ᴅᴜᴀ ᴘᴜʟᴜʜ ᴅᴜᴀ
Perlahan lahan mata aku terbuka. Kepala aku terasa sakit dan pening. Rasanya bagai dicucuk cucuk dengan suatu benda tajam.
Aku memegang sisi kepala aku yang terasa sakit itu. Pandangan aku yang tadinya kabur perlahan lahan mula jelas.
Mata aku terus membulat melihat sekeliling aku. Aku bukannya berada di dalam rumah Jungkook tetapi... di luar rumah.
Di tengah jalan. Tapi ini bukan kawasan perumahan Jungkook. Aku tak kenal tempat ni atau lebih tepat aku tak pernah datang tempat ini.
Aku cuba untuk perlahan lahan bangun daripada posisi baring aku di atas jalan raya ini. Mata aku masih melihat sekeliling.
"A-apa yang jadi ni.... ?"
Pelbagai soalan tercipta dengan sendirinya di dalam kepala aku. Aku tak faham dan aku keliru sangat sangat.
Macam mana aku boleh berada di sini ? Mana yang lain ? Apa yang jadi dengan mereka ? Dan , apa yang aku buat dekat sini ?
Aku mula mendongak memandang langit. Mata aku membulat lebih besar berbanding daripada tadi tatkala melihat langit yang berwarna merah darah.
"A-apa yang berlaku ni...?" suara aku bergetar.
Kedua dua belah tangan aku mula menggeletar. Bukan sahaja tangan aku malah seluruh tubuh aku juga menggeletar.
Aku yang berdiri ini bagaikan hendak jatuh terjelopok semula melihat langit yang berubah seperti itu.
Langit berwarna merah darah. Dan awan yang berwarna kelabu seperti asap kilang. Bulan juga memunculkan diri di langit. Bukannya bulan yang kita kenal.
Bukannya bulan berwarna putih yang menerangi waktu malam kita.
Tetapi bulan berwarna merah kehijauan. Aku tak pasti apa yang berlaku sebenarnya di dalam dunia ni.
Betul ke aku di bumi ?
Kenapa sekeliling aku begini ?
Mana Jinyoung ?
Mana Taehyung ?
Mana Jimin ?
Dan mana.... Jungkook ?
Semua ini berlaku secara tiba tiba. Aku tak expect semua benda ni. Dan otak aku masih tak boleh nak berfikir dengan betul.
Mungkin semua ni mimpi ?
Aku terus mencubit lengan aku tapi ternyata aku terasa sakit. Dan aku masih tidak terjaga daripada mimpi buruk ini.
"A-apa maksud semua ni ...?"
Suasana kawasan perumahan ini sangat sangat sunyi. Tiada sebarang bunyi. Bahkan angin juga tidak mahu berbunyi.
Aku rasa seperti aku sedang berada di dalam sebuah permainan video yang berkisahkan tentang hantu dan perkara perkara yang mengerikan.
Aku kembali memandang sekeliling. Walau sebanyak mana pun aku berpusing untuk memandang sekeliling , namun keadaan di sekeliling tetap tidak berubah.
Aku cuba untuk menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. Walaupun dada aku dah berombak laju dan kepala aku dah terfikirkan pelbagai perkara negatif , aku tetap ingin tenangkan fikiran aku.
"Park Yoonmin..."
Suara kasar dan nyaring tiba tiba masuk ke dalam gegendang telinga aku. Kuat bunyinya membuatkan aku menutup telinga aku.
Kedengaran berdesing sekali membuatkan mata aku terpejam rapat tatkala mendengar suara itu memanggil nama aku.
Aku pandang sekeliling , ternyata tiada apa apa.
Tiada orang. Tiada manusia. Bahkan juga tiada langsung mahkluk seperti vampire , serigala jadian , ahli sihir mahupun makhluk separa manusia separa binatang.
Aku melihat sekeliling sekali lagi. Tiba tiba mata aku menangkap satu bayangan dari tingkap sebuah rumah.
Tatkala bayangan itu nampak sahaja aku menyedari kewujudannya , dia terus menghilang.
Aku pasti ia seseorang yang boleh bantu aku !
Aku berlari masuk ke dalam rumah tersebut. Ianya merupakan sebuah rumah teres biasa. Tetapi rumah ini terlalu lama dan usang.
Pagar rumahnya sudah pun tercabut. Dan ini menunjukkan betapa lama dan usangnya rumah ini. Pelik.
Rumah ni memang dah ditinggalkan lama ke.
"Sesiapa ada di dalam ke ??" aku melaungkan suara.
Berharap supaya bayangan orang yang aku nampak melalui tingkap tadi memang betul betul manusia.
Aku masuk ke dalam rumahnya. Rumahnya tidak mempunyai pintu. Tapi terdapat beberapa kayu yang sudah pun dipaku di pintu tersebut.
Aku hanya mampu masuk ke dalam rumah tersebut melalui celah celah kayu tersebut yang mempunyai ruang untuk aku masuk ke dalamnya.
Kenapa aku rasa tak sedap hati eh ?
Tanpa berfikir panjang , aku terus masuk ke dalam rumah tersebut melalui celahan celahan kayu yang telah dipaku tersebut.
Jejak sahaja kaki ke dalam rumah tersebut , mata aku terus meliar memandang sekeliling. Malang sekali , di dalam rumah ini sangat gelap.
Hanya diterangi dengan cahaya bulan di luar yang masuk melalui tingkap tingkap yang ada di dalam rumah ini sahaja. Itu pun tak cukup nak menerangi keseluruhan rumah.
"Ada sesiapa dekat dalam ke... ?" aku mula menyoal.
Hidung aku dicucuk cucuk dengan bau yang amat busuk dan meloyakan. Tekak aku mula terasa loya dan aku hampir sahaja memuntahkan segala isi perut aku.
Tapi aku kena tahan jugak. Takkan aku nak muntah dekat dalam rumah orang pulak. Adab mana adab ?
Aku terus menekup hidung dan mulut aku pada waktu yang sama dengan erat. Perlahan lahan kaki aku melangkah ke hadapan.
" Dududdiuababd !"
Badan aku terhinjut di saat aku terpijak sesuatu dan suatu bunyi seperti mainan rosak berbunyi kuat di telinga aku. Kaki aku pantas diangkat.
Dapat aku lihat sebuah patung kanak kanak di atas lantai yang sudah pun comot. Patung ni ke aku terpijak tadi ?
Aku menggeleng perlahan. Buat aku terkejut je patung ni.
Aku meneruskan langkah menuju ke hadapan. Di hadapan aku terdapat tangga untuk naik ke tingkat atas.
Tadi aku nampak bayangan orang tu dari tingkap tingkat atas. Jadi orang tu mesti berada di tingkat atas.
Tanpa berfikir panjang , aku terus berjalan menuju ke arah tangga. Aku meletakkan tangan aku pada pemegang tangga.
Entah kenapa aku terasa sejuk semacam di tangan aku. Aku mengangkat tangan dan melihat telapak tangan aku.
Ada sesuatu lendir yang menjijikkan di pemegang tangga ini.
Aku terus buat mimik muka nak termuntah dan geli melihat lendir tersebut. Lendir tersebut berwarna hitam.
Telapak tangan aku kesat di dinding tangga ini. Aku kesat laju laju supaya lendir tersebut hilang daripada tangan aku.
Siapa do duduk dekat rumah yang seram dan kotor macam ni ?
Aku malas nak fikir banyak banyak , aku terus naik ke tingkat atas dengan tangga ini. Tangga ini kelihatannya rapuh dan kotor.
Terdapat beberapa tompok tompok cecair di tangga tersebut yang berwarna hitam. Aku tak dapat lihat dengan jelas tompokan tersebut kerana terlalu gelap.
Naik sahaja ke tingkat atas , aku diserbu dengan bau busuk lagi. Hidup dan mulut terus aku tekup dengan tangan kanan aku yang tidak terkena lendir tadi.
Apasal busuk sangat ni ?
Aku pandang sekeliling. Di tingkat atas , ada tiga bilik. Dan ketiga tiga bilik tersebut ditutup dengan pintu biliknya.
"Ada sesiapa tak dekat sini... ?" aku bertanya lagi.
Seperti tadi , tiada langsung respon.
Aku mula mengeluh. Aku yakin tadi aku ada nampak bayangan orang dekat dalam rumah ni. Takkan lah aku nak tipu pulak.
Bang ! Bang !
Aku terkejut mendengar suatu bunyi yang kuat daripada salah satu bilik yang ada di tingkat atas ini.
Aku pasti itu orang yang aku nampak tadi !
Aku terus berlari menuju ke pintu bilik yang aku terdengar bunyi yang kuat tadi. Pintu bilik itu aku ketuk perlahan.
"Ada sesiapa kat dalam ke ???"
Tiada respon.
"Ada sesiapa tak kat dalam ?!"
Aku mengetuk pintu bilik tersebut dengan lebih kuat. Tapi masih tiada sebarang jawapan daripada tuan rumah yang berada di dalam bilik ini.
"Sesiapa saja yang ada dekat dalam , saya amat amat perlukan bantuan awak !!"
Aku dah tak boleh tahan lagi.
Aku terus memusingkan tombol pintu tersebut. Kalau tuan rumah ni kata aku tak beradab ke apa kisah apa aku.
Aku terus membuka pintu tersebut dan berjalan masuk ke dalam.
"Boleh tak awak tolong sa—" kata kata aku terhenti.
Aku pandang sekeliling bilik ini. Di segenap ruang bilik aku perhatikan. Tapi tiada seorang pun manusia di sini.
Tak , aku yakin aku nampak ada orang tadi.
Habistu bunyi yang kuat tadi terhasil daripada siapa ?
"Grrrgrrrr"
Nafas aku bagaikan berhenti. Jantung aku bagaikan sedang berhenti berdegup.
Bulu roma aku terus menegak naik tatkala telinga aku menangkap bunyi sesuatu yang mengerikan dari arah belakang.
Apa sahaja benda di belakang aku tu , aku sumpah tak nak tengok dia sekarang ni !
Keseluruhan tubuh aku menggigil tatkala suatu tangan yany kasar dan mempunyai kuku yang tajam memegang kedua dua belah bahu aku.
Dapat aku lihat kulit tangannya yang sudah tercabut cabut menampakkan daging merahnya. Mata aku dah mula berair.
Tangan itu menarik tubuh aku ke belakang membuatkan aku berhadapan dengan makhluk itu.
Dan aku sumpah aku nak buta.
skip
Someone's
Aku tergelak kecil.
Kelakar jugak Yoonmin ni sebenarnya kan. Acah berani masuk dalam rumah tu pastu bila jumpa dengan makhluk tu time tu jugak lah nak tunjuk pengecut dia.
Kalau tau diri tu pengecut kenapa gatal sangat nak masuk tadi.
Segelas air berwarna merah pekat yang terletak di atas meja sebelah aku , aku ambil. Aku mula meneguk air tersebut.
Darah manusia...
Sedap juga rasanya.
Mata aku kembali melihat Yoonmin yang sedang berhadapan dengan makhluk suruhan aku di dalam sebuah televisyen itu.
Televisyen di mana dia memaparkan apa yang terjadi di dalam dunia yang aku ciptakan ini.
Aku tergelak.
"Bodoh"
Tapi tak seronok kalau aku jadikan dia boneka aku dan tengok dia berhadapan dengan makhluk makhluk daripada dunia permainan aku , dalam keadaan dia lemah.
Dia tu manusia lemah.
Haih.
Baik , nak jadikan permainan ini lebih menarik , dia kena berlawan dengan pelbagai makhluk yang aku hantar dekat dia.
Pistol , kayu besbol , anak panah dan seangkatan dengannya semuanya aku dah sembunyikan di rumah rumah tersebut.
Dan dia hanya perlu bermain.
Sehingga dia mati.
"Tak sangka aku bijak sampai terfikirkan tentang permainan seperti ini untuk bermain dengan dia"
Aku tergelak kecil. Bangga dengan kepandaian diri sendiri.
Macam mana agak agaknya cara Park Yoonmin ni mati ye ?
—To Be Continued
don't blame me , aku bosan layan scene sweet k tu je.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro