MDH | ELEVEN
"Let's breakup."
"Kenapa?"
"Uhm. Saya tak kisah langsung yang awak ada dua personaliti ke apa tapi masalahnya sekarang ni Ethan. Dia ganas."
"Apa yang dia buat dekat awak?"
"Whenever we're about to kiss, he appeared and says 'you didn't passed my vibe'."
Jungkook mengeluh. Tak sangka banyak rahsia yang Raein simpan.
"Sejak kejadian malam tu saya dah fikir masak-masak. Saya tak nak teruskan hubungan ni dengan awak lagi. Saya taknak kena—"
"Saya akan pastikan Ethan tak gangg—"
"Macam mana Jungkook?! Macam mana awak nak yakinkan saya yang saya boleh selamat?! Awak ingat ke atau awak tahu ke apa yang Ethan buat?! Tak kan?!" Tangannya direntap kasar. Kakinya melangkah untuk keluar dari bilik ingin meninggalkan Jungkook bersendirian.
"Tapi walau apa pun yang jadi Ethan tu tetap saya juga, Raein."
Langkahnya mati.
"Ouh jadi awak nak cakap yang seganas mana pun Ethan tu layan saya sampai hampir nak rogol saya, saya kena terima lah?! Sebab apa? Sebab dia adalah awak macamtu?!" Marahnya lagi buatkan Jungkook terasa hati. Rogol? Sejauh itukah cara Ethan ingin menyakiti Raein?
"Awak tahu tak betapa sakitnya kepala saya lepas dapat tahu yang awak ni ada dua personaliti? Saya tak suka lah bila lelaki tak guna tu muncul, ikut suka hati dia je nak control life saya!"
Jungkook memandang Raein.
"Tak habis-habis berlagak cakap yang saya ni tak passed vibe dia lah apa lah, dia ingat dia perfect sangat ke? Orang lain punya personaliti takde lah kerek macam awak punya. Dia fikir dia siapa nak judge saya? It's not like I'm dating him though."
"But he is me, Raein." Tuturnya perlahan dengan perasaan kecewa. Dia tahu ramai yang tak selesa dengan personalitinya yang satu lagi tapi dia tetap dia.
Suasana jeda buat seketika.
"Dah la Jungkook, saya balik dulu. Pesan banyak-banyak dekat Ethan, jangan nak memilih sangat."
"Raein."
BUMM!!
m y d u a l i t y h u s b a n d
"Maaf," bahu gadis yang sedang berada di hadapannya disentuh.
"Ya?"
Mereka berdua berbalas pandangan. Deana mengukirkan senyumannya tika gadis yang ditegurnya merupakan gadis yang sama bekerja di hotel dia meluangkan malam bersama dengan Ethan.
"Eh? Awak ni.."
"Uhm malam celebration Rooftop Kloud."
"Ah ya! Girlfriend Tuan Ethan!" Deana segera menggeleng buatkan gadis itu mengerutkan dahinya. Kenapa pula bukan?
"Saya Deana, awak?"
"Saya Hanee."
"Okay Hanee, saya nak cakap dengan awak sekejap? Kita pergi kafe tu dulu?" Deana mengeluh lega saat pelawaannya tak ditolak. Disebabkan gadis ini kenal akan siapa Ethan, jadi dia ada benda yang ingin ditanya.
"Uhm tak sangka boleh terserempak dekat sini. Miss Deana sihat?"
"Sihat. Sebenarnya.. saya ada benda nak minta tolong awak. Saya akan explain dekat awak apa yang terjadi dan saya harap awak tak bagitahu sesiapa pun pasal ni." Gadis itu mengangguk.
"Sebenarnya, malam dekat hotel tu, saya terlanjur dengan Ethan."
"Whaaaaatt?? Maksud awak, awak bukan girlfriend Tuan Ethan ke?" Mulutnya ditekup. Deana mengeluh perlahan sambil mengangguk. Kenal Ethan tu siapa pun tidak.
"Sejak malam tu saya tak jumpa dah dia dekat mana-mana." Hanee mengangguk, tekun mendengar.
"Uhm, semalam saya pergi buat checkup, ini resultnya." Gambar ultrasound bayi yang sedang dikandungnya ditunjukkan pada gadis itu sebagai bukti.
"Wahhhh awak mengandung?" Deana memandang Hanee yang sedang merenung ultrasound yang dihulurkannya tadi. Bibir tersenyum nipis.
"Uhm sekarang saya nak minta tolong awak."
"Nak minta tolong apa tu?"
"Saya nak cari Ethan Caesar. Awak boleh tolong saya?"
m y d u a l i t y h u s b a n d
"Ya? Cari siapa?"
"Anyeonghasaeyo, betul ke ni rumah Ethan Caesar? Uhm saya Deana. Kawan dia."
"Ya, betul-betul. Masuklah." Pagar automatiknya dibukakan untuk Deana dan wanita itu berjalan masuk untuk menyapa si tuan rumah, Ilhwa.
"Masuklah. Duduk dulu, biar auntie buat air."
"Ah takpe-takpe. Saya datang sekejap je." Ilhwa mengangguk perlahan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Deana. Ditilik wanita itu dari atas hingga bawah. Sejak bila pula Ethan ada kawan perempuan secantik ini?
"Ethan tak ada sebenarnya, di—"
"Noona! Macam mana nak tukar pampers Haru ni?!" Jeritan anak lelakinya mematikan bicaranya bersama Deana. Terus sahaja mereka berdua berkalih memandang ke arah tangga di mana lelaki itu sedang menuruni anak tangga sambil mendukung Haru, anak saudaranya.
"Eomma, mana noona?"
"Dia dekat belakang, angkat baju."
"Si— oh, maaf saya tak perasan." Terus sahaja dia menunduk hormat tika terperasankan seseorang yang sedang duduk di sebelah ibunya. Buat malu je terjerit dari atas tadi.
"Eomma macam mana na—"
"Ethan?"
Suasana jeda.
"Eh? Deana?"
"Jugyeon unnie?"
"Deana kenal anak perempuan auntie juga?" Deana berkalih memandang Ilhwa semula untuk menjawab pertanyaan wanita itu namun matanya terpandangkan seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Terus sahaja terbuntang matanya melihat lelaki yang dikenalinya.
"Lee hoejang-nim?!"
Apakah yang sedang berlaku?
"Deana kenal menantu auntie juga?"
"Hu-huh? Menantu?" Terus sahaja Deana berkalih memandang Jugyeon yang sedang mendukung bayi yang didukung oleh Ethan awal tadi. Selepas beberapa saat kepalanya berkalih memandang Lee hoejang-nim semula.
"Jugyeon unnie, isteri Lee hoejang-nim? Dan Ethan, adik Jugyeon unnie?" Gumamnya perlahan namun dapat didengari oleh mereka semua. Jungkook yang terdengar Deana menyebut nama Ethan buatkan dirinya seakan terusik.
"Ikut saya." Tangan Deana dipegangnya dan ditarik wanita itu agar mengikutnya naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam biliknya, pintu ditutup semula.
"Saya tak sangka pula awak adik Jugyeon unnie. Lain betul nama awak de—"
"Saya Jeon Jungkook."
"Uh?" Keliru Deana dibuatnya tatkala lelaki yang dikenalinya sebagai Ethan Caesar mengenalkan diri sebagai Jeon Jungkook. Adakah lelaki itu tahu yang hari ini bakal tiba? Dimana dia akan datang untuk menyampaikan berita tentang kandungannya? Adakah lelaki itu memilih untuk berbohong sebab tak mahu bertanggungjawab?
"Ethan Caesar yang awal kenal, dia personaliti saya yang lain." Tangan Deana ditarik lagi supaya melabuhkan punggung di katil.
"Maksud awak?"
"Saya pesakit DID. Saya rasa awak tahu penyakit tu macam mana." Deana mengangguk perlahan memandangkan penyakit tersebut tak asing buat mereka malah tak asing juga buat sesiapa pun di dalam dunia ini. Jadi, Ethan Caesar yang dikenalinya adalah Jeon Jungkook?
"Ada apa awak datang cari Ethan?"
"Ah-uhh uhm.."
Jungkook memerhati. Dah kenapa tiba-tiba resah pula?
"S-saya mengandung anak Ethan ber-bermaksud, saya mengandung anak awak."
"Huh?"
"MENGANDUNG?!!" serentak mereka berdua berkalih ke arah pintu bilik saat terdengar jeritan dari luar. Segera Jungkook bangkit dan pintu biliknya dikuak.
"Noona? Eomma? Hyung?"
t o b e c o n t i n u e
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro