MDH | FOURTEEN
"Encik cari siapa ya?"
"Saya nak jumpa dengan Tuan Hyunmoo. Dia ada dekat rumah ke?" Soalnya sopan dan ketika dibalas dengan anggukan Ahjumma Ryu, Jungkook mengerling ke arah keretanya dimana Deana sedang berada. Saat pintu pagar dibuka, dia melangkah masuk namun sengaja langkahnya diberhentikan.
"Saya tertinggal phone dalam kereta, kejap ya."
"Nanti kamu masuk, tunggu dekat ruang tamu je." Kepalanya diangguk dan sebaik sahaja Ahjumma Ryu masuk ke dalam, kakinya melangkah mendekati kereta dan pintu penumpang dibuka. Wajah Deana yang kelihatan muram buatkan dirinya sedikit sebanyak terganggu.
"Jom."
"Kita balik la Jungkook, saya taknak nanti kita masuk dalam dia terus halau kita kalau dia nampak muka saya." Kata-kata Deana diendahkan dan tangannya memegang tangan wanita itu, mengajaknya untuk masuk. Sebaik sahaja Deana keluar, pintu kereta ditutup dan dikunci. Tangannya disulamkan dengan tangan Deana.
"Siapa yang datang ahjumma?"
"Ada seorang lelaki ni dia nak jumpa dengan tuan. Nampak macam kenal, tapi tak pasti pula saya." Deana merapatkan dirinya dengan Jungkook dan wajahnya disorok di belakang bahu lelaki itu saat terdengar suara ayahnya semakin jelas. Dadanya berdegup semakin kencang ketika ayahnya mula menuruni anak tangga.
Jungkook mengerling ke sebelah kiri, memandang Deana yang semakin rapat dengannya seakan ingin naik ke atas sofa dan bersembunyi di belakang tubuhnya. Tangan Deana yang dipegangnya dieratkan lagi pegangan seakan ingin memberitahu semuanya akan okay.
"Ahjumma, panggil Marry masuk. Jenette dekat mana?"
"Jenette dekat bilik dia tuan, sekejap saya panggil puan dengan Jenette." Hyunmoo mengangguk dan melabuhkan punggung di sofa single yang sememangnya menjadi tempatnya untuk duduk setiap kali meluangkan masa di ruang tamu.
"Jeon Jungkook, betul?" Kepalanya mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata Hyunmoo saat lelaki itu cuba meneka namanya. Mereka berdua berbalas senyum sebelum berkalih ke tangga memandang anak perempuan Hyunmoo, Jenette sedang menuruni anak tangga.
Serentak dengan Marry, isteri kepada Hyunmoo turut masuk dari sliding door rumah mereka. Ahjumma Ryu bergerak ke dapur untuk membawa air dan sedikit manisan untuk dihidangkan pada tetamu.
"Ada apa kamu nak jumpa dengan saya? Rasanya ini first time kita bersua muka." Jungkook mengalihkan kepalanya menghadap ke arah Deana. Ketiga-tiga tuan rumah yang melihat hanya mampu tertanya-tanya siapakah perempuan yang sedang menyembunyikan wajahnya di belakang tubuh Jungkook.
"Deana." Tangannya yang memegang tangan wanita itu ditarik sedikit, tanda isyarat supaya memunculkan diri. Jungkook berkalih memandang Hyunmoo semula. Dan seperti yang dijangka, raut wajah lelaki separuh usia itu mula berubah kelat dek terpandangkan Deana disebelahnya.
"Ahjumma Ryu, saya nak naik dulu. Minta diorang balik sec—" Belum sempat Hyunmoo menghabiskan ayatnya, Jungkook terlebih dahulu berdiri dan memotong kata-kata lelaki itu.
"Saya dengan Deana dah bertunang hari Sabtu minggu lepas. Dan kami akan kahwin awal bulan depan. Saya datang jumpa dengan uncle sebab nak minta restu hu—"
"Aku tak kisah kalau kau nak kahwin dengan dia atau apa-apa sekalipun. Tak perlu susah-susah minta restu aku." Pintas Hyunmoo sambil membelakangi mereka semua. Terdiam Jungkook tak mampu untuk berkata-kata dek tak percaya yang tahap Hyunmoo abaikan anaknya sendiri merupakan setinggi itu.
"Uncle ayah Deana kan? Sepatutnya uncle ambil tahu apa yang anak uncle buat. Bukan layan dia macam orang asing."
"Excuse me, kau sedar tak kau tengah biadap sekarang ni?" Kepalanya berkalih memandang Jenette yang sudahpun berdiri berhampiran dengannya.
"Kau rasa kau layak untuk masuk campur?" Tersentak Jenette dibuatnya memandang wajah dingin Jungkook yang sangat menggerunkan. Kakinya melangkah dua tapak ke belakang dan berkalih dari terus memandang wajah lelaki itu dek ketakutan.
"Ahjumma Ryu, bawa diorang berdua keluar dari rumah ni." Arah Hyunmoo masih lagi membelakangi mereka semua.
Deana bangkit bersama sampul tebal di tangannya dan berjalan melintasi Jungkook. Langkahnya mati ketika dia berada betul-betul di hadapan ayahnya, Hyunmoo. Pandangan maut lelaki itu sedikit pun tak menganggunya malah Deana tetap menatap wajah itu sambil tersenyum pasrah.
"Bank account yang appa buka haritu Deana dah tutup. Ni semua duit yang appa transfer setiap dua bulan dekat Deana termasuk dengan duit yang Deana nak pulangkan haritu." Tangan Hyunmoo dicapai dan diletakkan sampul tebal tersebut di atas telapak tangan lelaki itu. Dengan perasaan yang teragak-agak, tubuh ayahnya dipeluk beberapa saat dan mujur saja dia tak ditolak.
Pelukan dileraikan dan kakinya melangkah berdiri berdekatan dengan Jenette. Wajah kakak tirinya itu dipandang sekejap sebelum matanya melihat lantai.
"Duit yang unnie pinjam dengan Deana selamani unnie tak perlu bayar balik. Tapi Deana harap unnie dah tak minta duit dari Deana lagi." Tuturnya perlahan sebelum berjalan ke arah sofa yang didudukinya tadi untuk mengambil beg tangannya.
Tubuh Ahjumma Ryu didekati dan dipeluk erat wanita separuh abad itu sambil menahan tangisan.
"Terima kasih ahjumma sebab layan Deana macam anak ahjumma sendiri." Bibirnya diketap ketika suara semakin bergetar. Pelukan dileraikan sebelum air matanya dilap. Kertas kecil yang dilipat dua dihulurkan pada wanita separuh abad itu sambil tersenyum.
"Kad kahwin tak siap lagi, so Deana bagi ni. Ada alamat dekat situ, kalau ahjumma free, ahjumma datang ya? Deana tunggu." Sejurus itu tubuhnya berkalih
"Jungkook, jom balik." Ajaknya dan pantas kakinya melangkah keluar dari rumah terlebih dahulu tanpa menunggu Jungkook. Keluhan terlepas dari bibir sebelum kakinya turut melangkah keluar setelah dia menunduk hormat pada mereka semua. Ketika dia semakin hampir dengan kereta, kelibat Deana dicari namun tak kelihatan.
Tangannya ditekup di sekeliling mata saat dirinya menghendap untuk melihat ke dalam kereta di bahagian belakang. Wajahnya dijauhkan dari tingkap dan matanya meliar memandang seluruh kawasan perumahan.
"Deana?"
Perlahan-lahan Jungkook berjalan ke arah belakang kereta dan matanya bekerdip beberapa kali tika terlihat wanita itu sedang menekup wajahnya di lutut sambil menangis teresak-esak. Kakinya melangkah untuk berdiri tepat dihadapan Deana. Lengan wanita itu diraih dan diangkat tubuh Deana supaya berdiri sebelum dibawa ke dalam pelukannya.
Dahinya mula berkerut tika lehernya terasa dipeluk dengan sangat erat buatkan tubuhnya juga terpaksa dibongkokkan sedikit. Tangisan Deana yang teresak-esak bunyinya buatkan Jungkook terasa serbasalah kerana membawa wanita itu berjumpa dengan keluarganya hari ini.
"Masuk kereta, Deana." Tuturnya sambil membuka langkah buatkan Deana terpaksa mengundur. Sebaik sahaja punggungnya selamat dilabuhkan ke seat kereta, terus sahaja Jungkook menutup pintu dan bergerak ke tempat pemandu. Kepalanya berkalih memandang Deana yang menekup wajahnya di lutut.
"Jangan duduk macamtu, kesian baby." Tangannya mencapai lengan Deana dan ditarik perlahan supaya melepaskan kakinya yang dipeluk rapat ke dada. Kaki wanita itu diturunkan dan disandarkan tubuh Deana pada seat. Tali pinggang dipakaikan buat wanita itu sebelum dia mula fokus pada pemanduan.
"Jungkook.."
Kepalanya berkalih sekilas untuk memandang Deana.
"Awak bermalam dekat rumah saya malamni boleh?"
"Huh?"
"Kalau awak tak nak, boleh saya tidur rumah awak?"
"Huh?"
"Dua-dua pun tak boleh?" Kali ini dia hanya diam. Bukan apa, mungkin bagi Ethan tidur di rumah Deana adalah perkara yang paling menggembirakan kerana mereka berdua sememangnya selesa sesama sendiri namun baginya?
Dia masih belum dapat terima Deana sepenuhnya. Baik terhadap wanita itu tak bermakna dia okay atau dah mula rasa suka.
"Kalau macamtu, takpelah. Sorry."
Setelah beberapa belas minit, mereka akhirnya tiba di apartment yang diduduki Deana. Ketika kereta berjaya diparkir, Jungkook berkalih memandang Deana.
"Esok awak pergi kerja ke?"
"Pergi." Balas Deana sambil mengangguk. Kepalanya beralih sambil tangannya membuka pintu kereta untuk keluar. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, tubuhnya ditundukkan sedikit sebelum berkalih untuk menuju ke lif.
"Dia.. tak merajuk kan?"
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro