Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

MDH | FOUR

"Miss Deana." Terus sahaja dia bangkit dari kerusi dan berjalan mengikut wanita yang memanggilnya tadi untuk masuk ke dalam bilik Chairman Seoul International University iaitu tempat dimana dirinya bakal mulakan kisah hidup yang baru sebagai seorang pensyarah.

Tubuhnya ditundukkan buat beberapa saat sambil tersenyum manis. Saat matanya bertemu dengan mata pengerusi terus sahaja pandangannya dilarikan. Dengar kata chairman SU merupakan seorang suami kepada salah seorang pensyarah dalam universiti yang sama.

Dan sepanjang perjalanan dia untuk ke sini pagi tadi, ramai juga yang berpesan agar tak bertentang mata lebih dari tiga saat dengan pengerusi kalau taknak jatuh cinta. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga ada baiknya perkara tersebut dielakkan.

"Selamat pagi, Lee hoejang-nim. Saya Deana Park. Selamat berkenalan." Kini kepalanya ditundukkan sebelum diangkat semula selepas beberapa saat. Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang tersedia di sebelahnya saat lelaki itu menyuruhnya untuk duduk.

"Memandangkan awak datang ke SU sebagai mahasiswi yang tercalon dalam 10 universiti terbaik dari Jepun, jadi saya akan ringkaskan sesi temuduga ni. Just tell me about yourself."

Matanya dikerdip beberapa kali. Santai betul cara pengerusi itu bercakap dengannya buatkan gementar yang terasa sejak malam tadi mula berkurangan.

"Tentang saya?"

"Hm."

"Okay, nama saya Deana Park. Umur 24 tahun, saya sambung belajar dekat Jepun lepas terima tawaran untuk sambung degree dekat luar negara sebab dapat scholarship. Ayah saya Korean American, dan ibu saya pula purely Japanese. Saya ada seorang ibu tiri, dengan kakak tiri. Itu je." Kepalanya cuba untuk tak ditundukkan.

Dalam sesi temuduga, kita tak boleh tunjuk yang kita takut sebabnya orang takkan pandang kita kalau diri kita terlalu takut dan kelihatan tak berani. Jadi Deana cuba sebaik mungkin untuk menegakkan belakangnya supaya tak tubuhnya tak membongkok.

"Interesting, smart girl huh?"

Liur ditelan. Suara pengerusi universiti ni memang kedengaran seakan-akan dia sedang flirt ke? Atau dirinya terlalu gementar sehingga nada seseorang pun tak dapat nak dibezakan dengan betul? Bunyi kertas yang diselak menarik perhatiannya untuk melihat. Mata dikerdip perlahan, merenung pengerusi yang berada dihadapannya tika ini.

Tak dapat dinafikan, sangat kacak.

"Okay, itu je. Awak boleh mula bekerja mulai esok. Harini assistance saya akan tunjuk tempat awak dan bawa awak tour satu bangunan universiti ni dulu. Saya harap awak boleh bagi commitment yang baik. Disebabkan awak muda, lebih kurang sama je umur dengan students dekat sini jadi saya rasa senang untuk awak masuk dengan diorang."

Kepalanya mengangguk laju tanda faham. Sebaik sahaja di berdiri, terus sahaja tubuhnya menunduk hormat 90 darjah sebelum berdiri tegak semula.

"Terima kasih! Saya akan buat yang terbaik!"

Sebaik sahaja menerima anggukan Pengerusi Lee sebagai balasan, tubuhnya dipusingkan sebelum kakinya mula melangkah keluar dari pejabat milik lelaki itu sepantas mungkin. Keluhan lega terlepas saat pintu mula tertutup. Dada diusap perlahan sambil menelan liur, membasahkan tekak yang terasa kering.

"Miss Deana. Saya Mina, saya yang akan guide Miss Deana satu hari ni. Kalau Miss dah bersedia kita boleh mula jalan-jalan satu universiti sekarang." Kepalanya terus mengangguk memandangkan rasa teruja untuk meneroka satu universiti sejak pagi tadi berkumpul di dalam diri sehingga sekarang.

"Ouh, Miss Deana dah sarapan ke? Kalau belum kita boleh pergi kafe dulu." Tangannya serta-merta menyentuh perut.

"Boleh ke? Sebenarnya saya memang tak sempat breakfast pagi tadi." Mina tersenyum sambil mengangguk.

"Mestilah boleh, lagipun Miss Deana kakitangan universiti ni juga. Takde masalah, jom saya teman Miss sarapan dulu." Terus sahaja kakinya melangkah mengikut Mina untuk ke kafe universiti. Sambil-sambil mereka berdua berjalan ke kafe, ramai mahasiswa dan mahasiswi yang memandangnya buatkan Deana terasa segan dek menjadi perhatian ramai.

"Miss Mina nak makan apa-apa ke? Saya boleh belikan."

"Takpe-takpe saya dah sarapan. Miss Deana beli untuk Miss sendiri je."

"Okaylah kalau macamtu, saya pergi beli kejap." Selesai membayar makanannya, terus sahaja Deana berjalan ke arah meja yang diduki Mina untuk menjamu selera.

"Kalau Miss Deana tak kisah, saya nak tanya beberapa soalan boleh ke?" Kepalanya terus mengangguk tanpa ragu. Sambil-sambil mulutnya mengunyah makanan, bibirnya naik mengukir senyuman.

"Miss Deana ambil degree terus ke lepas habis high school?"

"Uhm, saya dapat scholarship untuk sambung degree dekat luar negara. Jadi saya pun ambil je la peluang tu untuk sambung belajar dekat negara ibu saya lahir dan membesar, dekat Jepun." Bibirnya tersenyum lagi. Mina mengangguk faham. Patutlah Deana tampak begitu cantik di matanya.

"Miss Deana dah ada someone special ke?"

"Takde haha! Saya tak pernah bercinta walaupun waktu sekolah dulu." Rambutnya diselit ke belakang telinga. Mina tersenyum manis melihat Deana yang sedang menjamu seleranya. Buat beberapa ketika mereka banyak berkongsi cerita dan serba sedikit tentang pengalaman mereka.

"Betul saya boleh balik?"

"Boleh je Miss. Lagipun esok baru Miss Deana masuk kerja kan? Boleh je balik sekarang." Deana mengerling jam tangannya. Sudah hampir jam 1 tengahari. Hari masih awal baginya memandangkan dia tak ada benda lain yang perlu dibuat harini.

Barang-barang yang ingin dipindah masuk ke dalam rumah barunya semua sudah selesai malam tadi. Malah rumahnya juga sudah siap dikemas memandangkan tak begitu banyak barang miliknya yang dipindahkan.

"Kalau macamtu saya balik dulu lah. Terima kasih banyak-banyak Miss Mina sebab bawa saya jalan-jalan satu universiti. Saya cuba untuk ingat semua tempat yang Miss tunjuk."

"Sama-sama, walaupun kita tak kerap berjumpa dah lepasni memandangkan saya bukan lecturer tapi waktu lunch sama je. Kita boleh makan sama-sama." Deana mengangguk setuju. Disebabkan dia sendiri dah selesa dengan Mina mungkin wanita itu sahaja dia boleh buat kawan pada masa ini.

"Hati-hati balik."

Tangannya melambai perlahan sambil kaki melangkah untuk beredar. Bibirnya naik mengukirkan senyuman saat terserempak dengan beberapa orang lecturers dan keluhan lega terlepas saat semuanya memberikan reaksi yang baik padanya.

Bunyi deringan telefon buatkan tangannya pantas menyeluk sling bag miliknya untuk menjawab panggilan.

"Hel—"

"Baca mesej aku cepat. Aku nak guna duit ni."

Tanpa sempat membalas apa-apa, panggilan sudahpun mati. Keluhan terlepas sebelum ibu jarinya menekan ikon message untuk membaca pesanan yang dihantar oleh kakak tirinya, Jenette. Sebaik sahaja terbaca jumlah wang yang diingini wanita itu, terus sahaja Deana bergegas untuk masuk ke dalam kereta supaya online banking boleh dilakukan.

Pelipis diurut perlahan.

"Biasiswa aku memang la banyak bakinya sebab aku berjimat, tapi bukan untuk bank in dekat kau setiap hari. Banyak benda penting aku nak buat guna duit tu." Gumamnya perlahan. Disebabkan takkan pernah berani untuk menolak jadi membebel sendirian sajalah yang mampu dibuat.

Nasib baik apartment yang didudukinya ketika ini merupakan hasil pembelian ayahnya disebabkan berjaya kembali ke Korea bersama result exam yang cemerlang malah dirinya turut bertuah kerana tak perlu mencari kerja disebabkan tercalon sebagai pelajar yang di suggested oleh universiti mereka untuk bekerja setelah tamat pembelajaran.

Walaupun hubungannya dengan si ayah tak pernah baik mahupun sekali, namun lelaki itu masih menjalankan tanggungjawabnya. Duit tak pernah gagal diberi malah dia cuba sedaya-upaya untuk kurangkan beban Deana walaupun anaknya yang seorang itu tak pernah meminta.

"Okaasan, Deana dah start kerja esok. Deana janji kalau Deana free, Deana balik Jepun."

Notes : Okaasan means mother in japanese

t o  b e  c o n t i n u e

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro