MDH | TWENTY TWO
Hey love, play the sound while reading okay?
"Saya hantar."
Deana mengangguk sekali tanpa memandang wajah Jungkook. Makanan di dalam mulutnya dikunyah perlahan. Kekok. Ya suasana di meja makan mereka ketika sedang bersarapan sangat kekok. Semuanya sebab malam pertama mereka yang sedang hangat Sabtu yang lepas disakat oleh Ethan saat lelaki itu muncul dan ayat pertama yang keluar dari bibirnya ialah,
"Just you know, Jungkook really likes you."
Damn! Tahu tak betapa malunya aku bila Ethan cakap macamtu lepas kitorang baru je habis?!
Sudahlah semalam seharian Jungkook tiada buatkan Deana terpaksa menahan sakat dari Ethan. Sekali pagi tadi Jungkook yang bangun dari tidur di sebelahnya, terus terdiam seribu bahasa dan segala jenis sakat yang Ethan cakap semua berlegar di dalam minda.
Jungkook pula masih malu namun dia cuba kawal reaksi wajahnya. Tapi melihatkan Deana yang sedari bangun tidur tadi sepatah pun tak keluar dar mulutnya buatkan dia terasa agak marah. Entahlah kenapa nak marah, tapi dia rasa begitu. Soalannya hanya dijawab sepatah, dan kalau boleh Deana akan mengelakkan diri apabila dia dekat.
Jungkook memerhati gerak geri Deana. Wanita itu mengambil pinggan serta cawan mereka yang sudah kosong untuk dibasuh. Lama dia merenung wanita itu sebelum dia tersedar yang dia masih belum bersiap jadi dia memilih untuk bangkit dan masuk ke bilik.
Deana menghela nafas lega saat kelibat Jungkook sudah hilang dari pandangan matanya. Berdebar-debar dada ni sejak bangun tidur sampailah sekarang. Harini pula banyak betul soalan yang terpacul dari bibir Jungkook tu. Dah la banyak kali juga lelaki itu asyik lalu dekat dengannya.
Selesai mencuci pinggan, Deana turut masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup perlahan-lahan dan kakinya melangkah ke walk-in wardrobe miliknya serta Jungkook. Okay satu yang Deana betul-betul puji. Semalam, mereka selamat berpindah ke rumah baharu. Iaitu penthouse yang terletak di tingkat kedua paling atas E.Caesar Hotel.
Ethan memberitahu bahawa Jungkook memang berniat akan tinggal di penthouse tersebut bersama perempuan yang dikahwininya. Disebabkan itu semasa mereka berkahwin, orang-orang suruhan hotel telahpun diarahkan untuk mengemas barang keperluan Deana dirumahnya dan dipindahkan ke penthouse tersebut.
Selepas berbincang dengan Ethan, Deana bersetuju untuk menjadikan rumah miliknya sebagai rumah sewa. Memandangkan bangunan apartmentnya memang menjadi tumpuan ramai pelajar-pelajar universiti untuk menyewa. Semalam juga dia berpindah masuk ke rumah baharunya bersama Ethan.
"Deana, ikatkan tie saya."
Nak luruh jantung bila Jungkook tiba-tiba sahaja sudahpun berdiri di belakangnya. Cepat-cepat butang baju tidurnya dibutang semula sebelum dia berpusing untuk mengikat tali leher suaminya. Tiba-tiba berpeluh pula tangan ni.
"Awak tak mandi lagi?"
"Dah, nak tukar baju je." Jawabnya perlahan. Deana hanya diam disebabkan Jungkook tak memberi sebarang reaksi lagi.
"Dah siap— arh!" Terbuntang matanya bila punggungnya selamat mendarat di atas laci besar yang menyimpan aksesori miliknya serta Jungkook di tengah-tengah ruang wardrobe tersebut. Tangannya yang memegang kuat bahu Jungkook ketika lelaki itu mengangkatnya tadi dijatuhkan.
"Saya nak bersiap lah. Tepi." Arahnya sambil ingin turun dari situ. Namun pergerakannya terbatas disebabkan Jungkook sedang berdiri di hadapannya sambil tangan kiri kanan mengepung Deana.
"Mana satu baju?"
"Y-yang tu." Tangannya menunjuk ke arah blouse berwarna kelabu yang tergantung tak jauh dari mereka. Jungkook berkalih semula untuk memandang Deana dan selamba tangannya membuka butang baju tidur wanita itu satu-persatu dari bawah.
"J-Jungkook, saya boleh buat sendiri!" Tuturnya sambil menahan tangan lelaki itu dari terus membuka bajunya. Namun lelaki itu hanya menghiraukan kata-kata serta halangannya. Akhirnya baju tidurnya selamat dicampak ke lantai.
Selamba lelaki itu berjalan ke arah bajunya yang tersangkut dan dibawa semula untuk dipakaikan. Kali ini Deana hanya diam memandangkan tak ada apa yang boleh dibuatnya untuk menghentikan lelaki itu. Mujur seluar dia dah pakai awal-awal lepas mandi tadi. Baju je dia taknak pakai sebab nak masak.
"Turun." Sepatah lelaki itu menyuruhnya untuk turun dan Deana hanya menurut.
Betul apa yang Ethan cakap. Jungkook sangat menakutkan bila dia hanya cakap sesuatu itu sepatah sahaja. Dan itu tandanya dia sedang marah. Tapi marah? Nak marah kenapa pula? Aku ada buat salah ke?
Tanpa ingin melengahkan masa, Deana terus sambung menyiapkan diri agar dia tak dimarahi Jungkook. Sudahlah dia rasa dia menyusahkan Jungkook. Terpaksa keluar untuk menghantarnya sedangkan lelaki itu boleh sahaja keluar dan turun ke tingkat bawah untuk masuk ofis.
Tapi terpaksa pula keluar untuk menghantarnya dan berpatah balik semula ke hotel. Tapi buat beberapa hari tak apa rasanya jika dia bersetuju lelaki itu untuk menghantarnya. Usai bersiap, Deana keluar dari bilik dan berdiri di sebelah Jungkook yang sedang duduk di sofa.
"Dah." Jungkook bangkit dan tangan Deana dicapai. Buatkan wanita itu hampir sahaja mengeluarkan jantungnya dan dilempar ke lantai. Sudahlah erat semacam tangannya digenggam. Belakang tangan kirinya naik menyentuh pipi ketika mereka berdua selamat masuk ke dalam lif.
Panas.
Sepanjang perlajan mereka dari lif, hinggalah ke kereta dan sehinggalah mereka berjaya sampai ke destinasi, kedua-dua mereka hanya diam tak berkutik. Entah apa yang difikirkan tak tahulah.
"15 minit sebelum habis kelas mesej saya. Saya datang awal." Pesan Jungkook ketika keretanya diberhentikan.
"Okay." Deana diam seketika. Berfikir sama ada dia patut memberikan Jungkook ciuman di pipi atau tidak. Sebabnya kalau dengan Ethan berkali-kali lelaki itu yang menciumnya. Tapi tidak Jungkook, lelaki itu hanya diam di sebelahnya buatkan Deana di dalam dilemma.
"Uhm.."
"Deana."
"Ya?" Kepalanya berkalih. Namun selepas beberapa saat matanya sedikit membuntang apabila bibirnya dicium oleh Jungkook. Tangan kanan Jungkook naik menyentuh rahangnya sebelum mendalamkan ciuman.
"Berapa minit lagi sebelum awak thumb print?" Tiba-tiba lelaki itu bertanya setelah bibir mereka dijauhkan buatkan Deana keliru. Namun jam ditangannya dikerling.
"Saya kena masuk sebelum lapan setengah. Ada lagi 20 minit. Kenapa?" Hampir terpelanting Deana dibuatnya bila Jungkook menekan minyak dan bergerak ke ruang parking lot yang berbumbung menandakan kawasan itu merupakan kawasan reserved park dan tanpa dihiraukan, diparkir keretanya disitu dengan selamba.
"Ehh awak, sini parking lot—"
"Yikyung hyung."
"Kalau awak tahu kenapa awak parking kat sini?"
"Deana, come." Soalannya yang tadi dibiar tak dijawab malah lelaki itu memanggilnya setelah seat miliknya ditolak ke belakang. Terkebil-kebil mata Deana tidak faham akan keadaan semasa.
"What?"
Tangannya ditarik dan Deana terpaksa bangkit dari tempat duduknya. Kini dia selamat duduk di atas riba Jungkook. Ya, di atas riba.
"Jungkook, saya nak masuk kerja. Kenapa deng—"
"Saya pun malu. Tapi kenapa awak kena jawab sepatah bila saya tanya dan mengelak bila saya dekat?" Deana tergamam. Ini? Ini ke sebab Jungkook marah tadi? INI PUN DIA NAK JADIKAN BENDA UNTUK DIMARAH KE?!
"Kita boleh bincang kat rumah la Jungkook, saya nak masuk kerja. Tepi, tepi." Seakan menghalau, Deana cuba untuk kembali ke tempat duduknya namun pinggangnya ditahan. Wajahnya dikalihkan dan Deana tersentak apabila Jungkook bertindak menciumnya.
DAH KENAPA LELAKI AKU NI?!
Dada Jungkook ditolaknya kuat. Untuk beberapa ketika mereka berbalas pandangan.
"Awak, suka saya ke?"
"Huh?"
"Awak dah mula sukakan saya ke?"
"Saya tak tahu. Saya tak pernah rasa macamni."
"Macam mana?"
Mereka berdua diam lagi. Deana mengerling jam di tangan kirinya. Lagi tiga belas minit. Matanya beralih memandang Jungkook semula. Tangannya menyelinap ke tepi seat dan satu butang ditekan. Menyebabkan seat yang diduduki Jungkook perlahan-lahan menyandar ke belakang.
"Kalau awak rasa awak suka saya, awak balas apa saya buat." Lama Jungkook merenung Deana. Kedua-dua mereka semakin berdebar. Rasanya ini kali kedua mereka berhadapan dalam keadaan begini.
"Okay."
Sejurus itu matanya dipejam apabila Deana bertindak menyatukan bibir mereka berdua. Tak sampai tiga saat, terus sahaja ciuman tersebut dibalas. Seakan-akan memberi jawapan yang yakin tanpa perlu berfikir lagi. Ya, ini adalah jawapannya. Tak dapat dinafikan lagi. Dia mula sukakan Deana.
10 minutes does feel like 10 seconds.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro