Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

iv. brother

8:43p.m
Home.

Aku menghempaskan badan sepenuhnya ke atas sofa panjang di ruang tamu. Mata dipejam; cuba merasakan kenikmatan berehat seketika selepas penat pulang daripada kerja.

"Nama diberi, Jeon Jungkook."

Daripada tadi, otak asyik terngiang-ngiang suara lunaknya. Bagaikan dia masih berada di sebelahku. Jeon Jungkook, awalnya seorang lelaki misteri yang cuba mengikuti aku dengan sebab yang aku sendiri tidak tahu.

Tangan kanan aku ditenung seketika sebelum digenggam kemas. Hangat tangannya masih terasa, cukup untuk memberikan keselesaan pada diri. Ah, mungkin kerana aku sudah lama menunggu di stesen dan terasa sejuk. Macam-macam sahajalah kau, Jihye.

"Kakakkkk" suara seseorang merengek menerjah gegendang telingaku. Aku serta merta terduduk memandang sekeliling; melihat adik aku sedang menghampiri sofa. Sejurus sahaja dia melabuhkan punggung disebelahku, badannya aku sentuh. Dahinya masih panas, habis berpeluh sampai basah hujung rambut di bahagian dahinya.

"Hyunjin, meh sini." Aku mendepakan tangan lalu menerima pelukan hangat daripada adikku. Bila dia sakit ni, mulalah manja semacam. Lepas sihat terus menjarakkan diri. Takut aku sebut-sebut perangai dia sewaktu demam lah tu.

"Makanan yang akak pesan Makcik Won beli dah makan?" Dahi dan lehernya aku lap menggunakan tisu basah. Berpeluh sangat dia ni. Macam teruk sahaja demam dia hari demi hari. Kalau susah sangat, esok aku hantarlah ke klinik.

"Sudah." Suaranya sayu tidak bermaya. Matanya yang asyik terpejam daripada tadi kini terbuka sedikit. "Esok pergi klinik eh? Akak ambil cuti. Teruk sangat ni." Rambutnya aku usap perlahan. Hyunjin hanya mengangguk lemah kerana tidak berdaya untuk melawan. Kalau tidak teruk sakit dia ni, habis dia bantah semahu-mahunya.

"Pergi naik tidur. Rehat eh?" Hyunjin berdiri lalu berjalan longlai ke tangga. Disebabkan aku risau, aku turut memimpin dia ke atas. Takut jatuh tangga kang naya aku. Selepas Hyunjin masuk tidur, aku terus mencapai telefon bimbit. Aku perlu memberitahu pengurus yang aku perlukan cuti esok.

.

maaf alamat rumah Jihye ialah sulit keke

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro