❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓽𝓲𝓰𝓪
"Aku datang sini nak mintak kerja,boleh?",tanya Felix selamba.
Sunwoo tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya hanya tersenyum senget.
"Kalau aku kata tak boleh,kau nak cakap apa?",soal Sunwoo pula.
Sohee dan Mina hanya menjadi pemerhati di situ.
"Serius lah kau tak nak ambik orang berbakat macam aku? Dahlah pandai masak,berbudi bahasa dan yang paling penting,aku hensem...kau tak rasa rugi ke?",soal Felix dengan nada bangga dan Sunwoo tertawa.
"Wow.... I love your confidence. Kalau macam tu,aku terima kau kerja kat sini.",ujar Sunwoo.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Brownies yang sudah siap dibakar,dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk dibawa ke bakeri.Felix tersenyum bangga apabila brownies nya dibakar dengan sempurna tanpa kecacatan sedikit pun.Dan sekarang dia ingin membersihkan dirinya dulu sebelum pergi ke bakeri untuk bekerja.
Setengah jam kemudian,Felix kembali semula ke dapur untuk menyusun brownies yang disejukkan tadi.
"Hensemnya brownies aku....sehensem aku.",puji Felix sambil menyusun makanan itu ke dalam bekas.
"Waa!! Brownies!!!",Jackson sudah teruja untuk menjamah pencuci mulut itu.
Felix yang terkejut dengan kemunculan Jackson, cepat-cepat menjulang bekas brownies tadi di atas kepalanya.Apa-apa pun,dia mesti menyelamatkan makanan itu daripada abangnya.
"Kenapa? Aku nak makan..",soal Jackson lalu memuncungkan mulutnya.
"Ni untuk dijual...Felix dah asingkan yang untuk rumah kat dalam bekas lain...pergi ambik yang tu.",beritahu Felix dan Jackson menjeling.
"Alah...sama je kalau aku makan yang ni,kau boleh je tambah yang lain tu dalam bekas ni semula.",ujar Jackson sebelum mengambil bekas makanan yang dimaksudkan Felix tadi.
"Lagi satu...sejak bila kau buat bisnes? Tak tau pun.",soal Jackson.
"Lix kerja kat bakeri depan simpang tu...Lix dapat kerja pun sebab brownies ni tau tak?",beritahu Felix.
"Rajin pulak...kalau aku suruh jaga kedai, macam-macam alasan kau bagi.",Jackson mengungkit dan Felix hanya memekakkan telinganya.
"Okaylah,Hyung...Lix nak pergi dulu.",kata Felix sebaik saja bekas makanan tadi sudah diletakkan ke dalam beg kertas..
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Sohee yang baru saja keluar dari rumahnya,terkejut melihat Felix sedang tersengih di depan pagar rumahnya.
"Sohee...kita pergi kerja sama-sama ye mulai hari ni.",ujar Felix.
"Ouh haahlah...lupa pulak yang awak dah start kerja...kalau macam tu,okay.",jawab Sohee lalu mengukirkan senyuman.
Dalam perjalanan,
"Apa tu?",soal Sohee bila melihat beg kertas yang dibawa Felix.
Felix yang mendengar soalan Sohee,melihat beg kertas yang dibawanya sebelum bersuara.
"Brownies....kan Sunwoo setuju semalam nak ambik brownies yang saya buat ni sebagai menu tambahan.",jelas Felix.
"Saya ingat lagi rasa brownies awak dulu...walaupun hancur,rasa dia tetap sedap.",Sohee mengenang semula kenangan di pantai dulu.
"Sohee...awak dah kenal berapa lama dengan Sunwoo tu?",soal Felix.
"Lebih kurang dua tahun jugaklah...kenapa?",tanya Sohee semula.
Felix terdiam mendengarkan jawapan itu.Bahkan Sunwoo mengenali Sohee lebih lama daripadanya dan sedikit sebanyak,keyakinan Felix berkurang.
Sohee yang perasan Felix hanya mendiamkan diri, cepat-cepat menyambung katanya tadi.
"Tapi kiteorang tak jumpa selalu pun...cuma kawan sekerja.",jelas Sohee dan Felix mula tersenyum kecil.
"Baguslah kalau macam tu,lagipun saya tak sukalah dia tu...aura dia lain macam,dahlah berlagak.",umpat Felix dan dia mengetap bibirnya kerana terlepas cakap.
Felix memandang Sohee yang kelihatan keliru dengan apa yang dikatanya tadi.
"Eh,burung tu terbanglah!",Felix cuba mengubah topik dengan menunjukkan ke arah langit.
"Burung memanglah terbang...apa awak ni,Lix.",ujar Sohee lalu tertawa kerana terhibur.
Felix menggaru belakang kepalanya dan tersenyum kekok.Biarlah nampak kebodohan sekali sekala,asalkan Sohee melupakan apa yang dikatakan tadi.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Suzy membantu Puan Hong memasak di dapur manakala Inhyung pula bermain dengan Jeongin di ruang tamu.Puan Hong ingin memasak makanan istimewa hari itu kerana ingin menyambut kepulangan Jinyoung.
Encik Hwang yang baru saja pulang dari memotong rumput di kandang biri-birinya.Lelaki melepaskan lelah di kerusi meja makan.Puan Hong menyediakan secawan kopi untuk suaminya itu.
"Terima kasih,Sayang...",ucap Encik Hwang dan Puan Hong tertawa.
Suzy yang sedang membasuh kuali di sinki,menahan gelak mendengarkan panggilan manja ayahnya.
"Ha,suka apa? Jealous lah tu..",tegur Encik Hwang yang ternampak Suzy mentertawakannya.
"Ajaklah Jackson tu kahwin...kamu tu bukan muda lagi tau.",ujar Puan Hong dan Suzy tersengih.
"Hyunjin mana? Tak nampak pun kat ruang tamu..",tanya Encik Hwang.
"Membutalah...apa lagi anak Appa tu.",beritahu Suzy.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Sunwoo hanya mengukirkan senyuman bila Sohee dan Felix tiba di bakerinya.Felix yang tadi tersenyum terus menukar riak wajahnya sebaik saja melihat Sunwoo sudah ada di situ.
"Annyeong,Sohee...",sapa Sunwoo tanpa menyapa Felix yang berada bersebelahan Sohee.
"Annyeong,Sumbu....aduh,tersasul lagi,SUNWOO...",sindir Felix kerana geram bila Sunwoo tidak menyambut kedatangannya.
"Nah,brownies.",Felix menghulurkan beg kertas kepada Sunwoo.Lelaki itu hanya menyambut beg kertas tadi tanpa berkata apa-apa kerana tidak mahu memanjangkan perang mulut dengan Felix.
Sohee pula sejak sampai tadi,terus melakukan kerjanya bersama Mina.Sunwoo meletakkan beg kertas tadi di atas kaunter untuk diletakkan ke dalam tempat yang dikhaskan untuk makanan itu.
Pada hari itu,ramai pula pelanggan yang singgah di bakeri itu hingga mereka berempat tidak cukup tangan.Felix mula tersenyum bangga bila brownies nya habis dijual dan lagi membanggakan apabila hari itu ialah hari pertamanya di situ.
Selepas pelanggan beransur pulang,Felix mencari Sohee kerana ingin memastikan keadaan gadis itu.Felix melihat ke arah salah satu meja di kedai itu dan kelihatan Sohee sedang menyusun gelas dan piring ke dalam talam untuk dibawa ke dapur.
Felix mempercepatkan langkahnya bila melihat Sunwoo ingin menghampiri Sohee.Baru saja Sunwoo ingin bersuara,Felix mencelah.
"Sohee...biar saya yang bawakan talam ni ke dapur.Berat ni,kesian awak.",pelawa Felix.
Sohee tercengang bila Felix mengambil talam tadi daripada tangannya.Sunwoo yang berada di situ,memandang ke arah Felix.
"Kerja kau kan tak siap lagi...kau baru menyapu kat bahagian depan,tepi dengan belakang tak sapu lagi.",tegur Sunwoo.
"Biar aku lah nak buat yang mana pun...",jawab Felix lalu menjeling.
Kerana tidak ingin keadaan menjadi lebih teruk,Sohee mengambil semula talam tadi namun Felix tidak membenarkannya.
Sunwoo mengeluh kecil.Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki ini sedangkan dia tidak berbuat apa kesalahan pun kepada Felix untuk menjadi alasan perbalahan mereka.
"Biarlah,Sohee...awak tolong sambung kerja Felix lepas tu biar Felix buat kerja awak dengan Mina kat bahagian dapur.",cadang Sunwoo.
"Kenapa kau je tak buat? Sesuka hati je kau nak arah Sohee buat itu ini.",marah Felix kerana tidak puas hati.
Sunwoo mengurut dahinya sebelum menjawab.
"Aku kena susun semua kerusi dengan meja...lagipun Sohee kan pekerja kat sini,mestilah kena buat kerja.",jelas Sunwoo.
"Tak apalah,Lix...betul apa yang Sunwoo cakap tu.Saya bukan buat kerja ni saja-saja tapi bergaji.",ujar Sohee.
"Hmm...okay kalau macam tu.Hati-hati tau buat kerja tu.",pesan Felix.
Felix sempat menjelirkan lidahnya ke arah Sunwoo sebelum masuk dapur.Sunwoo yang melihat Felix,tertawa kerana geli hati.Tidak pernah dia berjumpa lelaki begini seumur hidupnya.
Tanpa menyedari,Sohee memerhati Felix secara diam dan senyuman terukir di bibirnya.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Felix dan Sohee pulang ke rumah bersama-sama.Sepanjang perjalanan pulang itu,Felix bercerita tentang pengalamannya selama di Australia.Sohee kadang-kadang tertawa kerana terhibur dengan cerita yang disampaikan Felix.
Sedang mendengar Felix bercerita,Sohee terpandang tangan Felix lantas menarik tangan lelaki itu untuk melihat lebih dekat yang mana membuatkan Felix terdiam.
"Kenapa jari awak menggelupas?",soal Sohee dan Felix mengemam mulutnya.
"Tak ada apa,mungkin sebab basuh pinggan tadi kot.",jelas Felix namun Sohee masih lagi menilik jari jemarinya.
"Awak memang macam ni ke setiap kali basuh pinggan?",tanya Sohee lagi.
"Ermm...tak.Mungkin jenis sabun kat bakeri Sunwoo tadi tak sesuai dengan saya...jadilah macam ni...",beritahu Felix lagi.
Hatinya mula berbunga mekar bila Sohee mengambil berat tentangnya.Kalau dia tahulah perkara ini terjadi,mesti dia sudah membasuh segala periuk belanga di dapur tadi.
"Lain kali,pakai sarung tangan...kan dah ada tersidai kat dapur tadi...",pesan Sohee dan Felix mengangguk tanda faham.
Felix melambai kecil ke arah Sohee sebelum gadis itu masuk ke rumah.Baru saja kaki ingin mengorak melangkah,namanya dipanggil Sohee.
"Lix! Eomma ajak makan sekali...Jackson Oppa pun ada ni.",ajak Sohee dan Felix hanya mengangguk faham.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Hyunjin menghampiri Felix yang sedang makan itu.Dia ingin tahu apa yang terjadi di bakeri sepanjang hari itu.
"Lix...macam mana?",tanya Hyunjin.
Felix yang sedang mengunyah makanan itu,menelan terlebih dulu sebelum menjawab soalan Hyunjin.
"Brownies aku laku...lagi laku daripada roti si Sumbu tu.",beritahu Felix selamba.
"Aku tak nak tahu yang tu...aku nak tahu pasal kau dengan Sohee...Sunwoo tu aku tak nak tahu.",terang Hyunjin dan barulah Felix tersengih.
"Okay je...setiap kali Sunwoo nak dekat dengan Sohee,aku halang...kau tahu tak,ada ke patut dia suruh Sohee angkat piring dengan gelas ke dapur,dah lah banyak.",adu Felix.
"Tapi...tu bukan kerja dia ke? Aku tak rasa pulak benda tu salah.",Hyunjin memberi pendapat.
"Memanglah...tapi Sohee tu kan perempuan...kita kena hormati kaum hawa,jangan bagi angkat benda berat.",ujar Felix lalu tersenyum lebar.
"Dan hasil aku basuh pinggan tadi,Sohee caring pasal jari aku yang menggelupas ni.",tambah Felix.
Hyunjin menepuk tangannya tanda meraikan berita baik itu.Bukan apa,dia tidak mahu Felix tersakiti sekali lagi selepas berpisah dengan Sohee 4 tahun lepas.
"Dan lepas ni,aku kena pastikan Sunwoo tu jauhkan diri dari Sohee...",kata Felix.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro