MDH | FIFTEEN
"Deana, kenapa pucat je muka harini? Tak sihat ke?" Deana hanya mampu respon menggunakan senyuman sambil menggeleng dek seharian ini dia tidak ada semangat untuk bercakap dengan siapa pun. Dalam kelas pun digagahkan juga untuk melantangkan suara memandangkan tak ada pilihan lain untuk mengajar.
"Deana betul okay? Jungkook bagitahu noona apa yang jadi semalam." Belakang tubuhnya terasa diusap. Kepalanya mengangguk untuk meyakinkan bahawa dirinya baik sahaja. Jugyeon mengeluh perlahan. Kecewa hatinya mendengar cerita yang Jungkook beritahunya semalam tentang perjumpaan mereka berdua dengan keluarga Deana.
"Sorry unnie. Deana tahu tak bagus bawa masalah dekat rumah sampai ke tempat kerja. Tap—"
"It's okay, unnie faham. Lagi-lagi kalau masalah berat macamni siapa boleh buat-buat tak ada apa kan? Paling-paling pun terlepas sikit emosi tu dekat tempat kerja. Kelas Deana dah habis kan? Lepas lunch nanti takde dah?"
"Takde, unnie."
"Kalau macamtu boleh lah balik awal. Meeting harini diorang postpones so Deana boleh balik terus." Kepalanya diangguk perlahan. Sebaik sahaja Jugyeon menjauh, kerjanya disambung semula dengan kepala yang masih terasa berat.
"Deana nah, minum ni." Kepalanya diangkat semula dan bibirnya naik mengukir senyuman melihat secawan kopi yang dibawa oleh Jugyeon buatnya. Baik hati sungguh kakak si Jungkook ni. Huluran tersebut diterima dan diteguk perlahan kopi tersebut sebelum tersenyum.
"Thanks, unnie."
m y d u a l i t y h u s b a n d
Jungkook bangkit dari katil saat terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka. Terus sahaja dia berjalan ke luar bilik untuk melihat siapakah yang datang. Di fikiran, dia terfikirkan Deana namun tahukah wanita itu tentang apartmentnya?
"Raein." Terluah nama tersebut di bibir tika terlihat bekas teman wanitanya sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Kakinya melangkah mendekati Raein sebelum punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu.
"Buat apa datang sini?"
"Saja, nak tahu perkembangan awak."
"Saya dah nak kahwin Ahad ni." Tersentak bahunya apabila terdengar bunyi sofa ditepuk. Kepalanya berkalih, ternyata Raein yang menepuk sofa bersama wajah tak puas hati sambil mata sedang merenungnya.
"KAHWIN?! Mind to explain?!"
"Buat apa nak explain? Kita bukannya ada apa-apa hubungan lagi dah. Ikut suka saya la nak buat apa pun." Dahinya berkerut bila Raein tiba-tiba mencengkam tangannya kuat sambil memandangnya tak puas hati.
"Siapa? Siapa perempuan yang berani ambil tempat saya hah?! Apa yang special sangat dia tu sampai nak kahwin?! Dengan saya takde pula awak ajak kahwin?!" Jungkook menepis tangan gadis itu dari terus memegangnya.
"Perlu ke awak tahu? Dan sejak bila dia curi tempat awak pula? Awak tak ingat ke awak yang nak break dengan saya?" Tenungan maut gadis di sebelahnya hanya diendahkan. Tak ada benda yang perlu dia takutkan. Raein sendiri yang minta berpisah jadi apa masalah untuk dia berkahwin dengan orang lain kan?
"Ethan." Kepalanya berkalih.
"Ni mesti kerja personaliti tak guna awak tu kan?! Mesti dia yang plan semua ni sebabtu dia layan saya macam sampah sebab nak kita putus!" Terus sahaja dia bangun dari sofa dan memandang Raein dengan pandangan tajam.
"Keluar."
"What?"
"Keluar dari rumah aku sekarang."
Tersentak Raein dibuatnya bila terdengar nada serta cara percakapan Jungkook mula berubah. Malah lelaki itu turut mengubah cara dia membahasakan dirinya bermakna yang berada di hadapannya ketika ini adalah Ethan. Terus sahaja beg tangan dicapai dan kakinya berlari keluar dari rumah Jungkook bersama perasaan marah serta geram.
"She's sucks." Rambutnya disebak ke belakang. Entah apa yang diborakkan gadis itu dengan Jungkook sampai berani cakap yang bukan-bukan tentang dirinya. Kakinya melangkah ke bilik untuk menukar pakaian. Sebaik sahaja siap, terus sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah.
Sambil-sambil berjalan menuju ke arah kereta setelah keluar dari lif, sibuk tangannya membuka telefon sebelum nombor seseorang didail.
"Deana. Ethan ni."
"Ya? Kenapa call saya malam-malam ni?"
"Awak dah tidur ke?"
"Belum lagi. Saya baru lepas makan ubat. Sakit kepala dari semalam tak hilang."
Pintu kereta ditutup sebelum enjin kereta dihidupkan. Kiri kanan dipandang sebelum keretanya mula bergerak keluar dari parkir.
"Jangan tidur lagi. Saya on the way pergi rumah awak."
"Oh? Aaa okayy, saya tunggu."
m y d u a l i t y h u s b a n d
"Feel good huh?"
"Uhm pandai awak mengurut." Pujian dari Deana buatkan bibirnya tersengih semakin lebar. Urutannya terhenti saat wanita itu bangkit dari terus berbaring di ribanya. Tika Deana sedang betulkan rambut, matanya tak lepas memerhati.
"Awak datang bukan sebab nak tolong urut kepala saya je kan? Ada apa sebenarnya?" Terus sahaja dia kembali fokus dari terus merenung Deana. Kecantikkan wanita itu benar-benar membawa mindanya melayang entah ke mana.
"Takde apa pun. Saja datang sebab rindu." Sejurus itu terus sahaja dia menarik leher Deana untuk memeluk wanita itu. Matanya terpejam tika terbau wangian yang datang dari rambut Deana.
"Awak dengan Jungkook okay ke?"
"Uhm tak tahulah nak cakap macam mana. Kadang-kadang dia okay dengan saya, kadang-kadang macam tak okay." Ethan ketawa perlahan. Pastinya Jungkook masih kekok dengan Deana disebabkan hubungan mereka yang terlalu tiba-tiba.
"Dia temankan awak pergi checkups tak?"
"Ouh ya, yang ni tak pernah miss. Saya rasa terharu pula sebab dia ambil berat pasal baby."
Tubuh mereka dijauhkan sedikit untuk memandang wajah Deana. Tak sangka yang cinta pandang pertamanya bakal membawa kepada perkahwinan. Pipi Deana disentuhnya lembut.
"It's kinda epic you know?"
"About what?" Keningnya terangkat tanda ingin tahu.
"It's easy to differentiate between you and him." Matanya bekerdip. Senang Deana kata? Kalau ditanya berapa lama pekerja-pekerja dia dekat hotel dengan kafe nak kenal dia dengan Jungkook macam mana confirm takde siapa yang cakap sekejap sebab semua ambil masa yang lama untuk kenal mana satu Jungkook dan mana satu Ethan.
"So which one is your favourite?" Deana menggeleng perlahan.
"Saya taknak memilih. Awak, personaliti yang saya suka dan Jungkook pula lelaki yang rela bertanggungjawab untuk baby yang kalau ikutkan 'bukan' anak dia. Awak faham kan maksud saya?" Kepalanya mengangguk. Tapi apapun Ethan tetap berbangga kerana Deana menyukainya.
"Selfish lah saya kalau saya pilih awak dan bukan Jungkook. Deny lah macam mana pun, Jungkook adalah awak dan awak adalah Jungkook. And saya tak kisah pun kalau dia still tak boleh terima saya sepenuhnya." Ethan tersenyum nipis.
Ya pasti sahaja Jungkook sukar untuk menerima Deana senang-senang begitu sahaja. Lelaki itu bersetuju untuk kahwin dengan Deana pun dah cukup baik jadi tak perlulah memaksa lelaki itu untuk melulu sukakan wanita di hadapannya.
"Might sounds crazy but I wished to live longer until our last breath. Manalah tahu, mungkin Jungkook akan sihat dan saya takkan muncul lagi dah."
Tersentak Deana dibuatnya sehinggakan tak mampu memberi sebarang reaksi mahupun balasan buat kata-kata tersebut.
"Deana."
"Yea?"
"Can I have you tonight?"
Mereka berdua menelan liur sambil menatap sesama sendiri. Berkerdip resah mata Deana tika Ethan semakin lama semakin mendekat. Pantas sahaja kelopak matanya dipejam. Dahi mulai berkerut ketika resah menunggu bibirnya untuk disapa.
Ethan merenung wajah Deana sambil tersenyum. Wajah mereka semakin mendekat dan matanya turut dipejamkan. Namun selepas beberapa saat pantas matanya dibuka dan wajahnya serta merta dijauhkan.
Huh?
Matanya memandang Deana yang sedang memejam mata seakan menunggu sesuatu. Matanya jatuh memandang tangannya yang tanpa sedar sedang memeluk erat pinggang wanita di hadapannya.
Ethan dengan Deana, apa diorang berdua nak buat sebenarnya ni?
"Are you teasing me right now? You said that you wanted me tonight?" Gumam Deana bersama mata yang masih terpejam. Jungkook yang mendengar terasa seakan ingin luruh saja jantungnya. Namun selepas beberapa saat merenung Deana, wajahnya didekatkan.
Matanya turut dipejam sebelum bibirnya dilagakan dengan bibir Deana.
Sekejap,
This is not Ethan.
GAHH!!!
RIP my life.
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro