xviii. last gift
9:22a.m
Jumunjin Beach,
210, Jumunbuk-ro,
Gangneung-si,
Gangwon-do.
Setelah berjalan di pantai hampir 10 minit, kami mengambil masa rehat sambil memakan kek beras pedas panas yang baru sahaja dibeli. Entah kenapa, tiba-tiba terasa risau. Terasa mulut ini gatal ingin menanyakan persoalan pada Jungkook.
"Kau janji takkan tinggalkan aku?" Aku merenung sisi wajah Jungkook lembut. "Aku tak berani berjanji. Kalau kematian memisahkan kita, aku tak boleh halang." Kata-kata Jungkook menarik perhatian aku untuk merenungnya dalam ekspresi yang pelik.
"Gurau je lah." Jungkook merangkul bahuku bersama tawa halusnya. "Angkat rambut." Jungkook tiba-tiba mengarah. Dia tidak mahu aku sangsi, dia mengangkat loket yang dipegangnya.
"Loket yang aku beli dahulu, sebenarnya untuk kau." Dia menapak ke belakangku. Rambut paras bahuku diselak ketepi sebelum dia memakaikan aku loket tersebut. Panjangnya cantik, tepat pada dada aku.
"Sentiasa ingatkan aku, tahu?" Suaranya semakin perlahan dan kedengaran agak sayu. Aku tidak mahu kesedihan menyelubungi kami berdua. Dia kemudiannya duduk disebelah aku lalu merehatkan kepalanya pada riba aku.
"Rehatkan mata sekejap. Nanti bangunkan, ya?" Matanya mula tertutup rapat. Sesaat kemudian aku menyentuh wajahnya yang sedang nyenyak tidur. Hatiku berkutik untuk mengucupnya dalam senyap.
"Jungkook?" Saat itu aku sedikit panik dan terkejut. Bibirnya sejuk, tangannya juga seperti ais. Takut kurang pasti, jari telunjuk diletakkan di bawah hidungnya untuk mengesan hembusan nafas tetapi tiada. Dadanya tidak bergerak mahupun bunyi degupan jantung.
Tidak tahu ingin membuat apa lagi, aku menelefon ambulans sebelum menelefon Hyunjin.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro