Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MDH | TWENTY FIVE

"Awak marah ke?"

Deana mendengus perlahan sambil menggulingkan biji matanya. Kalau ikutkan hati yang sedang marah ni mahu sahaja dia lempar tangan Jungkook yang sedang memeluknya dari belakang jauh-jauh. Tapi apakan daya, hatinya senang sangat terpujuk lagi-lagi tangan lelaki itu sedari tadi tak berhenti mengusap perutnya.

"Deana." Panggil lelaki itu lagi. Dah beberapa minit mereka berdua berpelukan di atas katil, tapi sekali pun isterinya tak menjawab panggilannya dari tadi. Merajuk sangat nampaknya ni. Padahal tadi waktu makan nampak macam dah tak marah, tiba-tiba balik auto monyok.

"Sayang."

AARRRGGGHHHHH!!!!!!!

Hati Deana menjerit.

"Tak jadi ke? Selalu perempuan melting bila dipanggil sayang. Awak tak melt ke?" Soal Jungkook sambil menjenguk-jenguk dari belakang untuk melihat reaksi Deana namun tak berjaya. Kepalanya dijatuhkan semula. Matanya dipejam dan tangannya masih mengusap perut isterinya.

"Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya cakap macamtu tadi. Saya cium awak sebab saya rasa nak cium. Boleh jadi sebab nafsu, boleh jadi sebab saya memang nak." Tutur lelaki itu buatkan Deana emosi. Dia jahat sangat ke tadi ya? Lepas sahaja kejadian petang tadi terus dia berkurung dalam bilik. Jungkook nak masuk pun tak boleh.

Last-last dia buka pintu sebab Jungkook cakap dia nak mandi, nak bawa Deana keluar pergi makan. Itupun lepas makan tadi terus dia diam dan tak bercakap hinggalah sekarang, walaupun dah berbaring atas satu katil ni.

"Takpelah, harini awak merajuk. Nanti ada Ethan awak mengadu." Sekali lagi Deana tersentap. Nampaknya Jungkook mula terasa jauh dengan kelakuannya. Bibirnya dikemam perlahan. Tangan Jungkook yang sedang mengusap perutnya disentuh perlahan.

"Oh, awak rimas ke? Sorry sorry." Belum sempat Jungkook ingin menarik tangannya, Deana menahan pergelangan lelaki itu sebelum tubuhnya berkalih supaya menghadap Jungkook. Deana menahan hati dari menjerit lagi saat bibir suaminya mengukirkan senyuman.

"Hi."

Deana hanya diam.

"Saya nak minta maaf juga." Akhirnya, dia bersuara. Jungkook merenung wajah Deana yang berada tepat di hadapannya. Pipi wanita itu sedikit kemerahan. Tak tahulah sebab apa, malu ke hangat ke. Matanya beralih pula merenung bibir merah lembab milik Deana yang diciumnya di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah petang tadi.

"Jungkook.."

"Ya?" Pandangannya naik semula memandang anak mata Deana yang sedang merenungnya. Lama mereka berdua memandang sesama-sendiri tanpa berbicara. Aku tenung kau, kau tenung aku.

"Nak sentuh ni boleh?" Keningnya terangkat sedikit.

"Awak dah sentuh dah pun, sayang." Merah padam pipi Deana dibuatnya bila dirinya dipanggil sayang. Jungkook tersenyum bangga. Jadi Deana pun melting la kan? Namun selepas beberapa ketika, senyumannya memudar tika buah halkumnya yang disentuh isterinya itu tadi mula terasa diusap.

Naik turun buah halkumnya bergerak. Deana pula seakan-akan teruja melihat benda tersebut betul-betul di depan matanya. Jungkook mengerling Deana, fokus wanita itu memandang tanpa berdalih sedikit pun.

"Deana." Panggilnya.

"Hm?"

"You know guys have a weakness too right?" Matanya naik memandang Jungkook.

"Tak." Jungkook menumbuk dinding, di dalam imaginasinya. Deana kembali dengan fokusnya terhadap buah halkum milik suaminya tanpa sedar yang turun naik dada suaminya semakin memberat.

"This time sebab awak."

"Huh?"

Terkebil-kebil matanya tika Jungkook bertindak mencium bibirnya tanpa salam. Deana mengerutkan dahi saat dia mula terasa ingin membalas. Kalau tadi posisi mereka berdua mengiring, kini posisi mereka telahpun berubah dimana Deana sudahpun terlentang bersama Jungkook diatasnya.

"Can I go further?" Soal lelaki itu setelah meleraikan ciuman. Deana tak mengangguk mahupun menggeleng. Tapi matanya sedang memandang mata Jungkook, seakan-akan sedang memberi jawapan melalui pandangan mata.

Jungkook bangkit, berdiri di atas lutut sebelum kedua belah tangannya mula membuka baju dan melempar ke sisi.

"Jungkook.. aw—"

"I want you, because I wanted to."

Itu sudah cukup untuk meyakinkan Deana tentang kemahuan lelaki itu. Tangannya naik merangkul leher Jungkook. Malam itu, peratus perasaanya terhadap sang suami bertambah buat kesejuta kalinya. Dan Deana berharap yang Jungkook turut merasakan yang sama.

m y d u a l i t y h u s b a n d

"Good morning."

"Morning.. awak tak bersiap lagi?" Soal Deana tika terlihat Jungkook yang masih berpakaian tidurnya sedang berdiri di kaunter dapur. Meratakan jem di atas roti bakar.

"Belum. Oh, by the way.. saya kena outstation tiga hari. Awak okay duduk rumah seorang? Nak saya hantar ke rumah eomma?" Soalan Jungkook dibalas dengan gelengan tanda dia okay duduk bersendirian di rumah. Roti yang dihulur oleh suaminya dicapai sebelum dibawa ke mulut.

"Outstation kat mana?"

"Kena pergi Tokyo." Balasnya pendek.

"Tokyo? Bolehlah jumpa Sakusa." Tutur Deana sambil mengelap bibirnya yang comot dengan serpihan roti. Jungkook tersenyum nipis. Kakinya melangkah untuk duduk di kerusi tinggi yang berada di sebelah Deana.

"Awak nak ikut? Saya boleh bagitahu Yikyung hyung." Soalnya sambil bermain dengan rambut Deana. Cantik gaya rambut wanita itu hari ini, agak curly di bahagian hujung rambutnya.

"Takpelah, awak pergi sana nak kerja." Jungkook mengangguk mengiyakan. Tangannya masih ralit bermain dengan rambut Deana buatkan wanita itu mula rasa terganggu untuk makan dengan tenang. Tak pasal-pasal jantung dia tengah bersenaman sekarang.

"Jaga diri, saya takde tiga hari ni. Nanti balik saya bawa hadiah dari sana. Rindu, video call." Tutur lelaki itu sebelum bangkit dari kerusi. Berdiri tepat disebelah Deana. Tubuhnya dibongkokkan sebelum belakang telinga Deana dihadiahkan ciuman singkat.

"Kejap saya mandi, lepastu hantar awak."

"Okay."

Jungkook berlalu ke bilik. Deana terus sahaja bangkit dan pantas dia berlari ke arah peti sejuk sebelum air kosong dicapai. Terus sahaja diteguk air tersebut laju untuk menghilangkan gelisah. Lehernya dikipas perlahan. Belakang tangan naik menyentuh pipi sendiri, ingin memeriksa suhu pipi.

"Boleh mati aku macamni. Dengan Ethan aku selamba je layan perangai dia. Tapi dengan Jungkook.." gumamnya perlahan sambil berdiri di hadapan peti sejuk.

Deana kembali duduk untuk menghabiskan makanannya. Buat seketika, kepalanya kembali memikirkan kejadian semalam dimana dia masuk ke kelas pertamanya untuk mengajar. Seperti yang dijangka, hampir separuh pelajar di dalam kelasnya menayangkan wajah yang tidak menyenangkan.

Malah ketika dia habis mengajar, tidak seperti selalu, pelajar terus keluar dari kelas tanpa memandangnya dan mengucapkan terima kasih. Kalau sebelum ini pasti setiap seorang akan berterima kasih dengannya semasa keluar dari dewan kuliah, kini yang dia dapat hanya sepi. Boleh dikira berapa orang yang berterima kasih dengannya.

Memikirkan hal itu, Deana terasa ingin menangis. Terasa.

"Sweetheart! I miss you so much my darling!" Terhenti lamunannya tika satu suara lantang menyapa dari belakang. Deana bangkit dan berkalih sebelum dirinya hilang di dalam pelukan seseorang. Tak lain tak bukan, Ethan.

"Ethan."

"Yes baby. It's me." Deana tersenyum sebelum pelukan Ethan dibalas erat. Lama mereka berdua kaku begitu sebelum Ethan menjauhkan dirinya untuk menatap seluruh wajah Deana.

"Awak sihat?"

"Sihat. Baby pun sihat."

Ethan senyum lebar.

"Tapi Ethan, awak kena siap. Hantar saya pergi kerja. Oh, Jungkook bagitahu dia kena outstation tiga hari. Pergi Tokyo." Terus bibirnya dicebikkan.

"Saya tahu. Tapi saya rindu awak."

Deana ketawa perlahan. Matanya turun memandang tubuh lelaki itu yang terdedah. Matanya membuntang untuk beberapa saat tika terlihat merah-merah disekitar dada dan leher lelaki itu. Segera dia larikan mata.

"Saya pun nak okay? Mana aci awak bagi Jungkook je." Makin membahang pipinya tika Ethan terperasan akan kelakuannya tadi.

"Nak apa? Mana ada saya bagi Jungkook apa-apa."

"Eleh,"

"Pergilah bersiap, hantar saya."

"Kejap, saya tak breakfast lagi." Sepantas kilat bibir Deana diciumnya. Untuk beberapa ketika mereka berdua berbalas ciuman sebelum Deana menolak. Bibirnya digigit dan terus tubuh Ethan ditolak jauh. Sudahlah bertuala saja lelaki itu haih. Tawa Ethan menyapa telinga.

Ini ke, personaliti yang awak nak Jungkook?

Deana mengetap gigi.

Saya yakin awak boleh.

t o  b e  c o n t i n u e

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro