ᴅᴜᴀ ʙᴇʟᴀs
Jungkook's
Aku mengemaskan semula buku buku itu di rak rak buku di perpustakaan itu semula. Sesekali Yoonmin yang sedang duduk termenung di kerusi aku pandang.
Aku mengeluh pendek sebelum berjalan menuju ke arahnya selepas menghabiskan kerja yang sepatutnya Yoonmin lakukan sebagai denda.
Yoonmin yang sedang duduk aku pandang. Aku menghampirinya dan membongkokkan sedikit badan aku dan mendekatkan muka aku dengannya.
"Okay tak ni ?"
Mata Yoonmin membulat di saat melihat wajah aku yang berada betul betul di hadapan matanya.
Aku hanya tersenyum dan mengusap rambutnya lembut.
"Aku tak nak tengok kau nangis macam tu lagi tau"
Yoonmin mendiamkan diri. Langsung tidak memberi aku sebarang balasan. Bukan sahaja itu , dia juga melarikan pandangannya dari memandang aku.
Aku mengeluh sebentar sebelum kedua dua tangan aku memegang erat kedua dua belah pipi Yoonmin membuatkan dia terus memandang aku.
"Janji dengan aku"
"Ja-janji apa ?" Yoonmin tayang muka confuse.
"Janji dengan aku kau takkan nangis macam tu lagi. Tak lawa la kau nangis macam tu , Yoonmin" aku senyum.
Yoonmin mengeluh dan menepis perlahan tangan aku. "Okay"
Aku mengambil beg sekolah aku dan mula memakainya. Yoonmin yang kembali mendiamkan diri dan termenung aku pandang semula.
Jarang betul aku tengok Yoonmin ni diam semacam. Selalunya perangai bodoh abadi dia akan datang bila bila masa je.
Apahal dia ni ?
"Yoonmin , kau okay tak ?"
Yoonmin angguk.
"Kalau ada apa apa , bagitahu aku jangan buat aku risau"
Yoonmin menggeleng. "Takde apelah"
Tapi masalahnya aku risaukan dia ni. Dia tak macam Park Yoonmin yang selalu.
Kedua dua belah bahu Yoonmin aku pegang dan aku dekatkan muka aku dengan mukanya.
"Yoonmin kalau kau lapar ke haus ke kau bagitahu aku , aku tolong belikan"
Yoonmin mendongak dan memandang tepat ke anak mata aku. Tangan aku ditepisnya perlahan.
"Jeon Jungkook , aku cakap takde ape tu maksudnya takde apa apa lah yang kau sibuk sangat kenapa ?"
Aku tersentak.
Perlahan lahan aku menjauhkan tangan aku dari menyentuh Yoonmin.
Yoonmin yang tadinya duduk terus bangun semula dari duduknya. Beg sekolahnya diambil dan dipakai laju.
"Dan kau , kau tak ada adab ke sampai cium orang ikut suka hati kau je ? Lelaki macam kau ni memang macam ni ke ?"
Jap apa maksud dia ?
Aku tak faham.
Baru sahaja aku membuka mulut untuk membalas kata katanya , Yoonmin sudah pun bergerak pergi meninggalkan aku seorang diri.
Aku terkedu.
Yoonmin tu apesal ?
Aku terus berlari mengejar Yoonmin yang sudah pun keluar dari perpustakaan ini. Walaupun Yoonmin jauh beberapa langkah ke hadapan daripada aku , tapi aku dapat juga mendekati dia.
Langkah Yoonmin terhenti apabila dia tiba di pintu masuk bangunan Gold Highschool.
Sebab keadaan di luar sedang hujan lebat. Dan aku tahu dia pasti takkan dapat redah hujan macam tu je.
"Park Yoonmin" aku memanggilnya.
Dia terus memusingkan badan dan memandang aku dengan mukanya yang berkerut kerut menahan marah.
"Kau kenapa ha Jungkook ? Jangan kacau aku boleh tak ?"
Aku terdiam.
Aku terdiam sebab aku nampak mata Yoonmin tengah berair. Aku tak tahu apa yang aku dah buat dekat dia sampai dia layan aku sampai macam ni sekali.
Tapi aku tak bermaksud pun nak main cium dia macam tu je tadi.
Aku cuma berharap dengan ciuman dan pelukan hangat yang aku bagi dekat dia tadi dapat tenangkan fikiran dia.
Tapi ternyata sangkaan aku meleset. Perbuatan aku buatkan dia bertambah marah adalah.
Aku baru teringat akan payung lipat yang aku simpan di dalam beg sekolah aku. Jinyoung selalu cakap aku kena sediakan payung sebelum hujan.
Sebab katanya dia dapat ramalkan bulan ni akan banyak hujan akan turun.
Aku terus mengambil beg aku dan membuka zipnya. Satu payung lipat aku keluarkan dari dalam beg aku. Zipnya aku tutup kembali.
"Park Yoonmin"
"Apa kau nak lagi ?" Yoonmin memandang aku menyampah.
Aku hanya tersenyum nipis dan menghulurkan payung aku kepadanya. Dia memandang payung yang aku hulurkan dan wajah aku silih berganti.
"Nah , kau pakai lah. Takkan lah kau nak redah hujan tanpa payung kan ?" aku senyum.
Aku berharap supaya dia akan terima payung aku ni.
Kalau ye pun dia marah dekat aku tapi janganlah sampai dia redah hujan macam tu je semata mata sebab ego dengan aku kan.
"Terima kasih"
Laju sahaja tangan Yoonmin mengambil payung yang aku hulurkan kepadanya. Payung mula bertukar tangan.
Aku hanya tersenyum lega sebab dia terima payung pemberian aku juga.
Tapi senyuman aku serta merta pudar apabila Yoonmin terus keluar dari bangunan sekolah dengan payung yang aku bagi dekat dia.
Dan dia tinggalkan aku sorang sorang.
Aku hanya tersenyum. At least dia tak basah kena hujan kan.
skip
"Oh my gosh , apahal kau basah ni Jungkook ? Kau main hujan ke apa ha ?"
Jimin terus berlari menuju ke arah aku apabila aku masuk sahaja ke dalam rumah.
Alahai aku ingat Taehyung dengan Jimin dah balik rumah diorang. Rupanya masih melekat duk rumah aku lagi.
"Kau apahal basah ni hyung ?" Jinyoung memandang aku pelik.
Aku hanya tersenyum janggal. "Aku terlupa nak bawak payung yang kau bagi tulah Youngie , mian"
Baru sahaja aku ingin berjalan naik ke atas melalui anak tangga tiba tiba tubuh aku ditahan dengan Taehyung.
Taehyung memandang aku atas bawah sebelum tangannya dinaikkan ke atas dan telapak tangannya diletakkan di dahi aku. Riak muka Taehyung berubah.
"Jeon Jungkook , kau demam panas ni bodoh"
Aku hanya tersenyum janggal.
Disebabkan aku disahkan demam panas oleh Taehyung sebentar tadi , diorang bertiga paksa aku rehat dekat bilik lepas mandi.
Dan sekarang ni aku sedang terbaring lemah di atas katil aku. Entah kenapa aku rasa sejuk semacam. Walaupun badan aku dah aku selimutkan dengan selimut tapi tetap rasa sejuk.
Seluruh badan aku tak henti henti menggigil dari tadi. Peluh peluh dingin mula meleleh di dahi aku.
Dengan keadaan luar yang hujan lebatnya lagi , lagilah aku rasa sejuk semacam je sekarang ni.
Tiba tiba pintu bilik dibuka seseorang , aku tidak langsung memandang ke arah pintu dan membiarkan sahaja sesiapa sahaja yang masuk ke dalam bilik aku.
Tapi aku tak sangka ianya Park Yoonmin.
Bukan tak percaya.
Cuma terkejut.
Semangkuk bubur ayam diletakkan di meja kecil sebelah katil aku. Dia memandang aku sekilas sebelum mengambil tempat di sisi katil aku.
Aku hanya memandang dia dengan pandangan kosong. Yoonmin yang sedang mengacau bubur dan meniupnya perlahan itu aku pandang.
Perlahan lahan aku bangun daripada baring aku dan mengesot mendekati Yoonmin membuatkan dia terkejut.
"Hey Jeon Jungkook , kau tu tak sihat kau tahu tak ?"
Mata dia membulat apabila aku meletakkan telapak tangan kanan aku di atas dahinya dan perlahan lahan senyuman lega aku ukirkan.
"Syukur kau okay sahaja dan tak demam"
"Berbaloi aku bagi kau payung tu"
Yoonmin mengeluh berat. Sebelah tangannya memegang mangkuk bubur itu manakala sebelah tangannya lagi menolak dada aku perlahan membuatkan aku kembali baring di atas katil.
"Duduk elok elok. Aku nak bagi kau makan bubur ni"
Aku hanya tersenyum.
"Yoon"
"Apa ?"
"Suap lah aku"
Yoonmin pandang aku tak percaya. Dia membuat mimik muka geli.
"Aku kan sakit. Kau kena lah suap aku" aku hanya tersenyum janggal.
Tapi aku tak nak buat Yoonmin rasa tak selesa bila aku cakap aku nak dia suap aku. Aku cuma nak mengade sikit je.
Aku mengeluh.
"Kalau kau tak nak suap aku takpe. Pergi jelah. Nanti aku makan sendiri bubur ni"
"Aaaahhh~" Yoonmin menghalakan sesudu bubur yang sudah dicedoknya.
Melihatkan sahaja Yoonmin yang setuju untuk menyuap aku membuatkan aku rasa teruja.
Senyuman terus terukir. Aku meloloskan diri aku dan membuka mulut aku bagi membenarkan sesudu bubur yang dipegang Yoonmin masuk ke dalam mulut aku.
Ngapp !
Nyum nyum !
"Wah aku tak sangka Jimin pandai buat bubur ayam sesedap ni" aku tersenyum.
Yoonmin kembali mengacau bubur di dalam mangkuk itu semula dengan sudu. Pandangannya jatuh pada bubur yang dikacaunya.
"Aku yang masak"
Aku tergamam.
Dia masak bubur untuk aku ?
Kenapa aku rasa terharu ?
"Nah satu lagi aahhh~"
Yoonmin menghalakan sekali lagi sesudu bubur itu yang dia cedok itu kepada aku.
Aku tersenyum.
"Yoonmin , aku tak lapar lah"
"Jeon Jungkook , kau jangan nak mengade boleh tak ? Makan jelah" Yoonmin berkata tidak puas hati.
Aku hanya tersenyum tawar. Mangkuk bubur ayam yang dipegang Yoonmin aku pegang dan meletakkannya di atas meja kecil di sebelah aku.
"Boleh kau teman aku ?"
Sebelah kening Yoonmin terangkat di saat aku menyoalnya begitu.
Belum sempat dia nak buat apa apa , tangan aku pantas sahaja menarik tubuhnya ke arah aku dan membuatkan kini dia sedang berbaring di sebelah aku.
Mata Yoonmin membulat dengan tindakan aku.
Aku hanya tersenyum dan terus memeluk tubuh Yoonmin erat. Kepala aku didaratkan di dada Yoonmin. Pelukan aku dan Yoonmin aku eratkan lagi.
Yoonmin yang baru sahaja ingin meronta ronta meminta untuk dirinya dilepaskan terus berhenti di saat aku mengeratkan pelukan aku dan dia.
"Boleh tak... kita stay dalam keadaan macam ni buat seketika"
Aku berkata sambil memejam mata aku rapat. Entah kenapa aku rasa aku perlukan pelukan hangat daripada perempuan ini.
Dan pelukan hangatnya dia buat aku rasa selesa sangat sangat.
Aku mengeratkan lagi pelukan aku dan dia.
"Aku sayang kau..."
Tanpa aku sedar , aku terbisikkan sesuatu. Walaupun suara aku perlahan tapi tetap dapat didengari oleh Yoonmin.
Tiba tiba aku terasakan ada sesuatu lembut menyinggah dahi aku membuatkan aku agak terkejut dengan perkara itu.
Tapi aku tak sangka ianya Yoonmin yanh tiba tiba mengucup dahi aku lembut dan membalas pelukan aku.
"Aku pun sayangkan kau jugak , Jungkook"
Aku tersenyum.
—To Be Continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro