MDH | SIX
Selesai kasut dibuka, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah ayahnya yang baru sahaja dilawat seminggu yang lepas. Namun kali ini dia datang disebabkan oleh permintaan ayahnya sendiri buatkan Deana agak ternanti-nanti akan sebab ayahnya memintanya untuk datang ke rumah.
Saat matanya mengecam orang-orang yang sedang duduk di ruang tamu, seakan menunggu kehadirannya, bibirnya dikemam. Serta-merta kepalanya terbang mengingati saat dimana dia menujuk chats dari kakak tirinya ketika dia melawat seminggu yang lepas.
Risau kalau sebab dia dipanggil hari ini semuanya sebab ingin bahaskan tentang perkara tersebut. Tengok muka Jenette, boleh tahan cemberut muka wanita itu. Punggungnya dilabuhkan di sofa yang kosong berdepan dengan ibu dan kakak tirinya.
"Ada apa appa suruh Deana datang sini?" Soalnya sambil meletakkan beg tangan di atas riba.
"Jenette." Sepatah Hyunmoo menyebut buatkan anak gadisnya agak tersentak tika namanya disebut oleh ayah dengan nada yang sangat dingin.
"Ak-aku nak kau kahwin dengan anak bos aku." Terkebil-kebil mata Deana dibuatnya untuk beberapa saat, cuma menghadam kata-kata kakak tirinya itu.
"Kahwin? Anak bos? Kenapa pula?" Soalnya masih bertenang.
"Dia ugut aku untuk kahwin dengan dia sebab aku tak bayar hutang-hutang yang aku pinjam dari dia." Deana memejam mata dek hatinya mula terasa panas. Tangannya mula digenggam menjadi penumbuk.
"Habistu duit Deana yang unnie pinjam selamani bukan untuk bayar hutang ke? Setiap kali unnie minta dekat Deana, unnie cakap unnie nak bayar hutang orang?" Soalnya dan Jenette hanya diam membisu.
"Deana taknak. Jangan libatkan De—"
"Aku ada boyfriend! Aku tak boleh kahwin dengan dia!" Potong Jenette buatkan api kemarahan Deana semakin menggelegak.
"Kalau macamtu unnie bayar balik semua hutang dia, apa susah?" Jenette terdiam. Masalahnya bila diminta duit dari Hyunmoo, sikit pun ayahnya itu tak mahu menghulur. Kukunya mula digigit.
"A-aku takde duit nak gan— ah lagipun! Dia cakap kalau aku kahwin dengan dia, semua hutang tu langsai! Tapi aku tak boleh kahwin dengan dia! Aku ada boyfriend!"
"Deana pun ada boyfriend lahh!!" Pintasnya geram dan tanpa sengaja ayat tersebut keluar tanpa dirinya sedar. Deana menelan liur saat dirinya dipandang tak percaya oleh mereka semua termasuk Hyunmoo. Baru saja minggu lepas gadis itu bagitahu dia takde boyfriend, tiba-tiba harini cakap ada boyfriend pula?
"Sejak bila pula kau ada boyfriend ni? Aku tahu kau nak menipu kan? Kahwin je la dengan anak bos Jenette tu, tolong kakak kau ni." Sampuk Marry, ibu tirinya buatkan Deana semakin menyampah dengan mereka berdua.
"Masalahnya sekarang yang berhutang dengan lelaki tu unnie! Bukannya Deana! Kenapa Deana pula yang jadi mangsa keadaan ni?!" Suaranya mula tinggi dek tak tahan dengan situasi yang sedang berlaku.
"Bawa boyfriend kau jumpa aku dalam masa seminggu ni. Kalau takde, kau kahwin."
"Appa?" Tuturnya perlahan tanda tak sangka yang ayahnya turut bersetuju untuk biarkan dirinya kahwin atas dasar ingin menggantikan tempat kakak tirinya. Sebak mula menjengah tika realiti menghempap diri. Lupa, sejak bila pula ayahnya memihak kepadanya bukan? Pasti sahaja lelaki itu tak kisah walaupun dirinya dilayan sebegini rupa.
"So what? Kalau Deana bawa boyfriend Deana jumpa appa, apa yang appa nak buat? Nak bayar hutang yang unnie pinjam dekat lelaki tu? Kalau appa boleh bayar kenapa appa tak bayar sekarang je? Senang."
"Aku tak percaya kau ada boyfriend."
Sejurus itu terus sahaja dia bangkit dari sofa dan berjalan ke arah pintu rumah. Panggilan Ahjumma Ryu turut diabaikan. Kasut disarung kasar dan pantas sahaja Deana berlari anak ke arah keretanya untuk berambus dari situ secepat mungkin.
m y d u a l i t y h u s b a n d
Kepala digelang bersama dengan keluhan yang terlepas dari bibir. Matanya merenung dalam angka wang keluar yang terpapar di skrin Pro Display XDR miliknya sambil menongkat dagu.
"Jungkook, Jungkook. Sampai banyak ni duit kau spend untuk budak tu?" Kepalanya digeleng lagi melihat jumlah wang keluar yang terpapar pada bahagian pemeriksaan baki wang di site online banking milik Jungkook. Macam-macam jenis bayaran yang dibuat oleh lelaki itu semalam.
Hampir muntah Ethan yang melihat.
"Bukan main eh kau, bila aku takde terus kau spend duit Jungkook tak ingat dunia ya?" Bisiknya perlahan dan logout site tersebut dengan hati yang membara. Ini padahnya bila terlalu manjakan perempuan macam Raein tu.
Tok! Tok!
"Come in."
"Tuan Ethan, ada invitation card dari Mercure Ambassador Hotel. Sempena pembukaan Rooftop Kloud diorang yang baru, diorang jemput Tuan untuk hadir malamni." Tutur PA barunya sambil meletakkan kad jemputan tersebut di depannya. Terus sahaja dibuka dan ditilik kad tersebut.
"Okay, thanks. Awak boleh balik awal harini. Dan jangan lupa ya, tolong inform schedule saya setiap hari sebelum pukul 7 pagi okay?" Wanita itu mengangguk faham.
"Saya minta diri dulu." Kepalanya mengangguk perlahan.
Ethan mengeluh lega. Mujur kali ini pembantu peribadinya boleh diharap. Pakaiannya juga kelihatan sopan, malah percakapannya biasa dan tak dikepit. Nampaknya kali ini dia berjaya pilih pekerja yang menepati citarasanya malah berguna buat Jungkook juga.
Sedang dia merenung kad jemputan yang terletak di atas meja, panggilan telefon menyedarkan dirinya dari lamunan. Nama yang tertera di skrin telefonnya buatkan panggilan tersebut dijawab agak lambat kerana berfikir sama ada patut dijawab atau tidak.
"Hello? Siapa ni?"
"Ethan."
"Ouh okay tak—"
"Banyak duit kau spend semalam?"
"Okay bye!!"
Panggilan mati begitu saja. Bibirnya tersenyum sinis. Tahu pun takut bila dengan aku. Dengan Jungkook boleh kau gunakan dia ya? Girlfriend jenis apa kau ni? Ethan bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah ruangan kotnya disangkutkan.
Disarungkan kot tersebut di tubuh sebelum kaki mula melangkah keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah. Disebabkan malam ini dia akan keluar semula untuk ke Mercure Ambassador Hotel jadi ada baiknya dia pulang segera.
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro