MDH | THIRTY NINE
"Lepastu?"
Jungkook membetulkan rambut Deana sambil mendengar wanita itu menceritakan masalahnya. Disimpul-simpul rambut wanita itu menggunakan jarinya. Matanya pila fokus menatap wajah Deana dari sisi, memandang isterinya mengunyah makanan sambil mulut sedang bercerita.
"Nak saya bagitahu Yikyung hyung tak pasal ni?"
"Taknaklah. Kalau boleh saya nak elak guna bantuan dia. Benda ni saya tetap kena siapkan dalam minggu ni jugak." Deana melepaskan keluhan berat. Tangan kanannya yang sedang memegang sandwich berehat sekejap di kaunter sebelum kembali menyuap makanan ke dalam mulut.
"Saya boleh tolong awak. Yang penting, waktu makan saya nak awak makan." Deana hanya diam sambil mengunyah makanan di dalam mulut. Namun selepas beberapa saat kunyahannya agak terganggu apabila pipinya yang sedang mengembung dipenuhi makanan terasa dicium.
"Ish, apani." Tegurnya sambil menjauhkan diri dari Jungkook. Orang nak makan dia cium-cium pula. Jungkook ketawa kecil. Namun dia tetap tak mengalah, dari pipi dia beralih pula ke telinga. Deana pula mengerutkan wajahnya tanda dia rimas dengan gangguan lelaki itu.
"Ish, geli." Sikunya menolak tubuh Jungkook supaya menjauh.
"Bagi lah saya chances. Nanti awak nak buat kerja saya tak boleh kacau." Tuturnya dan melabuhkan bibir di leher Deana. Tangannya naik meraih pinggang wanita itu sebelum mengusap perlahan. Lama-kelamaan tangannya hilang disebalik baju.
"Awak sentuh atas lagi, saya taknak bercakap dengan awak." Jungkook tertawa suka apabila Deana memberi amaran padanya.
"Saya dah mandi, awak jangan nak macam-macam." Tambahnya lagi sebelum menyuap suapan yang terakhir. Jungkook menjauh sebelum merenung kesan yang ditinggalkannya di leher Deana. Banyak lah pula.
"Dah tepi, saya nak kemas rumah lepastu buat kerja." Deana bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah sinki. Pinggan dan cawan yang digunakan mereka berdua tadi dibasuh. Kehadiran Jungkook dibelakangnya hanya diendahkan.
"Saya benarkan awak buat kerja paling lewat sampai pukul 12 je. 12 satu minit awak tak berhenti, saya tak bagi awak tidur sampai esok pagi." Deana mendengus. Main ugut-ugut pula.
"Iya."
"Good. Saya naik mandi kejap. Lepas kemas bilik saya turun tolong awak buat kerja." Ujarny sebelum menghadiahkan ciuman ringkas di bibir Deana sebelum beredar dari dapur. Deana pula tersenyum nipis sambil memandang Jungkook yang hilang dari pandangannya.
Mujurlah dia ada suami yang sangat memahami. Sepatutnya dari awal lagi dia ceritakan masalahnya pada Jungkook agar tak jadi salah faham dan pergaduhan antara mereka. Tetapi disebabkan stres dan emosinya tidak stabil, dia hanya mampu fikir untuk kejar masa demi menyiapkan set baru sebelum tarikh yang ditetapkan sahaja.
Deana bergerak ke ruang tamu setelah kerjanya di dapur selesai. Kertas-kertas yang banyak di atas meja yang berada di ruang tamu dikemas. Disebabkan Jungkook tak bagi dia buat kerja duduk bersila sebab taknak dia sakit belakang jadi dia akan berpindah buat kerja di bilik bacaan.
Selalu bilik itu Jungkook sahaja yang guna memandangkan barang-barang di dalam bilik itu semuanya milik Jungkook, jadi dia tak terfikir pun nak guna. Selesai barangnya dipindah, Deana mengemas ruang tamu, menyapu lantai, vakum karpet dan sofa, akhirnya dia duduk sekejap berehat.
"Dah siap kemas bilik?" Soalnya sebaik sahaja terlihat Jungkook sedang menuruni anak tangga. Lelaki itu mengangguk sambil mendekatinya.
"Dah? Jom buat kerja." Deana mengangguk dan menyambut tangan suaminya sebelum mereka berdua melangkah ke arah bilik bacaan. Deana duduk berhadapan dengan monitor manakala Jungkook duduk berhadapan dengannya.
"Ini kertas soalan yang lama. Buku-buku ni pula saya guna untuk buat soalan dalam kertas ni. Saya nak minta tolong awak, cari balik soalan-soalan yang saya dah guna dari buku ni dan tanda. Sebab saya taknak soalan yang sama, terguna dua kali dalam kertas baru."
Jungkook mengangguk tanda dia faham. Susah juga kerja dia sekarang ni. Soalan dalam kertas yang dia sedang pegang sekarang ada dalam 50 soalan. Dan dia perlu cari soalan-soalan tersebut dalam kalangan tiga buah buku tebal yang berada di sebelahnya.
"Awak pula buat apa?"
"Saya kena siapkan soalan untuk listening test." Jungkook mengangguk. Walaupun dia tak berapa faham tapi dia cuba untuk bantu Deana.
"Banyak semua ni awak seorang je ke kena buat?" Soal Jungkook sambil-sambil menyelak buku tebal yang berada di hadapannya.
"Takdelah. Lecturers yang lain ada bahagian diorang sendiri. Sebabnya exam untuk subjek saya mengajar ni ada dua level berbeza. Lepastu ada tiga jenis soalan. Sebabtu banyak sikit kerja bila dah jadi macamni." Jungkook mengangguk faham.
"Saya harap diorang tak buli awak sebab awak pensyarah muda. Kalau diorang buli bagitahu saya." Deana ketawa kecil.
"Takdelah. Diorang semua baik je. Lagipun noona awak satu bilik pensyarah dengan saya. Saya okay je." Balasan Deana mengundang sedikit ketenangan di dada Jungkook. Bermula dengan kebetulan, Deana apply untuk bekerja di universiti dimana abang iparnya bekerja, dan kebetulan berkongsi bilik pensyarah dengan kakaknya, lagi kebetulan bila Ethan merupakan sebab kena semua ini terjadi.
Tanpa Ethan, mungkin sampai sekarang dia masih lagi seorang teman lelaki yang hanya tahu menghabiskan duitnya pada teman wanita tanpa ada rasa ingin menjadikan wanita itu sebagai isteri.
"Awak perasan sesuatu tak?"
"Apa dia?"
"Ethan Caesar."
Deana terdiam. Ya. Ethan Caesar. Sebab utama kenapa dia boleh berada di sini. Sebagai seorang isteri kepada Jeon Jungkook.
"Ya, dah lama Ethan tak muncul." Tuturnya perlahan.
"Awak rindukan dia?"
"Rindu."
"Saya pun rindu dia juga. Sekarang bila buka telefon saya, rasa macam sunyi je. Sebab takde perubahan." Deana tersenyum nipis.
"Tapi itu juga tanda yang awak makin sembuh kan? Awak dah boleh lawan perasaan awak yang akan buatkan Ethan muncul?" Jungkook mengangguk tanda dia setuju. Sejak hari dia berterus-terang tentang kondisinya pada Deana, banyak perubahan yang berlaku. Dia menjadi lebih penyabar, tidak lagi ingin melenting sentiasa bila bekerja, malah dia juga tak rasa stres yang melampau.
"Kalau boleh saya taknak dia hilang. Sebab bagi saya, Ethan tu dah jadi separuh daripada kehidupan saya. Dia yang kuatkan saya bila orang lain tak nampak. Dia muncul untuk sorokkan perangai buruk saya. Dia juga yang buat ramai orang selesa dengan saya."
Deana tekun mendengar.
"Saya pun taknak dia hilang. Sebab dia, kita kenal. Sebab dia juga awak mula terima saya. Sebab dia juga saya belajar sesuatu pasal awak. Saya sayang dia macam mana saya sayang awak. Sebab dia adalah separuh dari diri awak. Suami saya."
"You're right, kalau bukan sebab Ethan, saya takkan duduk dekat depan awak."
We missed you, Ethan Caesar.
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro