Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

'Watch the stars,
and see yourself
running with them'

.
.
.
.
.

chapter 12

Beberapa bangunan di kawasan kejiranan itu telah menjadi tatapan buat Myungho. Ditarik sedikit sweater miliknya dek kerana suhu cuaca yang makin menurun. Sungguh dingin.

Mindanya kini hanyut di dalam kejadian di siang hari. Kedua kornea matanya jatuh memandang lantai.

"Kau ada di sini?"

"Aku nak ucapkan terima kasih dan maaf sebab aku tak percayakan kata-kata kau"

Sesekali helaan nafasnya dikeluh perlahan. Syukurlah dia masih lagi bernafas kalau bukan disebabkan makhluk itu.

Nyaris sahaja dia kehilangan nyawanya tatkala api sudah mula merebak saat dia memasuki ke dalam kilang kosong.

Dungu. Senang betul dia memasuki perangkap si harimau.

Bayangan hitam itu terus mengubah kedudukannya. Kini dia berada di sisi Myungho yang sedang duduk di pangkin kayu.

"Tak apa"

Suasana hening seketika. Hanya deruan angin dingin sahaja yang kedengaran.

"Apa kau nak buat? Nyawa kau hampir melayang, takkan kau nak berdiam diri?" Makhluk itu menyoal.

"Entahlah. Kalau aku buat aduan pada polis pun, siapa yang nak dengar orang asing macam aku ni?"

Sengaja dia memberi alasan seperti itu. Sebenarnya dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah tuhan sendiri yang hukum lelaki itu.

"Apa-apapun, kau ada nama?"

Myungho memandang bayangan itu lalu dia mendongak memandang langit.

Mudah sahaja ingin menjumpai ribuan bintang memandangkan rumahnya jenis rooftop house.

"Shiwoo. Yoon Shiwoo"

"Cantik nama kau"

Dapat kedengaran gelak kecil milik Shiwoo. Ini kalau tengok wajah di cermin mesti pipi makhluk itu memerah menahan malu.

"Kau apa eh? Manusia? Roh? Ataupun hantu? Kenapa kau menyerupai bayang-bayang selain di dalam cermin?"

"Kalau aku cakap malaikat maut yang nak cabut nyawa kau lepas dah tolong kau, kau percaya?"

Sekali lagi suasana di situ begitu hening kembali. Lalu ketawa kecil dihamburkan oleh pemuda itu.

Tidak pasti sama ada ia disebabkan gugup ataupun dia memang menganggap bahawa itu sebagai satu gurauan.

"Cakaplah betul-betul, kau memang malaikat maut?"

Shiwoo pula kini menghamburkan tawanya.

"Lupakanlah. Jom masuk, tak elok duduk kat luar sejuk-sejuk ni"

Bayangan hitam itu bergerak ingin memasuki ke dalam rumah.

"Kau betul-betul taknak bagitahu siapa kau?"

"Tak perlu pun. Cepat masuk esok kau perlu pergi kerja awal"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..


💌 : Terima kasih sebab masih baca ff aku yang noob ni. hehe i love you so much ❤️❤️❤️❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro