Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

sᴇᴘᴜʟᴜʜ

"APA SIAL KORANG BERDUA BUAT SAMA SAMA DEKAT SATU KATIL NI ?!"

Jinyoung dengan memegang Barbie  menjengilkan mata memandang dua susuk tubuh yang sedang lena tidur di atas katil.

Yoonmin's

Air mata aku bercucuran keluar dari mata tatkala diri aku dihina dan dilontarkan dengan kata kata yang kesat.

Sakit sebab kena tampar tadi pun tak hilang lagi ni kan pula ditambah dengan kata kata yang menyakitkan hati dan gegendang telinga mendengarnya.

"Dasar betina jalang !"

Jinyoung masih tidak henti henti menghina aku. Dia berdiri di hadapan aku dan memberikan aku satu pandangan tajam yang menikam anak mata aku.

Jelas kelihatan si Jinyoung ni marah benar apabila melihat aku tidur sekatil dengan Jeon Jungkook , kekasih gelapnya.

Aku tak sangka pagi ini aku akan dikejutkan secara mengejut  malah dapat menyaksikan lagi rahsia yang selama ini disembunyikan terbongkar.

Dalam dia dan tanpa pengetahuan aku ,

Sebenarnya mereka berdua menjalinkan hubungan sulit. Persamaan jantina sanggup mereka ketepikan dan tidak mengambil peduli.

Patutlah Jinyoung duduk serumah dengan Jungkook. Pagi , siang , petang malam mereka berada di dalam satu rumah yang sama.

"Perempuan sial !"

Jinyoung bertindak agresif dan menarik rambut aku kasar membuatkan aku menjerit kesakitan.

Bahu aku terhinjut hinjut menahan rasa sakit apabila Jinyoung berbuat sebegitu kepada aku. Tapi aku tak mampu langsung nak memberi sebarang reaksi apatah lagi melawannya.

"Kau goda dia kan betina ?" Jinyoung menyoal laju dengan nada berbaur perasaan tidak berpuas hati.

Aku menggeleng laju. Sesekali aku cuba untuk menepis tangan Jinyoung yang menarik rambut aku kasar , tapi apakan daya kudrat lelaki bernama Jinyoung lebih kuat berbanding perempuan seperti aku.

"Kau jangan nak kencing aku lah betina !"

Rambut aku direntap kasar. Aku menjerit sakit sekali lagi. Air mata sudah mengalir deras membasahi pipi aku.

Aku perlahan lahan menoleh memandang Jungkook yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri di atas katil.

Melihatkan sahaja Jungkook yang tidak berbaju dan hanya berseluar pijamanya sahaja menimbulkan pelbagai persoalan di benak fikiran aku.

Apa yang berlaku semalam ?

Jangan cakap yang...

Aku geleng kepala laju. Tak yoonmin , kau masih suci ! Takkan lah dara kau dah dirampas dari binatang seperti dia ?!

"Enough sayang , ni semua salah i jugak sebab tak berani nak tolak dia goda i" Jungkook akhirnya bersuara.

Menolak aku ?

Apa maksud Jungkook ?

Apa yang aku dan Jungkook dah buat sebenarnya malam semalam ?

Jinyoung terus menolak aku ke lantai. Aku terus menggunakan kedua dua tangan bagi menahan tubuh aku pada simen lantai yang entah kenapa terasa dingin itu.

"Kau berambus dari sini sekarang ! Mulai sekarang kau bukan lagi The Beast's bride. Taehyung dengan Jimin dah tunggu kat bawah bersedia untuk makan kau"

Mata aku membulat.

Aku terus memegang kedua dua belah kaki Jinyoung laju dan memandang wajah Jinyoung dengan mata aku yang berair.

"To-tolong... aku tanak mati macam ni. Tolong... jangan buat aku macam ni hiks hiks" air mata aku mengalir deras.

"KAU TAK FAHAM BAHASA KE ?!"

Jinyoung sekali lagi menolak aku jatuh ke lantai. Aku hanya mampu merengek sakit dan menangis semahu mahunya mengenang apa yang akan berlaku pada diri aku sebentar nanti.

Kena makan dengan vampire dan serigala jadian ?

A-aku tak nak !!

Tapi disebabkan mereka berdua sudah pandang aku macam nak makan aku , aku pun lambat lambat melangkah keluar dari bilik tidur Jungkook.

Aku menyesal sebab aku biarkan je diri aku ni dimakin hamun dan dipukul semahu mahunya oleh Jinyoung.

Tapi macam mana aku nak pertahankan diri aku sendiri kalau aku sendiri tak ingat apa yang berlaku ?

Dan saat ini aku baru sedar tubuh aku hanya bersarungkan pakaian dalam sahaja. Jadi jelaslah dara aku sudah pun dirampas kan ?

Air mata aku mengalir laju.

Aku tak sepatutnya ikut Jungkook datang ke rumahnya. Aku sudah menyesal sekarang.

Kenapa aku bodoh sangat percayakan Jungkook yang aku ni sebenarnya bride dia ?

Aku diperdayakan hidup hidup.

Tak guna...

Dan kini , dara aku pulak dirampas begitu sahaja dengan tidak berhati perut oleh lelaki seperti Jeon Jungkook.

Aku menoleh dan memandang sekilas ke ruang bilik tidur Jungkook sebelum kaki aku menapak menuruni tangga.

Kelihatan Jinyoung dan Jungkook yang sedang saling berciuman dengan penuh ghairah.

"APA SIAL KORANG BERDUA BUAT SAMA SAMA DEKAT SATU KATIL NI ?!"

Mimpi aku terus terhenti sebaik sahaja telinga aku terdengar suara tegas seorang lelaki.

Aku bangun dan mengeliat. Kedua dua belah tangan aku dinaikkan ke atas manakala mata aku terpejam rapat. Perbuatan aku terhenti apabila aku ternampak sepasang kaki di sisi tempat aku baringkan kepala tadi.

Aku terus menolak kaki itu kasar kerana terkejut. Kaki sape ni sia ?

Empunya kaki terjaga apabila terasa dirinya disentuh. Selimut yang menutupi kepalanya tadi ditarik dan wajahnya aku dapat lihat.

Eh Jungkook ke ?

Mata aku membulat. Aku pandang sekeliling bilik dan lagi terkejut bila nampak Jinyoung yang sedang memegang Barbienya memandang aku dengan wajah judgementalnya.

Ha sudah. Jangan cakap mimpi menjijikkan tu akan jadi kenyataan.

"Haih. Noona dengan hyung sama je dua dua tidur bukan main lasak" Jinyoung menggeleng perlahan.

Eh ?

"Lepas bangun kemas tempat tidur ni. Jinyoung tak suka tengok sepah sepah ni"

Jinyoung terus meninggalkan bilik Jungkook dengan tangannya yang setia memegang Barbienya.

Jap apakah yini ?

skip

Jungkook's

Aku mula menguap. Terkembang kempis hidup aku ketika menguap. Mulut aku yang terbuka besar itu aku tutup dengan telapak tangan.

Mister Jung yang dari tadi mengajar subjek mata pelajarannya di hadapan tidak langsung diberi perhatian oleh aku.

Mata aku tenyeh. Apahal aku ngantuk sangat ni ?

Aku memandang ke arah Yoonmin yang sedang memberi perhatian sepenuhnya pada pembelajaran yang di ajar Mister Jung.

Tangannya pula tidak henti bergerak gerak kerana menyalin nota yang ditulis Mister Jung di papan putih yang ada di kelas ni.

Tak tahu pulak dia ni jenis rajin.

Bell terus berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Pelajar pelajar kelas aku mula menyimpan barang barang mereka yang ada di atas meja.

Yoonmin terus tersenyum lebar dan mengemas buku buku yang ada dekat atas meja dia.

"Esok hantar kerja rumah yang saya bagi tu ye class ?"

Selepas memberi ucapan terima kasih dan kata kata hormat pada Mister , Jung satu kelas aku mula menjadi bising semula.

Ada yang dah keluar awal awal untuk membeli makanan di cafeteria. Dan ada juga yang sembang sembang dalam kelas lagi.

Aku terus bangun dari tempat duduk aku dan menghampiri Nayeon yang baru sahaja ingin keluar daripada kelas.

"Nayeon !"

Nayeon terus menoleh memandang aku dengan dahinya yang berkerut.

"Apehal ?"

"Boleh tak aku nak mintak tolong kau satu benda ?"

"Apa dia ?"

"Boleh tak lepas ni aku nak duduk sebelah Yoonmi ? Kau boleh duduk tempat aku"

Nayeon pandang aku atas bawah dan mengangkat sebelah keningnya ketika memandang aku.

"Apehal tetiba ?"

"Ala boleh lah"

"Suka hati kau lah"

Aku terus tersenyum lebar. Nayeon pantas sahaja meninggalkan aku dan keluar dari kelas bersama dengan kawan kawannya.

Yoonmin yang sedang mengemas barangnya di atas meja aku lihat. Senyuman terukir di wajah sebelum aku jalan menghampirinya.

"Hai Yoonmin"

Yoonmin menoleh dan tersenyum ke arah aku.

"Eo Jungkook ? Tak pergi makan ke ?"

"Kau ? Tak pergi makan ?"

"Nak kemas barang sekejap"

"Kalau macam tu aku nak teman kau"

Yoonmin tidak membalas namun dia kembali menyibukkan dirinya dengan mengemas barang barangnya.

Aku hanya melihat dia.

Telefon pintar aku keluarkan dari dalam poket. Google aku bukak dan aku cari berita untuk pagi ini.

Peliknya tiada langsung berita tentang pembunuhan luar biasa yang sentiasa ada pagi pagi macam ni.

Sebab selalunya akan ada berita tentang ada orang dibunuh atau dimakan ke apa ke dan aku lah dalang yang buat semua tu.

Tapi apahal pagi ni tak keluar ?

Jangan cakap yang...

Aku tak bertukar jadi binatang ke malam semalam ? Takkanlah.

"Jeon Jungkook" aku terus menoleh memandang Yoonmin yang sudah pun berdiri di hadapan aku.

"Apa function The Beast's bride sebenarnya ?" Yoonmin menyoal dengan wajah yang ingin tahu.

Aku mendiamkan diri buat sejenak sebelum memandang dia semula.

Entah aku sendiri pun tak tahu nak jelaskan bagaimana. Aku tak pasti patut ke tak aku explain tentang semua ni dekat dia.

Adakah dia akan kecewa lepas dapat tahu pasal semua ni ?

"Bagitahu je aku. Aku cuma curious je" Yoonmin tersengih macam kerang busuk di hadapan aku.

Aku menghela nafas buat sementara bagi mengumpulkan segala kekuatan dan keberanian untuk menjawab soalan Yoonmin dengan jujur.

"Kau tahu kan yang aku akan bertukar jadi binatang"

"Tahu. Taehyung kata setiap kali pukul 12 malam"

"Dan itu semua adalah suatu sumpahan"

Sebelah kening Yoonmin terangkat. Dia memandang aku dengan pandangan yang keliru dan tidak faham dengan apa yang aku katakan.

"Sumpahan apa ?"

"Sumpahan separa manusia separa binatang ni lah"

"Kenapa kau terkena sumpahan tu ?"

Aku hanya tersenyum. "Yang tu , aku tak boleh bagitahu kenapa"

Mendengarkan sahaja jawapan aku , Yoonmin berdecit geram. Kedua dua belah tangannya disilangkan ke dada.

"Habistu apa function aku dalam hidup kau sampai aku kau kena lindungi ?"

Aku tersenyum. Mata aku mula bertukar menjadi kuning keemasan.

Aku menghampiri Yoonmin dekat dan dekat lagi sebelum kedua dua bahunya aku pegang erat. Tubuhnya aku tarik dekat dengan aku.

Aku mendekatkan muka aku dengannya dan bibir aku mendekati telinganya bagi membisikkan sesuatu kepadanya.

Dengan senyuman senget penuh banyak makna tersirat aku berkata.

"Kau perlu bantu aku buang sumpahan ini daripada diri aku dan.....


















selepas itu...

























aku akan buang kau. "

-To Be Continued

sape kata jk baik ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro