MDH | SEVENTEEN
"Kalau awak rasa okay, okaylah."
Deana tersenyum kekok memandang kedua-dua pekerja butik yang sedang menguruskannya. Mereka berdua tersenyum nipis, hanya mengabaikan kekurangan reaksi bakal suami Deana yang sedang duduk berhadapan dengan mereka sambil bersilang kaki.
"Boleh lah tutup tirai tu balik, saya nak tukar baju. Rasanya tak perlu dah nak betulkan apa-apa." Bisik Deana perlahan dan segera salah seorang daripada mereka bertindak menarik tirai setinggi syiling itu agar ruang mereka ditutup semula.
"Mesti nampak saya macam syok sendiri je kan?" Ujar Deana sarkastik ketika mereka berdua sedang membantunya untuk membuka gaun pengantin ditubuhnya agar dia boleh bertukar pakaian.
"Takdelah. Kami pekerja tak layak masuk campur peribadi customers." Deana mengangguk perlahan. Sebagus mana pun pekerja tak masuk campur hal peribadi pelanggan, tapi malu tetap malu kan? Kepalanya digeleng perlahan ingin menyedarkan diri terus berasa rendah diri.
"Dah siap, miss. Kitorang akan buat last finishing harini dan lusa boleh dah dressing team bergerak ke hotel untuk siapkan miss." Kepalanya mengangguk tanda faham. Sebaik sahaja mereka berdua menunduk hormat dan beredar ke belakang bersama gaun miliknya, Deana keluar dari ruangan tersebut.
"Saya dah siap."
"Okay, jom balik."
"Awak nak balik terus ke? Taknak dinner dulu?" Soalnya dan lelaki itu mengerling jam tangannya untuk beberapa seketika. Deana hanya menunggu jawapan dan dah dipesan pada dirinya siap-siap agar tak terasa hati kalau lelaki itu menolak.
"Sempat rasanya. Tapi kita kena cepat sikit. Saya kena pergi hotel." Deana mengemam bibir.
"Kalau macamtu takpelah, hotel awak jauh. Awak pergi la sana terus, saya balik naik teksi." Tuturnya dan lelaki itu memandangnya buat seketika. Dan sekali lagi, sudah dipesan pada dirinya siap-siap agar tak kecewa kalau lelaki itu benar-benar setuju dengan saranannya tadi.
"Okaylah, sorry tak hantar awak balik. Saya pergi dulu, hati-hati." Sebaik sahaja Jungkook keluar dari butik, keluhan berat terlepas.
"Awak tak try pun baju awak." Gumamnya perlahan sambil memandang figura bakal suaminya sedang bergerak ke arah kereta miliknya, ingin meninggalkan kawasan butik. Bibir dikemam perlahan, ingin menahan dirinya agar tak terasa dengan sikap dingin lelaki itu.
Lamunan pendeknya terganggu dek telefon bimbitnya yang datang dari dalam beg tangan berdering. Terus sahaja dicapai untuk melihat nama pemanggil. Terus sahaja diterima panggilan tersebut bersama senyuman yang melebar.
"Sakusa-san!"
"Deana-chan, saya dah sampai Seoul ni."
"Iyaa? Saya tengah ada dekat luar tapi tak drive sendiri. Awak boleh tunggu dekat airport? Saya balik rumah ambil kereta dulu." Soalnya sambil keluar dari butik untuk menahan teksi.
"Deana-chan, saya dah sampai Seoul. Bukan airport lah." Deana terhenti seketika untuk menghadam kata-kata lelaki itu. Selepas beberapa saat dia tertawa dengan kebodohan sendiri.
"Saya ada dekat hotel bakal suami awak. Datanglah sini. Saya belanja awak dinner." Sebaik sahaja dia tahu dimana Sakusa berada, terus sahaja dia memberitahu lokasi tersebut pada pemandu teksi.
"Hotel tu jauh sikit dari tempat saya sekarang, awak tunggu kejap."
"Hm, nanti dah dekat nak sampai telefon tau. Saya turun. Bye~"
Panggilan dimatikan. Kalaulah awal sikit lelaki itu telefon, boleh dia pergi sekali dengan Jungkook memandangkan lelaki itu memang ingin bergerak ke hotelnya tadi. Disebabkan perjalan untuk ke sana mengambil masa hampir 30 minit, Deana melelapkan matanya buat seketika.
"Cik, kita dah sampai." Mata dibuka pantas tika terdengar suara pemandu teksi sedang mengejutnya. Mereka berbalas senyuman sebelum Deana mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya untuk membayar tambang teksi.
"Eh cik, lebih ni."
"Takpe ahjusshi, terima kasih hantar saya." Selesai menunduk hormat, Deana beralih untuk berjalan masuk ke dalam hotel milik Jungkook yang kelihatan begitu sibuk walaupun bukan musim percutian. Deana terlebih dahulu menapak masuk ke restoran di dalam hotel tersebut.
Telefon dikeluarkan dari beg tangan, disebabkan dia tak menelefon Sakusa memandangkan dia tidur dalam teksi tadi, jadi Deana berniat untuk menelefon lelaki itu sekarang. Nombor telefon yang sememangnya sudah berada di atas sekali, ditekan.
"Haa sekejap, saya tengah dalam lift ni. Deana-chan tunggu dekat restaurant sekejap."
Tanpa sempat untuk dia berkata, panggilan sudahpun tamat. Kepala digeleng perlahan. Buat seketika, matanya meliar memandang sekeliling restauran. Besar, luas, cantik dan sangat menyenangkan. Tak sangka, dia berjodoh dengan lelaki sekaya ini. Walaupun pada asalnya hubungan mereka terjalin tanpa sengaja.
"Deana-chan!" Kepalanya terus sahaja berpaling ke arah datangnya suara tersebut menyebut namanya. Tangannya dilambai sambil dia bangun berdiri. Sebaik sahaja mereka berdua akhirnya berdiri berhadapan sesama-sendiri, terus sahaja mereka berpelukan.
"Ah Deana-chan, genki desuka (how are you) ?!"
"Genki desu (I'm fine) ! Sakusa-san, kenapa dah sampai airport tak bagitahu saya?" Soalnya sebaik sahaja mereka berdua duduk.
"Kan awak dah mesej saya yang awak kena try baju kahwin harini? Lagipun saya sampai awal, sempat jalan-jalan dulu tadi." Jawabnya sambil membaca menu.
"Uhm, Bacon Jamm burger with salad please. For the drinks, I'll have coke." Sakusa terlebih dahulu memesan sebelum menutup menu ditangannya. Matanya beralih memandang Deana yang masih lagi memandang menu yang ada.
"Miss?"
"Oh, uhm fish n chip. Dengan watermelon juice. Itu je." Menu dikembalikan sebelum tangannya memeluk tubuh.
"Simplenya makan." Tegur Sakusa.
"Saya takde selera." Deana mengemam bibir. Entahlah kenapa tiba-tiba perasaan dia rasa terganggu. Teringatkan Jungkook ketika mereka berada di butik, serta merta buatkan perasaanya sedih.
"Sak—"
"Deana?" Kepalanya berkalih ke belakang tika namanya disebut. Keningnya terangkat saat terlihat Jungkook sedang berdiri tak jauh di belakangnya. Lelaki itu berjalan mendekati meja mereka berdua dan dengan selamba melabuhkan punggung di sebelah Deana buatkan gadis itu terpaksa berganjak akibat kedudukan mereka yang terlalu rapat.
"Kenapa datang sini tak bagitahu?"
"Saya baru sampai tadi. Ah, kenalkan, ni Sakusa-san. Pakcik saudara saya, adik mendiang eomma." Terkebil-kebil Jungkook memerhati lelaki yang begitu kacak di hadapannya. Pakcik saudara?
"Hajimemashite (nice to meet you), Jungkook-san. Saya, Kiyoomi Sakusa, pakcik saudara Deana-chan." Jungkook menunduk hormat.
"Hajime— apa tadi?" Bisiknya sambil memandang Deana.
"Awak cakap je la macam biasa, dia tahu cakap bahasa korea. Tapi awak panggil dia Kiyoomi, orang Jepun tak guna first name diorang dengan orang baru." Kepalanya berkalih memandang Sakusa semula.
"Saya Jungkook, bakal suami Deana. Selamat berkenalan.. uncle?" Sekali lagi dia berkalih ke arah Deana untuk meminta kepastian.
"Ah saya tak kisah kalau Jungkook-san nak panggil saya Kiyoomi hyung. Saya tua setahun je dari Jungkook-san." Tutur Sakusa bersama senyuman manis. Kepalanya mengangguk kecil tanda faham.
"Awak dah makan ke?"
"Belum, tadi baru habis jumpa clients. Awak makanlah dengan dia, saya nak kena naik ofis." Deana hanya diam, tak mengangguk mahupun menggeleng. Jungkook yang memandang wanita itu terasa serbasalah.
Keluhan kecil terlepas dan selepas beberapa saat, telefon dikeluarkan dari poket seluar untuk memeriksa jadualnya.
"Saya tak free sekarang. Awak spent time dengan Kiyoomi hyung, lepas habis awak naik ofis saya. Saya hantar awak balik." Pesannya sambil memandang Deana mahupun wanita itu tak memandangnya. Matanya mengerling Sakusa yang dilihatnya langsung tak mengambil kisah tentang mereka berdua malah sedang memandang skrin telefonnya.
"Deana."
"Saya dengar."
Sebaik sahaja menerima jawapan dari Deana, terus sahaja dia bangkit sebelum kakinya melangkah meninggalkan mereka berdua tanpa berkalih lagi.
"Deana-chan, jom makan."
t o b e c o n t i n u e
Additional information;
Kiyoomi Sakusa.
Last name / Surname : Kiyoomi
First Name : Sakusa
Mostly in Japan, people call a person by their first name only if they're closed to each other / given a permission.
And people who are not close / stranger, they will call a person by their last name.
Sorry for the late update, saya tengah dalam musim exam 😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro