❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓹𝓾𝓵𝓾𝓱 𝓵𝓲𝓶𝓪
Sebelumnya,
Sohee pergi ke pejabat seperti yang dijanjikan dengan Sunwoo tengahari tadi.Sunwoo hanya mengukirkan senyuman sebelum menjemput Sohee masuk.
"Kenapa awak nak jumpa saya?",tanya Sohee kerana tidak mahu membuang masa.Dia sudah berjanji dengan Felix untuk tidak mengambil masa yang lama.
"Erm...awak sibuk ke?",soal Sunwoo tanpa menjawab soalan Sohee.
"Boleh dikatakan macam tu sebab saya dah janji dengan Felix nak keluar sama-sama.",jujur Sohee.
"Felix tu...ada apa-apa hubungan ke dengan awak?",tanya Sunwoo namun dengan harapan jawapan Sohee bukanlah seperti yang disangkanya.
"Ada...kiteorang bercinta,kenapa?",beritahu Sohee.
Mendengarkan itu,Sunwoo tersenyum kelat.Nampaknya dia sudah tiada peluang untuk mendapatkan hati gadis yang disukainya.
"Sebenarnya...saya sukakan awak,Sohee dan saya panggil awak ke sini pun sebab nak luahkan perasaan saya.Dan tak sangka pulak yang awak dah berpunya.Maaf sebab ambik masa awak.",luah Sunwoo dan Sohee tergamam.
"Tapi....kita boleh berkawan kan?",tanya Sunwoo dan Sohee mengangguk.
"Mestilah...kita pun dah kenal lama,jangan risau.Kalau dah tak ada apa-apa lagi,saya balik dulu?",ujar Sohee.
Sunwoo menyuruh gadis itu menunggu sebentar lalu dia menuju ke meja pejabatnya untuk mengambil sejambak bunga yang dibelinya tadi sebelum diberikan kepada Sohee.
"Kalau awak tak kisah,boleh awak terima bunga ni sebagai tanda persahabatan kita?",soal Sunwoo sambil menghulurkan bunga itu.
Sohee tersenyum lalu mengangguk.Bunga tadi diambil Sohee menandakan dia menerima bunga itu dengan hati terbuka.
"Sekali lagi,saya sukakan awak...terima kasih sebab terima bunga ni daripada saya.",kata Sunwoo.
Dan ketika itulah,Felix muncul di pintu dan salah faham dengan apa yang berlaku antara mereka berdua.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Jackson dan Suzy terus menuju ke hospital selepas dimaklumkan Hyunjin tentang kemalangan yang menimpa Felix.
Sampai saja di wad,Jackson terus mencari Felix untuk memastikan keadaan adiknya.Sebaik saja melihat Felix sedang terbaring dengan kaki kanan yang bersimen,Jackson terus berlari menuju ke arah Felix.
"Felix! Macam mana boleh kena langgar?! Siapa yang langgar kau?! Aku nak saman dia...cepat bagitau aku mana orang yang langgar kau?!",Jackson sedikit pun tidak bertenang melihatkan keadaan Felix.
Felix yang sedang mengunyah buah anggur,menelannya terlebih dulu sebelum menjawab soalan abangnya.
"Ermm,Hyung...tu orang yang langgar Lix.",beritahu Felix lalu menunjuk ke arah katil sebelahnya.
Dengan perasaan marah yang belum reda,Jackson terus menoleh ke arah yang ditunjukkan Felix.Serta merta riak wajahnya bertukar bila melihat Encik Hwang yang berada di situ.
"Eh...er... Ahjussi? Ahjussi okay?",tergagap Jackson menyapa.
Suzy yang berdiri di sebelah Jackson pula terus pergi ke arah ayahnya.Macam mana ayahnya boleh berada di situ sedangkan Hyunjin tidak memaklumkan apa-apa tentang ayahnya.
"Jackson nak saman Ahjussi ke?",soal Encik Hwang dan Jackson menggeleng laju.Dia memandang ke arah Felix yang sedang menahan tawa.
"Macam mana Appa boleh ada kat sini?",tanya Suzy pula.
"Appa nak pergi ke kedai, tiba-tiba si Felix melintas simpang.Appa tak sempat nak elak lepastu kiteorang pun terjatuh kat bahu jalan.",cerita Encik Hwang.
Felix yang mendengarkan itu,menggaru kepalanya kerana malu.Nasib baiklah mereka berdua tidak cedera teruk.
"Kalau macam tu,kenapa kaki Felix patah,bukan kaki Appa?",tanya Suzy lagi bila melihat tangan ayahnya yang berbalut.
"Sebab motor tu terjatuh kat atas kaki Felix...tangan Appa patah pulak sebab tahan badan daripada jatuh walaupun Appa tetap jatuh kat situ.",jelas Encik Hwang.
Suzy yang melihat Hyunjin muncul di situ,terus memukul adiknya kerana tidak memberitahu tentang ayah mereka.Hyunjin mengaduh kesakitan bila tamparan hinggap di belakangnya.
"Apa?! Hyun tak sempat nak bagitahu sebab kredit habis!",jawab Hyunjin.Belum sempat Suzy mencubit lengan Hyunjin,Jackson cepat-cepat menghalang.
"Sabar,awak...",pujuk Jackson dan Suzy pun mengalah.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Sohee hanya melihat Felix dari jauh.Rasa serba salah menyerbu dirinya kerana Felix mengalami kemalangan selepas salah faham yang berlaku disebabkan dirinya.Kemudian dia mengambil keputusan untuk menunggu di kerusi penunggu yang terletak di luar wad.
Hyunjin yang sedang menyanyi kecil,ternampak Sohee yang sedang bersendirian di luar.Hyunjin yang tadinya ingin ke kafe,menukar arahnya menuju ke arah Sohee.
"Sohee...kenapa awak tak masuk?",tanya Hyunjin dan Sohee menggeleng.
"Tak naklah...Felix mesti tak nak tengok muka saya.",ujar Sohee dan Hyunjin mengerutkan dahinya.
Tanpa dipelawa,Hyunjin mengambil tempat di sebelah Sohee untuk meminta penjelasan.
"Apa maksud awak Felix tak nak tengok muka awak?",tanya Hyunjin dan keluhan kedengaran.
Disebabkan Hyunjin yang bersungguh ingin tahu dengan apa yang terjadi,Sohee pun menceritakan semuanya kepada Hyunjin.
"Felix tu memang...hari tu pun dia ingat kita kahwin lepastu Inhyung anak kita...ada ke patut?",kata Hyunjin dan Sohee tertawa kecil.
"Awak percayakan saya?",soal Sohee dan Hyunjin mengangguk.
"Awak pergi je jumpa dia,jelaskan apa yang berlaku.Felix tu marah sekejap je...percayalah.",pujuk Hyunjin dan Sohee mengangguk perlahan.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Keesokannya,
Sohee menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk.Tangannya menggenggam erat beg makanan yang dibawa untuk Felix.Kelihatan hanya Felix seorang yang berada di dalam wad itu.
"Felix...",panggil Sohee.
Felix yang menoleh ke arah Sohee,segera berpaling ke arah lain.Sebaik dia melihat Sohee,hatinya terasa begitu sakit.
"Lix...awak dah makan?",tanya Sohee dan Felix hanya mendiamkan dirinya.
Sohee mengambil tempat di kerusi pelawat lalu meletakkan beg makanan tadi.Dia sudah bertekad untuk menjelaskan semua sekali pada hari itu.
"Awak salah faham dengan apa yang awak nampak semalam...Sunwoo dengan saya tak ada apa-apa hubungan.",Sohee memulakan bicara.
"Kalau betul,kenapa awak ambik bunga tu?",soal Felix tanpa menoleh ke arah Sohee.
"Sunwoo cakap dia sukakan saya tapi lepas dia tahu yang kita bercinta,dia bagi bunga tu sebagai tanda persahabatan.",jelas Sohee.
Mendengarkan itu,Felix mula memusingkan badannya yang membelakangi Sohee tadi.
"Awak cakap kat dia yang kita bercinta?",tanya Felix dan Sohee mengangguk untuk meyakinkan Felix.
"Habistu,kenapa awak senyum kat dia? Saya dah cakap kan saya tak suka orang lain tengok senyuman awak.",Felix masih tidak berpuas hati.
Sohee tertawa mendengar soalan Felix.Betul lah apa yang diberitahu Hyunjin semalam.Felix tidak mengambil masa yang lama untuk meredakan kemarahannya.
"Tak kan saya nak menangis pulak terima bunga tu...awak percayakan saya kan yang saya sayangkan awak seorang je?",tanya Sohee lagi.
Felix tersenyum malu sebelum mengangguk.
"Terima kasih Lix sebab percayakan saya...sekarang ni,makan dulu okay?",ujar Sohee.
"Nak suap...kaki saya sakit.",rengek Felix dan Sohee hanya melayan karenah lelaki itu lalu menyuapkan makanan yang dibawanya.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Seminggu kemudian,
Felix tersenyum melihat Sohee yang sedang tekun membuat kerja.Felix melihat kakinya yang masih berbungkus itu dan dia mencebik kerana tidak dapat bergerak banyak.
Selepas keluar dari hospital,Felix selalu menemani Sohee setiap kali bekerja di bakeri dengan alasan tidak mahu berjauhan dengan gadis itu.
Sedang angau melihat Sohee,ketenteraman Felix terganggu apabila terdengar satu suara.
"Bang! Bang!",seorang budak lelaki mengacukan pistol mainannya ke arah Felix.
"Hyung...cepatlah tembak balik guna tongkat tu!",desak budak tadi.
Felix melihat budak itu dengan lama sebelum menyedari yang budak itu ialah budak yang sama singgah di kedai Jackson dulu.
"Yugyeom kan?",tanya Felix dan Yugyeom mengangguk dengan teruja.
"Kenapa Yugyeom datang sini? Nak beli kek ke?",soal Felix lagi.
"Ni kedai Eomma Yugyeom...Sunwoo Hyung yang ajak datang sini hari ni sebab cuti sekolah.",beritahu Yugyeom.
Felix ternganga sebaik saja mendapat tahu perkara sebenar.Tidak sangka pula Yugyeom adik kepada Sunwoo.
"Bang! Bang!",Yugyeom terus menembak Felix dengan pistol mainannya.
Kerana mengalami bosan yang teramat,Felix pun bermain sekali dengan Yugyeom.Dia membalas tembakan budak itu dengan tongkat yang digunakannya.Kadang-kadang terdengar suara tawa dari Yugyeom.
Sohee yang melihatkan itu,hanya mampu menggelengkan kepala.Asalkan Felix gembira,suka hatilah dia mahu buat apa.
⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱
Suzy dan Jackson saling tolak menolak antara satu sama lain.Mereka berdua sudah bersepakat untuk menyampaikan hasrat pada malam itu juga.
"Kamu berdua ni dah kenapa?",tanya Encik Hwang yang baru saja keluar dari bilik.
"Erm...Appa,Jackson nak bagitahu Appa sesuatu ni.",beritahu Suzy dan Jackon membulatkan matanya.
Pandangan Encik Hwang yang tadinya tertumpu pada anak gadisnya,kini beralih ke arah Jackson pula.
"Sebelum tu,boleh tak semua berkumpul dulu? Sebab benda ni penting.",pinta Jackson dan Encik Hwang mengangguk.
Selepas semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu itu,Jackson berdehem beberapa kali untuk menyampaikan hasratnya.
"Tujuan saya minta semua berkumpul pada malam ni...ialah kerana saya dah bersedia untuk meneruskan hubungan dengan Suzy ke peringkat seterusnya..",beritahu Jackson.
"Mana ada semua,Jinyoung Hyung tak balik lagi.",Hyunjin mencelah dan barulah mereka semua tersedar dengan ketiadaan Jinyoung.
"Alah...biarlah Jinyoung tu.Asalkan aku ada kat sini.",jawab Suzy.
Tidak lama kemudian,kedengaran kereta masuk perkarangan rumah.Hyunjin menawarkan dirinya untuk membuka pintu.
"Appa! Jinyoung Hyung bawak balik perempuan!",adu Hyunjin dengan dramatik.
Maka kecohlah rumah itu buat seketika sebelum Jinyoung masuk ke dalam rumah dengan seorang gadis.Selepas bersapa,Jinyoung duduk di sebelah Jackson manakala gadis tadi di sebelahnya.
"Appa,Ahjumma....kenalkan bakal isteri Jinyoung,Jisoo.",ujar Jinyoung dan Jisoo menundukkan kepalanya tanda hormat.
"Kau nak kahwin jugak ke?! Wey,kita kahwin sekali! Aku pun nak kahwin dengan Suzy!",Jackson sudah tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya lagi lalu mereka berdua berpelukan.
Bukan mereka berdua saja,Inhyung juga tidak kurang gembiranya bila mula menari-nari di ruang tamu itu.Melihat gelagat anak bongsu itu, masing-masing tertawa.
"Kita bila lagi?",bisik Felix yang duduk di sebelah Sohee itu.
"Bila dah sampai waktunya.",jawab Sohee lalu tertawa.
Felix memuncungkan mulutnya mendengarkan itu lalu memeluk Hyunjin.
"Kita kahwin sama-sama jugak ye nanti.",ujar Felix dan Hyunjin mengangguk.
Suasana rumah Encik Hwang pada malam itu agak riuh rendah disebabkan semua ahli keluarga berkumpul di situ untuk meraikan berita gembira yang dikhabarkan pasangan kembar itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro