MDH | TEN
Disclaimer : I don't know how pregnancy details were calculated in real life so please excuse any illogical issues in this chapter❤️
✨ SELAMAT BERPUASA ✨
m y d u a l i t y h u s b a n d
"Raein, awak okay ke? Muka dengan bibir awak nampak pucat sangat ni." Tegurnya sambil menunduk sedikit untuk melihat wajah pelajarnya.
"Dari kelas pagi tadi lagi Raein tak boleh fokus, Miss Deana." Balas salah seorang yang merupakan kawan kepada Raein. Kepalanya mengangguk tanda dia faham. Ada baiknya kalau dia suruh Raein ke bilik rawatan untuk rehat ataupun pulang saja memandangkan kelasnya merupakan kelas terakhir. Namun masih ada dua jam lagi sebelum kelas tamat.
"Takpe, saya bagi kebenaran untuk dia rehat. Uhm dia datang sendiri ke macam mana?"
"Tak Miss, dia datang dengan boyfriend dia." Deana mengangguk lagi.
"Takpelah, awak boleh temankan dia pergi bilik rawatan ke?"
"Boleh Miss."
Deana melangkah ke depan dewan kuliah semula untuk mengajar semula. Setelah hampir dua jam kuliah berterusan, akhirnya kelas mereka telahpun berakhir. Deana memandang seorang-demi seorang pelajarnya berjalan keluar dari dewan kuliah. Sehinggalah ke pelajar yang terakhir keluar, barulah dia turut keluar untuk mengunci pintu.
"Miss,"
"Eh? Raein. Awak dah okay ke?"
"Uhm, terima kasih bagi saya rehat tadi. Sebenarnya saya rasa macam tak sedap badan je." Deana mengangguk perlahan. Bahu gadis itu diusap sambil tersenyum.
"Saya balik dulu Miss."
"Okay hati-hati ya." Deana mula melangkah menjauhi dewan kuliah untuk ke bilik lecturer yang terletak agak jauh dari dewan tersebut. Sepanjang perjalanan, mindanya terawang-awang mengingati malam dimana Heesoo datang ke rumah ayahnya untuk batalkan dealnya bersama Jenette sebulan yang lepas.
Dan sepanjang tempoh itu juga, Deana dilarang sama sekali untuk jejakkan kaki ke dalam rumah ayahnya sendiri. Sedikit sebanyak Hyunmoo agak terkilan kerana Deana berbohong tentang dirinya yang sudahpun berpunya. Malah gadis itu juga turut menggunakan duit yang dihulurkannya setiap dua bulan untuk melangsaikan hutang Jenette diam-diam.
Tangannya mencapai telefon dan kalendar yang mencatat tarikh periodnya dibuka sebelum direnung. Matanya berkelip beberapa kali saat catatan tersebut kosong hampir seminggu yang lalu dimana sepatutnya tarikh tersebut dirinya bakal datang haid.
"Dah nak masuk dua minggu aku tak period lagi." Gumamnya perlahan sambil menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan. Kunci dewan kuliah disimpan semula sebelum kakinya melangkah ke tempatnya.
"Deana dah habis kelas ke?"
"Dah, unnie. Lepasni saya nak balik dah." Jawabnya sambil tersenyum.
"Laa nak balik terus ke? Baru nak ajak dinner sekali. Malamni unnie dengan family nak makan dekat hotel adik lelaki unnie. Deana boleh je join sekali."
"Ehh takpe unnie takpe. Unnie nak spent time dengan family takkan lah saya yang entah siapa-siapa ni nak sibuk pula." Sedaya-upaya dia menolak dengan sopan agar Jugyeon tak terasa dengannya.
"Deana, Jugyeon, ni saya ada beli mac and cheese dekat kafe. Still panas lagi. Nah." Mereka berdua menerima huluran dari Rose, pensyarah yang turut mengajar bidang yang sama seperti mereka berdua.
Perlahan-lahan Deana membuka penutup makanan tersebut ingin mengambil bau namun lain yang terjadi saat perutnya terasa tak enak serentak dengan tekaknya yang terasa loya. Terus ditutup bekas tersebut dan kakinya berlari anak ke pantri untuk memuntahkan isi perut.
"Eh Deana?! Okay ke tu? Kenapa ni? Makanan unnie beli tu basi ke apa? Jugyeon, cuba bau Deana punya." Kalut Rose bertanya sambil mengusap belakang tubuh Deana bersama dengan perasaan serbasalah yang menggunung.
"Okay je bau dia, biasa je. Deana tak tahan bau cheese ke?" Jugyeon meletakkan semula bekas makanan tersebut dan berlari anak ke pantri untuk menjenguk Deana.
"Tak.. tak unnie, tiba-tiba je Deana rasa loya bila bau cheese tu. Sorry ya unnie."
"No no no no unnie yang kena minta maaf!"
"Deana okay tak? Macam orang mengandung pula Deana ni haih." Soal Jugyeon turut kerisauan.
Duppp!!
"Okay unnie."
Mengandung?
m y d u a l i t y h u s b a n d
"Oh my God."
Pregnancy test yang berada di hadapannya dipandang tak percaya. Dua line yang jelas kelihatan buatkan Deana terasa seakan ingin pengsan. Kepalanya menunduk, memandang perut sendiri.
"Aku mengandung?"
Kepalanya digeleng perlahan. Tangannya naik mengusap perut sendiri. Jadi, kalau betul dia mengandung, bermakna ayah kepada bayi ini adalah Ethan bukan? Lelaki yang tidur bersamanya malam itu ketika mereka berdua sedang mabuk malah sama-sama separuh sedar.
Deana bangkit dari katil sebelum mencapai beg tangan serta kunci keretanya. Segera dia keluar dari rumah dan berlari ke arah lif untuk cepatkan pergerakannya.
Tiba sahaja di destinasi yang bakal memberi jawapan pasti pada persoalannya, Deana terus sahaja mendaftarkan namanya untuk melakukan pemeriksaan. Sementara menunggu gilirannya untuk dipanggil, telefonnya dibuka dan ikon kalendar ditekan.
Tarikh sejak malam tersebut berlalu dikira. Deana mengemam bibir, tak sangka sudah sebulan lebih sejak malam itu berlalu.
"Deana Park."
Telefon disimpan ke dalam beg. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik doktor yang bakal memeriksanya. Kepalanya ditunduk sedikit tanda menyapa doktor wanita yang sedang memandangnya sambil tersenyum.
"Hi, Miss Deana. Saya Doktor Yoon. Selamat berkenalan." Tangannya menyambut tangan Doktor Yoon untuk bersalaman. Namanya turut diberitahu walaupun doktor telah mengetahui namanya. Mereka berdua berbalas senyuman.
"Awak ada ambil test ke sebelum datang hospital?"
"Ada doktor, baru je tadi sebelum datang."
"Maksudnya baru tahu la ni? Uhm, ada alami simptom ke? Loya-loya, sakit kepala, badan rasa lesu, sakit belakang ke?"
"Sebelum ni takde pun. Tapi tadi saya rasa loya sebab terbau mac and cheese yang kawan saya beli." Anggukan dari Doktor Yoon buatkan Deana agak nervous. Nampaknya gaya dia memang macam mengandung je haih.
"Period macam mana?"
"Bulan ni sepatutnya saya datang period dalam minggu lepas. Tapi sampai harini tak period lagi." Sekali lagi Deana menerima anggukan dari si doktor. Saat wanita itu bangun, kepalanya melangut.
"Boleh baring sini. Kita test ultrasound." Dia hanya menurut dan merebahkan tubuhnya di atas katil yang tersedia di ruangan tersebut. Saat langsir ditarik, Deana mula menyelesakan baringnya sambil menyelak baju tika diminta untuk menunjukkan perut. Hampir melincat dia dibuatnya saat terasa sesuatu yang begitu sejuk menyapa perutnya.
"Itu ke baby?"
"Yeahh comel kan? Ni bahagian kepala dia, tapi still tak nampak sangat bentuk dia, dah dah masuk 5-6 minggu baru boleh tengok tangan dengan kaki dia."
Deana hanya diam memerhati skrin yang memaparkan bayi yang masih kecil di dalam perutnya namun dapat dilihat walaupun bentuknya masih belum sempurna.
"Dah nak masuk tiga minggu dah usia baby awak ni berdasarkan rupa bentuk dia."
"Tiga minggu?"
"Hm. Okay, awak duduk dulu. Lepas lap ni buang dalam tong sampah tu." Kepalanya mengangguk faham dan perutnya dilap sehingga bersih kemudian dibuang tisu tersebut ke dalam tong sampah. Kembali ke kerusi yang didudukinya awal tadi, Deana menunggu si doktor untuk kembali.
"Okay, saya akan set check up baby untuk awak kalau awak berminat nak guna khidmat hospital ni." Deana hanya mengangguk tanda dia bersetuju. Lagipun ini adalah hospital yang paling dekat dengan rumahnya.
"Saya nak tanya boleh?"
"Boleh."
"Saya cuma uhm.. doktor tahu one night stand kan?" Tertawa Doktor Yoon dibuatnya mendengar soalan dari Deana.
"Uhm mustahil ke untuk saya mengandung secepat ni walaupun baru buat beberapa kali dalam satu malam?" Soalnya ingin tahu.
"Tak mustahil, ramai yang fikir kalau baru buat sekali risiko nak mengandung tu rendah tapi sebenarnya tak. Proses tu sebenarnya akan jadi lebih cepat kalau kedua-dua pasangan tu tengah dalam keadaan subur. Less than one month tu tak mustahil untuk mengandung walaupun buat sekali je."
Deana menggaru kepala.
Ethan pun tengah subur ke waktu tu?
"Ah okay, saya faham."
"Lepasni boleh ambil result ultrasound dekat kaunter."
"Thanks Doctor."
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro