Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❤︎𝓔𝓶𝓹𝓪𝓽 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?",tanya Sohee.

Felix diam tidak menjawab.Dia berdehem beberapa kali sebelum mengangguk perlahan.

"Maknanya,awak Nobita yang selalu budak kelas panggil tu?",soal Sohee tidak percaya.

"Alah...janganlah ungkit pasal Nobita tu...sebab tulah saya tak nak bagitahu yang dulu kita pernah sekelas.",jawab Felix lalu mencebik mulutnya.

Sohee tergelak kecil melihat gelagat Felix yang kadang-kadang tidak ubah seperti budak sekolah rendah.

"Comel apa Nobita...kenapa awak nak malu?",Sohee cuba mengambil hati Felix.

Mungkin bagi dirinya,gelaran itu biasa saja namun siapa tahu yang gelaran itu juga mungkin perkara yang sensitif bagi Felix.

Felix yang mencebik tadi memandang Sohee semula.

"Mana lagi comel,saya ke Nobita?",Felix masih tidak berpuas hati.

"Mestilah awak...",jawab Sohee ikhlas lalu mengusutkan rambut Felix.

Felix tidak berkata apa-apa sebaliknya memegang tangan Sohee tadi.

Klik!

Sohee dan Felix berpusing ke arah belakang dan terkejut secara serentak.

"Iyen?! Buat apa kat situ?",tanya Sohee sebelum bangun dari bangku tadi manakala Felix masih membeku di tempatnya.

"Hehe...Iyen tengok drama lah,apa lagi?",jawab Jeongin selamba.Tangannya juga memegang telefon yang digunakan untuk mengambil gambar Sohee bersama Felix.

"Sohee...macam mana ni?",tanya Felix dalam keadaan berbisik.

Felix tidak mahu Jeongin salah faham dengan apa yang berlaku.Lagipun,mereka hanya berpegangan tangan tidak lebih daripada itu.

"Takpe...biar saya yang uruskan.Awak baliklah dulu.",ujar Sohee dan Felix hanya mengangguk faham.

"Bye, Hyung! Jumpa esok!",lambai Jeongin bersungguh.

Kerana geram dengan perangai adiknya,Sohee menukup mulut Jeongin lalu mengheret masuk ke dalam rumah.

"Sejak bila Iyen ada kat situ?",tanya Sohee.

Jeongin meletakkan jari telunjuknya di dagu untuk mengingat semula.Dia mula tersenyum sinis sebelum bersuara.

"Sejak....'tapi bintang kat langit malam ni kurang satu'. Ha daripada situlah Iyen dengar sampailah korang berborak pasal kartun Doraemon.",beritahu Jeongin.

Sohee menggigit bibirnya kerana geram bercampur malu.Sedangkan sebelum itu lagi dia pasti yang ibu dan adiknya sudah tidur.

"Jangan bagitahu Eomma pasal ni.",Sohee memberi amaran namun amarannya tidak diendahkan bila Jeongin berpura-pura menguap sebelum masuk ke dalam biliknya.

"Sweet dream,Noona....jangan lupa nyanyi lagu Twinkle Star sebelum tidur.",sakat Jeongin lalu menutup pintu biliknya.

Sohee hanya mendengus geram dengan usikan adiknya itu.Dia menarik nafas dalam untuk menenangkan diri sebelum menuju ke biliknya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Sohee!!! Aku rindu kau!!",laung Eun sebelum berlari ke arah kawan baiknya.

"Ye ke rindu aku...bukan rindu Hyunjin?",perli Sohee dan Eun hanya menggeleng sambil memeluk badan Sohee.

Selepas beberapa saat,Eun melepaskan pelukan tadi lalu menarik tangan Sohee menuju ke tepi sungai.

"Kau tak rindu aku ke?",soal Eun pula bila Sohee tidak berkata apa-apa.

"Hmm... bolehlah.",jawab Sohee selamba.

"Sama je macam Hyunjin...bila tanya biasa je.Nampak sangat aku yang beria.",bebel Eun lalu menyilangkan tangannya tanda tidak puas hati.

Sohee yang mendengar celoteh Eun tertawa.Senang hatinya dapat mengusik kawan baiknya itu selepas lama tidak berjumpa.

"Rindulah...mana boleh tak rindu.",balas Sohee sambil mencubit pipi Eun.

Sohee perlahan-lahan melepaskan cubitan tadi sebaik saja melihat mata Eun mula berair.

"Wey...kuat sangat ke aku cubit? Maaflah..",Sohee sudah rasa bersalah.

"Tak sakit....tapi aku sedih sebab Hyunjin selalu cubit pipi aku macam tadi.", jelas Eun sebelum mengelap airmata yang mula mengalir perlahan.

Wajah Sohee yang cemas tadi bertukar mendatar.Dia ingatkan Eun menangis sebab dicubit terlalu kuat.

"Apa benda lah kau ni...Hyunjin duduk dalam kampung ni jugak kan? Pergi jelah serbu rumah dia kalau dah rindu sangat.",kata Sohee.

"Hyunjin sibuk...dia dah kerja sekarang.",beritahu Eun dan dia juga sudah bertenang.

Sohee hanya menggelengkan kepala kepalanya.Macam-macam betul perangai si Eun.

"Kau buat apa je sekarang?",soal Eun.

"Tak buat apa...berangan je.",jujur Sohee lalu mula tersenyum sendiri.

Eun memandang Sohee dengan pandangan tidak percaya.Amboi,sejak bila kawan baiknya itu sudah pandai berangan?

"Berangan apa? Bercinta? Itulah...aku dah suruh cari partner tapi kau tak nak.",ujar Eun tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Aku dah ada partner,okay? Kalau tak,tak ada maknanya aku nak berangan.",jelas Sohee.

Eun melopongkan mulutnya kerana terkejut.Tanpa membazir sesaat pun,Eun terus mendesak Sohee untuk menceritakan orang yang dimaksudkan kawan baiknya itu.Sohee pun hanya melayan Eun dengan menceritakan kepada gadis itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix hanya mendengar rintihan hati Hyunjin walaupun sudah lebih sejam Hyunjin meluahkan perasaannya.

"Pastu kau tak pujuk dia ke?",soal Felix.

Tangannya menepuk belakang Hyunjin perlahan.Makin teruk pula dia tengok si Hyunjin itu menangis.

Hyunjin menghembus hingusnya sebelum menjawab soalan Felix tadi.

"Kenapa aku kena pujuk pulak? Aku lambat reply chat Eun pun sebab Appa suruh urut kaki dia...salah aku ke?",terang Hyunjin.

Felix menahan dirinya daripada tertawa.Rumit betul masalah hubungan Hyunjin dengan Eun itu.

"Sudahlah menangisnya...Eun merajuk je kan bukan mintak break..",pujuk Felix acuh tidak acuh.

"Tapi aku rindu bila tak chat dengan dia....aku rasa macam tak boleh nak bernafas.",Hyunjin masih tidak mengalah.

Kerana geram,Felix mencekik Hyunjin untuk beberapa saat sebelum melepaskan leher Hyunjin.

"Macam tu baru tak boleh bernafas...pastu kau meraung kat sini boleh selesaikan masalah ke? Pergilah jumpa dia...bawak gitar pastu menyanyi biar Eun cair.",marah Felix.

Wajah Hyunjin sudah cemberut kerana dicekik sekaligus dimarahi Felix.Dia merasakan yang Felix lebih berbahaya daripada abangnya.

"Dah kenapa buat muka macam tu? Nak berak pulak?",soal Felix bila Hyunjin hanya mendiamkan diri.

"Mana ada...aku tengah fikir cara nak pujuk Eun tu...kau bukan nak tolong aku pun,nak bunuh aku adalah.",balas Hyunjin.

"Aku bukan nak bunuh kau....aku cuma nak bagi contoh macam mana tak boleh bernafas tu sebab kau mengada-ngada sangat.",jelas Felix tentang tindakannya tadi.

"Esok kau kerja tak?",tanya Felix dan Hyunjin menggeleng.

"Aku tak kerja sebab Jackson Hyung yang ambik tempat aku...kenapa kau tanya?",tanya Hyunjin semula.

"Baguslah kalau macam tu...Kita pergi bandar esok...lepastu kita ajak Eun.",cadang Felix.

"Aku kan bergaduh dengan Eun...macam mana aku nak ajak dia?",soal Hyunjin yang masih tidak faham dengan rancangan Felix.

"Aduhai,Hyunjin anak pakcik Hwang....Sohee kan kawan baik Eun.Aku suruh lah Sohee ajak Eun sekali.",Felix sudah mengeluh kecil kerana kebuntuan Hyunjin.

"Ouhh...okay faham.",akhirnya Hyunjin sudah faham dan dia mula tersengih.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Kedai Runcit Jackson Maju

Jackson melihat jam tangannya untuk kali yang ke berapa entah.Dia menghitung masa untuk menutup kedainya kerana ingin bersiap pergi ke kandang biri-biri pula
Kadang-kadang dia mengintai pintu kedainya,kalau-kalau ada pelanggan yang singgah.

Kemudian,seorang lelaki mula masuk ke dalam kedainya dan Jackson yang baru saja ingin mengukirkan senyuman, membatalkan niatnya.

"Hyung...ada makanan lebih tak? Yang dah nak expired ke...Lix lapar lah.",tanya Felix sambil membelek makanan ringan yang disusun rapi.

"Makanan kat rumah dah habis ke?",tanya Jackson.

Tepat pukul 4.50 petang,Jackson mula berkemas untuk menutup kedainya.Oleh kerana Jackson tidak menjawab soalannya,Felix mengambil Twisties yang berperisa tomato di atas kaunter.

"Makanan ada kat....woi Felix! Kenapa kau makan Twisties tu?!",Jackson menjerit kerana terkejut melihat Felix  sedang mengunyah makanan ringan itu tanpa rasa bersalah.

Twisties berperisa tomato itu ialah snek kegemaran Suzy.Jackson meletakkan bungkusan itu di atas kaunter oleh kerana itu merupakan bungkusan terakhir.

"Lah...Twisties je Hyung...berapa sen sangatlah...berkira betul.",rungut Felix.Dia meneruskan memasukkan snek tadi ke dalam mulutnya tanpa henti.

"Kau tau tak,Twisties tu yang terakhir?",jelas Jackson dan barulah Felix berhenti mengunyah.

"Ma...mana Lix tahu...Hyung tu yang tak jawab.",Felix cuba membela dirinya.

"Dahlah...rezeki kau nak buat macam mana,kan?",kata Jackson pasrah.

"Wow...Hyung dah matanglah...ehek.",usik Felix bila Jackson tidak berdrama seperti selalu.

"Manusia berubah...",jawab Jackson dan Felix hanya mengabaikan abangnya itu.

"Datang sini buat apa?",Jackson menukar topik.

"Lix datang sini sebab nak cari makanan lah...Hyung nak tutup kedai ke? Awalnya..",ujar Felix sebaik saja tersedar yang Jackson sudah pun berkemas.

"Aku kan kerja kat kandang biri-biri Jinwoo Ahjussi...nak cari duit lebih.",beritahu Jackson.

Felix tersenyum mengejek sebaik saja mendengar penjelasan abangnya itu.Cari duit lebih ke cari jodoh?

"Ye yelah tu kerja...Felix sudah berpunya,Hyung bila lagi?",tanya Felix.

"Bisinglah kau...dah keluar,aku nak tutup kedai ni.",halau Jackson sambil menolak badan Felix.

"Alah...Lix belum kenyang lagi..",rengek Felix sambil memegang bungkusan roti krim pula.

Jackson mengabaikan rengekan Felix kerana dia tidak mahu terlambat untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.Selesai mengunci kedai,Jackson terus pulang ke rumah untuk mengganti pakaian.

"Kirim salam kat Sam!!",laung Felix lalu tertawa sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro