Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

xix. secret

10:04p.m
Emergency Ward,
Gangneung Asan Hospital,
Gangneung-si,
Gangwon-do.

Air mata yang mengalir daripada pipi sudah kering kerana lama menunggu di hadapan wad kecemasan. Ingin menangis lagi pun, hati dan fikiran rasa kosong. Apa yang aku mahukan hanyalah keselamatan Jungkook.

"Jihye, kau okey?" Jimin cuba mendekati aku. Sedari tadi, dia cuba untuk menenangkan aku dan mengharapkan yang terbaik untuk Jungkook. "Tak, Jimin. Aku tak okey." Setelah beberapa ketika aku membalas ringkas.

Selang seminit, pintu wad kecemasan terbuka. Seorang doktor bersama kot doktornya keluar bersama riak wajah yang sukar dijelaskan. Entah berita baik atau berita buruk, aku harap tiada apa yang terjadi.

"Kalian semua keluarga Encik Jeon?" Doktor tersebut bertanya. Tanpa teragak-agak, aku dan abang Jungkook yang lain hanya mengangguk laju. "Maaf..."

Mendengar sahaja perkataan itu, aku sudah terduduk di atas kerusi menunggu di hadapan wad kecemasan itu. Lemahnya lutut tidak terhingga. Rasa hati berkecai kepada serpihan halus yang tidak mampu diperbaiki semula.

"...Encik Jeon menderita penyakit Pneumonia atau radang paru-paru yang sangat kritikal. Malangnya, kami mendapati bahawa Encik Jeon sudah meninggal dunia. Kami tidak mampu membantu lebih." Doktor tersebut mengalihkan pandangannya ke arah aku yang terduduk kaku.

"Cik, saya jumpai ini pada pakaian Encik Jeon yang ditujukan kepada Nam Jihye." Sehelai surat yang hampir remuk singgah pada telapak tanganku. Menggeletar tanganku sewaktu ingin mencapainya. Doktor itu menepuk bahu aku sebelum berlalu pergi.

Aku memandang abang Jungkook dan Hyunjin. Mereka tidak terkejut mahupun mengalirkan air mata, malah seperti mereka tahu bahawa Jungkook akan pergi hari ini dan mereka sudah rela.

"Kalian tahu, kan?" Masih menunduk, aku mengalirkan air mata yang tidak mampu ditampung lagi. "Kenapa kalian tak beritahu aku? Kenapa dia tak beritahu aku?!" Wajah ditekap. Bahuku terhinjut-hinjut menahan esak tangis agar tidak terlalu kedengaran.

"Maaf Jihye. Dia paksa kami untuk sembunyikannya." Namjoon menerangkan situasi yang mereka hadapi selama ini. Mereka terikat antara jujur kepada aku atau menepati janji sebagai seorang kawan baik.

Ya Tuhan, Jungkook. Kenapa kau rahsiakan semua ini daripada aku?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro