Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MDH | NINE

"Hi, saya Deana. Saya ada buat appointment dengan Tuan Heesoo harini." Tuturnya bersama senyuman ketika menyatakan hasratnya pada receptionist syarikat kakak tirinya bekerja. Setelah diberi pas istimewa sebagai tetamu, Deana terus sahaja melangkah ke lif dan pas tersebut disentuh pada sensor agar lif dapat bergerak setelah butang nombor ditekan.

"Floor 51~"

Kakinya melangkah keluar dari lif dan berjalan ke arah kaunter receptionist yang menjaga tingkat tersebut. Hasratnya dinyatakan dan selepas beberapa saat dia diiringi wanita itu untuk masuk ke dalam pejabat lelaki yang ingin dijumpainya.

"Miss Deana, silakan duduk." Senyuman lelaki itu dibalas separuh ikhlas. Punggungnya dilabuhkan dan matanya memandang tajam wajah lelaki dihadapannya. Bibir lelaki itu yang sedari tadi asyik tersenyum senget buatkan tangannya terasa ringan mahu merosakkan wajah kacak itu.

"Heesoo-shi, kenapa awak boleh setuju nak kahwin dengan saya?" Tanpa berselindung mahupun ingin memulakan perbualan mereka dengan kata-kata muqaddimah, Deana terus sahaja straight to the point tentang sebab dia ingin berjumpa dengan lelaki yang dikenali sebagai Heesoo.

"Why not? Awak lagi mahal kalau nak dibandingkan dengan hutang Jenette kan?" Giginya diketap sambil tangan menggenggam penumbuk.

"Saya tak ada kena mengena langsung dalam hal ni. Sedap-sedap je awak dengan kakak saya nak deal, jadikan saya sebagai tebusan, dan tanpa persetujuan saya? Heesoo-shi, awak bos company besar, educated, dikenali ramai, mustahil takde otak kan? Tak boleh fikir ke benda ni masuk akal atau tak?" Jarinya menyucuk-nyucuk tepi dahi sendiri, ingin menekankan kata-katanya.

"Garang juga ya Miss Deana ni? I wonder how you'll act when we get married soon." Deana memejam mata.

Tanpa sebarang kata, sampul tebal berwarna coklat dikeluarkan dari begnya. Dihempas sampul tersebut di atas meja milik Heesoo sambil memandang tepat mata lelaki itu. 

"11 million won. 1 million won, upah untuk awak supaya jumpa family saya dan putuskan deal awak dengan Jenette."

Side note ;
1 million won = about 4K myr
11 million won = about 40k myr

"Hardworking betul Miss Deana ni. Do you hate me that much?" Kata-kata lelaki itu hanya dibalas dengan renungan tajam.

"Fine. Saya hargai jasa Miss Deana selesaikan hutang Jenette. But, what if.. dia berhutang dengan saya lagi?" Heesoo menongkat dagu menggunakan belakang tangannya sambil tersenyum mengejek. Dan tanpa sangka, Deana turut melakukan yang sama buatkan dirinya tersentak seketika.

"Fu*k with her, cuz it's not my business."

Terkebil-kebil Heesoo dibuatnya saat ayat tersebut keluar dari bibir merah Deana. Tak sangka, pedas juga kata-kata wanita itu.

"Malamni. Datang rumah parents saya pukul 7. Saya tak nak lengahkan benda ni." Kepalanya terus mengangguk tanpa ada rasa ingin membentah atau ingin mencipta alasan. Matanya menghantar pemergian Deana bersama dengan dada yang berdegup kencang. Kepalanya digeleng perlahan.

"I can't imagine how hard my life would be if I got a wife like her." - Heesoo, 2023

m y  d u a l i t y  h u s b a n d

"Seriously Raein? Awak ambil kad saya waktu saya tidur kelmarin dulu dan belah macamtu je?" Solanya tak percaya dek dapat tahu bahawa black cardnya diambil oleh Raein tanpa diminta malah tak diberitahu walaupun sehari sudah berlalu sejak malam gadis itu datang ke apartmentnya.

"Ss-sorry Jungkook. Sa-saya betul-betul nak guna duit! Sa—"

"Guna duit untuk ajak kawan awak habiskan duit saya ke?" Gadis itu mendiamkan diri. Kepalanya menunduk memandang lantai sambil minda ligat memikirkan cara untuk memujuk lelaki itu agar tak memarahinya. Setelah beberapa minit suasana hening dek tiada di antara mereka yang bersuara, Raein mengangkat kepala.

Rambut Jungkook yang awal tadi jatuh menutup dahi kini sudah berubah menampakkan dahinya buatkan Raein tak dapat menahan diri dari terpegun dengan kekacakkan teman lelakinya. Tambah pula dengan tubuh lelaki itu yang tak berbaju disebabkan dia baru sahaja bangkit dari tidur, buatkan Raein terasa sangat lemah.

Kakinya melangkah merapat sebelum tangannya merangkul leher Jungkook. Kakinya dijengketkan sedikit sebelum matanya ditutup.

"I think you forgot something. I told you that you didn't passed my vibe." Terus sahaja tubuhnya dijauhkan. Matanya merenung wajah Jungkook dalam.

Sejak bila?

Sejak bila Ethan muncul?

"Apa yang jadi tengah jadi ni? Explain." Ujar lelaki itu sambil bergerak ke sofa untuk melabuhkan punggung. Raein menelan liur. Pintu rumah lelaki itu dikerling, memikir untuk melarikan diri.

"Moon Raein."

"Y-ya?"

"Explain."

"J-jungkook.."

"Jungkook?"

"Uhm.."

"Pasal black card dia ke?" Raein memandang Ethan yang kini sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu tersenyum buatkan dirinya agak ketakutan.

"Aku yang bagitahu Jungkook kau ambil black card dia diam-diam."

"Macam mana? Kau bukannya boleh communicate dengan Jungkook pun."

"Raein sayang, apa guna notes dalam phone kalau tak guna? Well aku rasa kau tak tahu kut, aku dengan Jungkook hari-hari buka notes sebab kitorang selalu tinggalkan mesej untuk sesama-sendiri dekat situ."

Ethan bangun dari sofa dan melangkah mendekati Raein buatkan gadis itu berundur ke belakang.

"Berapa banyak kau guna?"

"Ta-tak tahu."

"Boleh bayar balik tak?"

"T-tak."

Raien menepis saat terasa pinggangnya diraba Ethan. Walaupun hakikatnya dia sukar untuk dia menolak disebabkan lelaki yang berada di hadapannya masih Jungkook, wajah, tubuh, suara lelaki itu masih sama namun yang berbeza adalah personaliti mereka.

"Aku boleh saman kau sebab sexually harasses aku!"

Tanpa sempat ingin menghadam situasi yang sedang berlaku, Raein menahan dirinya dari menangis saat Ethan sedang berada di atasnya bersama wajah yang dingin. Kedua belah tangannya ditahan pada sofa buatkan pergerakannya terkunci. Mata dipejam rapat, tak mahu memandang wajah teman lelakinya yang sangat menakutkannya ketika itu.

Suasana jeda untuk beberapa saat.

"Sayang?"

Tubuhnya terasa ringan saat lelaki itu bangun dari terus menindihnya. Perlahan-lahan matanya dibuka, memandang Jungkook yang kelihatan seakan tak faham dengan situasi yang sedang berlaku. Mata mereka bertemu.

"Sa-saya buat ap—"

"I'm sorry tapi kalau awak minta saya bayar balik duit awak, saya tak boleh." Sejurus itu dia bangkit dan berlari keluar dari apartment Jungkook tanpa ada rasa ingin berpaling ketika namanya dilaung tak henti.

"Raein!"

t o  b e  c o n t i n u e

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro