❤︎𝓢𝓮𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼
"Saya...suka awak.",Felix akhirnya berjaya meluahkan perasaannya.
Sohee tergamam.Dia tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi ketika itu dan pada masa itu juga,pipinya terasa panas.Jantungnya juga berdegup kencang seolah-olah baru selesai berlari sekeliling kampung.
Hyunjin yang tadi hanya menjadi pemerhati,sudah melompat kegembiraan di dalam rumahnya.
"Awak suka saya?",tanya Felix untuk mendapatkan jawapan.
Sohee perlahan-lahan mengukirkan senyuman lalu mengangguk perlahan.Pandangannya juga ditundukkan.
"Okaylah...bye!",ucap Felix sambil menutup mukanya lalu berlari meninggalkan Sohee.
Sohee hanya tergelak kecil melihat gelagat Felix yang sedang malu-malu kucing itu.Sohee memandang gitar dan mengeluh perlahan lalu mengambil gitar tadi untuk dibawa masuk.
"Sohee...biar saya ambik gitar tu.",kata Hyunjin yang datang dari belakang pintu rumahnya.
"Ouh...nah.",hulur Sohee dan Hyunjin mengambil gitar tadi dari tangan Sohee.
"Jaga Felix elok-elok tau.",pesan Hyunjin sebelum berlari kecil masuk ke dalam rumahnya.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Malam itu,
Jackson dan Felix duduk bersebelahan di atas sofa namun tiada sebarang perbualan antara mereka.Antara sebabnya ialah,dua beradik itu sama-sama angau dengan dunia masing-masing.
Jackson mengenang semula kejadian di kandang biri-biri petang tadi.Dari mata Suzy hinggalah senyuman yang gadis itu ukirkankan,semuanya terlalu sempurna bagi Jackson.Sedang berangan,Jackson tersentak sendiri apabila wajah Encik Hwang mula singgah di fikirannya.
"Fuh...seramm.",Jackson mengurut dadanya lalu memandang Felix yang masih tersenyum sendiri di sebelahnya.
"Woi,Felix...kau kenapa?",tanya Jackson sambil memukul bahu adiknya.
"Lix tengah membayangkan masa depan Lix dengan Sohee ni...",beritahu Felix.
"Seriuslah? Kau dah bercinta ke dengan Sohee? Sejak bila? Macam mana kau confess?", bertalu-talu soalan yang diajukan Jackson.
Felix membetulkan kedudukannya sebelum memberitahu Jackson.
"Lix bagitahu yang Lix suka dia...pastu Lix tanyalah dia semula..",beritahu Felix dan Jackson hanya diam menunggu adiknya meneruskan kata.
"Dia pun suka Lix...ehek.",sambung Felix lalu menutup mukanya dengan bantal.
"Kan aku pernah cakap sebelum ni,cara simple lagi senang...",ujar Jackson namun tidak diendahkan Felix yang masih lagi menutup mukanya.
"Dahlah kau...aku nak masuk tidur dulu.",kata Jackson lalu menolak badan Felix.Menyampah pula bila melihat adiknya menggedik begitu.
"Eh Hyung! Lupa nak tanya,petang tadi Hyung pergi mana?",tanya Felix.
"Kerja dengan bakal bapa mertua...",jawab Jackson pendek sebelum menutup pintu biliknya.
Felix mengerutkan dahi mendengar jawapan Jackson.Bakal bapa mertua? Sejak bila pula abangnya itu sudah berpunya?
"Ah biar dialah...baik aku call Hyunjin,mintak tips.",gumamnya sendirian lalu mendail nombor Hyunjin.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix menunggu Hyunjin menampakkan batang hidung.Tidak lama kemudian,Hyunjin membuka pintu belakang rumahnya.
"Gwangyeja oe churipgeumji yeogin Back Door~~~ gwangyeja oe churipgeumji yeogin Back Door~~~"
Hyunjin menyanyi sambil menari menuju ke arah Felix yang sudah pun menunggu di depan pintu dapurnya.
"Hey,you wanna come in?",tanya Hyunjin sambil tersenyum ke arah Felix.
"Merepek lah kau...aku tunggu lima minit kat sini,kau pergi mana?",marah Felix.
"Aku pergi berak...lupa nak bagitahu kau.",beritahu Hyunjin selamba dan Felix menggelengkan kepalanya.
Hyunjin masuk ke dalam pagar rumah Felix namun bukan melalui pintu kecil yang disediakan sebaliknya dia masuk dengan melompat melepasi pagar.
"Apa benda kau buat ni,Hyun? Makin terserlah kebodohan kau ni aku tengok...",ujar Felix.
Hyunjin tersengih sebelum bangun dari tempatnya.
"Kau cakap nak mintak tips dengan aku kan...nak tips apa?",tanya Hyunjin lalu menepuk seluarnya yang sedikit berhabuk.
"Kenapa? Kau ada banyak tips ke?",tanya Felix ingin tahu dan Hyunjin mengangguk.
"Banyak...ada tips untuk pergi date, tips untuk mengayat,tips untuk pakaian masa date, tips untuk buat pickup line, dan akhir sekali....tips untuk panggilan korang.",terang Hyunjin panjang lebar.
"Eww...tips untuk panggilan? Maksud kau macam Baby Anja yang kau guna dengan Eun tu ke?",soal Felix dan Hyunjin mengangguk.
"Tak nak aku...geli.",bantah Felix lalu membuat mimik muka muntah.Nak membayangkan dia memanggil Sohee dengan panggilan itu sudah mampu membuatkan dia berasa mual.
"Kalau kau tak nak tips tu...tips apa yang kau nak?",tanya Hyunjin.
"Kau masa dengan Eun dulu,lepas confess ,korang buat apa?",tanya Felix.
"Kiteorang pergi date...sambil makan aiskrim.",beritahu Hyunjin.
"Oo...okay.Aiskrim apa yang korang makan?",tanya Felix lagi dan kali ini Hyunjin memandang ke arah Felix.
"Aiskrim tu kau pilihlah sendiri....takkanlah itu pun nak tanya aku...dahlah aku nak balik ni,Eun dah tunggu goodnight wish dari aku.",Hyunjin meminta diri.
Felix hanya mengangguk lalu menunggu Hyunjin masuk ke dalam rumah dahulu sebelum menutup pintu dapurnya.
Bukan apa,sebelum ini,Hyunjin pernah terjatuh ke dalam longkang selepas berjumpa dengannya dan sejak hari itu,Felix lebih berhati-hati dengan memastikan kawan baiknya itu selamat sampai ke dalam rumah walaupun jarak hanyalah 5 meter dari rumahnya.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix memilih baju yang hendak dipakai pagi itu.Antara baju yang dipilihnya ialah hoodie berwarna kelabu gelap,kemeja lengan panjang berwarna merah jambu dan kemeja-T berwarna ungu lembut.
Felix meletakkan baju-baju tadi atas katilnya sambil memilih.Selepas beberapa minit,Felix pun memilih salah satu daripada baju yang dikeluarkan tadi.
"Okaylah kot...",Felix meyakinkan dirinya.
Rumah Sohee,
Sohee terpesona melihat Felix pada petang itu.Itulah pertama kalinya melihat Felix berpakaian begitu.Kemeja-T berwarna ungu lembut dipadankan dengan seluar berwarna hitam.Rambutnya pula hanya disikat biasa,tidak seperti sebelum ini.
"Annyeong,Sohee!",sapa Felix ceria.
"Annyeong...awak nak pergi mana pakai macam ni?",tanya Sohee.
Felix melihat pakaiannya sebelum memandang semula Sohee yang berdiri di depannya.
"Saya nak ajak awak keluar...awak free kan?",soal Felix dan Sohee sedikit terkejut.
"Free...tapi saya belum bersiap sebab awak tak cakap apa-apa pun semalam.",ujar Sohee.
"Tak apa...saya tunggu.Awak pergilah bersiap.",kata Felix pula.
"Okay...Kalau macam tu,masuklah dulu.Takkan awak nak tunggu kat luar?",pelawa Sohee dan Felix hanya menggeleng.
"Tak apa...Saya tunggu kat sini.",ujar Felix dan Sohee tidak memaksa lelaki itu jika dia mahu menunggu di situ.
"Okay...awak bagi saya sepuluh minit.",kata Sohee dan Felix mengangguk.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix dan Sohee jalan beriringan sambil menikmati pemandangan kampung itu.Felix memandang ke arah Sohee dan mula tersenyum kecil.
"Sohee...boleh tak saya nak tanya awak sesuatu?",Felix memulakan perbualan.
"Boleh...apa dia?",Sohee menjawab.
"Kenapa awak suka saya?",tanya Felix.Dia juga ingin tahu Sohee menyukai dirinya atas sebab apa.
Sohee diam sejenak sebelum menjawab soalan Felix.
"Entahlah...mungkin sebab peribadi awak.Walaupun kita jarang berbual,tapi saya dapat rasakan yang awak ni lelaki yang baik.",terang Sohee.
Felix terharu mendengar jawapan gadis itu.Kadang-kadang dia juga keliru jika perasaan yang hadir itu memandangkan dia tidak pernah tertarik dengan mana-mana perempuan sebelum ini.
"Awak pulak?",tanya Sohee semula.
"Mungkin jawapan saya sama dengan awak...saya suka cara awak bercakap.Kalau awak nak tahu,cara seseorang bercakap boleh melambangkan keperibadian orang tu.",jelas Felix.
Sohee tersenyum malu.Jika mahu difikirkan semula,dia juga tidak tahu bagaimana dia boleh jadi seberani itu sedangkan sebelum ini,dia tidak berkawan dengan lelaki.
"Awak nak makan aiskrim?",tanya Felix.
"Boleh juga.",jawab Sohee pendek.
Mereka berdua menuju ke kedai untuk membeli aiskrim.Selepas mendapatkan aiskrim,mereka meneruskan perjalanan menuju ke sungai.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Sepanjang perjalanan,Felix berbual dengan Sohee untuk mengenali gadis itu dengan lebih dalam begitu juga dengan Sohee.
Dan ketika mereka berbual,Sohee terpandang buaian yang terikat di antara dua buah pokok kelapa.Melihatkan buaian itu,sedikit sebanyak menarik perhatian kerana sebelum dia berpindah,buaian itu tidak berada di situ.
"Awak nak naik buaian tu ke?",tanya Felix kerana dia perasan yang Sohee ralit memandang ke arah buaian itu.
"Tak apalah...lagipun tadi kan awak nak pergi sungai.",jawab Sohee.
Tanpa berkata apa-apa,Felix perlahan-lahan menarik tangan Sohee menuju ke arah buaian tadi.Kemudian dia memandang ke arah gadis itu.
"Saya tak kisah pun...jom pergi sana.",ujar Felix dan Sohee mengangguk.
Matanya masih memandang tangannya yang dipegang Felix dan ketika itu juga pipinya terasa panas menahan malu.
Sampai di tempat buaian tadi,Felix mempersilakan Sohee duduk di atas buaian itu.
"Biar saya hayunkan awak.",kata Felix.
"O...okay.",jawab Sohee tanpa banyak soal lalu duduk di atas buaian itu.
Felix menghayunkan buaian itu sambil tersenyum gembira.Kalau selama ini,dia hanya mendengar cerita dari Hyunjin,kali ini dia pula yang dapat merasakan pengalaman itu sendiri.
"Macam mana? Nak laju lagi?",tanya Felix.
"Tak apa...dah okay.Lix,awak duduklah sekali....muat lagi ni.",ajak Sohee sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.
"Muat ke? Macam tak muat je.",usik Felix dan Sohee memandang Felix tajam.
"Awak nak cakap saya gemuk ke?",marah Sohee.
"Hahaha...tak adalah,saya bergurau je.",ujar Felix lalu mengambil tempat di sebelah Sohee.
Mereka berdua menghayunkan buaian itu menggunakan kaki dengan ayunan yang perlahan sambil menikmati angin yang turut bersama mereka petang itu.Kicauan burung yang berterbangan di langit jingga itu seolah-olah menjadi muzik latar belakang yang mewakili perasaan mereka berdua.
Ye tahu tak sweet😌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro