+epilogue
Mata aku serentak terbuka. Benda pertama yang aku dapat lihat ketika ini ialah bilik berwarna putih dan juga hidung dan mulut aku ditutup dengan alat pernafasan.
Perkara yang membuatkan aku pelik ialah manusia manusia yang berpakaian kot seperti doktor doktor meluru masuk ke dalam bilik ini dan menghampiri aku yang sedang berbaring di atas katil.
Mata aku dibuka lembut oleh seorang doktor dan dia menyuluhkan lampu suluh kecil yang menyuluhkan cahaya berwarna oren di kornea aku.
Dia sekali lagi membuat perkara yang sama pada mata aku yang satu lagi.
Entah apa yang terjadi sekarang ini pun aku tidak tahu. Semuanya aku tak faham. Apa yang aku buat dekat sini sebenarnya ?
Doktor doktor tersebut seolah sedang memeriksa sesuatu pada keseluruhan tubuh aku membuatkan aku bertambah pelik dengan kelakuan mereka.
Selesai sahaja memeriksa apa yang patut pada aku , mereka semua mula mengukir senyuman yang lega antara satu sama lain.
"Tahniah cik Park , awak akhirnya bangun dari koma awak setelah 5 tahun"
Ko-koma ?
"Macam mana ? Noona saya dah bangun ke ?"
Aku menoleh ke arah suara tersebut. Seorang budak lelaki dengan baju uniform sekolah tersarung pada badannya.
Park Jinyoung.
Lelaki witch jahat yang ada dalam mimpi aku.
Doktor tersebut tersenyum seraya mengangguk sebagai jawapan untuk soalan Jinyoung. Melihatkan sahaja respon doktor tersebut , Jinyoung tersenyum lebar.
Terus dia berlari menghampiri aku dan memeluk aku erat. Kelakuannya membuatkan mata aku membulat.
"Terima kasih noona. Terima kasih sangat sangat sebab bangun !"
Apa yang....
skip
Park Yoonmin.
Sudah berumur 25 tahun. Dan aku terlibat dalam sebuah kemalangan yang menimpa aku 5 tahun yang lalu. Sayangnya , perempuan seperti aku koma.
Koma buat 5 tahun. Dan akhirnya aku sedar dari koma aku buat tahun ni.
Semuanya fikirkan yang aku tak dapat bangun dari koma. Selama 5 tahun ini aku hanya bernafas disebabkan bantuan mesin di dalam hospital ini sahaja.
Apa yang terjadi sebenarnya masih kurang jelas dalam diri aku. Dan bangun sahaja daripada koma aku , aku tak ingat apa apa.
Park Jinyoung , adik kandung aku sendiri pun aku tak ingat.
"Noona !" aku menoleh memandang Jinyoung yang berjalan menghampiri aku dengan senyuman yang lebar.
Dia menghulurkan roti perisa coklat kepada aku. Aku hanya memandang hulurannya kosong.
"Ni roti kegemaran noona" jinyounh tersenyum janggal.
Aku hanya mengangguk perlahan sebelum mengambil huluran roti Jinyoung.
Suasana di taman hospital ini sangat nyaman sekali. Dengan adanya beberapa orang sakit yang berjalan jalan menghirup udara segarnya lagi.
Semuanya nyaman.
"Nanti diorang datang lawat noona tau" jinyoung berkata sambil tersenyum kepada aku.
Mendengarkan sahaja kata kata Jinyoung , sebelah kening aku mula terangkat. Tidak faham dan mengerti tentang apa yang cuba Jinyoung sampaikan.
Menyedari aku yang memaparkan wajah keliru , Jinyoung tersenyum. Mulutnya dibuka untuk mengatakan sesuatu kepada aku.
"Kawan kawan noona lah" Jinyoung mendekatkan wajahnya dengan wajah aku membuatkan mata aku membulat dan mengundur ke belakang.
"Noona sini lah" melihatkan aku yang mengundur ke belakang , jinyoung melambai aku mendekatkan mukanya dengan dia.
Apa pulak ni ?
Malas nak fikir banyak dan tanya banyak , aku terus dekatkan muka aku dengan muka dia.
Aku ingatkan dia nak cium aku ke apa tapi rupanya dia nak berbisik sesuatu dekat telinga aku.
"Crush noona pun ada sekali tau"
Entah kenapa kata kata Jinyoung membuatkan jantung aku berdegup laju. Kenapa aku rasa gugup tiba tiba ni ?
"Yoonminnn ! Jinyounggg !"
Aku terkejut mendengar suara jeritan riang seorang lelaki dari belakang membuatkan aku dan Jinyoung terus menoleh memandang ke arah belakang.
"I missing you sho sho muchh , im very liking liking to meet you two here !"
Belum sempat aku nak buat apa apa , tiba tiba sahaja tubuh aku dipeluk oleh seorang lelaki.
Mata aku membulat apabila lelaki ini memeluk aku sangat erat. Pelukan aku terus dileraikan olehnya dan dia terus meletakkan kepalanya di atas kedua dua belah tangannya.
"Miss me , yoonmin ?"
Aku terkebil kebil.
"Jangan lah buat macam tu. Kau nampak macam orang gila lah , Jimin" suara garau dan dalam seseorang menarik perhatian aku.
Aku menoleh ke arahnya. Mata aku dan dia saling bertembung.
Lelaki itu hanya tersenyum melihat aku. Tangannya tiba tiba sahaja dihulurkan kepada aku membuatkan aku memandang dia pelik.
"Aku dengar dari Jinyoung , yang kau hilang ingatan. Aku Kim Taehyung. Your best friend" Taehyung tersenyum.
Belum sempat aku nak membalas huluran tangan Taehyung , Taehyung terus ditolak oleh lelaki tadi. Lelaki tadi terus menghulurkan tangannya dengan eyesmile yang tak lekang di wajahnya.
"Hai aku Jimin ! Park Jimin ! I always can being your sunshine , sunrise , sunset , sunburn , sunspot and every sun for youuu !" jimin tersenyum lebar.
"Oh oh oh i can also being your son tooo !" jimin menepuk nepuk tangannya gembira.
Aku memandang ke arah Jinyoung dengan Taehyung yang dah buat muka pasrah. Tak tau nak buat apa dah dengan broken english Jimin.
Tanpa aku sedar , senyuman aku terukir.
Kim Taehyung , lelaki vampire dalam mimpi koma aku dan merupakan satu satunya sahabat yang sangat baik.
Park Jimin , lelaki werewolf dalam mimpi koma aku yang selalu menghiburkan hari hari aku dengan personaliti dia.
Aku tak sangka diorang semua ni kawan aku.
"Weh , anak jebon tu mana ?" jinyoung menyoal taehyung.
"Ala nanti sampai lah tu" taehyung hanya tersenyum.
"Ha there there he are theree !" jimin melaung sambil menunding jarinya ke arah suatu tempat.
astaga level confident tinggi sia jimin speaking ni.
Aku terus menoleh dan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Jimin. Ternyata ada seorang lagi lelaki yang tertinggal.
Lelaki itu berjalan menghampiri kami semua. Matanya bertentangan dengan mata aku membuatkan jantung aku berdegup laju.
Ianya Jeon Jungkook.
Lelaki beast yang ada dalam mimpi koma aku dimana aku jatuh hati padanya.
Bukan itu sahaja , bahkan di alam mimpi ini juga aku sekali lagi jatuh cinta dengan dia.
Kerana dia lah crush aku.
Aku tak sangka selama ini semuanya yang berlaku hanyalah bayangan yang aku lihat ketika aku sedang koma dan tidak sedarkan diri.
Paling tak sangka bila aku mimpikan mereka semua.
Aku memandang mereka semua dan tersenyum.
Agak agak kalau aku cerita dekat diorang tentang mimpi aku , apa reaksi diorang ya ?
Aku tersenyum.
Tattoo bunga rose yang berada di sebelah bahu aku itu aku usap perlahan dan memandang ke arah mereka semua sambil senyuman tidak lekang di bibir.
— The End —
gaes i know ending dia macam tahi but mampus la aku dah takde idea aku pikir nak habiskan ff ni je cepat sebab aku nak proceed dengan cite baru hoho
well , ahad ni aku nak publish book baru kalini pasal taehyung pulak and good news , cite tu first cite aku buat plot sia aku rancang betul betul.
don't worry sebab cite tu watak tae sweet nak mampos dan aku yakin korang akan kena diabetes HAHHAHAHA and heroin pulak nama dia lee hani siapa yang nama dia hani tu dah boleh la berangan HAHHAAHHAH.
if korang nak aku tag korang dekat new ff aku tu nanti comment kat sini nanti aku tag korang. btw cite baru aku tu ada kaitan sikit tau dengan sex inspire jjk tu.
nampak tak aku tak move on dengan sex inspire punya cite HAHHAHHAHA
apapun thank you so much sebab sudi membaca cite keling aku ni and thank you so much kepada yang support cite aku weh aku sayang korang !
i purple you ! 💜💜💜
lilian <3
s
edikit review for upcoming ff
His Personal Assistan | Coming soon this 22 December
" Don't use someone to forget someone "
— Lee Hani
" Do you know what purple means ? purple is the last color of the rainbow colors. purple means I will trust and love you for a long time. that's why instead of saying i love you , i use i purple you to you , lee hani "
— Kim Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro