Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴅᴜᴀ ᴘᴜʟᴜʜ ʟɪᴍᴀ

Yoonmin's

Sebaik sahaja pintu peti ais dibuka oleh aku , aku terus merangkak keluar dari peti ais itu. Aku memusingkan badan aku ke belakang dan melihat the clown.

Senyuman lebar tidak lepas di wajahnya. Bukan senyuman yang mampu membuatkan hari hari orang ceria , tetapi senyuman yang mampu membuatkan hari hari orang seperti di neraka.

Aku menelan liurku pahit.

the clown berjalan merangkak ke arah aku perlahan lahan sambil senyuman lebarnya tidak lepas dari wajahnya.

Aku memejam mata aku rapat dan mengalihkan wajah aku dari wajahnya. Dapat aku rasakan hembusan panasnya di wajah aku.

Air liur pekat berwarna hitam bersama dengan darah merah pekat di celahan gigi the clown mula menitik nitik terkena tubuh aku.

Tubuh aku menggigil. Adakah aku akan mati ?

GGANNGGGGGG !

Mata aku membulat mendengar bunyi sesuatu yang sangat kuat.

GGGANGGGG ! GGGANGGGGG !

Tapi yang menarik perhatian aku sekarang ini hanyalah the clown yang berada di hadapan aku.

Dia meronta ronta dan mencederakan diri sendiri di saat mendengar bunyi bising yang sangat kuat itu.

Aku memandang sekeliling. Bunyi tu datang dari mana ? Siapa yang buat bunyi tu ?

Aku memandang semula the clown. Dia mencabut kulit kulit muka dan badannya sendiri sehingga menampakkan daging merah segarnya sahaja.

Hampir termuntah aku tatkala hidung aku dicucuk dengan bau hanyir yang telah dihasilkan oleh the clown tersebut.

"Yoonmin !!"

Aku menoleh memandang ke arah suara yang memanggil aku kuat itu. Mata aku membulat apabila aku ternampak Jimin yang berada di ruang masuk dapur.

Tanpa fikir apa apa , aku terus bangkit dari duduk dan berlari ke arah Jimin. Jimin terus menarik tangan aku dan kami berdua berlari meninggalkan dapur ini.

Jimin terus menarik aku masuk ke dalam sebuah bilik yang aku yakin dia jadikan sebagai tempat persembunyian.

Dada Jimin berombak laju. Nafasnya menjadi tidak teratur. Begitu juga aku.

Dapat aku lihat peluh peluh yang mula meleleh di dahi Jimin sehingga menyebabkan rambutnya menjadi basah.

"Ji-Jimin...." suara aku bergetar.

Mata aku dah mula berair. Akhirnya aku jumpa juga salah seorang dari kawan aku. Maknanya keputusan aku untuk masuk ke dalam rumah ni tak sia sia.

Jimin yang menyedari namanya dipanggil oleh aku terus menoleh memandang aku.

Perlahan lahan senyuman lebarnya terukir sehingga menampakkan barisan giginya. Lega kerana dapat bertemu dengan aku juga akhirnya.

Jimin terus menarik aku ke dalam dakapannya. Walau kedua dua tubuh kami sudah basah dengan peluh tapi kami tetap abaikan.

Aku mula menangis kecil di dalam dakapan Jimin. Aku rasa lega sangat sangat sebab dapat jumpa dengan Jimin juga akhirnya.

Aku terus meleraikan pelukan dan wajah Jimin aku pandang serious. "Kau okay ? Ada cedera dekat mana mana tak ?"

Dia hanya tersenyum tawar. Dia menggeleng perlahan. "Kau ?"

"A-aku..." aku memandang semula ke arah kaki aku yang menpunyai kesan gigitan makhluk tadi.

Jimin memandang kaki aku yang mempunyai kesan gigitan itu. Dahinya mula berkerut. Keluhan panjang dia lepaskan.

"Kau okay tak ni ? Boleh lari tak Yoon ?"

"Lari ?" sebelah kening aku terangkat.

"Jalan keluar rumah ni bukan dekat tempat kau mula mula masuk tadi. Tapi jalan keluar rumah ni dekat basement"

"Habistu kenapa kau tak pergi basement awal awal ?" aku mula menyoal.

Kalau ye pun dia dah dapat tahu mana jalan keluar kenapa dia tak berusaha sendiri keluar dari sini ?

Nak jugak aku yang kena tempuh semua makhluk mengerikan ni lepastu selamatkan dia.

Jimin tersenyum tawar. "Aku memang nak keluar tapi..."

"Tapi apa ?"

"Kau tak tahu the clown dekat bawah tiga kali ganda lebih dahsyat berbanding the clown yang kau jumpa dekat dapur tadi"

Dahi aku mula berkerut. Satu hapak dia cakap kat aku , aku langsung tak faham. Apa maksud dia sebenarnya ?

Jangan cakap yang dekat dalam rumah ni ada lebih dari satu the clown. Kalau ye , aku rasa aku boleh mati bila bila masa je dengan Jimin.

"Park Yoonmin dengar baik baik apa yang aku nak cakap dekat kau..." kedua dua belah bahu aku dipegang erat oleh Jimin.

Aku mengangguk laju. Mata aku bertemu dengan anak mata Jimin. Jimin seolah olah sedang menyalurkan kekuatan dan keberanian di dalam diri aku.

"Dekat dalam rumah ni , ada 3 jenis the clown." oh shit aku dah cakap dah tadi.

"Dan untuk pengetahuan kau , aras satu kita hanya perlu berhadapan dengan the low clown. Maksudnya di sini , the clown yang kita jumpa tadi hanya biasa biasa sahaja. Dia tak berapa sukar pun untuk kita tewaskan. Dan seperti kau lihat tadi , kelemahan dia adalah bunyi yang kuat"

"Kau ke yang buat bunyi tadi ?" Jimin mengangguk laju.

"Yoonmin , dengar baik baik apa yang aku nak cakap" sekali lagi pandangan serious diberikan kepada aku.

Aku mengangguk laju.

"the clown di tingkat atas merupakan the middle clown maknanya dia lebih hebat sikit taraf dia berbanding dengan the low clown dan hati hati dengan dia. Dia lari sangat laju. Pergerakan dia sangat laju"

"Kelemahan dia ?"

"Masih sama , bunyi yang kuat. Dia akan bunuh diri sendiri kalau kau buat bunyi yang kuat. Macam kau lagakan kayu dengan besi ke apa"

"Kalau dekat basement pulak ?"

Riak wajah Jimin mula berubah membuatkan aku rasa tak sedap hati dengan apa yang dia bakal katakan kepada aku.

"the high clown. Makhluk tu lebih dahsyat dari yang lain. Tapi kau jangan risau sebab clown tu buta dan dia tak nampak kita tapi..."

"Tapi apa , Jimin ?"

"Telinga dia sangat peka. Dan dia boleh bau kau"

"Kelemahan dia pun bunyi yang kuat , bukan ?"

Jimin menggigit bibir bawahnya. Pandangan yang risau dia berikan kepada aku. Perlahan lahan dia menggeleng lemah.

Maksudnya tekaan aku salah. Kelemahan dia bukannya bunyi yang kuat seperti clown yang lain.

"Habistu apa kelemahan dia ?"

Jimin menggaru kepalanya yang tak gatal. Senyuman tawar dia berikan kepada aku.

"Aku pun... tak tau"

skip

Jungkook's

Perlahan lahan mata aku terbuka. Aku memandang sekeliling. Ini bilik tadi. Tapi kalini lebih terang dan aku boleh nampak apa yang ada dekat dalam bilik ni.

Aku pandang sekeliling dengan lemah. Baru aku sedar tubuh aku sekarang ni diikat dekat kerusi kayu yang aku tengah duduk.

Muka aku pula penuh dengan luka luka.

"Arghh !" aku menjerit sakit apabila aku terasa sakit di bahagian tangan aku.

Sepertinya tangan aku ditoreh toreh sehingga kulit aku tercabut daripada tangan. Dan aku dapat rasakan cecair mengalir dari tangan aku.

Dan aku yakin itu darah aku sendiri.

"Jungkook...."

Aku memandang sekeliling sekali lagi. Masih dengan pandangan yang lemah. Pandangan aku pula kabur kerana kepala aku masih terasa sakit.

"Jungkook..."

Suara seperti seorang perempuan sedang merintih ketakutan dan sepertinya dia dalam keadaan terseksa memanggil nama aku lagi.

Aku mula keliru.

Siapa pulak yang panggil nama aku dan macam mana dia tahu nama aku ? Aku dekat mana sebenarnya ni ?

"Siapa pun kau.... tolong lah lepaskan aku !" aku menjerit kasar.

Aku tak boleh nak jerit kuat kuat kerana tekak aku terasa sakit dan pedih sangat sangat sekarang ni.

Aku pandang sekeliling lagi. Aku cuba untuk melihat di segenap ruang bilik ini adakah ada sesuatu atau seseorang yang sedang menyorok sambi melihat aku.

"Jungkook.."

Aku mula hilang sabar. Dengan kepala aku yang rasa sakit dan serabut ni lagilah aku mula rasa sakit hati dengan semuanya.

"APA KAU NAK LAGI HA ?!"

Dada aku berombak laju. Nafasnya aku jadinya tidak teratur. Jantung aku tak henti henti berdegup kencang.

Aku mula rasa panas. Satu badan aku rasa sangat sangat panas. Rasa macam nak bukak baju je.

"Jungkook...."

"Kau dekat mana ?! Tunjukkan muka kau sekarang !" aku menjerit marah.

Namun tiada respon.

Bunyi suara yang merintih memanggil aku itu juga tidak lagi kedengaran. Hanya nafas dan degupan jantung aku sahaja kedengaran.

"Jungkook...."

Aku memusingkan kepala memandang sekeliling. Dari mana suara tu datang senanya ?

"Aku kat sini..."

Jantung aku bagaikan hendak berhenti berdegup di saat mata aku bertembung dengan mata makhluk yang menakutkan itu.

Wajahnya penuh dibasahi dengan darah darah merah pekat. Dia merenung aku tajam membuatkan riak wajah aku berubah.

"Si-siapa kau..."

"Aku ? Akulah... bride kau ehehehehe"

Dahi aku berkerut. Baru aku teringat akan Yoonmin. Mana dia sekarang ? Apa yang terjadi dekat dia ?

"Ma-mana Yoonmin ?!"

"Akulah Yoonmin...."

"Tak payah berlawak dengan aku. Aku tanya kau mana PARK YOONMIN !!"

Mata aku tajam menikam matanya. Walaupun sebenarnya aku masih berasa gerun dengan makhluk itu , tapi aku cuba sedaya upaya untuk sembunyikan perasaan takut aku.

Perlahan lahan senyuman lebar terukir di bibir makhluk itu hinggakan aku dapat nampak gigi gigi tajamnya dan hitam itu. Air liurnya yang busuk dan hitam meleleh keluar dari mulutnya.

Aku yang tengok dia dalam keadaan begitu pula rasa loya tekak. Rasa macam nak muntah.

Perlahan lahan dia bangun dan keluar dari tempatnya.

Dia merangkak perlahan lahan menuju ke arah aku. Aku hanya memandang dia kosong. Tidak terkesan apa apa langsung dengan dia.

Dia tersenyum lebar. Kepalanya disenget ke kanan dan disenget ke kiri. Wajah aku dia perhati lama.

"The beast... tak sangka..."

"A-apa maksud kau ?"

Tiba tiba dia ketawa mengilai membuatkan dahi aku berkerut melihat dia. Dia merangkak menghampiri aku dekat dan dekat lagi sehingga dia duduk di atas tubuh aku.

Aku terus mengalihkan muka aku ke arah tepi di saat air liurnya meleleh leleh keluar dan terkena wajah aku.

Shit. Geli sia.

Dia tergelak mengilai melihat aku yang memaparkan wajah kegelian dengan air liurnya itu.

"Kalau kau nak jumpa Yoonmin..."

Aku memejam mata aku rapat dan menarik muka aku jauh daripadany tatkala lidahnya yang panjang keluar dari mulutnya dan menjilat pipi aku.

"Kau kena lah tunjukkan rupa kau yang sebenar..." dia tergelak sinis.

Rupa sebenar ?

"Cukup dengan topeng yang kau pakai untuk jumpa dia... bukak topeng kau dan tunjukkan diri kau sebenar. Adakah dia akan menerima kau selepas kau bukak topeng kau... ? ehehhehegeh"

Aku mula rasa tak sedap hati.

Dan ye. Firasat aku betul tatkala makhluk tersebut secara tiba tiba sahaja menggigit leher aku sehinggakan darah darah aku mengalir keluar.

Tapi bukan itu yang membuatkan aku tak sedap hati.

Apa yang membuatkan aku tak sedap hati apabila tubuh aku mula bergerak dengan sendirinya.

Untuk berubah menjadi binatang.

—To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro