Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MDH | THIRTY SIX

Ada sesiapa rindu? Sorry sebab once start intern author busy nak mampus 😭 but gere we go, enjoy guys ❤️












Deana menahan dirinya dari terus ketawakan sang suami. Jelas riak kecewa yang teramat sangat terpapar di wajah lelaki itu sambil memegang telefon yang sedang ditekapkan ke telinga. Deana menarik selimut sambil tersenyum bangga. Ada orang tu konon-konon taknak bagi isteri dia berjalan esok pagi. Tapi tengok lah sekarang dia tengah buat apa.

On call sebab nak meeting.

"Ivy, awak minta la dia postpone meeting ni. Haritu dia minta postpone boleh takkan kita tak boleh? Saya ada hal lagi penting dari meeting dengan dia." Rungut Jungkook sambil melonggarkan tali leher miliknya. Matanya tertancap ke arah Deana yang sedang memandang skrin telefonnya di bawah selimut.

"Tak boleh Tuan, masa dia dekat sana tengah siang sekarang. Kalau postpone lagi susah nak cari masa dia free. Please, online meeting pun jadilah asalkan Tuan jumpa dia."

Jungkook mengeluh lagi.

"Fine, berapa lama dia cakap dia nak meeting dengan saya?"

"Tiga jam? Kalau boleh dia nak habiskan semua discussion yang ada dengan Tuan malamni." Jungkook menggulingkan biji matanya menyampah. Kakinya melangkah mendekati katil setelah panggilannya bersama Ivy dimatikan.

"Saya nak pergi ambil laptop dekat dalam kereta kejap."

"Okay.."

Sejurus itu Jungkook keluar dari bilik hotel dengan perasaan yang bercampur-baur. Geram pula dia dengan client yang buat dia terpaksa hadir meeting sedangkan dia dah rancang nak spent time dengan Deana. Cis. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan kakinya melangkah masuk ke dalam lif.

"Ehem, uhuk uhuk." Batuk seorang wanita yang berada di dalam lif yang sama dengannya hanya diendahkan. Matanya kekal merenung pintu lif walaupun tiada apa yang menarik perhatiannya di situ.

"Ehem.." Matanya dipejam sekejap sambil leher diregangkan. Buat seketika, matanya merenung tubuh sendiri. Lengan kemeja yang disinsing hingga ke lengan terlihat tidak kemas, malah butang bajunya juga terbuka buatkan collarbone miliknya agak terdedah.

Ini yang Deana tengok tadi and dia boleh duduk diam je? Bukan ke lelaki dikira seksi kalau macamni?

Gumamnya di dalam hati. Dia sikit punya hensem macamni Deana boleh pula berselimut atas katil layan TikTok. Tangannya dikeluarkan dari poket dan jam tangan dikerling. Hari masih awal, jadi kalau dia mesyuarat pun takde lah tengah malam habis. Dia akan pastikan Deana tak tidur malamni.

"Lamanya lif ni.."

Kepalanya berkalih. Oh, ada perempuan dekat sebelah dia rupanya dari tadi. Kepalanya berkalih ke depan semula dan merenung pula ke arah nombor yang tertera di bahagian atas pintu lif. Memang lah lama dah kalau dari tingkat 50 nak turun tingkat bawah. Itupun bagi dia takdelah lama mana. Boleh tahan laju je lif ni.

"Encik duduk hotel ni dengan siapa? Dah ada tempah orang? Saya free."

"Huh?" Dahinya berkerut. Dia bercakap dengan aku?

"Encik dah tempah orang ke belum? Kalau belum saya tengah free." Selamba tangannya dirangkul oleh perempuan itu buatkan ringan sahaja tangan kirinya ingin naik dan menghayunkan tamparan hangat ke pipi perempuan itu namun ditahan.

"Saya tak tempah sesiapa. Tengah honeymoon dengan isteri." Tersentak perempuan itu dan pantas sahaja tangan Jungkook dilepaskan. Tahu dia malu dekat situ. Dah menyesal dengan perbuatan sendiri.

"So-sorry."

Jungkook hanya diam tak membalas. Setelah beberapa minit akhirnya dia kembali ke bilik bersama beg yang berisi laptop miliknya. Deana pula tak kelihatan buatkan Jungkook berjalan terus ke arah meja untuk membuat persediaan.

"Deana." Panggilnya sekali. Ingin tahu keberadaan wanita itu.

"Deana?" Panggilnya lagi dan kali ini dia bangkit dari kerusi. Kakinya melangkah ke arah bilik air namun kelibat isterinya tiada di situ. Dia beralih pula ke pintu yang membawa ke luar di mana balkoni hotel dan juga kolam private bilik yang mereka duduki terletak.

"Deana." Serunya dan kali ini Deana berkalih.

"Ya?"

"Buat apa?"

"Saja ambil angin. Tadi saya tangkap gambar, view dari bilik kita nampak cantik." Deana menelan liur saat terasa pinggangnya dirangkul erat dari belakang. Lama mereka berdua mendiamkan diri, berada di dalam posisi itu dan menikmati angin malam yang sedang meniup lembut.

"Tiba-tiba mengantuk pula bila asyik kena angin luar ni." Tutur Jungkook buatkan Deana tertawa.

"Saya ada coklat, nah." Bungkusan coklat yang sedari tadi sedang berada di dalam genggaman tangannya disua pada Jungkook.

"Makan coklat buat hilang mengantuk. Nah." Tuturnya sambil tangan setia menghulurkan paket coklat ke arah si suami. Namun Jungkook hanya diam buat beberapa ketika.

"Saya nak yang lain."

"Memilih pula, Saya ada yang ini je. Taknak sudah." Belum sempat Deana ingin berkalih, rahang wanita itu ditahan dan pantas bibir merah milik isterinya dicium. Tangan yang tadi sedang memegang paket coklat kini semakin kuat digenggam dan menghasilkan bunyi bising.

Jungkook menjauh setelah beberapa minit dan ketawa nakal terlepas dari bibir apabila terperasankan yang wajah Deana berubah merah. Lagi merah dari apple rasanya. Tubuh wanita itu dikalihkan sepenuhnya agar mereka berdua berhadapan.

Ibu jarinya mengusap perlahan bahagian tepi bibir merah milik wanita itu sebelum naik mengusap pipi yang sedang hangat itu pula. Rambut Deana yang berterbangan menutup muka dialih lembut.

"Awak tunggu saya sampai habis meeting boleh?"

Deana tak menjawab namun kepalanya mengangguk kecil.

"Great. Aaa sebelum saya meeting, nak coklat sikit lagi boleh?" Terbuntang mata Deana dan pantas kepalanya digeleng. Jungkook tersenyum sinis dan diendahkan gelengan kepala Deana. Setelah dia puas 'mengunyah' coklat yang dia inginkan, kaki mengundur ke belakang.

"Awak tidur siap awak."

Deana mengemam bibir. Kalau boleh mahu sahaja dia campak Jungkook ke tingkat bawah sebab dia tengah malu sangat-sangat sekarang. Sejak perasaan lelaki itu lebih jelas, makin tak tahu malu pula dia nak sentuh, nak cium dan sebagainya. Dia pula yang rasa macam baru nak selesa dengan Jungkook.

"Ehem." Deana berdehem perlahan sambil mengalihkan tubuhnya semula, memandang pemandangan malam yang menenuhi ruangan matanya. Buat seketika bayangan ayahnya hingga ke minda. Dia tertanya apa yang ayah dia sedang buat sekarang ini.

"Agaknya bila Deana dah ada anak pun, appa tetap tak boleh terima Deana." Tanpa sedar fikirannya terluah dari mulut buatkan Jungkook yang baru sahaja ingin merapatkan pintu sliding door menghentikan perbuatannya. Matanya naik memandang Deana.

"Appa.. tak sangka aku boleh terlupa aku ada bapa mertua sebenarnya." Gumamnya perlahan. Betul, disebabkan Deana tak berinteraksi dengan keluarganya Jungkook memang terlupa yang Deana sebenarnya ada keluarga dan bukannya anak yatim piatu. Kepalanya digaru.

Why does we have a dad like this?

t o  b e  c o n t i n u e

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro