Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❤︎𝓔𝓷𝓪𝓶

Suasana kampung pagi itu terasa tenang dengan kicauan burung yang bebas berterbangan di langit biru.Felix keluar dari rumahnya untuk menghirup udara segar pagi itu.Beberapa minit kemudian,satu suara yang dikenali Felix menyeru namanya.

"Sohee? Awak buat apa kat sini?",tanya Felix hairan.Siapa yang tidak hairan jika gadis itu tiba-tiba berdiri di depan pagar rumahnya sepagi itu.

"Felix...boleh tak kita berjumpa sekejap? Saya ada sesuatu nak bagitahu awak.",jelas Sohee.

Felix hanya mengangguk setuju kerana dia juga tiada perkara yang hendak dilakukan ketika itu.

Felix terus mengekori Sohee sehinggalah gadis itu berhenti di bawah pokok mempelam yang tidak jauh dari perumahan mereka.

"Kita cakap kat sini?",soal Felix sambil memandang sekeliling.

Sohee tidak menjawab sebaliknya mengangguk.Perasaan Felix ketika itu berdebar-debar kerana Sohee mengajak dirinya berjumpa secara mengejut.

"Felix...",panggil Sohee dan kini matanya memandang tepat mata Felix.

"Ye?",sahut Felix.Air liurnya juga ditelan perlahan kerana gemuruh dengan apa yang hendak disampaikan Sohee.

"Saya suka awak..",beritahu Sohee.

Mendengarkan pengakuan Sohee,mulut Felix terus ternganga dan matanya juga membulat.Tidak sangka yang dia akan mendengar berita gembira di pagi hari.

"Seriuslah?!",Felix tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan terujanya.Sohee mengangguk sambil tersenyum.

"Sejak bila--- arghh",Felix mengaduh kesakitan apabila kakinya digigit kerengga dan apabila Felix mengangkat semula wajahnya,Sohee sudah hilang dari pandangan.

"Woi Felix! Bangun!",jerit Jackson sambil mencubit betis adiknya.

Felix membuka matanya dan barulah dia sedar yang itu semua hanyalah mimpi semata-mata.Kerengga yang menggigitnya tadi pula ialah cubitan Jackson yang hinggap di betisnya.

"Sakitlah Hyung!",marah Felix lalu bangun dari pembaringannya.

"Tau pun sakit! Hati aku lagi sakit tau tak? Daripada tadi lagi aku kejut kau,tak bangun-bangun bila dah kena cubit baru nak bangun.",bebel Jackson.

Felix pula sudah bermasam muka kerana mimpi indahnya diganggu Jackson.Dia belum sempat mengatakan perkara yang sama pada Sohee dalam mimpi tadi.

"Pergi mandi...banyak kotak barang sampai pagi ni.Kau jangan nak bagi alasan tangan kau terseliuh pulak.",arah Jackson.

Felix hanya mendengus geram.Dia yakin yang Jackson pasti akan membiarkan kotak lama tidak tersusun untuk memastikan dirinya ke kedai.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jinyoung,Suzy dan Hyunjin terjaga serentak apabila mendengar bunyi bising yang datang dari arah dapur.

"Siapa pulak yang bising pagi-pagi buta ni? Aku baru nak rehat...",rungut Jinyoung lalu menutup telinganya menggunakan bantal.

Suzy membuka pintu biliknya lalu dia melihat bilik Jinyoung dan Hyunjin.Dia mula hairan kerana dua beradik itu masih belum keluar dari bilik masing-masing.Tidak lama kemudian,Hyunjin membuka pintu biliknya kerana bunyi bising itu masih lagi kedengaran.

"Noona...Jinyoung Hyung berperang dengan siapa kat dapur?",soal Hyunjin dalam keadaan mamai.

"Bukan Jinyoung kat dapur...kau tengok tu.",jawab Suzy lalu memuncungkan mulutnya ke arah Jinyoung yang masih di atas katilnya.

"Habistu...siapa?",Hyunjin membulatkan matanya.

Suzy hanya mengangkat bahu.Kemudian dia pergi ke bilik Jinyoung untuk mengejutkan lelaki itu.Punggung Jinyoung ditepuk beberapa kali dan Jinyoung pun bangun kerana tidak sanggup menahan perit.

"Apa? Pergilah masak tu...",kata Jinyoung.

"Aku rasa pencuri masuk rumah kita,Jinyoung...bangunlah!",ujar Suzy separuh menjerit.

Mendengar perkataan 'pencuri',Jinyoung terus mencapai pembaris kayu yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya.

"Mana pencuri tu?",tanya Jinyoung dan Suzy menunjukkan ke arah dapur.

Mereka tiga beradik sama-sama menuju ke dapur.Jinyoung sudah bersedia untuk menyerang dengan pembaris kayunya,Suzy pula memegang batang penyapu manakala Hyunjin membuat keputusan untuk bersembunyi di belakang kakaknya.

Kelihatan seorang lelaki sedang bernyanyi sambil menari kecil di dapur rumah mereka.Jinyoung dan Suzy saling berpandangan dan membuat kiraan secara senyap.

1,2,3.

"Hiyarghhhhhh!!!",pasangan kembar itu menyerang lelaki itu serentak.

Dan dalam pada masa yang sama,lelaki tadi memusingkan badannya ke belakang.

"Aduh!!",rintih lelaki itu sambil memegang kepalanya yang diserang dengan pembaris kayu dan juga batang penyapu.

Hyunjin yang tadinya menutup muka, perlahan-lahan menurunkan tangannya dan serta merta dia terlopong melihat gerangan itu.

"Appa?!!",jerit tiga beradik itu serentak.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson tergelak sendirian melihat video di telefonnya sambil memakan kacang.Kakinya juga disilangkan.

Felix memandang abangnya yang sedang bersenang lenang di kaunter ketika dirinya mengangkat kotak-kotak barang sendirian.

"Tak guna punya,Hyung...",umpat Felix perlahan.

"Felix....dalam kotak tu ada botol kicap.Jangan hempas pulak,nanti pecah kicap dalam tu,kau ganti ye.",Jackson memberi amaran kepada Felix.

"Hyung! Tolonglah Lix ni! Sakit pinggang Lix angkat kotak ni sorang-sorang!",marah Felix.

"Ha...macam tulah apa yang aku rasa selama dua hari tangan kau terseliuh...jadi,adil lah tu.",jawab Jackson selamba.

Felix yang sedang bermasam muka itu mula tersenyum sinis bila satu idea muncul di fikirannya.

Beberapa jam kemudian,

"Haih...mana pelanggan hari ni? Dah tengahari,sorang pun tak ada.",rungut Jackson.

Sambil melihat keadaan di luar,Jackson memandang Felix yang masih tekun menyusun barang-barang di rak kedai itu.

"Padan muka...siapa suruh dera aku.",ungkap Felix sendirian.Puas hatinya bila dapat membalas dendam pada abangnya.

Jackson pun keluar dari kedainya dan barulah dia faham kenapa tiada seorang pun pelanggan yang singgah di kedainya itu.

Hari ini kami tidak beroperasi,jadi sila pergi ke kedai hujung kampung.Terima kasih ^_^.

Selepas membaca kertas yang ditampal pada pintu kedai runcitnya,Jackson cepat-cepat mengoyakkan kertas itu.

"Felix!",panggil Jackson dan Felix sudah tergelak besar kerana melihat wajah Jackson yang sudah merah padam itu.

Jackson cuba mengejar Felix namun Felix lebih tangkas bila dia sudah pun keluar dari situ meninggalkan Jackson sendirian.

"Selamat bekerja,Hyung!",jeritan Felix dari jauh sambil melambaikan tangannya.

"Felix! Belakang kau!",Jackson memberi amaran namun tidak diendahkan bila Felix menjelirkan lidahnya.

Gedebuk!

Dalam sekelip mata,Felix terjatuh kerana terlanggar tiang elektrik.Felix mengelipkan matanya beberapa kali bila pandangannya menjadi berganda.Tidak lama kemudian,Felix terbaring di situ.

"Felix....awak okay?",tanya Sohee yang kebetulan lalu di situ.

"Annyeong...Sohee--",Felix tidak sempat menyambung katanya kerana sudah pengsan di situ.

Sohee menutup mulutnya kerana terkejut lalu segera menampar perlahan pipi Felix.

"Lix! Jangan mati lagi!",Sohee menoleh dan kelihatan Jackson berlari ke arahnya dan Felix.Sohee memberi ruang kepada Jackson untuk melihat Felix.

"Dia dah mati ke?!",tanya Jackson beria dan Sohee tercengang.

"Ma...mati? Rasanya,Felix pengsan je.",beritahu Sohee dan Jackson menarik nafas lega.

"Awak tolong Oppa papah Felix ke kedai boleh?",tanya Jackson dan Sohee hanya mengangguk.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Encik Hwang melunjurkan kakinya di atas meja sementara anak-anaknya memberi layanan istimewa kepadanya selepas apa yang berlaku lagi tadi.

"Appa...kenapa tak bagitahu kiteorang yang Appa nak balik pagi ni?",soal Hyunjin sambil mengurut kaki ayahnya.

"Appa nak surprise kan koranglah...tapi korang pulak belasah Appa.",jawab Encik Hwang dengan nada sedih.Airmata yang tidak berlinang itu dikesat.

Jinyoung yang memerhati tingkah laku ayahnya itu,memberi pandangan kosong.Sekarang dia sudah tahu dari siapa Hyunjin mewarisi darah pelakon itu.

"Hyunjin tak buat ye...Hyung dengan Noona yang pukul kepala Appa.",bantah Hyunjin.

"Hyunjin jelah anak kesayangan Appa...",kata Encik Hwang sambil mengusap lembut kepala anak bongsunya itu.

"Tch...anak kesayangan.Kandangkan biri-biri pun tak pandai.",ejek Jinyoung lalu membetulkan kaca matanya.

"Sekurang-kurangnya dia tak robohkan kandang biri-biri Appa...",perli Encik Hwang lalu mencebik mulutnya ke arah Jinyoung.

Hyunjin yang berada di situ hanya terkelip-kelip kerana tidak faham dengan apa yang dikatakan ayahnya.

"Appa ni...jangan ungkit.",ujar Jinyoung.

Tidak lama kemudian,Suzy menyertai mereka di ruang tamu selepas membancuh air di dapur.

"Dahlah...Appa nak melawat anak tiri Appa kejap.",beritahu Encik Hwang.

"Anak tiri?! Appa dah kawin lain ke?"

"Appa dah menduakan mendiang Eomma!"

"Sampai hati Appa tak ajak Hyunjin ke majlis perkahwinan Appa."

Encik Hwang tergelak melihat gelagat anak-anaknya.

"Anak tiri Appa biri-biri lah...haish kamu bertiga ni.",jelas Encik Hwang lalu meninggalkan tiga beradik itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix membuka matanya dan orang pertama yang dilihatnya ialah Sohee.Felix serta merta tersenyum melihat wajah gadis itu.

"Sohee...jangan pergi lagi macam pagi tadi.",ujar Felix separuh sedar lalu meletakkan tangan gadis itu di pipinya.

Sohee terkejut dengan tindakan spontan Felix itu.Dia cuba menarik tangannya namun makin dia tarik,makin Felix menahan tangannya.

"Felix....",panggil Sohee.

"Ye...",jawab Felix.Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya manakala mata masih terpejam.

Sohee tidak meneruskan kata sebaliknya dia mengambil kesempatan itu untuk melihat wajah Felix dengan lebih dekat.Rambut yang menutupi dahi Felix itu diselaknya menggunakan tangan satu lagi.

"Sohee...ni Oppa dah ambilkan  plaster.",ujar Jackson.

Oleh kerana terkejut dengan suara Jackson yang kuat itu,Sohee tertarik tangannya yang diletakkan pada pipi Felix tadi.Perbuatannya itu juga membuatkan Felix tersedar sepenuhnya.

"Awak buat apa kat bilik saya,Sohee?",soal Felix.

"Bilik kepala otak kau....kau kat kedai aku..",Jackson mencelah.

Felix memandang sekeliling dan betul lah apa yang dikatakan abangnya itu.Tapi,kenapa dia berada di situ?

"Aku rasa otak kau bergegar teruk ni,Lix...esok kita pergi klinik.",kata Jackson.

"Oppa...Sohee balik dulu ye.",Sohee meminta diri.

"Eh jangan lagi...tolong tampalkan plaster kat dahi budak ni.Oppa nak selesaikan kerja Felix yang tak habis tadi.",kata Jackson lalu meletakkan plaster di tapak Sohee.

"Tadi awak terlanggar tiang elektrik lepastu awak pengsan....sebab tu awak ada kat sini.",jelas Sohee tanpa disuruh.

Felix diam untuk mengingat semula.Apabila teringatkan dirinya terlanggar tiang elektrik tadi,serta merta dia memegang dahinya yang benjol itu.

"Kenapa? Awak rasa pening ke?",tanya Sohee risau.

"Eh taklah...cuma teringat pasal tadi,Hehe.",balas Felix.

Sohee tersenyum sebelum menampal plaster tadi di dahi Felix.Dan saat itu,matanya bertembung dengan mata Felix untuk kali kedua.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro