku ternampak satu lampu suluh.

Aku terus mengambil lampu suluh tersebut. Maknanya selepas ini aku dapat tengok semua tempat dengan jelas berkat daripada lampu suluh ni.

Aku menutup kembali laci tersebut. Aku mula berjalan keluar daripada ruang tamu ini.

Tiba tiba aku ternampak sliding door yang berada di ruang tamu ini. Sliding door ini bersambung dengan kawasan di luar rumah.

Aku menghampiri sliding door tersebut dan mengecilkan mata aku apabila aku ternampak seperti ada sesuatu di sliding door itu.

Mata aku membulat dan tubuh aku refleks terundur ke belakang di saat aku ternampak beberapa tangan tangan sedang melekat di sliding door tersebut.

Nasib baik aku tak terjerit. Kalau aku terjerit tadi memang naya aku.

Aku mengurut dada aku perlahan. Cuba untuk menenangkan diri daripada berasa terkejut tadi.

Aku hiraukan sahaja sliding door yang ada tangan yang melekat dekat sliding door tersebut.

Aku meneruskan langkah menuju ke arah dapur yang ada di aras satu ini. Aku yakin dekat sana mungkin ada banyak lagi barang yang aku perlukan tersimpan.

Aku berjalan masuk ke dalam dapur rumah ini. Dapur ini terlalu gelap jadi aku gunakan lampu suluh yang aku pegang ini untuk melihat sekeliling.

Bagus juga aku ada lampu suluh ni.

Aku menyuluh setiap ruang dapur di dalam rumah ini. Tiada apa apa di dalam dapur ini tapi aku yakin aku kena cari di setiap sudut untuk cari senjata yang boleh digunakan untuk lawan dengan makhluk tu nanti.

"Bark... bark.... bark... "

Jantung aku bagai berhenti berdegup apabila telinga aku menangkap suatu bunyi yang pelik.

Aku terus menoleh memandang ke arah tersebut. Lampu suluh aku halakan kepadanya.

Ianya sebuah patung.

Aku ingatkan apa lah tadi rupanya hanya sebuah patung sahaja. Tapi patung ni agak menakutkan juga.

Aku abaikan patung tersebut dan terus memulakan sesi mencari barang barang dan senjata yang aku boleh gunakan untuk berlawan dengan the clown.

Setiap kabinet dan laci aku perhatikan untuk mencari apa apa sahaja yang boleh digunakan untuk lindungi aku mahupun menewaskan the clown.

"Yoonmin-sshi..."

Aku meneguk liur.

Suara siapa tu....

"Yoonmin-sshi...."

Terasa seperti suara itu berada betul betul di sebelah tepi aku. Aku memejam mata aku rapat. Seluruh tubuh aku terus menggigil.

Dapat aku bayangkan pelbagai perkara negatif yang bakal berlaku kepada aku jika aku menoleh ke arahnya.

"Pandang sini , Yoonmin-sshi...."

Ah sial , macam mana siot hantu ni boleh tahu nama aku.

Aku femes sangat ke do.

Perlahan lahan aku menoleh ke arah tepi aku. Dan betul betul di depan ruang masuk ke dalam dapur , aku dapat lihat the clown sedang melambai aku.

Mulutnya yang tersenyum lebar menampakkan gigi giginya yang tajam dan hitam itu. Darah darah pekat mengalir dari celahan gigi giginya bersama dengan air liurnya.

Aku menjadi tidak keruan. Aku harus lari aku harus lari !

Aku perlu larikan diri daripada dia memandangkan dia dah nampak aku dan tahu aku berada di mana.

Tiba tiba mata aku menangkap sebuah peti ais yang berada tidak jauh daripada tempat aku berada. Aku terus menghampiri peti ais tersebut.

Pintu peti ais aku buka perlahan. Nasib menyebelahi aku apabila aku ternampak ruang di dalam peti ais yang aku mungkin muat untuk menyorok di dalamnya.

the clown yang ada di ruang masuk dapur itu aku pandang semula. Dia hanya tersenyum lebar sambil tidak henti henti melambai ke arah aku.

Tapi dia langsung tidak bergerak sama sekali. Jadi aku rasa inilah peluang aku untuk menyorok di dalam peti ais ini.

Aku terus masuk ke dalam ruang peti ais dan menutup pintu peti ais kembali. Jantung aku berdegup dengan sangat laju.

Manik manik peluh mula kelihatan di dahi aku. Rambut aku sudah pun basah kerana terkena peluh aku sendiri.

"Yoonmin-sshi... jangan nak menyorok.."

Aku menekup mulut aku dan hidung aku dengan kedua dua belah tangan aku. Tubuh aku menggigil hebat.

Aku tak boleh nak gambarkan macam mana aku rasa sekarang ni. Takut sangat sangat. Aku terlalu takut. Aku takut aku akan dijumpai oleh the clown.

Tiba tiba aku tidak lagi mendengar bunyi apa apa dari luar. Sepertinya senyap sahaja. Sunyi sepi. Tiada langsung suara menakutkam yang dihasilkan daripada the clown.

Mahupun bunyi yang dihasilkan daripada patung yang aku baru nampak tadi. Sunyi sepi.

Adakah dia dah pergi ?

Patut ke aku keluar ?

Baru sahaja aku nak keluar tiba tiba aku terasa seperti ada air mengalir di bahu aku. Dan ianya datang daripada atas aku sendiri.

Dekat dalam peti ais ni ?

Aku mula mengambil lampu suluh dan menekan butang lampu suluh. Lampu suluh itu aku halakan ke atas.

Oh shit.

"Found you , Yoonmin-sshi"

—To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro