Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ᴅᴜᴀ

Jungkook's

Perlahan lahan mata aku mula terbuka. Dan seperti biasa , benda pertama yang aku lihat ialah siling berwarna putih di atas.

"Kau dah sedar ?" mata aku membulat apabila muka sorang pompuan tetiba datang dekat.

Refleks , aku terus bangun daripada posisi baring aku dekat atas katil. Sekeliling aku pandang. Okay , apahal aku ada dekat bilik rehat ni ?

Aku pandang perempuan yang setia duduk di kerusi sebelah katil aku ni. Aku pandang dia atas bawah. Jap dia ni siapa ?

"Kau pengsan tadi tu yang aku bawak kau datang bilik ni"

"Jap kau siapa ?"

Dahi perempuan itu berkerut. Mungkin dia terkejut atau pelik sebab aku tak tahu dia siapa.

Agak agak la member aku sendiri aku boleh lupa nama ni kan pulak nak kena ingat nama dia yang aku tak kenal langsung.

"Yoonmin. Park Yoonmin. Budak baru masuk kelas kau. Takkan tak ingat ?" Yoonmin memberikan aku wajah speechless.

"Takde apa yang penting kan ? Aku nak blah" baru je aku turun dari katil , perempuan ni tahan lengan aku.

Aku memberinya pandangan malas. Malas nak layan dia sekarang ni. Dah lah kepala aku tengah sakit ni siot.

"Apa jadi dekat kau sebenarnya ?" dahi aku berkerut.

Ada yang aku baling lubang jamban karang.

"Aku malas nak buat sesi Q&A dengan kau. Aku penat. Nak blah" sekali lagi aku yang baru nak blah kena tahan lagi dengan dia.

"Kau nak apa perempuan ?" mata aku menikam anak matanya tajam.

"Kau kena explain semuanya dekat aku. Sebelum kau pengsan , apa yang jadi dekat kau sebenarny sampai kau out of nowhere tetiba kiss aku ?"

Aku tersenyum sinis. "Aku ni attractive sangat ke ?"

Dahinya berkerut. "Maksud kau ?"

"Kau tuduh aku kiss kau sebab kau nak dapatkan attention aku kan , perempuan ?" aku memandangnya dengan pandangan mengejek.

Ni bukan kali pertama aku jumpa perempuan macam ni.

Banyak kali aku jumpa perempuan yang cuba nak ambil kesempatan dengan aku. Ada one day tu , aku pengsan sekejap dia tiba tiba cakap aku dah tidur dengan dia.

Dasar perempuan gila.

Dan aku agak perempuan nama Yoonmin ni pun one of them gak. Sama je perangai. Dasar perempuan hanya sukakan rupa paras.

"Apa kau merepek ni ha ? Sejak bila aku nak attention kau ? Aku cakap benda yang betul lah..." dia memandang tag nama aku sekilas dan memandang aku semula. "Jeon Jungkook"

"Well , aku tak ingat. Kau pun takde saksi. So better diam"

Aku terus bangun dari katil semula dan berjalan menuju ke pintu masuk bilik rehat. Baru sahaja tangan aku memegang tombol pintu , tiba tiba terasa belakang baju aku ditarik.

Aku memusingkan badan ke belakang. Yoonmin dengan muka tak puas hatinya mendongak memandang aku.

Haih , apa dia nak lagi ?

"Aku takkan benarkan kau pergi kalau kau tak explain dekat aku"

"Kau boleh beram—" kata kata aku terhenti apabila mata aku terjatuh pada bahagian bahunya yang agak terdedah.

Pantas sahaja kedua dua tangan aku memegang bahu kanannya dan membuka bajunya sedikit bagi melihat sebuah tattoo yang ada di bahunya.

"Woi woi kau buat apa ni woi !"

Mata aku membulat apabila aku ternampak sebuah tattoo berbentuk bunga rose di bahagian bahunya.

Yoonmin terus menepis kedua dua belah tangan aku yang memegang tubuhnya. Baru sahaja dia ingin membetulkan bajunya yang terbuka sedikit , tangannya terhenti.

"Apa ni weh ?" reaksi sama Yoonmin tunjukkan apabila terlihat tattoo itu.

"Kau buat apa dekat bahu aku ni ?" Yoonmin memandang anak mata aku dalam.

Aku membalas pandangannya sebelum mencarut perlahan. Fuck. Aku tak sangka akhirnya hari seperti ini akan tiba juga.

skip

"Ha ha ha. Kau pikir lawak lah tu ?" Yoonmin berpeluk tubuh memandang aku.

Aku dah cakap perempuan ni takkan percaya.

Aku meraup muka aku kasar. Buat penat je sia aku heret dan paksa perempuan ni ikut aku naik dekat rooftop semata mata hanya untuk tengok dia yang tak percaya aku ?

Ah sialan.

"Kau curi first kiss aku"

"Jadi ? Kau pikir jantung aku akan berdegup degup ke bila kau cakap macam tu ?" Yoonmin sekali lagi memberi aku pandangan speechless.

Mesti dia anggap aku ni lelaki gila yang terlalu banyak tengok cartoon dan movie movie english.

Siapa je akan percaya kalau aku bagitahu dia yang vampire , ahli sihir dan juga serigala jadian wujud dekat dunia ni ?

"Park Yoonmin , aku ulang sekali lagi. Ikut kau lah kau nak dengar atau tak. Tapi better kau keluar dari sekolah ni"

"Why must I ?" Yoonmin masih berlagak sombong.

"Sebab kau seorang sahaja satu satunya manusia dekat sekolah ni"

I said what I said.

Sekolah ni bukan untuk manusia lemah macam perempuan ni.

"Stop talking nonsense , Jungkook" Yoonmin memberi aku pandangan tajam.

"Aku dah bagi kau amaran , Park Yoomin. Kau ada masa sampai esok pagi. Kalau kau masih tak keluar dari sekolah ni , aku pasti kau akan mati"

Aku menjeling perempuan itu tajam sebelum berjalan meninggalkannya terpinga pinga seorang diri di situ.

Nak percaya atau tak , suka hati kau lah.

Kalau kau mati , itu bukan urusan aku. Pandai pandai lah kau uruskan diri kau sendiri , manusia.

skip

Yoonmin's

Weird.

Apa yang Jungkook cakap aku langsung tak faham. Dia ni pun agak agak lah kalau nak temberang aku pun. Dia pikir ni fanfiction ke nak berdongeng bagai.

Vampire ? Serigala jadian ? Ahli sihir ? Banyak berimaginasi betul budak tu.

Aku mencuri pandang Jungkook yang sedang menyalin nota yang ditulis cikgu itu. Jungkook sekarang tengah pakai cermin mata dia.

Well , aku tak nafikan bila dia pakai cermin mata dia nampak baik dan taraf budak budak genius. Dan bila dia bukak cermin mata , dia nampak bad boy.

Jap apesal aku kisah pasal dia pulak ni ?

Bell berbunyi menandakan sesi pelajaran harini ini sudah tamat. Para pelajar semua mula mengemas barang masing masing begitu juga aku.

"Okay class , untuk special class esok cikgu nak kamu semua cari pasangan masing masing untuk kerja berkumpulan. Anything nak tanya , tanya je cikgu sebelum special class kita esok"

Satu kelas mula memberi ucapan terima kasih dan hormat kepada Miss Choi sebelum dia beredar meninggalkan kami.

"Yoon , habis sekolah ni kau pergi mana ?" aku menoleh memandang Momo dan tersenyum.

"Balik rumah lah"

"Lahh no fun lah. Tanak pergi lepak lepak ke ? Aku dengan member aku yang lain selalu lepak lepas habis sekolah. Kalau kau nak join , kitorang okay je"

Aku menggaru kepala aku yang tak gatal. Aku dah lah baru masuk tetiba dia ajak lepak pulak. Manalah aku biasa.

"Aku bukan tak nak tapi..."

"Wahh omg Yoon , lawanya kuku kau !" tiba tiba tangan aku dipegang oleh Momo.

"Eh apahal pulak usha kuku aku ni ?"

Makin aku pelik apabila Momo menarik tangan aku mendekati wajahnya dan mula menghidu tangan aku. Dia ni dah kenapa ?

Baru sahaja aku membuka mulut untuk mengatakan sesuatu , aku terkejut apabila tangan aku yang dipegang Momo ditarik kasar.

Aku terus memandang ke arah lelaki yang menarik tangan aku itu kasar. Ianya Jungkook. Jungkook memberi pandangan tajam kepada Momo.

"Oh hey Jungkook !" Momo tersenyum lebar kepada Jungkook menampakkan gigi taringnya.

Jap gigi taring ?

Jungkook menjeling aku tajam sebelum dia menarik lengan aku dan membawa beg aku keluar daripada kelas.

"Jungkook , lepaskan aku lah !" aku merentap lengan aku kasar dan menyebabkan lengan aku bebas daripada pautan Jungkook.

Tangan aku yang terasa sakit itu aku sentuh dan mata aku memandang dia tajam.

Jungkook hanya memberi pandangan tidak bersalah. Lidahnya ditolak ke pipi sambil memandang aku dengan gaya penuh bad boy.

Oh aku lupa nak bagitahu , dia dah bukak cermin mata dia tu yang nampak bad boy semacam.

"Apa yang kau cuba buat tadi Jungkook ?" aku bertanya. Masih tidak puas hati dengan kelakuan dia yang tidak beradab itu.

Dia tergelak sinis. "Apa yang aku buat ? Aku yang sepatutnya tanya apa yang kau buat"

Kening aku terangkat. Dahi aku berkerut. Makin lama Jungkook berbicara dengan aku , makin banyak benda yang aku tak faham.

Dia nak cakap apa sebenarnya ?

Jungkook menghampiri aku membuatkan aku terundur ke belakang sedikit. Tetapi entah kenapa langkah aku terus berhenti setelah beberapa langkah berundur ke belakang.

Jungkook memandang tepat anak mata aku sebelum dia membuka mulut dan berbisik ke telinga aku.

"Apa yang kau buat dengan vampire tu ?"

Mata aku membulat. "A-apa kau merepek ni Jungkook ?"

"Kau bodoh ke ? Tak nampak yang dia cuba rasakan darah kau tadi ? Aku selamatkan kau dari kena gigit kot"

Aku terus menolak dada Jungkook kasar membuatkan badan Jungkook terundur ke belakang sedikit daripada aku.

"Jungkook , stop talking nonsense. Aku tak nak dengar kau merepek lagi"

Jungkook hanya memberi pandangan redup kepada aku.

"Aku nak balik" baru sahaja aku ingin melangkah pergi meninggalkan dia tiba tiba sahaja dia menarik lengan aku membuatkan aku tertarik menghampirinya.

Jarak aku dan dia sangat sangat dekat. Dah nampak macam aku tengah cium dia. Mata aku membulat memandang dia yang buat muka selamba.

Tangannya menarik pinggang aku dekat dengannya. Tak berkelip langsung mata aku memandang dia.

Dapat aku rasakan deruan nafas hangatnya di muka aku.

"Mungkin kau tak sedar , tapi mulai sekarang kau milik aku. Dan aku bertanggungjawab untuk lindungi kau"

"A-apa maksud kau ?"

"Kau , The Beast's bride. Aku akan pastikan aku lindungi kau daripada mereka semua"

Makin banyak dia cakap makin aku tak faham satu hapak pun.

"Macam mana aku nak heret kau balik rumah aku eh ? Patut ke aku culik kau dan bawak kau masuk bilik aku ?"

Jungkook memberikan aku senyuman nakal lalu mengenyit matanya secara menggoda ke arah aku.

Aku rasa aku boleh mati bila bila masa je macam ni.

—To Be Continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro